Satu pihak sahaja perlu untuk tukar agama: Mahkamah diberitahu
PUTRAJAYA, 30 Safar 1438H, Rabu – Hanya kebenaran ibu atau bapa diperlukan untuk menukar agama seorang anak bawah umur kepada agama Islam, demikian Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini. Peguam Kanan Persekutuan, Dr Arik Sanusi Yeop Johari berhujah bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan membenarkan agama seseorang di bawah umur 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa atau penjaganya. Katanya, perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12(4) itu digunakan dalam bentuk ‘tunggal’ dan ia merujuk kepada sama ada bapa atau ibu kanak-kanak itu. Beliau turut mengguna pakai penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 2007 dalam kes penjagaan anak R.Subashini lawan T. Saravanan yang memutuskan seorang ibu atau bapa tunggal boleh menukar agama anak-anak mereka kepada Islam. Arik Sanusi mewakili kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan dalam kes rayuan guru tadika, M. Indira Gandhi terhadap penukaran agama unilateral anak-anak mereka kepada Islam oleh bapa mualafnya, Muhammad Riduan Abdul...