Maulidur Rasul: Fahami Sunnah Secara Holistik
Dalam memperingati peristiwa kelahiran junjungan Nabi s.a.w., umat Islam seharusnya mengambil sikap yang saya panggil sebagai "celik sunnah", iaitu dengan memahaminya secara holistik. Menghayati sunnah Rasulullah s.a.w. mempunyai gelinciran yang merbahaya. Amat mudah untuk seseorang itu untuk terperangkap dengan beberapa dan mungkin satu aspek sunnah sahaja sedangkan sunnah itu luas. Kita perlu faham bahawa binaan Islam itu luas dan holistik dari segenap sudut dan begitu juga sunnah Rasulullah s.a.w. Tanpa pendekatan untuk memahami sunnah secara menyeluruh, kita terdedah untuk terperosok masuk ke ruang lingkup yang sempit. As-syeikh Muhammad Al-Ghazali rahimahullah pernah mengingatkan kita,"Penyusunan hadis-hadis secara ilmiah, seperti yang telah dikarang dan diterima oleh kita, memuatkan hadis-hadis keimanan dalam satu bab, hadis-hadis tentang kehakiman dalam satu bab lain pula dan begitulah seterusnya. Oleh kerana Islam merupakan gabungan kesemua perkara d...