Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

5 Ways To Instil Love Of Ramadan To Our Children

Imej
Alhamdulillah, we are in the second phase of Ramadan, thus we have to put more  focus on ibadah before Ramadan leaves us. In fact, the month of Ramadan should be an excitement event for the children too. For those of us who are parents, we have to encourage our children to be part of this month and imbibe love for Ramadan from an early age. If not, Ramadan will passing by without we even notice. Even though children who are not reach puberty yet do not required to fast, it is good for them to participate in fasting so they will understand about Ramadan. They also can learn about the values of generosity, devotion and benefits during Ramadan. Fasting is one of the five Pillars of Islam. It is really recommended for parents, when we are planning for Ramadan activities, do include the five Pillars of Islam lesson that can be relate during fasting. For example, lessons to take ablution, to perform prayer, to give charity to people who really needed and many more. This is one of famous

ISMA Alor Gajah Santuni Golongan Ibu Tunggal dan Asnaf

Imej
ALOR GAJAH, 29 Mei  – Sebanyak 27 buah Bakul Ramadan telah diserahkan oleh ISMA Alor Gajah (AG) kepada 27 keluarga yang kurang berkemampuan dengan kerjasama PEMBINA, NAZIM, Wanita ISMA AG, KRIM, dan BKM AG. Keluarga yang dikunjungi rata-rata merupakan golongan ibu tunggal, warga emas dan Asnaf. Aktiviti pengagihan sumbangan telah disertai oleh YDP ISMA Alor Gajah, Abdul Razak Bin Kassim bersama 25 orang peserta sukarelawan dan ahli-ahli ISMA AG yang lain. “Kempen ini memberikan peluang kepada ahli ISMA untuk turun padang dan melihat sendiri kehidupan susah senang masyarakat sekeliling.” “Rasa peduli terhadap nasib saudaranya, sikap ambil tahu dan mengambil berat kian pudar di kalangan masyarakat kita hari ini. Oleh itu, ISMA AG komited untuk menyuburkan nilai-nilai keprihatinan dan ambil berat terhadap masyarakat dalam diri setiap ahli ISMA AG khususnya dan masyarakat amnya.”   Program ini turut disertai oleh Ketua Wanita ISMA Alor Gajah, Dr. Nur Faridah Binti Zulkhaini. “Se

Khidmah 2018: Menjejak wilayah pahala Ramadhan

Imej
26 May 2018, Kuang- Ramadhan bukanlah alasan untuk orang muslim menjadi tidak bertenaga sebaliknya Ramadhanlah bulan yang terbaik untuk memulakan dan membentuk tabiat-tabiat murni di dalam diri. Menyahut seruan ini, seramai 89 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan dan kolej persedian luar negara serta alumni Biro Luar Negara (BLN) ISMA , menghabiskan masa seharian seawal sembilan pagi untuk beraktiviti Khidmah di perkampungan Kuang, Gombak. Program Khidmah anjuran Biro Luar Negara (BLN) ISMA dengan usahasama Unit Yayasan Ikhlas, PACU dan i-Medik Kuala Lumpur pada Ramadhan kesebelas ini merupakan satu inisiatif untuk membentuk anak-anak muda bersikap ambil peduli terhadap masyarakat dan memupuk tabiat mulia untuk memberi terutamanya pada bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah i-Backyard Science untuk kanak-kanak dimana eksperimen-eksperimen sains yang menarik didemonstrasikan oleh sukarelawan PACU. Kanak-kanak yang menyertai aktiviti terse

Barah Trend Remaja: Cabaran ‘Syantik Dance Challenge’

Imej
Baru-baru ini tular di media sosial video beberapa pelajar sekolah menengah yang membuat persembahan tarian yang dinamakan ‘Syantik Dance Challenge’ semasa sambutan hari guru. Insiden ini berlaku di beberapa buah sekolah menengah. Syantik dance challenge menjadi tular apabila beberapa artis tempatan turut terlibat sama mempopularkan cabaran ini. Cabaran ini adalah tarian mengikut rentak lagu Lagi Syantik ( Lagi Cantik) yang merupakan sebuah lagu dangdut nyanyian Siti Badriah, seorang artis Indonesia. Jika sebelum ini ‘Panama Dance Challenge’ yang dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan mendapat kritikan hebat daripada netizen kerana isu tidak sopan, Syantik Dance patut turut mendapat teguran yang sama. Tambahan pula melibatkan remaja sekolah dan dilakukan semasa upacara rasmi sekolah. Lirik lagu ‘Lagi Syantik’ bertemakan rayuan seorang kekasih kepada sang kekasih membawa mesej yang tidak sesuai untuk remaja. Remaja tertarik dengan cabaran kerana otak mereka telah diprogramkan unt

Ramadhan, Peluang Yang Tidak Harus Dilepaskan

Allah s.w.t membentangkan rahmat-Nya kepada para hamba-Nya menurut peredaran masa. Dia memperingatkan kita ketika lupa, menyedarkan kita ketika lalai dan menguatkan motivasi kita ketika kelesuan. Setiap tahun, Dia memberi peluang dengan mendatangkan Ramadhan untuk kita, bulan untuk menambahkan kebaikan dan mengurangkan kejahatan. Berbahagialah sesiapa yang merebut peluang yang dikurniakan oleh-Nya ini. Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila malam pertama Ramadhan menjelang, syaitan dan para pelampau jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satupun yang dibuka, pintu-pintu syurga pula dibuka dan tiada satupun yang ditutup. Si tukang seru menyeru: Wahai pencari kebaikan! Ayuh maju. Wahai pencari kejahatan! Ayuh berhenti” . [Diriwayatkan oleh at-Tirmizi] Sebaik-baik pengakhiran adalah di syurga. Ramadhan hadir dengan membuka ruang seluas-luasnya untuk kita menyusun kehidupan menuju ke syurga Allah SWT. Bulan yang penuh dengan barakah ini tidak seharuskan dibiarkan berlalu begit

Di Sebalik Harapan – Presiden ISMA

Imej
Kejatuhan UMNO bukanlah sesuatu yang tidak dijangka, cuma masa sahaja yang menjadi teka-teki. Yang tidak dijangka ialah kejatuhan yang begini teruk oleh bekas hulubalang-hulubalangnya sendiri. Ia kelihatan pengakhiran yang mudah berbanding rejim-rejim nasionalis sekular lain seluruh dunia yang liat untuk mengaku kalah. Semua orang tahu UMNO telah lama reput dari dalam. Pemimpin memperdagangkan perjuangan bangsa dan agama, rasuah dan mengambil kesempatan atas kemiskinan bangsa sendiri. Sebagaimana rasuah, salah guna kuasa telah memusnahkan rejim-rejim seperti GOLKAR, Parti Watani di Mesir, pati Ba’ath dan sebagainya, begitulah UMNO bakal menerima nasib yang sama. Hari ini UMNO menerima gilirannya. Hati saya memang cenderung kepada keputusan seperti ini tetapi melihat keyakinan luar biasa Dato’ Seri Najib dan agensi-agensinya, hati ini berkata kalau tidak kali ini, PRU15 barang tentu. Apa lagi segala karenah menunjukkan tiada tanda pemimpin UMNO akan berubah dan mendengar nasihat. Se

Peluang Wakaf untuk Maahad Tahfiz Al-Fateh bagi Tahun 2018

Imej
Alhamdulillah berkat doa, usaha gigih dan sumbangan semua, Maahad Tahfiz al-Fateh telah memiliki sebuah surau, bangunan tahfiz yang boleh menempatkan 30 orang pelajar, rumah warden, dewan mesyuarat, dewan seminar yang boleh memuatkan 250 peserta dan sebuah pejabat pengurusan. Trek di sepanjang sempadan tanah yang berkeluasan 23 ekar untuk aktiviti berkuda, berjogging, berbasikal juga telah disiapkan. Bagi tahun 2018 , kami mensasarkan untuk melengkapkan prasarana untuk menjalankan pelbagai aktiviti lagi di tapak al-Fateh,Insyaa Allah. Antara prasarana yang kami sasarkan untuk bina pada tahun ini ialah kantin, susur pejalan kaki, penambahbaikan surau, padang berkuda, tapak perkemahan, padang dan beberapa kemudahan lain. Jadi, besarlah hati kami jika semua dapat menyumbang dan membantu untuk mendapatkan dana khususnya pada bulan Ramadhan ini, di mana segala amalan baik digandakan ganjarannya. Sekali lagi pada bulan yang penuh barakah ini, kami mengajak semua, saudara mara, sahabat

Kemenangan PRU-14 bukan Kemenangan Liberal Demokrat

Imej
Kemenangan PH dalam PRU-14 tidak bererti bahawa rakyat menyokong dasar-dasar liberal demokratik. Pengundi-pengundi memberi undi kepada PH adalah hanya kerana protes dan sentimen benci kepada Dato’ Seri Najib dan UMNO (BN) yang gagal menguruskan krisis kepercayaan yang dialami mereka. Faktor YAB Tun Mahathir lebih dominan dalam menyumbang kepada kemenangan berbanding faktor-faktor yang lain. Oleh itu golongan liberal demokrat jangan salah tanggap. PRU-15 tidak semestinya akan terus memihak kepada mereka. Jadi jangan terlajak yakin sehingga mehu rombak segala-galanya. Apabila rakyat kembali kepada rasionalnya mereka akan perbetulkan keadaan semula. Abdullah Zaik Abd Rahman (S.M.T) Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Sumber

Perutusan Ramadhan Oleh iPeguam

Imej
Ramadhan Kareem. Pertama sekali, iPeguam bersama-sama dengan umat Islam di seluruh Malaysia turut mengalu-alukan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Ahlan Ya Ramadhan! Kami di iPeguam juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia dan diberkati ini kepada seluruh umat Islam khususnya para pembaca dan Netizen yang mengikuti laman FB kami dengan setia. Kami ingin mengajak para pembaca semua untuk mengambil satu pendekatan yang agak berbeza sedikit daripada kelaziman yang biasa disaksikan setiap tibanya Ramadhan. Kita semua sudah maklum akan fadhilat, kelebihan, rahsia, keutamaan dan amalan-amalan Sunnah sepertimana yang biasa difahami dan dilakukan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja. iPeguam ingin mengingatkan bahawa bulan Ramadhan adalah lebih dari semua itu. Tujuan untuk mencapai Ketaqwaan menuntut perhatian, kesedaran, kefahaman dan keinsafahan yang tidak berhenti setakat tamar, lapar dan baz

Perutusan Ramadhan 1439H Presiden ISMA

Imej
Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk sekali lagi bertemu dengan Ramadan pada tahun ini. Moga Allah berikan kita kekuatan untuk melalui bulan ini dengan penuh keamanan, keimanan, keselamatan dan penyerahan diri secara total serta bersungguh-sungguh dalam mendirikan solat, berpuasa dan bertilawah al-Quran. Ya Allah, tundukkan kami kepada Ramadan dan tundukkanlah Ramadan kepada kami dan terimalah amalan kami wahai Tuhan sekalian alam. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan yang mulia. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lalu. Saya menyeru umat Islam di Malaysia sempena bulan Ramadan yang mulia ini untuk muhasabah diri terhadap apa yang berlaku dalam pilihan raya yang baru sahaja berlalu. Mereka yang telah diberi amanah harus terus bertanggungjawab memastikan kedaulatan Islam terus terjaga, syiar Islam terus dijunjung dan hal ehwal umat Islam terus terpelihara. Janganlah kita lupa kepada kesengsaraan yang dihadapi

Kembalilah kepada fitrah di Ramadhan ini

Imej
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, padanya segala kekuasaan dan kehebatan, juga padanya segala kerahmatan dan keampunan buat semua muslimin muslimat sekalian. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi s.a.w., penghulu anbiyak, tanpa usaha keras dan sifat ihsan baginda, kita tidak temui cahaya hidayah Islam pada ketika ini. Hati ini sangat membuak-buak, dengan perasaaan yang sungguh mendalam, untuk meluahkan isi hati tentang betapa diri ini merindui bulan Ramadhan yang kali ini. Dalam fikiran itu terbayang sudah saat-saat di bumi Mesir dahulu, dengan suasana yang amat meriah dan gilang-gemilang untuk menyambut bulan Ramadhan. Pada zahirnya, dengan banner dan poster Ramadhan diangkat, tanglung dan lampu kelip-kelip siap sedia dipasang, juga masjid-masjid makin diimarahkan dengan majlis ilmu dan tazkirah-tazkirah mengenai Ramadhan. Suasana di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.  Masjid-masjid sudah penuh dengan akiviti sepanjang Ramadhan, juga imam tarawih dan sumbangan-s

Apa beza puasa kita dengan puasa Sahabat?

Imej
  KUALA PILAH, 13 Mei – “Zaman Rasulullah, para sahabat tetap tidak meninggalkan puasa walaupun mereka sedang berperang. Walaupun kita tahu di sana ada keringanan untuk berbuka jika sedang melakukan kerja berat” ujar Dr Ahmad Sanusi, pensyarah Fakulti Al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Malaysia, USIM. Beliau yang menyampaikan satu ceramah berkaitan Fiqh Ramadan itu juga menekankan bagaimana persediaan awal itu penting sebelum kita bertemu dengan bulan yang agung ini. “Para sahabat seawal enam bulan sebelum Ramadan sudah bersedia dan berdoa supaya mereka dipertemukan dengan Ramadan. Jadi di manakah kita berbanding mereka para sahabat yang mana ada antara mereka yang sudah dijanjikan syurga lebih awal,” ujar beliau lagi. Ceramah tersebut yang diadakan di Majid Al-Firdaus, Kariah Melang, Kuala Pilah itu berjaya menarik seramai hampir 30 orang jemaah yang duduk di sekitar masjid tersebut. Ceramah tersebut merupakan anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Firdaus dengan kerjasama Ikatan

KASRIM Kuala Pilah bawa kelainan

Imej
KUALA PILAH, 9 Mei – Umat Islam bukan sahaja dituntut untuk mempunyai tubuh badan yang sihat, namun yang lebih utama juga adalah mempunyai rohani yang mantap. Sehubungan dengan itu, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuala Pilah telah menganjurkan Karnival Sukan Kelab Remaja ISMA atau KASRIM pada 30 April yang lepas. Program itu bermula seawal jam 5.00 pagi dengan sesi Qiamullail  bertempat di Surau Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Tazkirah bertajuk ‘Hati’ telah disampaikan oleh Pengarah KRIM Kuala Pilah, Cikgu Afnan bin Tumiran selepas selesai solat Subuh berjemaah. Beliau menekankan aspek hati yang perlu dijaga disamping menjaga tubuh badan yang sihat. Hati merupakan satu perkara yang unik bagi manusia dan sewajibnya kita menjaganya dengan betul. Program diteruskan dengan aktiviti padang di mana pelajar lelaki berentap di padang bola sepak bagi mencari pemenang bagi acara bola sepak. Sementara itu pelajar perempuan pula bermain pe

Liga Komuniti Bangi 2018 medan lahir pemuda Islam hebat

Imej
BANGI, 7 Mei 2018 – Dalam usaha melahirkan generasi pemuda Islam yang hebat, setiap pemuda harus bermula dengan diri sendiri dahulu sebelum mampu mempengaruhi umat Islam untuk kembali bangkit melawan serangan musuh Islam. Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia daerah Hulu Langat (Pemuda Isma DHL), Ibrahim M Hasan berkata, pemuda harus memiliki ketangkasan, berdaya saing dan minda ingin menang jika mahu Islam kembali diho rmati dan menguasai dunia seperti zaman kegemilangan Islam dahulu. “Suatu ketika dahulu, Islam pernah menguasai dua pertiga dunia. Namun realitinya umat Islam masih belum mampu bangkit dari serangan bertubi-tubi musuh Islam,” “Jika mahu umat Islam kembali bangkit, pemudanya harus bermula dengan diri sendiri. Contohnya bangun awal waktu untuk solat subuh berjemaah, mampu melawan hawa nafsu sendiri dan pelbagai lagi,” katanya. Oleh itu, Pemuda Isma DHL telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan pertandingan bola sepak Liga Komuniti Bangi 2018 yang bermula pada A

Liga Komuniti Bangi 2018 menutup tirai, Perantau Bangi FT rangkul juara

Imej
BANGI, 6 Mei – Keputusan seri 0-0 pada perlawanan akhir menentang kelab Amigos FC cukup untuk Perantau Bangi FT merangkul gelaran juara pada Liga Komuniti Bangi 2018. Perantau Bangi FT yang sebelum ini kekal berada di tangga teratas liga menetapi ramalan juara dengan 13 mata di atas pasukan Amigos FC. Pasukan Amigos FC yang menyamai rekod Perantau Bangi FT yang tidak pernah tewas dalam setiap perlawanan bagaimanapun terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kedua liga selepas mempunyai keputusan seri dua kali sebelum ini. Dua lagi perlawanan lain menyaksikan Pemuda ISMA DHL menumpaskan pasukan Bangi Ori dengan jaringan 2-0 untuk berada di tangga ke tiga, manakala TTB3 FC menduduki tempat ke empat apabila menewaskan Taman Langat Jaya 2-1. Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Hulu Langat, Mohd Noor Azib Asmangi yang hadir pada perlawanan semalam mengucapkan tahniah kepada juara. “Kepada pasukan yang lain, teruskan usaha. Teruskan berlatih agar pasukan lebih mantap

Imbasan Ringkas Aktiviti Isma Hulu Langat Sepanjang April 2018

Imej
Himpunan Pengundi Sedar, 8 April 2018 Seramai 100 ahli ISMA DHL turun bersama dengan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) dan Cawangan ISMA seluruh Malaysia ke Himpunan Pengundi Sedar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Demi kesejahteraan agama Islam, bangsa dan tanah air, ISMA DHL menyokong penuh laungan agenda ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’. Anjuran ini mengajak rakyat untuk sedar dan bangkit, bersatu memilih calon yang benar-benar layak ke parlimen. Penilaian bukan berasaskan parti tetapi berdasarkan prestasi calon tersebut.  Info lanjut : https://ift.tt/2g9X9Xs NAZIM DHL – Pahlawan Memanah, 15 April 2018 Seramai 25 orang peserta berusia 7 hingga 12 tahun sekitar Sepang telah mengambil bahagian dalam aktiviti memanah anjuran NAZIM Hulu Langat. Kesemua mereka teruja dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini mampu meningkatkan minat terhadap sukan Sunnah dan kemahiran fokus peserta. Info lanjut : https://www.facebook.com/NAZIM-DHL-742189299188131/ KRIM HULU LAN

Pasukan Futsal INTRIKS Samarahan Bolot Habuan Kejohanan

Imej
oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin KOTA SAMARAHAN, 5 Mei 2018 – PEMUDA Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Samarahan hari ini menggegarkan gelanggang futsal Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (INTRIKS) apabila berjaya menarik 11 pasukan dalam dan luar institut untuk berentap dalam Kejohanan Futsal PEMUDA ISMA Samarahan di sini baru-baru ini. Kejohanan yang mendapat sokongan penuh daripada pihak INTRIKS tersebut dianjurkan oleh PEMUDA ISMA Samarahan dengan tujuan untuk memupuk gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan belia dan menyediakan ruang kepada para belia menunjukkan semangat persaingan dan kesukanan yang positif. Dalam kejohanan ini, pasukan-pasukan futsal INTRIKS nampaknya menunjukkan penguasaan apabila menggondol tempat pertama, kedua dan ketiga kejohanan. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan futsal Ah Pai FT yang telah menerima sebuah hamper dan sijil penyertaan. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Manatahan FT dan HuwekHuwek FT. Anta

Hari Sukan Isma Batu Pahat

Imej
Batu Pahat, 5 Mei – Obesiti dikalangan rakyat Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan pada setiap tahun. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara Malaysia menduduki tangga yang ke-enam penduduk paling ramai obesiti dikalangan negara-negara Asia. Tahap obesiti yang tinggi menunjukkan bagaimana sikap dan budaya masyarakat tempatan dalam menjaga kesihatan dan juga memandang enteng akan permasalahan tersebut. Menurut Ketua Wanita cawangan Batu Pahat, Ustazah Zainatullukma Idris, pengawalan dari segi pemakanan adalah amat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. “Aktiviti bersukan merupakan salah satu usaha menjadikan tubuh badan manusia lebih sihat dan cergas sepanjang masa. “Tubuh badan yang sihat amat penting kerana Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding Mukmin yang lemah. Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna juga ada mengatakan salah satu muwasofat tarbiyah ialah sihat tubuh badan,” jelas beliau dalam program Hari Sukan Ikatan Muslimi

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN ISMA SEMPENA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-14

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN ISMA USTAZ HAJI ABDULLAH ZAIK ABD RAHMAN SEMPENA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-14   Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menghormati dan menerima keputusan PRU14 yang telah dijalankan dalam ruang lingkup demokrasi berperlembagaan. ISMA ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan atas kejayaan dalam PRU kali ini. ISMA juga mengucapkan tahniah atas kejayaan PAS mampu menawan semula Kelantan dan merampas Terengganu serta menambah penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan Pahang. Diharapkan PAS terus istiqamah dalam peranan mereka sebagai pengimbang politik Islam yang signifikan di negara kita. Seterusnya, kami ingin menegaskan bahawa ISMA akan terus melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan memainkan peranan serta tanggungjawab dalam mengangkat perjuangan survival Islam dan Melayu di Malaysia. Kami menuntut agar wakil rakyat Muslim dalam Pakatan Harapan membuktikan intima’ mereka kepada agam