Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Perempuan di Dapur, Perempuan Berkerjaya

Imej
“Perempuan belajar tinggi mana pun akhirnya ke dapur juga akhirnya” “Eh, belajar tinggi-tinggi tak nak kerja pula budak ni!” “Habiskan duit mak ayah je hantar kamu belajar tinggi-tinggi, jah. Nak duduk rumah pula dia ni.” Ini antara dialog yang sering kita dengar berkenaan wanita yang mempunyai hasrat menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Daripada Anas bin Malik r.a., dia berkata, “Para perempuan datang kepada Rasulullah S.A.W.” dan mereka berkata, “Wahai Rasulullah, lelaki keutamaan dengan berjihad di jalan Allah, lalu amalan apa yang setanding dengan jihad di jalan Allah bagi kami?” Baginda bersabda, “Pekerjaan salah seorang di antara kamu di rumahnya setanding dengan pahala amalan lelaki yang berjihad di jalan Allah.” – Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Al-Bazzar. (Majma ‘Az-Zawaid, 4 : 303) Seorang suri rumah/isteri/ibu akan menguruskan rumah daripada segi kebersihan dan kekemasan hinggalah penyediaan makanan untuk isi rumahnya. Sihatnya seseorang itu bergantung dengan apa y...

Liberalisme simbolik kebencian terhadap Islam

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi ALOR SETAR, 29 Julai – Fahaman liberalisme merupakan natijah kepada kebencian terhadap syariat Islam dan berpaksikan semata-mata kehendak rakyat berasaskan logik akal. Setiausaha Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, sejarah terciptanya fahaman liberalisme ini bermula apabila rakyat menolak institusi agama semasa Zaman Gelap di Eropah. “Memang rakyat Eropah pada Zaman Gelap menolak sekeras-kerasnya institusi gereja yang dikuasai paderi kerana pemimpin agama Kristian ketika itu menolak sebarang idea-idea pembaharuan dalam kehidupan terutamanya melalui ilmu sains. Namun ujarnya, umat Islam masa kini kena jelas bahawa ajaran Kristian yang diamalkan pada ketika itu telah pun diseleweng semenjak kewafatan Nabi Isa a.s. Kejayaan menjatuhkan institusi gereja yang telah sedia terseleweng itu menatijahkan fahaman liberalisme yang bererti kebebasan daripada agama. “Berbanding masa kini, kita kena faham bahawa Islam ...

Ibu bapa benteng utama virus LGBT

Imej
oleh: Nur Haffizah binti Azhar SERIAN, 22 Julai – Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Samarahan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Muslim Bandar Baru Siburan telah mengadakan Seminar Keluarga Mukmin (SKM) di Surau Taman Duranda Emas, Bandar Baru Siburan baru-baru ini. “Ibu bapa adalah benteng anak-anak daripada ancaman LGBT yang semakin membarah sekarang. Gejala ini seolah-olah didesak untuk diterima secara normal ke dalam masyarakat. Mereka perlu lebih tangkas meningkatkan ilmu dan cara pemantauan penggunaan teknologi anak-anak mereka. Ruang maya mana yang anak mereka layari, mereka harus tahu,” tegas YDP Isma Samarahan, Ustaz Abdul Rahman, semasa forum tersebut. Forum yang berdurasi dua jam tersebut banyak membincangkan cara-cara ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengikut ajaran islam serta menyatakan solusi-solusi yang boleh dijadikan contoh untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Turut bergandingan bersama Ustaz Abdul Rahman ialah Ustazah Hanisah bt Dato Nahrawi, pakar ru...

ISMA Ipoh minta kerajaan pertimbang semula pengiktirafan UEC

Imej
IPOH, 24 Julai – Melihat kepada perkembangan senario pendidikan semasa, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ipoh berharap agar pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terburu-buru untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Kenyataan berikut ditegaskan sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Perak akan turut mengiktiraf UEC, selari dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang telah meletakkan perkara tersebut dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum yang lalu. Setiausaha ISMA Ipoh, Rosidi bin Shahari berkata, penelitian semula terhadap pengiktirafan ini perlu dijalankan, di samping mengambil kira pandangan dan pendapat tokoh-tokoh pendidikan kebangsaan yang kebanyakkannya jelas menolak perkara tersebut. “Kita lihat ramai yang memberi respon negatif terhadap pengiktirafan ini. Jadi kita perlu teliti semula, adakah ianya bakal membawa kepada kemajuan pendidikan negara, atau sebaliknya”. “Pihak kerajaan mest...

Beruntunglah Mereka yang Mempunyai Anak Perempuan!

Imej
    “Sesiapa yang mempunyai seorang anak perempuan, lalu dia tidak menanamnya hidup-hidup, tidak menghina atau meremehkannya, dan tidak mengutamakan anak lelaki ke atas anak perempuan tersebut, maka Allah akan memasukkannya ke syurga.” Sabda Rasulullah di atas diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra yang berbicara dan memberi gambaran kepada kita tentang betapa tradisi jahiliyah suatu ketika dahulu sangat tidak memandang seseorang yang bergelar perempuan atau wanita sebagai sebahagian manusia yang patut dipelihara. Firman Allah yang bermaksud; “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia (Allah) menciptakan apa yang dikehendakiNya, Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya” (Surah Asy-Syuara ayat 49) Islam mengangkat darjat seorang wanita pada satu tahap yang sebelumnya tidak mendapat penghormatan dan perlindungan yang sewajarnya. Garis panduan yang jelas dal...

Pemuda Isma Gombak Bantah Kemasukan Radiohead

Imej
YB Permatang Pauh dalam siaran akhbar baru ini menyatakan keinginan beliau untuk membawa kumpulan rock, Radiohead (umum mengetahui pendirian mereka yang pro Israel) ke Malaysia. Kata beliau, ini merupakan sebahagian janji yang ingin ditepati pasca kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 baru ini. Kami di Pemuda ISMA Gombak membantah keras usaha YB Nurul Izzah membawa anasir hedonisme barat ke dalam negara ini. Kemenangan Pakatan Harapan baru ini sepatutnya diisi dengan lebih ba ik, agar membina dan meneguhkan jati diri remaja dan pemuda Malaysia. Selari dengan terma yang digunakan iaitu Malaysia Baharu. Baharu dalam erti kata perlulah lebih baik dari sebelumnya terutama dalam pembangunan sosial masyarakat Penganjuran konsert ini hanyalah satu pembaziran dan tidak membawa manfaat yang baik dalam pembangunan modal insan. Selain itu, di kala Gaza sedang diserang, umat Islam dibom dan dibunuh, amatlah tidak sensitif  jika kita sebagai umat Islam menjemput sebuah kumpulan yang Pro I...

ISMA KL sokong pembangunan institusi agama di Lembah Pantai

Imej
Pantai Dalam, 16 Jul – Dr Osman Md Rasip, YDP Isma Kuala Lumpur menyatakan sokongan penuh atas usaha-usaha pembinaan masjid baru di Jalan Kubur, Pantai Dalam serta pembinaan Sekolah Menengah Agama di kawasan Lembah Pantai yang disuarakan oleh YB Fahmi Fadzil ahli Parlimen Lembah Pantai ketika berucap di Majlis Aidilfitri yang dianjurkan oleh Masjid Jamek al-Khadijiah dengan kerjasama ISMA Kuala Lumpur dan surau-surau di sekitarnya Sabtu lalu. Dr Osman Md Rasip yang ditemui selepas majlis turut menyatakan usaha-usaha murni tersebut dilihat akan dapat mengimarahkan pembangunan pendidikan dan dakwah setempat khususnya di kawasan Lembah Pantai. Tambah beliau, kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada pihak pemimpin, masjid, persatuan penduduk, NGO dan lain-lain adalah penting dalam membangun dan membina masyarakat yang sejahtera. Disamping berita gembira buat warga Lembah Pantai ini, Dr Osman Md Rasip turut menyokong janji YB Fahmi Fadzil sewaktu PRU14 untuk mendaulatkan Bahasa Melayu...

Islam Menjaga Kemuliaan Wanita

Imej
Islam turun dan mengangkat tinggi darjat wanita. Sebelum ini, anak perempuan yang lahir dianggap pembawa nasib malang dan memalukan keluarga lalu ditanam hidup-hidup. Perempuan hanya dianggap sebagai hamba abdi dan hanya alat memuaskan nafsu. Malah, wanita juga dinafikan hak untuk menuntut ilmu. Namun Islam datang membawa sinar kepada wanita. Wanita diberikan hak menuntut ilmu, hak memilih pasangan, hak dalam pemilikan harta dan banyak lagi. Balasan pahala yang sama antara lelaki dan perempuan juga menunjukkan betapa tidak wujud diskriminasi wanita dalam Islam. Dalam Islam,yang membezakan antara seorang dan yang lain di sisi Allah hanyalah takwa, rasa takutnya kepada Allah. Suara-suara feminis yang memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan wanita ini perlu sedar akan konsep adil. Betapa adilnya Allah meletakkan sesuatu sesuai dengan tempatnya. Adil tidak bererti mesti sama rata. Wanita memiliki fitrah yang tersendiri sesuai dengan sifat biologinya, dan begitu juga lelaki. Ha...

Islam bukan sekadar ‘rahmah’ – Presiden ISMA

Imej
Hasan al Banna menyebut dalam menakrifkan Islam: إسلام نظام شامل، يتناول مظاهرالحياة جميعا. فهو: دولة ووطن أو حكومة وأمة، وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة، وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء، وهو مادة وثروة أو كسب وغنى، وهو جهاد ودعوة أو جيشوفكرة، كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة، سواء بسواء. Terjemahan: Islam adalah sistem yang syumul merangkumi semua lapangan kehidupan; ia adalah daulah dan watan, pemerintah dan ummah, akhlak dan kekuatan atau rahmah dan keadilan, sosial dan perundangan atau ilmu dan kehakiman, kebendaan dan aset atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau askar dan fikrah sebagaimana ia akidah yang benar dan ibadah yang sahih semuanya sama kedudukan kepentingannya. Huraian ini menunjukkan Islam adalah sistem yang bersifat mutlak dan bersepadu. Islam bukan bersifat tempelan atau menjadi satu juzuk daripada sistem yang lain. Kita tidak boleh hanya mengambil satu perkataan sahaja untuk menggambarkan sistem Islam yang menyeluruh. Sebagai contoh kalau kita ambil ...

400 tetamu dari pelbagai kaum meriahkan Karnival Aidilfitri Isma Kuantan

Imej
Oleh Norbaiyah Mohamed Bakrim KUANTAN, 13 Jul. – Lebih 400 tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur turut sama hadir ke Karnival Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan. Pengarah Karnival Aidilfitri Isma Kuantan, Dr Mohd Afzal Alias berkata, kehadiran peserta termasuk sukarelawan bukan Islam ke karnival ini membuktikan bahawa dalam menjayakan agenda memartabatkan Islam dan Melayu di tanah air, Isma tetap mengalu-alukan penglibatan kaum lain melalui program-program yang dijalankan untuk manfaat bersama. “Mereka yang turut serta memberikan respon yang positif dan harapannya selepas ini program-program sebegini dapat dijalankan lagi bagi melibatkan masyarakat berbilang kaum di samping dapat menarik minat penganut agama lain bagi mendekati Islam,” jelas beliau lagi. Salah seorang peserta dari kaum Cina, Puan Loi, ibu kepada adik Leong yang merupakan peserta Pertandingan Mewarna anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (Nazim) turut menyokong aktiviti yang...

ISMA Gombak Lakar Sejarah Baru

Imej
  Gombak, 8 Julai –  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak hari ini telah melakarkan sejarah baru apabila berjaya membuka satu pejabat baru serta pusat komuniti bertempat di Taman Sri Gombak, Batu Caves. Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik telah merasmikan pejabat baru dan pusat komuniti ISMA Gombak ketika dalam satu majlis sambutan Aidilfitri anjuran ISMA Gombak. Majlis turut dihadiri beberapa pemimpin tempatan termasuk pemimpin dari masjid-masjid sekitar Gombak. Antaranya Ustaz Zainal, Pegawai Konsulat Kedutaan Arab Saudi. Menurut Yang Dipertua (YDP) ISMA Gombak, En Mohd Zuraidi Zakaria, kewujudan pejabat baru dan pusat komuniti ini akan memberi ruang yang lebih luas untuk ISMA Gombak mendekati segenap lapisan masyarakat melalui program-program dakwah dan pembinaan jatidiri terutama untuk golongan belia dan remaja di sekitar Gombak. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama ahli ISMAGombak yang memberikan sumbangan untuk mewujudk...

Timbalan Mufti Perak cadang pertingkat kempen kesedaran tolak LGBT

Imej
IPOH, 10 Julai – Mengulas mengenai kenyataan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkaitan isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia, SS Ustaz Zamri Hashim yang merupakan Timbalan Mufti Perak berkata, beliau menyokong pandangan bahawa LGBT adalah satu dosa sama ada dilakukan secara terang-terangan mahupun sembunyi. Namun begitu, beliau menegaskan sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya adalah Muslim, kita tidak patut merasa senang dengan perkembangan budaya LGBT ini di Malaysia. Ujarnya, “LGBT adalah haram di sisi Islam. Sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, Malaysia tidak seharusnya menandatangani mana-mana deklarasi antarabangsa yang cuba menghalalkan perbuatan berdosa ini”. Zamri menambah, pihak kerajaan perlu didesak supaya tidak memberi ruang kepada pejuang-pejuang LGBT mempromosi dan bermegah-megah dengan aktiviti mereka seperti yang berlaku sekarang. Menurut beliau, golongan LGBT kini dilihat semakin berani muncul...

Majlis Hari Raya ISMA K.Terengganu Disambut Meriah

Imej
7 Julai 2018, Kuala Terengganu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu dengan kerjasama Surau Taman Mas, Bukit Payong telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 disini hari ini. Kira-kira seramai 200 orang yang terdiri daripada penduduk sekitar dan jemputan khas telah hadir ke majlis ini. “Majlis jamuan hari raya ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ISMA dengan masyarakat setempat. Dengan menganjurkan majlis seperti ini, secara tidak langsung masyarakat akan lebih mengenali ISMA”. Berkata Ustaz Dr. Razali Musa, Yang Di Pertua ISMA Kuala Terengganu. ” Majlis seakan ini sebenarnya harus selalu diadakan supaya ISMA boleh lebih mendekati masyarakat terutama barisan pimpinan ISMA K.Terengganu agar seruan dakwah yang dibawa sampai dan segala permasalahan masyarakat dapat diselami  dengan baik” tambah beliau lagi. Pelbagai juadah dan sajian telah disediakan termasuklah makanan tradisi Terengganu iaitu Nasi Dagang. Rata-rata para tet...

Sambutan Hari Raya ISMA Kota Bharu dapat Sambutan Hangat

Imej
Kota Bharu, 7 Jun 2018 – Kemeriahan aidilfitri dapat diraikan bersama dengan hadirin berjumlah kira-kira 400 orang pada hari ini di Dewan Dato’ Isahak, Kota Bharu, Kelantan. Sambutan hari raya aidilfitri ini adalan anjuran ISMA KB dengan kerjasama Yayasan Ikhlas, iMedik Kelantan, iGuru Kota Bharu, Pemuda Kelantan, BKM, Wanita ISMA, Pembina, KRIM dan NAZIM. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 1 ISMA. Antara ucapan beliau, umat Islam seharusnya terus fokus bersemangat walaupun sudah masuk bulan Syawal. Peristiwa kebangkitan Melayu di Perak menentang British pada ketika dulu berlaku dalam bulan mulia ini, menunjukkan perjuangan diteruskan juga setelah melalui bulan Ramadhan. Tambahan beliau “Masyarakat kini telah mula celik dengan kebenaran seruan Isma selama ini berkenaan kebenaran ancaman kristianisasi, Comango, LGBT dan sebagainya”. Beliau mengajak kita agar tidak berputus asa menentang anasir-anasir yang menggugat agama Islam. Turut hadir memeriahkan ...

Tips Pemilihan Pusat Penjagaan Anak

Imej
Gombak, 4 Julai –  Masyarakat digemparkan dengan berita kematian seorang bayi bernama Adam Rayqal di rumah pengasuhnya malam tadi. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak dengan rasa kesal dan simpati mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, JT Farrah Madihah Othman yang merupakan seorang jururawat yang bertugas di NICU, HKL. Telah banyak kejadian yang melibatkan pengasuh yang diakhiri dengan tragedi yang tidak diingini. Buat ibu bapa yang menghantar anak- anak ke taska, berikut adalah beberapa tips untuk pemilihan taska atau pengasuh yang harus dipertimbangkan secara teliti:   1. Para ibu bapa digalakkan menghantar anak anda kepada pengasuh (taska di rumah berdaftar) atau taska institusi yang berdaftar sahaja. Ini adalah kerana setiap pengasuh  yang bekerja di sini dilatih dan diwajibkan mengambil Kursus Asuhan Permata serta bengkel-bengkel lain bagi menambah kemahiran mereka mengendalikan kanak-kanak.   2. Ibu bapa dinasihatkan membuat kajian atau s...

Simposium Kepimpinan ISMA Luar Negara Meneraju Agenda Anak Muda

Imej
BANGI, 1 JULAI 2018 – Biro Luar Negara (BLN) ISMA komited dalam melahirkan pemimpin muda, terutama dalam melahirkan pakar dalam segenap bidang yang berfikrahkan Islam. Buat julung kalinya, Simposium Kepimpinan ISMA Luar Negara (SKIL) 2018 telah diadakan di sini pagi tadi dengan bertemakan Prinsip, Proaktif dan Pimpin. SKIL 2018 menyaksikan pembentangan idea-idea kepimpinan menerusi kes studi di pelbagai negara termasuk  daripada Mesir, Jordan, Jepun, Korea, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan India di samping penyertaan dari alumni-alumni ISMA Luar Negara yang turut hadir. Program ini telah berjaya menghubungkan pimpinan-pimpinan ISMA Luar Negara untuk bertukar-tukar buah fikiran dan idea berkenaan pelbagai perkara khususnya dalam amal organisasi dan kepimpinan. Menjunjung aspirasi Ketua BLN ISMA, Tuan Muhammad Lukman Al-Hakim bahawasanya ISMA sedang mempersiapkan barisan kepimpinan muslim berwibawa untuk memimpin Malaysia pada masa akan datan...