Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Program Ibubapa Soleh Anak Cemerlang II

Imej
PROGRAM IBUBAPA SOLEH ANAK CEMERLANG II Bersama panelis hebat: Dr. Razali Musa Prof. Dato' Dr. Badrulhisham Datin Norzaimeen Tarikh: 25 Disember 2013 (Rabu) Masa: 8.00am - 2.00pm Tempat: Dewan Utama, Bangunan JPA, Politeknik Kuala Terengganu Yuran: RM20 sahaja Anjuran: ISMA Kuala Terengganu Politeknik Kuala Terengganu Hubungi: Puan Solehah: 013-9741308 Puan Fauziah: 019-9145420

ISMA lancar kempen ‘Sejuta Ummah Tolak Comango’

Imej
BANGI, 16 Disember – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini melancarkan kempen ‘Sejuta Ummah Tolak Comango’ sebagai bukti bahawa masyarakat negara ini membantah segala tuntutan biadap gabungan NGO liberal Comango. Kempen ini dijalankan dengan mengumpulkan tandatangan secara fizikal dan petisyen atas talian.Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, sejuta tandatangan ini akan diserahkan kepada pihak kerajaan sebagai bukti bahawa dakwaan Comango adalah palsu dan perlu ditolak dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka.“Kita akan menyerahkannya kepada pihak kerajaan dan ini juga sebagai isyarat kepada negara-negara anggota PBB supaya menolak tuntutan mereka (Comango),” kata beliau kepada wartawan ISMA.Katanya lagi, ISMA selaku gerakan Islam memandang berat tuntutan-tuntutan Comango yang mencabar Islam dan perlembagaan negara.“Tindakan mereka yang jahat ini boleh mengakibatkan tergugatnya keharmonian kaum yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai.“Ole

ISMA sangkal laporan Free Malaysia Today

Imej
BANGI, 18 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyangkal laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT) kelmarin apabila mendakwa ISMA menyeru supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan dari Malaysia. Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, FMT memutarbelit kenyataannya untuk menyatakan sesuatu yang hakikatnya adalah agenda yang mereka perjuangkan. “Saya sama sekali tidak menyentuh hubungan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dalam kenyataan sebelum ini. “Bahkan saya langsung tidak menyeru Sabah dan Sarawak berpisah dengan Semenanjung. “Jadi saya fikir ini adalah agenda dan strategi mereka. Tujuan mereka hanya mahu menanamkan kebencian antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta mengambil kesempatan daripada suasana keruh ini untuk kepentingan mereka,” jelasnya. Free Malaysia Today telah menyiarkan laporan bahawa pelawaan ISMA menyeru Sabah dan Sarawak dikeluarkan dari Semenanjung disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan

ISMA seru kumpulan Kristian menjaga keharmonian hubungan kaum dan agama

Imej
BANGI, 14 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini menyeru kumpulan Kristian supaya menjaga keharmonian hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Seruan itu disampaikan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kepada wartawan ISMA berhubung keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang melarang penerbitan gereja menggunakan kalimah Allah pagi tadi. Ustaz Abdullah turut menyeru agar pihak Kristian meninggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini. “Tinggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum kerana orang Islam di negara ini akan menentang sebarang niat jahat dari mana-mana pihak yang ingin mengancam masa depan mereka,” kata beliau. Tambahnya, sebagai warganegara mereka harus akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini. “Tindakan mencabar hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada raja dan negara. “Mereka boleh buat pilihan lain untuk

ISMA akan menghantar wakil ke PBB bincang isu tuntutan COMANGO

Imej
Bangi, 17 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia akan menghantar seorang wakil bagi menyertai delegasi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRo) ke Geneva, Switzerland pada 24 Oktober ini. Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, beliau akan mewakili ISMA dalam delegasi tersebut dan akan bertolak pada 22 Oktober nanti. “Kita akan memberi sokongan kepada Perwakilan Malaysia dalam persidangan ini. Sekiranya terdapat silap faham dalam semakan laporan yang berkaitan tuntutan Comango, kita akan menjelaskan bahawa tuntutan itu tidak mewakili keadaan sebenar Malaysia,” ujar beliau ketika dihubungi. Delegasi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRo) yang diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Azril Mohd Amin akan berada di Geneva sejak bermula proses semakan 24 Oktober sehingga ia tamat pada bulan November. Tambah Tuan Haji Aminuddin, ISMA bersama-s

Tuntutan COMANGO bakal memporak-perandakan negara – Timb Presiden ISMA

Imej
BANGI, 11 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) dalam proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) melalui Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) yang jelas akan memporak-perandakan negara. Tuntutan-tuntutan yang terkandung dalam laporan COMANGO akan mengakibatkan kedaulatan agama Islam akan terhakis dan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang liberal yang jauh daripada pedoman agama Islam. “Kita mengutuk dan menentang tuntutan-tuntutan COMANGO kerana ia bakal memporak-perandakan negara. Negara kita akan menjadi negara yang liberal, iaitu rakyat bebas melakukan apa saja termasuk yang bertentangan dengan ajaran Islam tanpa ada tindakan yang boleh diambil,” tegas Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan menjelang tarikh 24 Oktober ini yang merupakan hari semakan berpenggal (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-

Tuntutan COMANGO mengandungi tuntutan berbahaya terhadap Islam

Imej
KUALA LUMPUR, 23 September – Draf laporan COMANGO yang akan dibentangkan dalam sesi Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) Geneva, Switzerland mengandungi tuntutan-tuntutan yang berbahaya terhadap Islam dan negara Malaysia. Menurut Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Azril Mohd Amin, isi kandungan laporan COMANGO membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini. Antara tuntutan berbahaya itu ialah Malaysia dituntut menandatangani satu perjanjian berkaitan hak kebebasan beragama yang bakal memperlihatkan gejala murtad berleluasa. Selain itu Malaysia juga dituntut menandatangani satu peraturan yang akan mengiktiraf hak golongan LGBT yang kesudahannya akan mengizinkan perkahwinan sejenis berlaku di negara ini. Undang-undang kesalahan jenayah liwat juga perlu dihapuskan sebagai langkah mengiktiraf golongan songs

Majlis berbuka puasa ISMA Kuala Terengganu dan Masjid Permint Jaya

Imej
KUALA TERENGGANU, 20 Julai - Kira-kira 100 orang hadir dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu dengan kerjasama AJK Masjid Taman Permint Jaya, Cendering. Majlis dimulai dengan tazkirah ringkas oleh YDP ISMA Kuala Terengganu, Dr. Razali Musa yang menekankan aspek kerjasama dalam membina jati diri umat Islam dan menjelaskan kepada mereka ancaman-ancaman semasa yang dihadapi oleh umat Islam.

Kenyataan Duta Vatican ancam kedaulatan Islam

Imej
KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kerajaan perlu memberi ketegasan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino supaya menghormati perlembagaan negara Malaysia bahawa Islam sebagai agama Persekutuan, demikian menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Beliau berkata, tindakan segera dan tegas perlu diambil terhadap Marino kerana tidak menghormati kedudukan Islam di Malaysia apabila berani mengeluarkan kenyataan yang menyokong pendirian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian di negara ini. “Secara psikologinya Marino telah menghina kehormatan dan mengancam kedaulatan Islam melalui kenyataan biadapnya dalam usaha mencabar status quo umat Islam di Malaysia. “Makanya dalam hal ini, kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan melepaskannya begitu sahaja, ini hak seluruh umat Islam,” ujar Ustaz Abdullah dalam satu kenyataan media Gabungan NGO Islam di Villa Puteri, hari ini. Tegas Usta

Seminar Fiqh Puasa anjuran Wanita ISMA Kuala Terengganu meriah

Wartawan: Saudari Nurul Hidayah Abdul Aziz CHENDERING, 22 Jun – Kehadiran Ramadhan kian dirasai dan dinanti apabila pada julung kalinya Seminar Fiqh Puasa anjuran Biro Wanita ISMA cawangan Kuala Terengganu dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Sultan Ismail diadakan dengan jayanya. Seramai lebih kurang 30 orang peserta muslimat yang terdiri daripada ahli kariah masjid dan penduduk berhampiran datang memeriahkan program yang disampaikan oleh Ustazah Tasnim Abdul Rahman, Pensyarah Al-Quran dan Sunnah, Fakulti Kontemporari Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Seminar yang bermula pada jam 9.30 pagi itu diawali dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Wanita ISMA Kuala Terengganu iaitu Ustazah Fauziah Ibrahim. Dalam ucapannya, beliau memperkenalkan Biro Wanita dan Keluarga ISMA kepada para peserta sebagai NGO yang mengajak masyarakat mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan untuk mendidik masyarakat seperti Program Ibu

Peranan muslimah dalam masyarakat Islam

Imej
Gambar hiasan - Festival Beliawanis anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Sudah jelas bahawa kewajipan mbukanlah hanya sebagai ibu dan pengatur rumah tangga. Namun muslimah juga memiliki tanggungjawab lain yang hukumnya juga adalah wajib iaitu turut aktif melakukan dakwah baik secara peribadi mahupun bergerak dalam jemaah. Dengan kata lain, peranan utama wanita muslimah adalah mengurus dan mendidik anak-anak. Dia mampu menjadi sumber yang menghasilkan cendekiawan dan mujahid pembela Islam. Wanita yang berusaha mempersiapkan anaknya menjadi pejuang Islam merupakan penyumbang besar dalam proses perubahan masyarakat. Wanita juga berperanan membimbing sesama wanita. Walaupun wanita memikul tanggungjawab yang besar dalam keluarga, namun beliau juga pasti mampu untuk memikul tugas dakwahnya kerana Allah Yang Maha Mengetahui tidak akan membebani hamba-Nya di luar kemampuan mereka. Seorang muslimah itu mesti memiliki pemahaman yang jernih mengenai Islam. Dia wajib meyakini

Sukan NAZIM Kuala Terengganu 2013

Wartawan: Saudari Nurul Hidayah Abdul Aziz BATU BUROK, 30 Mei – Berlatarkan suasana pantai dan di bawah rimbunan pohon rhu, satu program sukan NAZIM telah berjaya diadakan dengan jayanya. Walaupun paginya diawali dengan hujan renyai-renyai, seramai lebih kurang 25 orang adik-adik NAZIM tetap bersemangat untuk beraktiviti. Program dimulakan dengan santapan pagi sambil pengisian tazkirah tokoh Saidina Ali bin Abi Talib oleh Ustazah Wan Noraini iaitu Ketua NAZIM Kuala Terengganu. Penceritaan berkesan detik Saidina Ali menggantikan Rasulullah S.A.W. di tempat tidur baginda pada malam hijrah membakar obor keberanian adik-adik untuk turut mencontohi khalifah keempat Khulafa’ Ar-Rasyidin itu. Beliau turut menerapkan mereka tentang kepentingan menjaga solat dan akhlak yang baik dalam kehidupan seharian agar boleh menjadi individu sehebat tokoh-tokoh sahabat Rasulallah S.A.W. Antara sukaneka yang diadakan adalah cari gula-gula dalam tepung, passing getah menggunakan penyedut minuman, mini

Adakah wanita kurang akal dan agama?

Imej
  Ketika ditanya Al-Marhum Syaikh Mohd Mutawalli Al-Sya’rawi, seorang ulama terkenal Mesir, maksud hadis wanita kurang dari sudut akal dan agama, beliau menjawab: Apakah itu akal? Akal daripada perkataan ikatan, iaitu mengikat sesuatu dan mengetatkannya. Dengan itu, ia tidak bebas melakukan apa sahaja. Akal bermaksud kamu menghalang keinginan kamu daripada terlepas dan melakukannya apa yang perlu sahaja. Jadi akal datang untuk bentang pandangan dan memilih yang paling baik. Penyakit untuk memilih yang paling baik ialah hawa nafsu dan emosi. Wanita terkenal dengan emosinya. Ia amat perlu bagi menjalankan tugas-tugasnya. Oleh itu, akal yang mengawal nafsu dan emosi. Jadi wanita kurang dari sudut akal. Kerana emosi mereka lebih. Pada saat bapa berkasar dengan anak untuk mendidik, ibu akan bergegas menghalangnya, kerana ia adalah tabiat fitrah wanita. Manusia memerlukan kasih sayang dan belaian daripada ibu. Akal daripada bapa. Dalil yang jelas tentang emosi dan kasih sayang

Kehidupan satu perjuangan

Imej
Apabila dikaji sejarah kemenangan Islam didapati masa persediaan untuk mencapai kemenangan memakan masa yang lama. Sementara tempoh kemenangan hanyalah beberapa ketika sahaja. Contohnya, umat Islam berusaha keras melebihi 80 tahun menyediakan kekuatan tentera untuk menentang kekuatan tentera Salib di Palestin. Mereka terdiri daripada para ulama dan ketua-ketua tentera. Antaranya seperti Imad Al-Din Zinki, Nur Al-Din Mahmud dan Solah Al-Din Al-Ayubi. Umat Islam memperolehi kemenangan di medan perang Hittin dan membebaskan bandar-bandar yang telah ditawan musuh. Mereka diberi kekuasaan memerintah negara yang terbentang luas. Namun begitu, sungguh menakjubkan tempoh kemenangan itu mampu bertahan selama enam tahun. Selepas kematian Solah Al-Din Al-Ayubi, negara yang luas menjadi negara-negara kecil. Bahkan ada yang menyerahkan Al-Quds kepada tentera Salib tanpa bayaran. Apabila diperhalus dan ditelusur dengan cermat dapat difahami bahawa tujuan kehidupan ini bukan untuk mencapai

Hakikat syukur - Berterima kasihlah kepada Allah

Imej
Oleh: Abu Zaid, Muhammad Ikhlas bin Rosele Islam adalah agama yang syumul, dan agama yang lengkap merangkumi setiap aspek kehidupan seorang hamba. Ini bermakna dalam setiap aspek tersebut telah ada panduannya yang ditetapkan oleh Islam. Aspek yang mahu diketengahkan dalam artikel ini adalah aspek kemasyarakatan yang berkait dengan hubungan sosial manusia dengan manusia. Dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat telah ditetapkan adab-adab dan aturan berlandaskan syariat antaranya adalah bersyukur dan berterima kasih. Walaupun persoalan ini dilihat remeh tetapi hakikatnya ia adalah persoalan yang cukup penting dan menyentuh hubungan manusia dengan Allah. Sebagai buktinya, saya membawakan firman Allah S.W.T.: فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ Yang bermaksud: “Maka ingatlah kepada-Ku nescaya Aku akan ingat kepada (pula) kepada kamu, dan bersyukurlah kepada ku dan jangan kamu bersikap mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah Al-Baqarah