Jabatan Imigresen jumpa 13 kedutaan berhubung pelaksanaan E-Kad
PUTRAJAYA, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Tiga belas kedutaan negara sumber diberikan taklimat berhubung pelaksanaan program kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu perjumpaan denga Jabatan Imigresen di sini, hari ini. Perjumpaan itu, yang dipengerusikan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, dihadiri 28 wakil daripada kedutaan Bangladesh, Turkmenistan, Myanmar, Nepal, India, Sri Lanka, Filipina, Uzbekistan, Pakistan, Thailand, Kemboja, Indonesia dan Vietnam. Mustafar dalam kenyataan sempena perjumpaan itu berkata objektif utama pertemuan tersebut adalah supaya kedutaan berkenaan dapat memberikan sokongan kepada program E-Kad itu. “Jabatan Imigresen berharap pihak kedutaan dapat membantu melancarkan urusan pengeluaran pasport kepada warganegara masing-masing yang terlibat dalam program E-Kad ini,” katanya. Dalam perjumpaan itu, Mustafar berkata, wakil-wakil kedutaan juga diberi penerangan secara terperinci tentang...