Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Jabatan Imigresen jumpa 13 kedutaan berhubung pelaksanaan E-Kad

Imej
PUTRAJAYA, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Tiga belas kedutaan negara sumber diberikan taklimat berhubung pelaksanaan program kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu perjumpaan denga Jabatan Imigresen di sini, hari ini. Perjumpaan itu, yang dipengerusikan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, dihadiri 28 wakil daripada kedutaan Bangladesh, Turkmenistan, Myanmar, Nepal, India, Sri Lanka, Filipina, Uzbekistan, Pakistan, Thailand, Kemboja, Indonesia dan Vietnam. Mustafar dalam kenyataan sempena perjumpaan itu berkata objektif utama pertemuan tersebut adalah supaya kedutaan berkenaan dapat memberikan sokongan kepada program E-Kad itu. “Jabatan Imigresen berharap pihak kedutaan dapat membantu melancarkan urusan pengeluaran pasport kepada warganegara masing-masing yang terlibat dalam program E-Kad ini,” katanya. Dalam perjumpaan itu, Mustafar berkata, wakil-wakil kedutaan juga diberi penerangan secara terperinci tentang

Malaysia terbuka kongsi maklumat selepas siasatan menyeluruh selesai

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Malaysia terbuka berkongsi maklumat penyiasatan dengan mana-mana badan perisikan antarabangsa berhubung pembunuhan Kim Jong-nam selepas siasatan menyeluruh terhadap kes berkenaan selesai. Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, maklumat itu tidak akan dikongsi selagi tiada permintaan daripada pihak luar dan hanya tertakluk kepada empat aspek sahaja iaitu DNA, forensik, kimia dan bahan bukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi. “Empat aspek ini kita boleh kongsikan dengan badan perisikan di peringkat antarabangsa dan boleh diguna pakai oleh badan di bawah PBB setelah pihak PDRM menyelesaikan siasatan. “…….. dan ia mesti konlusif yang melibatkan bukan hanya polis tetapi juga Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia, Jabatan Penerbangan Awam khususnya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang mempunyai bukti cctv bagi merakamkan kejadian berkenaan,” katany

Harga petrol kekal, diesel naik 5 sen mulai esok

Imej
BANGI,1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Harga runcit minyak petrol RON95 dan RON97 bagi bulan Mac 2017, kekal pada RM2.30 seliter serta RM2.60 seliter. Bagaimanapun, harga runcit minyak diesel naik sebanyak 5 sen daripada RM2.15 kepada RM2.20 mulai tengah malam ini. The post Harga petrol kekal, diesel naik 5 sen mulai esok appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Mufti perlu bersatu, tingkat syiar Islam: Raja Salman

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al  Saud hari ini berpesan kepada para mufti di negara ini supaya sentiasa bersatu dan berusaha untuk meningkatkan syiar Islam. Ini antara amanat yang disampaikan baginda kepada 14 mufti negeri-negeri pada pertemuan ringkas di sebuah hotel di ibu negara, hari ini. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata baginda yang berinteraksi dalam bahasa Arab pada pertemuan hampir lima belas minit itu turut menekankan kepentingan untuk para mufti memainkan peranan dalam membantu umat Islam di negara ini. “Pertemuan ini sebagai (tanda) muhibbah dan memberi kesan yang amat besar kepada para mufti serta bersejarah dalam hubungan Malaysia dan Arab Saudi. “Kami berasa teruja dan seronok dapat bertemu dengan Raja Salman yang juga mahukan kita sentiasa bersatu padu, sentiasa menjaga hubungan sesama kita dan memainkan peranan meningkatkan syiar Islam,” kata Zulkifli kepada pemberita sej

Korea Selatan gesa heret Kim Jong-un ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Imej
SEOUL, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se menggesa agar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un diheret ke mahkamah antarabangsa bagi menghadapi pertuduhan melakukan jenayah kemanusiaan. Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera sebelum situasi di republik berkenaan mengancam keselamatan global. Katanya, ratusan pegawai kerajaan Pyongyang sebelum ini menerima nasib sama seperti Jong-nam di Korea Utara, tidak termasuk orang awam yang menjadi mangsa kekejaman rejim pemimpin negara itu. Byung-se memetik statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sambil berkata, kira-kira 120,000 penduduk Korea Utara menerima hukuman penjara, dipercayai bermotifkan politik. “Kita perlu bertindak secara individu dan berkelompok sebelum pencabulan hak asasi manusia mencetuskan masalah yang lebih besar. “Kita semua tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap jenayah dan penyalahguaan kuasa tersebut,” kata Byung-se ketika berucap pada Majlis Hak Asasi Manusia

Usul paksa Peguam Negara ke Parlimen jelaskan ‘derma’ RM2.6b Najib difailkan

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini memfailkan satu usul parlimen untuk memaksa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hadir di Dewan Rakyat bagi menjelaskan keputusannya tidak meneruskan dakwaan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, terdapat maklumat yang bercanggah mengenai sumbangan atau derma berkenaan. Katanya lagi, meskipun Apandi mengisytiharkan dana itu datang dari keluarga diraja Saudi, siasatan dan kes-kes mahkamah di luar negara termasuk di Singapura, menunjukkan bahawa wang berkenaan sebenarnya adalah daripada 1MDB. “Kita mahu Peguam Negara datang ke Parlimen dan mendedahkan kepada kita fakta-fakta yang bercanggah ini dan tunjukkan kepada kita bahawa keputusan mahkamah Singapura itu adalah semuanya salah,” kata Khalid pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini. Katanya, sekiranya Najib tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan, maka belia

Polis waspada terhadap aktiviti ancam keselamatan negara: Khalid

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Polis sentiasa memantau dan mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai lokasi untuk melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan negara. “Kami juga telah mengambil segala tindakan wajar untuk mematuhi peraturan-peraturan antarabangsa berhubung dengan sekatan yang berkaitan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kenyataan, di sini hari ini. Beliau mengulas sebuah laporan berita antarabangsa yang memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai berkata sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur. Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Khalid turut mengesahkannya. Bagaimanapun, katanya, polis sedar wujud dua syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu

Umat Islam perlu waspada sebar informasi agama dalam media sosial

Imej
SEREMBAN, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Umat Islam di negara ini perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang bentuk informasi berkaitan agama di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata, dalam era dunia tanpa sempadan pada hari ini, masyarakat kini disajikan dengan pelbagai ledakan maklumat baik dari dalam mahupun luar negara. “Institusi agama seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu merapatkan saf untuk menyaring dan menyusun balik informasi yang tersebar di media sosial serta dalam masa yang sama memastikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah disegarkan. “Mungkin jabatan agama boleh memikirkan mengenai tular sesuatu hadis atau informasi itu perlu mempunyai logo sama seperti logo Halal misalnya. Jadikan ia sebagai eksklusif kerana maklumat ini adalah makanan rohani…kalau makanan rohani tidak halal ia akan menyeb

Beri sokongan kumpulan Daesh, lelaki dipenjara empat tahun

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Seorang kakitangan penyelenggara bilik dandang dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memberi sokongan dan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh. Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Roshelmyzan Husain, 33, selepas bapa dua anak itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan. Bagi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh, Roshelmyzan dihukum penjara empat tahun manakala bagi pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas pula, dia dihukum penjara dua tahun. Azman memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap 29 Jun 2016. Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah dan penyesalan tertuduh, namun hukuman perlu menggambarkan ketegasan mahkamah supaya kesalahan itu tidak diulangi orang lain. “Kamu mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga, kamu

200 saksi dijangka beri keterangan kes bekas pengarah Jabatan Air Sabah

Imej
KOTA KINABALU, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Kira-kira 200 saksi dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan dua yang lain di Mahkamah Sesyen di sini yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.48 juta. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Husmaruddin Hussin memberitahu Hakim Abu Bakar Manat pada prosiding hari ini, terdapat kemungkinan tidak semua saksi dipanggil memberi keterangan. Beliau juga berkata pihak pendakwaan telah menyerahkan kepada pihak pembelaan dokumen berkaitan dalam bentuk cakera padat (CD) dan menjemput peguam bela tertuduh untuk hadir ke pejabat SPRM Sabah sekiranya mereka mahu memeriksa dokumen asal. Peguam PJ Pereira dan Baldev Singh membuat permohonan untuk meneliti dokumen berkenaan di pejabat SPRM, dua bulan sebelum perbicaraan bermula. Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan bermula 4 Julai hingga 28 Julai dan 8 Ogos hingga 25 Ogos. – Berna

Dua suspek wanita dalam kes bunuh Jong-nam didakwa esok

Imej
PUTRAJAYA, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Dua suspek wanita yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, esok. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerusi mesej aplikasi WhatsApp mengesahkan bahawa dua wanita asing itu akan dihadapkan di mahkamah pagi esok bagi menghadapi tuduhan. Polis menahan suspek wanita pertama, Doan Thi Huong, 29, seorang warga Vietnam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sehari selepas kejadian manakala warga Indonesia, Siti Aishah, 25, ditahan di sebuah hotel di Ampang, Selangor pada 16 Feb lepas. Kedua-dua wanita itu ditahan reman selama 14 hari mulai 16 Februari lepas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong-nam di klia2 pada 13 Februari lepas dan tempoh reman mereka berakhir esok. Jong-nam, yang merupakan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berada di klia2 untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita

565 calon STPM 2016 dapat PNGK 4.00

Imej
PUTRAJAYA, 1 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Seramai 565 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, meningkat sebanyak 0.51 peratus berbanding 335 calon pada 2015. Pengerusi Majlis Peperiksaan Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pencapaian calon STPM 2016 secara keseluruhannya meningkat dalam semua kriteria pengukuran, dengan PNGK Nasional mencatatkan peningkatan kepada 2.71 berbanding 2.65 pada 2015. Beliau berkata, bilangan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas meningkat kepada 16,263 calon pada 2016 berbanding 14,263 calon pada 2015. Katanya, bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas turut meningkat daripada 20,359 orang dalam STPM 2015 kepada 22,407 orang pada 2016. “Dengan peratusan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas dan 2.75 ke atas, saya menjangkakan peluang lepasan STPM 2016 untuk diterima masuk ke Universiti Awam (UA) adalah lebih besar,” katanya ketika mengumumkan analisis kepu

VIDEO | Masjid, sekolah dan hospital bakal dibina semula di Gaza

Imej
Pembinaan semula masjid as-Syafie dan masjid al-Qasam serta sekolah dan hospital diteruskan lagi oleh pihak Aman Palestin Berhad. Ini bertujuan untuk membangunkan semula Palestin dan menyediakan semula segala kemudahan yang telah dihancurkan oleh pihak Israel. Setakat ini, dana yang dikumpul dari rakyat Malaysia sendiri telah sedia ada dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk meneruskan pembinaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut. Sidang media ini telah berlangsung pada 24 Februari 2017 di Bangi. The post VIDEO | Masjid, sekolah dan hospital bakal dibina semula di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

VIDEO | Pembangunan komuniti jadi fokus Aman Palestin pada tahun 2017

Imej
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut menyatakan sebanyak RM36 juta diperlukan bagi membangunkan semula komuniti di Gaza akibat konflik peperangan dengan Israel. Pembangunan komuniti ini termasuklah membasmi kemiskinan, pembangunan berterusan, kesihatan, pendidikan dan juga untuk masjidil al-Aqsa khusus untuk muslim. Beliau berkata demikian pada sidang media yang telah berlangsung pada 24 Februari 2017 di Bangi. The post VIDEO | Pembangunan komuniti jadi fokus Aman Palestin pada tahun 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Saudi Aramco labur AS$7 bilion di RAPID Pengerang

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaburan Saudi Aramco sebanyak AS$7 bilion dalam sebuah kilang penapis minyak yang ditubuhkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Johor. Keputusan itu dibuat selepas perbincangan antara Eksekutif Kanan dari Petronas dan Saudi Aramco untuk memaju dan mengendalikan kilang penapis minyak berkenaan menerusi projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang. Pelaburan tersebut bagaimanapun telah dipersetujui dalam mesyuarat dua hala antara Najib bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, semalam. Diijadualkan petang ini akan diadakan majlis tandatangan kerjasama perlaburan itu sekaligus menjadikan Aramco pelabur individu terbesar dalam RAPID di Johor. Projek RAPID itu dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2019. Najib antara lain mengharapkan agar kerjasama dengan Arab Saudi ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. “Apabila

Syarikat Malaysia dan Arab Saudi tandatangani tujuh MoU bernilai RM9.74 bilion

Imej
KUALA LUMPUR, 24 Feb — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bercakap mengenai hubungan ekonomi Malaysia dan Arab Saudi bersempena lawatan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia semasa ditemu bual secara ekslusif bersama Bernama di Menara MITI semalam. KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Syarikat Malaysia dan Arab Saudi hari ini menandatangani tujuh memorandum persefahaman (MoU), bernilai RM9.74 bilion, dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan, kerjasama halal, aeroangkasa dan perkhidmatan haji. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata MoU berkenaan menunjukkan minat yang semakin meningkat daripada kedua-dua negara untuk memanfaatkan kekuatan bersama dalam mencapai matlamat perniagaan. – Bernama The post Syarikat Malaysia dan Arab Saudi tandatangani tujuh MoU bernilai RM9.74 bilion appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

VIDEO | Darul Insyirah pelindung warga emas

Imej
Darul Insyirah adalah pusat jagaan dan pendidikan warga emas yang telah ditubuhkan pada 2013. Pengasasnya, Asral Widad Ahmad Asnawi menyatakan bahawa, pada masa ini Darul Insyirah sedang menjalankan kutipan dana sebanyak RM6 juta bagi mendirikan kompleks baharu di Bangi. Katanya lagi, untuk pembinaan fasa pertama mereka memerlukan RM1.5 juta dan jumlah terkumpul sekarang adalah RM460,000. Darul Insyirah menyediakan perkhidmatan jagaan dilengkapi khidmat tujuh jururawat dan pendidikan agama kepada penghuni-penghuninya. The post VIDEO | Darul Insyirah pelindung warga emas appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Lagi vape meletup, bilik tidur terbakar

Imej
LONDON, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Keburukan penggunaan vape terbukti apabila satu lagi insiden berlaku apabila bilik tidur rumah dua tingkat berkembar di Oldbury, West Midlands terbakar gara-gara rokok elektronik itu meletup. Media Mail Online melaporkan, kebakaran itu terjadi selepas vape berke­naan yang sedang dicas secara tiba-tiba meletup. Kebakaran berlaku disebabkan masalah bateri li­tium pada vape tersebut. Beberapa gambar yang dikeluarkan oleh Stesen Bomba Oldbury menunjukkan berlaku kerosakan teruk di bilik tidur utama di tingkat pertama rumah ber­kenaan. Sementara itu, anggota Pasukan Penyiasatan London Fire Brigade, Charles Pugsley berkata, orang ramai sering tersalah anggap bahawa vape adalah lebih selamat berbanding rokok biasa. “Pengguna kadangkala menggunakan pengecas yang kurang sesuai sehingga menyebabkan vape tersebut terlebih cas dan meletup. “Kami menggesa penjual vape agar menjual pengecas yang bersesuaian bagi menge­lakkan kejadian serupa berlaku,” ka

Dua syarikat punyai kaitan dengan agensi ‘risikan’ Korea Utara dibatalkan pendaftaran

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Dua syarikat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi risikan Korea Utara sedang dalam proses dibatalkan pendaftarannya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Dua syarikat itu ialah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd yang dilapor mempunyai kaitan dengan Glocom – syarikat yang digerakkan oleh agen risikan Korea Utara yang beralamat di Brickfields, Kuala Lumpur. Katanya, sumber laporan itu sendiri telah mengukuhkan kenyataan bahawa tiada syarikat bernama Glocom wujud di Malaysia. “Bagaimanapun, ia menyebut bahawa laman web Glocom.my didaftarkan pada 2009 oleh entiti dikenali sebagai International Global Services. “Syarikat yang namanya hampir sama International Golden Services, disenaraikan untuk tujuan perhubungan di laman web itu,” katanya. Menurut laporan badan dunia yang disediakan untuk Majlis Keselamatan dan dilihat oleh Reuters, Galcom dikendalikan oleh ejen peri

Asalnya minat, Norzafry tak sangka boleh naik podium kejohanan basikal Bintulu

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Walaupun pada awalnya hanya sekadar minat berbasikal dan menjadikannya hobi di masa lapang, namun Norzafry Norhalim tidak menyangka dirinya mampu meraih tempat ketiga dalam perlumbaan ‘Bintulu Mountain Bike Challenge 2017’ Ahad lalu. Jurutera mekanikal di sebuah syarikat minyak dan gas di Sibu, Sarawak itu memberitahu, minatnya dalam sukan berbasikal ini bermula sejak 2014. Beliau berkata, tujuan asalnya adalah untuk menjaga kesihatan, justeru beliau memilih untuk berbasikal ke tempat kerja yang jaraknya enam kilometer dari rumah setiap hari. Hasil galakan daripada keluarga dan rakan-rakan dalam kumpulan sukan I-Fitness, aktiviti berbasikal kini sudah menjadi rutin harian sehingga mendorong dirinya menyertai perlumbaan anjuran BDA Pejabat Rediden Bahagian Bintulu dan DNA Sports baru-baru ini yang mendapat liputan media tempatan. Dengan catatan masa 48 minit 50 saat, Norzafry yang juga aktivis Ikatan Muslimin Malaysia

Universiti perlu beri sumbangan kepada pembinaan tamadun Islam: Raja Salman

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Universiti dan pusat penyelidikan di negara Islam perlu menghasilkan kerja yang boleh menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam, titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud. Baginda bertitah, ianya perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran dalam bidang pengetahuan ilmiah dan teknikal yang tidak jauh bezanya daripada cabaran yang dihadapi dalam aspek politik dan ekonomi. “Universiti merupakan pusat pembinaan negara dan bangsa yang mempunyai misi untuk merealisasikan pembangunan dalam pelbagai dimensi secara menyeluruh,” titah baginda pada majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya kepada baginda di universiti itu, di sini malam Isnin. Di samping itu, baginda bertitah universiti turut berperanan memperkukuh perpaduan nasional selain memperkasa budaya dialog, nilai toleransi dan keharmonian hidup antara pelbagai bangsa. “Hal ini penting untuk merealisasikan keamanan dan kedamaian di peringkat antarabangsa hingga

Britain gesa Malaysia kongsi bukti Agen saraf VX bunuh Jong-nam

Imej
BRITAIN, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Malaysia digesa berkongsi dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan bukti Agen saraf VX yang membunuh abang tiri pemimpin tertinggi, Korea Utara, Kim Jong-nam. Perkara itu dinyatakan Duta Britain, Matthew Rycroft dengan gesaan agar maklumat mengenai serangan pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) perlu dihantar ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di Hague. “Jika mereka mendapat bukti, mereka perlu menghantarnya kepada OPCW dan kepada Majlis Keselamatan. “Selepas itu, kita boleh mengambil tindakan selanjuntnya,” katanya. Rycroft juga berharap mana-mana negara yang turut terlibat dalam kes ini di Malaysi akan mengemukakan bukti secepat mungkin. Bagaimanapun, Duta Jepun, Koro Bessho berkata, terpulang kepada Malaysia untuk membuat keputusan sama ada ia mahu berkongsi maklumat itu. “Pada dasarnya, kami menunggu Malaysia untuk tampil dengan keputusan yang jelas,” katanya. Malaysia a

Harga minyak bulan Mac diramal tidak berubah

Imej
BANGI, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Harga minyak petrol bulan Mac dijangka tidak berubah, demikian ramalan pakar ekonomi tempatan, Datuk Chua Tia Guan seperti dilaporkan China Press. Beliau berkata, ia akibat tiada perubahan ketara pada kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah dunia. Selain itu, Tia Guan yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group memberitahu, mengikut harga minyak mentah dunia pada bulan ini dan bulan lepas, tiada perbezaan yang besar iaitu berada di paras antara AS$55-AS$57 setong. “Ditambahkan pula tiada perbezaan yang banyak pada kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar AS, saya boleh meramalkan harga minyak pada bulan hadapan adalah sama seperti bulan ini,” katanya Tian Guan menegaskan, ramalannya adalah berdasarkan pada kedudukan semasa harga minyak mentah dunia dan bukan pada Mean of Platts Singapore (MOPs) yang membuat penarafan dan menilai kos minyak secara

Pembunuhan Jong-nam dirancang teliti, dakwa bekas ejen perisik Korea Utara

Imej
SEOUL, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Seorang bekas ejen perisik Korea Utara, Kim Dong-sik berkata, penggunaan Agen Saraf VX dalam pembunuhan Kim Jong-nam menunjukkan rejim Stalin itu membangunkan kaedah pengganas jenis baharu. Kes pembunuhan itu, katanya, memaparkan keunikan yang jarang dilihat di Pyongyang walaupun memiliki sejarah panjang keganasan menggunakan taktik kejam daripada jarum beracun sehingga nahas kereta terancang. “Kes Jong-nam berbeza dari sebelumnya dan saya fikir ia adalah yang pertama seumpamanya,” kata Dong-sik dalam satu seminar di Parlimen, semalam. Selain itu, beliau berkata, dua wanita yang menyapu wajah Jong-nam dengan VX sebelum meninggalkan tempat kejadian mungkin menjalani latihan berulang kali untuk menjadikannya seperti insiden semula jadi dan bukan cubaan membunuh. “Mungkin suspek berlatih berpuluh kali melakukan pembunuhan dan ia dilakukan dengan lancar,” katanya sambil menambah suspek mungkin tidak mengakui mereka mengambil bahagian dalam pembun

Lelaki disebat 22 sebatan khalwat dengan bukan muhrim

Imej
ACEH, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Seorang lelaki dihukum sebat di khalayak ramai semalam selepas didapati bersalah berkhalwat dengan wanita yang bukan muhrimnya. Herizal Yunus, 27, bagaimanapun dilaporkan rebah selepas dirotan lapan kali di khalayak ramai di sebuah masjid di Banda Aceh. Kemudian, petugas membawa Herizal turun dari pentas dan seorang doktor memeriksanya dan berkata, lelaki itu sihat. Dia seterusnya dibawa semula ke pentas untuk menerima baki 14 sebatan lagi. Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 22 kali terhadap Herizal selepas dia ditangkap berdua-duaan dengan seorang wanita yang bukan isterinya. Herizal antara lapan pesalah yang dihukum sebat di khalayak ramai atas pelbagai kesalahan termasuk berkhalwat dan berjudi. Aceh mula menguatkuasakan undang-undang Islam selepas mendapat kuasa autonomi pada 2001, sekali gus menamatkan pemberontakan di wilayah itu. Undang-undang Islam mula diperkasakan sejak Aceh menandatangani perjanjian damai deng

Militan Abu Sayyaf penggal tebusan warga Jerman

Imej
MANILA, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Kumpulan militan Abu Sayyaf menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggota kumpulan itu memenggal kepala tebusan warga Jerman, Jurgen Gustav Kantner yang diculik November tahun lalu. Video yang dimuat naik semula oleh laman kumpulan pemantauan, SITE menunjukkan lelaki berusia 70 tahun itu duduk di atas kawasan berumput dengan seorang lelaki mengacukan pisau di lehernya. “Sekarang mereka akan bunuh saya,” katanya sebelum dilaporkan dipenggal semalam selepas tarikh akhir permintaan wang tebusan. Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Jerman Martin Schaefer berkata, pakar meneliti video itu bagi memastikan ia asli atau tidak. “Sekiranya video ini asli, ia sangat mengejutkan,” katanya. Abu Sayyaf dilaporkan menculik Kantner dan membunuh isterinya selepas memintas kapal layar yang dinaiki pasangan berkenaan berhampiran perairan Sabah di Malaysia pada November lalu. Kumpulan itu meminta wang tebusan berjumlah 30 juta peso (RM2.7 juta) s

Malaysia miliki kepakaran mengesan, menganalisis agen saraf VX

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa –  Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam biarpun negara tidak mempunyai pengalaman mengendalikan bahan kimia itu sebelum ini. Profesor Jabatan Kimia Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Prof Dr Abdul Rahim Yacob berkata, kepakaran ahli kimia negara diiktiraf seluruh dunia dan tidak sewajarnya ada pihak meragui analisis dan siasatan yang dibuat berkaitan kes itu. Berpengalaman dalam bidang sains forensik lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat sebagai ahli kimia di Jabatan Kimia Malaysia selama 10 tahun, Abdul Rahim yakin jabatan berkenaan mempunyai kebolehan menjalankan analisis senjata kimia itu. “Ahli kimia kita wajib berdaftar setiap tahun dengan Institut Kimia Malaysia (IKM). Ini kerana, mereka terikat dengan Akta Ahli Kimia Malaysia iaitu tidak boleh mengesahkan atau mengeluarkan sebarang laporan seperti laporan bedah

Raja Salman beri respons positif permintaan tambah kuota haji Malaysia: PM

Imej
PUTRAJAYA, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa –  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud memberi respons positif terhadap permintaan Malaysia untuk menambah kuota haji sehingga 30,000 jemaah. Perdana Menteri berkata dalam perbincangan dua hala antara kedua-dua negara hari ini, Raja Salman memaklumkan bahawa kerajaannya perlu memberi pertimbangan lebih mendalam. “Dari segi peranan Raja Salman sebagai Penjaga Dua Kota Suci, sudah tentu urusan jemaah haji satu perkara amat penting dan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya. Najib berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perbincangan dua hala itu di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di sini, Isnin. Raja Salman kini dalam lawatan negara empat hari ke Malaysia bermula semalam atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Awal tahun ini, kerajaan Arab Saudi mengembalikan kuota jemaah haji Malaysia kepada jumlah asal iaitu 27,800 orang setelah k

Malaysia sambut baik keputusan Arab Saudi tingkatkan pemberian biasiswa pelajar

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan. Najib berkata, peruntukan tambahan daripada Arab Saudi itu akan melengkapi dan menambah kepada jumlah pembiayaan RM4.3 bilion di bawah Bajet 2017 untuk pelajar Malaysia. “Perancangan ini sudah tentu akan menggalakkan dan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Malaysia bagi mendapatkan pelajaran di peringkat tertinggi,” kata Perdana Menteri dalam catatan terbaharu Facebook beliau. Najib berkata, beliau percaya pelajar Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada pemberian biasiswa itu. Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al-Harirthi semalam berkata keputusan menambah jumlah biasiswa itu berikutan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lepas. Dr

Zon selesa cabaran sebenar umat Islam

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin SHAH ALAM, 30 Jamadilawal 1438H, Isnin – Cabaran sebenar seseorang Muslim itu ialah apabila dia berada dalam keadaan zon selesa, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Katanya, apabila umat Islam berada dalam zon selesa, ia menjadikan dia tidak merasakan akan keperluan menuntut ilmu dengan lebih mendalam. “Jadi bila dah ada dalam “comfort zone” ini, bila sampai bab nak mendalami agama, nak belajar agama, kita anggap itu sampingan sahaja. “Kalau ini la bertapak dalam diri kita, masalah ni bukan hanya pada diri kita, ia akan berjangkit pada orang lain juga. Pada anak anak dan keluarga. “Orang lain dah kedepan. Kita masih di takuk yang lama. Kita dah tersisih dan tersimpang jauh. “Inilah cabaran yang ada pada kita yang dapat kita gambarkan,” katanya ketika memberi ceramah di Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27, Shah Alam, malam ini. Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai seorang Islam yang mukmin, adalah perlu untuk ses

Mahkamah Rayuan perintah MAS serah dokumen kepada waris penumpang MH370

Imej
PUTRAJAYA, 30 Jamadilawal 1438H, Isnin – Mahkamah Rayuan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Malaysian Airline System Bhd (MAS) untuk menyediakan dokumen berkaitan penerbangan MH370 kepada 76 waris penumpang pesawat berkenaan. Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan MAS untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 8 Sept tahun lepas. “Kami dapati tiada sebab mendesak atau substantif untuk mengganggu perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat berdasarkan pertimbangan,” katanya. Beliau berkata, tiada kekhilafan oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam membuat keputusan mengikut pertimbangannya. Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof, memerintahkan MAS supaya membayar kos RM10,000. Waris 32 penumpang memohon untuk mendapatkan 37 dokumen, termasuk komunikasi, koresponden, dokumen dan bahan lain, nota, memorandum, dokumen dalaman dan laporan penyiasat, yang mempunyai ka

UIAM persembah ijazah kehormat, anugerah pencapaian sepanjang hayat buat Raja Salman

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Jamadilawal 1438H, Isnin – Ijazah kehormat dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat yang akan disampaikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ialah sebagai mengiktiraf jasa baginda kepada dunia Islam. Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Raja Arab Saudi itu merupakan seorang ikon dunia Islam yang banyak membantu pelbagai negara dan organisasi. “Ini dilakukan baginda dalam bentuk bantuan kewangan dan bantuan secara langsung (lain),” katanya pada sidang media mengenai penganjuran Kongres Budaya 2017 di sini hari ini. Majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (Islam & Wasatiyyah) dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat itu dijadual berlangsung pada Selasa malam di UIAM, Gombak. Rais menarik perhatian bahawa sejarah UIAM sendiri menunjukkan ia  diwujudkan dengan sokongan kuat kerajaan Arab Saudi. “Jadi sudah lama hubungan (UIAM dan Arab Saudi) in

SPRM sedang geledah beberapa pejabat pemaju berhubung isu rasuah, seleweng tanah di Johor

Imej
JOHOR BAHRU, 30 Jamadilawal 1438H, Isnin  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam proses menggeledah beberapa pejabat pemaju bagi mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan berhubung isu rasuah dan penyelewengan melibatkan tanah-tanah negeri Johor. Menurut sumber SPRM, setakat hari ini lebih 15 saksi sudah direkodkan keterangan berhubung siasatan rasuah itu dan lebih ramai lagi dijangka dipanggil untuk membantu siasatan dalam masa terdekat. Tidak ada sebarang tangkapan baru dibuat setakat hari ini berhubung siasatan kes itu, menurut sumber berkenaan. Tambahnya, SPRM juga masih dalam proses meneliti semua dokumen yang telah dirampas dalam beberapa siri operasi yang dilancarkan sejak 24 Feb lepas. “Kita dalam proses mendapatkan maklumat-maklumat dan bukti-bukti yang dapat membantu siasatan,” menurut sumber terbabit. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes tersebut dan meminta s

Ketua Polis Negara tolak dakwaan suspek diperangkap

Imej
Sumber foto: NSTP/YAZIT RAZALI KUALA LUMPUR, 30 Jamadilawal 1438H, Isnin – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak dakwaan bahawa suspek Indonesia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam telah diperangkap. Khalid mengulangi bahawa pihaknya mendapati bahawa kedua-dua wanita itu telah menjalani latihan dan menjalankan ujian percubaan sebelum serangan pada 13 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2). “Orang boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, tetapi siasatan kami menunjukkan sebaliknya. “Sebab utama kami masih menahan mereka dan suspek lain bukannya didasarkan pada firasat atau syak wasangka. “Kami menahan mereka berdasarkan apa siasatan kami telah dijumpai, dan siasatan menyeluruh dan meluas,” katanya yang dipetik daripada Malaysiakini. Suspek Indonesia, dan seorang lagi wanit yang merupakan seorang warga Vietnam, adalah antara mereka yang ditahan atas pembunuhan itu, yang telah mencetuskan perbalahan diplomatik antara Putrajaya dan Pyongyang.

Status Bumiputera digadai kerana wang, kuasa

Imej
Bukan sekadar anaknya, tetapi Ahli Exco yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor pun mesti disiasat kerana mungkin mengeluarkan surat arahan/sokongan supaya status rumah Bumiputera ditukar menjadi bukan Bumiputera MEMILIKI kereta mewah seperti Lamborghini, Ferrari, Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne dan Mercedes-Benz CLA 200, sering melancong ke Eropah serta memiliki jutaan ringgit, dalam usia 20-an, tentulah menjadi impian anak muda. Pedang pun teringin juga merasanya. Memang bergaya, hidup mewah, kaya. Tetapi, dari mana sumber kekayaan itu, perlu juga kita ingat. Dari yang halal kah atau yang haram? Yang dapat daripada perniagaan halal atau haram? Dicuri, samun, rompak, ‘dedak’ atau habuan atau rasuah kerana membantu sesuatu pihak? Kalau halal, alhamdulillah. Zakat dibayar, sedekah diberi. Berkat. Kalau haram, tanggunglah akibatnya dunia akhirat. Kalau terlepas di dunia, di akhirat jangan harap. Kalau kena hukum di dunia, di akhirat pun kena