Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Trump bakal adakan pertemuan dengan Presiden China

Imej
WASHINGTON, 3 Rejab 1438H, Jumaat – Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping dan pertemuan itu dilihat akan melakar hala tuju hubungan antara kedua-dua buah negara, kata Rumah Putih pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua. Kedua-dua pemimpin akan bertemu di Mar-a-Lago, Florida pada 6 hingga 7 April dan ia merupakan pertemuan pertama sejak Trump menyandang jawatan Presiden pada Januari. “Presiden AS tidak sabar untuk bertemu dengan Presiden Xi bagi bertukar-tukar pandangan dan berbincang mengenai hubungan dua hala,” kata jurucakap Rumah Putin Sean Spicer dalam satu taklimat media. Antara isu yang bakal menjadi agenda perbincangan termasuk isu Korea Utara, perdagangan dan keselamatan serantau, tambah beliau. Spicer berkata, kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung tarikh, lokasi dan agenda untuk sidang kemuncak Xi-Trump selepas mengadakan perbincangan selama beberapa minggu. Ditanya mengenai harapan AS hasil daripada me

Tiga Exco PAS tetap kekal dalam pentadbiran Selangor

Imej
SHAH ALAM, 3 Rejab 1438H, Jumaat – Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ketiga-tiga mereka termasuk dirinya juga akan menunggu keputusan muktamar PAS bulan depan, sebelum memutuskan langkah seterusnya. “Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja… buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti  biasa,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini. Selain Iskandar, dua lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. Hubungan antara PAS dan PKR tegang susulan ada cadangan daripada beberapa PAS kawasan yang menuntut pucuk pimpinan memutuskan kerjasama dengan PKR selepas parti itu bertegas untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negar

PAS tahu siapa dalang tidak mahu RUU355 jadi kenyataan

Imej
BANGI, 3 Rejab 1438H, Jumaat – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tahu dalang yang cuba menghalang pembentangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 untuk menjadi kenyataan. Beliau berkata, PAS keseluruhannya bersedia menghadapi rintangan dan halangan untuk membentangkan RUU ini. “Kita (PAS) akan menghadapi apa jua halangan dan kita kenal siapa yang menghalang itu,” katanya. Meskipun kerajaan memutuskan untuk enggan membentangkan usul itu, namun Abdul Hadi berkata, PAS tetap dengan pendirian membawa RUU355 di Parlimen. Bagaimanapun jelas beliau, keputusan membentang dan membahaskan RUU355 adalah hak mutlak Speaker Dewan Rakyat. “Mengikut Perintah Tetap Parlimen, RUU355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 ini boleh dibentang dan dibahaskan selepas urusan kerajaan, namun kerajaan boleh memberi peluang untuk ia dibentangkan pada bila-bila masa. “Justeru, saya menyeru semua

Seleweng dana Yawas: SPRM serbu pejabat Teresa Kok

Imej
BANGI, 3 Rejab 1438H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen parti rasis dan cauvinis, DAP, Teresa Kok di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Difahamkan, dua pegawai SPRM tiba di pejabat itu kira-kira jam 11 pagi dengan membawa waran geledah dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (Yawas). Memetik laporan portal Berita Harian, sumber SPRM sebagai mengesahkan serbuan tersebut, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. 16 Mac lalu, Jamal memfailkan laporan di pejabat SPRM di Wisma PKPS Shah Alam ke atas Kok berhubung isu berkenaan. Bagaimanapun, Kok menafikan dakwaan dirinya menyalahgunakan dana, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu. The post Seleweng dana Yawas: SPRM serbu pejabat Teresa Kok appeared first on Portal Islam dan

NewGen Party tukar jadi Parti Bebas Rasuah

Imej
BANGI, 3 Rejab 1438H, Jumaat – Parti Generasi Baru (NewGen Party) telah menukarkan namanya kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) sekaligus mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa pusat. Pengasas PBR, Gobi Krishnan berkata, perubahan nama itu telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Jumaat. “Kami mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan bahawa kami telah membuat keputusan menukar nama parti kepada ‘Parti Bebas Rasuah’ (PBR),” katanya seperti dilapor portal The Star, hari ini. PBR juga mengumumkan beberapa pelantikan baharu termasuk bekas senator dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai presiden. Sementara, Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai Timbalan Presiden PBR. Parti NewGen telah didaftarkan pada September 2013, dan merupakan parti berbilang kaum. Sebelum ini, Khairuddin dan Ezam dilaporkan merancang menubuhkan sebuah parti politik baharu dengan matlamat memerang

Dewan Rakyat lulus tiga Rang Undang-Undang

Imej
KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1438H, Jumaat – Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016, RUU Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017. RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016 adalah bertujuan menyeragamkan kaedah-kaedah permulaan untuk tindakan sivil di mahkamah termasuk bagi kes yang masih berjalan dan belum selesai. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, selepas RUU itu berkuat kuasa, semua tindakan sivil di mahkamah di bawah apa jua undang-undang bertulis adalah diseragamkan dengan menggunakan cara permulaan prosiding iaitu Saman Pemula atau Writ, melainkan jika Akta atau Ordinan memberi pengecualian. Beliau berkata RUU, itu diperlukan memandangkan perundangan sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanyalah undang-undang kecil yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pihak-pihak terlibat untuk menfailkan tinda

Islam tidak terjamin bawah UMNO?

Imej
PELBAGAI analisa telah dibuat mengenai kenyataan Najib bahawa kerajaan tidak akan membawa usul RUU355. Kebanyakkannya dilihat dari aspek politik yang  mengatakana antara lain PAS telah dikencing UMNO, UMNO gagal mengawal parti komponen, Najib buat pusingan U-Turn, Najib dan Zahid besengketa dan lain-lain lagi. Pihak pembangkang mengambil kesempatan ini untuk mentertawakan PAS. Mungkin ada kebenarannya tuduhan-tuduhan  ini kerana jelas 2 minggu lepas Zahid telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membawa usul ini dan Azalina telah mengakuinya. Jamil Khir sendiri telah menghadirkan diri di pentas Padang Merbok untuk menyatakan sokongan kerajaan kepada RUU355 ini. Pendek kata semuanya tindakan ini menjuruskan kepada kesanggupan kerajaan untuk membawa usul 355. Sedikit sebanyak ia melegakan ramai pihak kerana sudah pasti jika kerajaan bawa peratus untuk ianya diluluskan adalah tinggi. Namun apabila Najib membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak akan bawa atas dasar keputusan konsensus BN

Islam tidak terjamin bawah UMNO?

Imej
Pelbagai analisa telah dibuat mengenai kenyataan Najib bahawa kerajaan tidak akan membawa usul RUU355. Kebanyakkannya dilihat dari aspek politik yang  mengatakana antara lain PAS telah dikencing UMNO, UMNO gagal mengawal parti komponen, Najib buat pusingan U-Turn, Najib dan Zahid besengketa dan lain-lain lagi. Pihak pembangkang mengambil kesempatan ini untuk mentertawakan PAS. Mungkin ada kebenarannya tuduhan2  ini kerana jelas 2 minggu lepas Zahid telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membawa usul ini dan Azalina telah mengakuinya. Jamil Khir sendiri telah menghadirkan diri di pentas Padang Merbok untuk menyatakan sokongan kerajaan kepada RUU355 ini. Pendek kata semuanya tindakan ini menjuruskan kepada kesanggupan kerajaan untuk membawa usul 355. Sedikit sebanyak ia melegakan ramai pihak kerana sudah pasti jika kerajaan bawa peratus untuk ianya diluluskan adalah tinggi. Namun apabila Najib membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak akan bawa atas dasar keputusan konsensus BN, semua

Buku lucah, kristianisasi dan komunis antara 19 penerbitan dilarang KDN

Imej
PUTRAJAYA, 2 Rejab 1438H, Khamis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap 19 penerbitan yang mengandungi kandungan memudaratkan. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata warta perintah larangan dikeluarkan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Beliau berkata perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan itu adalah dilarang secara mutlak di Malaysia. “Kesemua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, mungkin memudaratkan kemoralan, mungkin memudaratkan kepentingan awam dan mungkin memudaratkan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 13 penerbitan didapati mempunyai isi kandungan atau artikelnya berunsur seks sert

LGBT perosak rumah tangga, pelakunya lebih hina daripada haiwan

Imej
Ustazah Nornajwa Ghazali, Ketua Wanita Isma Ipoh LGBT adalah amalan penyimpangan orientasi seksual yang bertentangan dengan adat, agama dan fitrah manusia. Ia merosakkan maruah dan kehormatan manusia, meruntuhkan pembangunan sosial serta menjadi faktor gagalnya pembinaan sebuah keluarga bahagia. Ibn Qayyim menyatakan bahawa Bangsa Arab pada abad pertengahan menggemari amalan songsang ini kerana mereka amat takutkan kehamilan. Allah SWT mencipta fitrah kehidupan manusia dengan dorongan jasmani dan naluri. Salah satu daripada dorongan naluri adalah rasa cinta dan dorongan seksual antara lelaki dan wanita. Dorongan inilah yang berperanan melestarikan keturunan manusia di atas muka bumi ini. Amalan pelaku-pelaku LGBT pastinya tidak dapat melestari keturunan manusia hasil daripada hubungan jenis sesama mereka, Sedangkan Allah merakamkan bahawa kehadiran zuriat adalah sebuah kebahagiaan rumah tangga: الْÙ…َالُ ÙˆَالْبَÙ†ُونَ زِينَØ©ُ الْØ­َÙŠَاةِ الدُّÙ†ْÙŠَا ÙˆَالْبَاقِÙŠَاتُ الصَّالِØ­َاتُ Ø®َ

Menjemput laknat dari Tuhan ; Kelahiran semula Sodom dan Gomora versi Melayu

Imej
Semenjak akhir-akhir ini hangat diperdebatkan di media sosial perihal unsur LGBT yang terdapat dalam filem yang diimport dari barat. Kemudian, timbul pula golongan oppourtunis yang mengambil peluang mempromosikan jualan mereka dengan mengangkat terma Gay dan Pondan bagi menarik perhatian ramai. Saya cuba meringkaskan perbahasan ini, bagi meraikan sikap kita yang tidak berminat untuk membaca post yang panjang-panjang. 1. LGBT itu sendiri adalah akronim atau satu singkatan yang merujuk kepada Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender ataupun secara mudahnya ialah perbuatan Liwat (Gay) Sihaq (Lesbian) juga disebut sebagai Homoseksual. Naluri seks mereka lebih cenderung kepada sesama jenis. Istilah LGBT ini mula digunapakai di awal tahun 90an. Kumpulan ini menggunakan bendera pelangi sebagai simbol keragaman dalam seksualiti insan. Komuniti LGBT menuntut kebebasan daripada didiskriminasi dengan beranggapan ia merupakan hak asasi manusia (HAM). Setakat ini terdapat 22 buah negara yang mengi

Kementerian Kewangan umum 1MDB selesai bayar hutang

Imej
KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1438H, Khamis – Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini. Kementerian itu berkata, 1MDB telah menyelesaikan sepenuhnya kesemua hutang pada 2015 dan 2016. “1MDB telah memperoleh tunai sebanyak RM10.97 billion pada tahun 2015 dan 2016 melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Sdn Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan lot tanah di projek Tun Razak Exchange,” kata kementerian itu. Jawapan bertulis itu sebagai menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bilangan pekerja, wang tunai, hutang dan aset diperoleh 1MDB di dalam dan luar negara pada tahun-tahun 2015 dan 2016. Kementerian Kewangan turut memberi pecahan pembayaran kesemua hutang 1MDB iaitu sebanyak RM229.5 juta Kemudahan Kredit Berputar daripada Affin Bank pada 23 Novem

Pengasas Valet Doa akur arahan tutup

Imej
KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1438H, Khamis – Pengasas Valet Doa, Hasrin Harin, 40, akur dengan arahan pemberhentian operasi laman Facebook, Valet Doa. Bagaimanapun, Hasrin masih menunggu hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas operasi perkhidmatannya yang dilakukan sejak awal bulan ini. Hasrin turut berharap agar JAIS dan pihak berkaitan memberikan penjelasan terperinci mengenai arahan penutupan laman FB berkenaan. “Sebelum itu, JAIS bertemu dengan saya untuk melakukan siasatan berhubung aduan awam mengenai perkhidmatan Valet Doa. “Sehingga kini, saya masih belum menerima sebarang keputusan hasil siasatan berkenaan,” katanya yang dipetik daripada myMetro. Mengulas berkenaan perniagaan doanya yang mencetus kontroversi itu, Hasrin berkata, pihaknya tidak pernah memberi jaminan semua doa yang dibacakannya termakbul. “Sebaliknya, saya memberi jaminan semua doa dikirim dibacakan di hadapan Kaabah. “Selain itu, saya hanya menyiarkan mengenai cara atau masa doa dimakbulka

RUU355: Asyraf Wajdi pertahan tindakan Najib

Imej
  Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 2 Rejab 1438H, Khamis –Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mempertahankan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 Menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan tidak bersetuju dengan RUU355 beliau berkata, mereka yang berkata sedemikian perlu menghentikan bagi mengelakkan wujudnya dosa kering fitnah.  Ini kerana katanya, kerajaan masih bersetuju dengan RUU355, cuma ia kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS.  “Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab kepada seluruh rakyat yang berbilang agama, mereka perlu mengambil kira semua faktor termasuk aspek yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat.  “Justeru tidak timbul Kerajaan menolak Akta 355 ini kerana Akta ini adalah milik kerajaan. Cuma yang membezakan adalah dicadangkan un

‘Sejak dahulu lagi BN tiada aspirasi Islam’

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 2 Rejab 1438H, Khamis – Keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 bukan satu perkara yang mengejutkan kerana parti itu sejak merdeka dahulu lagi memang tidak mempunyai aspirasi Islam. Anggota Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata,  dek kerana hakikat itulah, British memberi kemerdekaan kepada mereka. “Kemerdekaan yang telah dimiliki sejak 60 tahun lalu tidak dimanfaatkan mereka untuk memperkukuhkan kedudukan orang-orang Islam (lebih 90 peratus Melayu) di tanah air ini terutamanya dari segi politik dan ekonomi. “Kini, bukan sahaja pegangan ekonomi semakin mengecil, malah kuasa politik juga sudah tergugat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Malah, katanya, segala penambahbaikan sistem Mahkamah Syariah yang kerajaan parti berlogokan dacing

Cubaan rasuah Sultan Johor: SPRM dedah maklumat jika tak serah diri

Imej
PUTRAJAYA, 2 Rejab 1438H, Khamis –Individu yang cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran membawa gelaran ‘Tan Sri’, diberi tempoh hingga tengah malam ini untuk menyerah diri. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki, berkata, kegagalan berbuat demikian akan mendorong pihaknya mendedahkan identiti individu terbabit, termasuk mengedarkan gambarnya menerusi media. Katanya, maklumat individu berkenaan diperoleh dalam pertemuan dengan Sultan Johor yang menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, Isnin lalu. Terdahulu menerusi laman Facebook Sultan Johor, baginda bertitah menerima tawaran RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong. Sultan Ibrahim bertitah, individu itu pihak yang berkepentingan dalam pentadbiran kerajaan. “ Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini… tiada menter

Pemegang Amanah Yayasan Bumiputera bergelar ‘Datuk’ direman salah guna kuasa

Imej
GEORGE TOWN, 2 Rejab 1438H, Khamis – Seorang pemegang amanah sebuah yayasan berkepentingan bumiputera bergelar ‘Datuk’ ditahan reman lima hari bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri. Lelaki berusia 70 tahun yang juga seorang ahli perniagaan itu memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi pegawai SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada kira-kira jam 10.30 pagi, tadi.  Menurut sumber, suspek dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan itu kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga asal.
 Suspek  dipercayai akan mendapat sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai tanah yang dijual sebagai habuan. Perbuatan itu juga, dakwanya, dilakukan tanpa melalui proses dan tatacara yang telah ditetapkan oleh anak syarikat yayasan berkenaan. Perbuatan suspek telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan sejak beberapa tahun lepas. Us

VIDEO | Memorandum membantah Pindaan Akta 164

Imej
Penyampaian memorandum membantah Pindaan Akta 164 telah diserahkan oleh beberapa NGO pada hari ini yang diketuai oleh Pengerusi Sekretariat Ummat, Tuan Hj Aminuddin Yahaya. Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh pada jam 11 pagi tadi. Penyerahan memorandum itu berikutan Sekretariat Ummat bimbang dengan cadangan meminda Akta membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) yang disifatkan bertentangan Perlembagaan Persekutuan. The post VIDEO | Memorandum membantah Pindaan Akta 164 appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Sekretariat Ummat serah memorandum bantah pindaan Akta 164

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak PUTRAJAYA, 2 Rejab 1438H, Khamis – Gabungan NGO Islam, Sekretariat Ummat hari ini menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri, bagi membantah cadangan Pindaan Akta 164 yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat. Memorandum bantahan itu diserahkan Pengerusi Sekretariat Ummat, Haji Aminuddin Yahaya kepada Ketua Setiausaha Sulit, Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, kira-kira jam 11 pagi tadi. Penyerahan memorandum itu berikutan Sekretariat Ummat bimbang dengan cadangan meminda Akta membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) yang disifatkan bertentangan Perlembagaan Persekutuan. Haji Aminuddin berkata, berdasarkan Ordinan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 1952, apabila seseorang itu memeluk agama Islam, anak mualaf tersebut secara automatik akan beragama Islam. “Namun kini, undang-undang baru ingin diperkenalkan yang memerlukan kedua-dua ibu bapa bersetuju. Jadi cadangan pindaan tersebut akan memb

Kegagalan BN bentang pindaan Akta 355 serlah kebijakan PAS

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 2 Rejab 1438H, Khamis – Kegagalan Barisan Nasional (BN) untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 sebenarnya telah meneguhkan lagi kebenaran, kewajaran dan kebijakan PAS membawanya sendiri, kata Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz. Tidak goyah dengan tindakan parti pemerintah itu, beliau berkata, ia sekadar kembali kepada keadaan sediakala dan persediaan asal PAS. “Sebagaimana pernah disebut dan diakui sendiri oleh seorang YB UMNO di DUN Kelantan sebelum ini, hanya PAS yang mampu dan bersedia. “UMNO masih belum mampu. Hanya yang mampu dan diharapkan daripada UMNO adalah sokongan demi memartabatkan Islam dan syariatnya. Ia kewajiban bersama,” kata Nik Abduh dalam satu kenyataan, hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, kesediaan kerajaan BN sebelum ini untuk membawa sendiri RUU 355 adalah langkah parti itu dan tiada kaitan dengan PAS. “PAS mengalu-alukannya ker

Kerajaan tidak akan bentang RUU 355, kata Najib

Imej
KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1438H, Khamis – Kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya ini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu. “BN membincangkan banyak perkara (pada mesyuarat ini) antaranya mengenai RUU 355, Dewan Tertinggi BN memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan kepada konsensus. “Justeru RUU ini akan terus menjadi RUU persendirian dan terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia) untuk menentukan mengikut kepada Order Paper (aturan urusan mesyuarat),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, malam tadi. Katanya. kerajaan menyerahkan kepad

Anak luar nikah ibu warga asing tidak dapat kewarganegaraan

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1438H, Rabu – Anak wanita warga asing yang lahir di luar perkahwinan tidak akan diberi taraf kewarganegaraan, meskipun bapanya adalah warganegara, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Jelas beliau, Seksyen 17 Jadual Kedua Bahagian III Perlembagaan Persekutuan menyatakan penentuan kewarganegaraan bagi kes sedemikian berdasarkan kewarganegaraan ibu. “Justeru, menjadi tanggungjawab kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu untuk menguruskan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal ibu kanak-kanak melalui kedutaan negara masing-masing,” kata Timbalan Perdana Menteri. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis 21 Mac lalu kepada soalan William Leong Jee Ken (PKR-Selayang) yang meminta KDN menyatakan langkah bagi menyelesaikan masalah kewarganegaraan bagi kanak-kanak tersebut. Zahid berkata, kelahiran di negara ini tidak membolehkan mana-mana individu mendapat kewarganegaraan secara automatik. “Status warganegara adalah anugerah tertinggi yan

Guru agama Islam dihantar ke Sarawak untuk penuhi keperluan

Imej
KUCHING, 1 Rejab 1438H, Rabu – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali lagi menjelaskan pengambilan guru agama Islam dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak hanya dibuat bagi memenuhi keperluan pelajar di negeri itu.  Beliau berkata, langkah tersebut perlu diambil untuk memastikan pelajar beragama Islam di Sarawak terus menerima pendidikan terbaik dalam subjek Pendidikan Islam. Katanya, tindakan itu dibuat kerana bilangan graduan tempatan yang tidak mencukupi untuk mengisi kekosongan jawatan guru agama Islam di negeri ini. “Kementerian akan sentiasa memberi keutamaan kepada calon tempatan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai guru agama Islam di Sarawak. “Namun, timbul sedikit masalah berikutan tiada permohonan daripada orang tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan ini,” katanya. Terdahulu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pengambilan untuk guru-guru di seluruh Malaysia dibuat susulan kekosongan 401 tempat di Sarawak kerana tidak ramai c

Harga baharu minyak petrol, diesel

Imej
BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 17 sen dan 19 sen seliter, manakala diesel pula turun 9 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 5 April ini. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh dalam kenyataan hari ini berkata, harga RON95 ialah RM2.13 seliter, berbanding RM2.30 seliter sebelum ini, manakala RON97 ialah RM2.41, berbanding RM2.60 sebelum ini. Harga baru diesel pula ialah RM2.11 berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel Euro 5 pula pada harga RM2.21 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini. Harga baru bahan api ini berkuat kuasa 30 Mac hingga 5 April selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan, berbanding secara bulanan sebelum ini. The post Harga baharu minyak petrol, diesel appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Bekas hakim tidak boleh buat kenyataan umum tanpa statistik, fakta

Imej
KUANTAN 1 Rejab 1438H, Rabu –  Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria hari ini menyelar tindakan seorang bekas hakim yang membuat kenyataan umum tanpa disokong statistik atau fakta. “Kalau mahu buat kenyataan, buat kajian betul-betul, bukan hanya ‘general statement’ begitu. “Ini tidak adil kepada badan kehakiman jika (dibuat) tanpa meletakkan statistik atau kajian,” kata beliau sambil menyatakan rasa terkejutnya. Arifin berkata, seorang bekas hakim perlu lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kerana kedudukan mereka dipandang tinggi masyarakat, menjadikan percakapan itu diambil serius. Beliau menimbulkan perkara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas marasmikan Pelaksanaan Projek e-Kehakiman Fasa 2 di Kompleks Mahkamah Kuantan di sini, hari ini. Turut hadir Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Seri Mariana Yahya dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Datuk Seri Latifah Mohd Tahar. Arifin diminta

Tun Mahathir, Azizah bukan penasihat pakatan harapan: Guan Eng

Imej
GEORGETOWN, 1 Rejab 1438H, Rabu – Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng menunjukkan sikap angkuhnya apabila mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bukan penasihat pakatan harapan. Katanya, mereka tidak pernah melantik Tun Mahathir dan Wan Azizah sebagai penasihat gabungan parti itu. “Mereka dua watak utama. Masih terlalu awal untuk buat apa-apa kenyataan kerana jawatankuasa penaja belum melantik pemegang jawatan. “Keputusan dan kedudukan akan diputuskan dalam mesyuarat akan datangBagaimanapun Tun Mahathir dan Wan Azizah boleh membantu kita set semula politik negara,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai perubahan nama pakatan harapan katanya, nama gabungan itu tidak akan diubah.  Beliau berkata, buat masa ini nama pakatan harapan tidak akan ditukar sekalipun ada gesaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). “Perkara itu akan dibincangkan dalam sekretariat, sama ada ya atau tidak untuk perubahan, dan perkara itu juga akan d

Tiga lelaki dituduh ubah wang haram RM1.7 bilion

Imej
JOHOR BAHRU, 1 Rejab 1438H, Rabu –  Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 899 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM1.7 bilion, dalam tempoh empat tahun.  Tertuduh, Muhammad Razik Mohamed Riyaludin, 36 Ramli Mohd Hassan, 59, dan Mohamed Thamimul Ansari, 41, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di depan Hakim Kamarudin Kamsun dan Mohammad Khalid Ab Karim. Muhammad Razik menghadapi 352 tuduhan, Ramli menerima 196 pertuduhan dan Mohamed Thamimul pula 351 tuduhan. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di antara 2012 dan 2016 di sekitar Johor Bahru dengan cara melupus, memiliki, menerima dan memindahkan wang haram bagi pihak seseorang pengirim asal kepada penerima di dalam atau luar negara. Mahkamah membenarkan Muhammad Razik dan Mohamed Thamimul diikat jamin RM4 juta setiap seorang, manakala Ramli RM2.8 juta, dengan dua penjamin setiap seorang. Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta P

KDN sahkan ada selipar dijual tertera kalimah Allah

Imej
PUTRAJAYA, BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan aduan orang ramai berhubung penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum adalah benar. Pengerusinya Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, lembaga itu telah meneliti selipar berkenaan dan mendapati memang tertulis kalimah suci daripada Asma’ al-Husna (Himpunan 99 Nama Allah). “Sehubungan dengan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986,” katanya satu kenyataan. Sehubungan itu, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran menasihatkan orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkannya kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan. Bagaimanapun dalam perkembangan sama, Harussaini berkata, dakwaan tulisan pada tapak kasut jenama Bata yang menyerupai kalim

Hanya Perak letak pegawai SPRM di pejabat MB

Imej
IPOH, 1 Rejab 1438H, Rabu – Hanya Perak satu-satunya negeri yang meletakkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat menteri besar.  Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pegawai yang bertugas bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran negeri itu berjalan lancar dan bebas gejala rasuah.  Katanya, pegawai berkenaan telah berkhidmat di pejabat menteri besar sejak 2010 selain ia merupakan langkah yang diambil oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. “Negeri lain tidak ambil inisiatif sepertimana yang dilakukan menteri besar Perak di mana beliau membuat permohonan meletakkan seorang pegawai SPRM di pejabatnya. “Kita tidak ada negeri lain yang ada pegawai diletakkan tetapi ini merupakan inisiatif menteri besar untuk menempatkan seorang pegawai di pejabat beliau. “Ini menunjukkan komitmen menteri besar dalam memastikan pentadbiran perak ini dijalankan tanpa apa-apa isu rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. Beliau berkata demikia

Kerajaan nafi jadikan kanak-kanak sebagai buruh di ladang sawit

Imej
PUTRAJAYA, 1 Rejab 1438H, Rabu – Malaysia menafikan laporan Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan kanak-kanak di negara ini dijadikan buruh paksa dalam sektor perladangan sawit. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, senarai yang dikeluarkan Jabatan Buruh AS hanya memburukkan imej industri sawit negara. “Mereka mendakwa kaji selidik yang dilakukan di beberapa ladang sawit negara ini mendapati ada kanak-kanak terbabit dalam kerja ladang, sedangkan sudah menjadi lumrah, budaya dan amalan tradisional pekebun kecil sawit di Malaysia membawa anak mereka ke kebun kerana tiada penjaga di rumah. “Mungkin ketika kaji selidik dijalankan, ada kanak-kanak sedang mengutip buat sawit yang bertaburan di sekitar kawasan ladang sedangkan mereka bukan bekerja, hanya dibawa ibu bapa kerana tiada penjaga di rumah. “Ini adalah satu persepsi salah dan perlu diperbetulkan bagi mengelakkan industri sawit negara terjejas. “Penyenaraian ini memberi

Tiada kalimah Allah pada tapak kasut Bata

Imej
BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mengesahkan tulisan pada tapak kasut jenama Bata tidak menyerupai kalimah Allah. Pengerusinya, Tan Sri Harussaini Zakaria berkata, ia disahkan selepas hasil semakan dan penelitian dibuat oleh Ahli Lajnah Tasheh al-Quran yang jelas mendapati tulisan pada tapak kasut itu bukan kalimah Allah sebagaimana yang tular di laman sosial. “Justeru itu, Lembaga merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Isu ini timbul susulan tersebar surat didakwa dikeluarkan sebuah sekolah agama di Johor, menggesa ibu bapa memeriksa reka bentuk kasut sekolah B.first oleh Bata berikutan mengesyaki ia mempunyai kalimah Allah pada bahagian tapaknya. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Bata Malaysia dan menjelaskan bahawa syarikat tersebut sangat menitik beratkan isu sensitiviti agama s

Kementerian Pertahanan tubuh jawatankuasa tertinggi antara Malaysia, China

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1438H, Rabu – Kementerian Pertahanan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa tertinggi di antara Malaysia dan China. Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan berkata, langkah itu dibuat bagi memperkukuhkan aspek pertahanan di antara kedua-dua buah negara. Katanya, draf berkenaan jawatankuasa tersebut sudah dibentuk dan menanti masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima lawatan Naib Pengerusi Pusat Suruhanjaya Ketenteraan Republik China, Jeneral Xu Qiliang di sini, hari ini. The post Kementerian Pertahanan tubuh jawatankuasa tertinggi antara Malaysia, China appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

TH ingatkan jemaah waspada dengan pakej, promosi haji

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1438H, Rabu – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pakej dan promosi haji, yang tersebar baru-baru ini menerusi laman sosial. TH dalam satu kenyataan berkata, bagi musim haji tahun ini, pihaknya membenarkan 20 syarikat pelancongan tempatan yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan perkhidmatan pakej ibadah itu. Katanya, TH tidak melantik mana-mana individu untuk menjadi orang tengah atau ejen dalam hal-hal berkaitan dengan pakej perkhidmatan haji. “Bakal-bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji pada tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh PJH yang dilesenkan oleh TH sahaja,” katanya. TH menegaskan bahawa mana-mana agensi pelancongan atau individu yang menawarkan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Berikut