Angkasa kongsi siaran lansung pencerapan gerhana bulan penuh di Facebook
BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkongsi keindahan fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku sejak 6.51 petang tadi, menerusi siaran langsung di laman Facebooknya. Siaran langsung menerusi Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh di Observatori Negara Langkawi itu, mula disiarkan sejak jam 8 malam, dengan lebih lima ribu pengguna media sosial menyaksikannya. Meskipun di awal siaran tersebut, imej fenomena gerhana bulan itu tidak jelas kelihatan , yang berkemungkinan disebabkan keadaan cuaca hujan ketika ini. Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi, imej gerhana bulan penuh tersebut sudah jelas kelihatan, malah lebih terang. Rata-rata pengguna Facebook turut meluahkan rasa kecewa kerana kebanyakan kawasan tidak dapat kelihatan fenomena tersebut ekoran keadaan cuaca hujan. “Tempat saya tak nampak. Awan tebal, dapat tengok Angkasa punya pun jadilah,” tulis Nur Aisyah. “Keadaan di Kuantan mendung. Tetapi sangat bernasib baik dapat menyaksikannya di ...