Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Angkasa kongsi siaran lansung pencerapan gerhana bulan penuh di Facebook

Imej
BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkongsi keindahan fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku sejak 6.51 petang tadi, menerusi siaran langsung di laman Facebooknya. Siaran langsung menerusi Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh di Observatori Negara Langkawi itu, mula disiarkan sejak jam 8 malam, dengan lebih lima ribu pengguna media sosial menyaksikannya. Meskipun di awal siaran tersebut, imej fenomena gerhana bulan itu tidak jelas kelihatan , yang berkemungkinan disebabkan keadaan cuaca hujan ketika ini. Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi, imej gerhana bulan penuh tersebut sudah jelas kelihatan, malah lebih terang. Rata-rata pengguna Facebook turut meluahkan rasa kecewa kerana kebanyakan kawasan tidak dapat kelihatan fenomena tersebut ekoran keadaan cuaca hujan. “Tempat saya tak nampak. Awan tebal, dapat tengok Angkasa punya pun jadilah,” tulis Nur Aisyah. “Keadaan di Kuantan mendung. Tetapi sangat bernasib baik dapat menyaksikannya di

Kenyataan Media UMMAH: Keputusan Mahkamah Persekutuan isu tukar agama

Imej
1. GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) memandang berat keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 29 Januari 2018, berhubung kes agama bagi tiga anak-anak kepada Muhamad Ridhuan bin Abdullah (dahulunya Pathmanathan a/l Krishnan) dan bekas isterinya, Indira Gandhi a/p Mutho. Berdasarkan kepada “Press Summary” yang disediakan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia, intipati daripada kes tersebut antara lainnya adalah seperti berikut:- (a) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidangkuasa eksklusif semakan kehakiman, termasuk untuk mendengar dan membicarakan perkara-perkara yang jatuh di bawah hukum syar’ie, walaupun Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil “tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah”; (b) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan — yang memperuntukkan bahawa “the religion of a per

UMMAH anggap pembatalan agama kanak-kanak Islam berat sebelah

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin, yang menyatakan penukaran agama anak bawah umur 18 tahun memerlukan persetujuan kedua ibu bapa, disifatkan sebagai berat sebelah dan tidak adil kepada pasangan yang memeluk agama Islam. Merujuk penentuan agama anak sebagai contoh, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, syarat persetujuan kedua ibu bapa mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum agama anak boleh ditukarkan dilihat memberi keadilan kepada suami serta isteri. Namun katanya, jika dicermati dengan lebih mendalam, ia sebenarnya bersifat sangat berat sebelah dan sama sekali tidak adil kepada pasangan yang memeluk agama Islam. “Hal ini kerana apabila seseorang itu memeluk Islam, sedangkan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, perkahwinan di antara mereka akan perlu dibubarkan. “Dalam menjalani proses pembubaran perkahwinan atau perceraian ini, ada kalanya kedua-dua pasangan tidak la

Kewangan, Antara Punca Tidak Melanjutkan Pelajaran

Imej
oleh Norlia binti Salleh   Kota Samarahan, 29 Jan – “Masalah kewangan bukan alasan untuk tidak meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya.” Demikian kata Cikgu Raja Nurul Huda bt Raja Ibrahim dalam slot Taklimat Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan di Karnival Lepasan Sekolah (KLS) Samarahan yang telah diadakan baru-baru ini. Jelasnya lagi, ramai pelajar di kawasan luar bandar tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya atas alasan status kewangan yang tidak stabil. Namun, terdapat banyak sumber bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh pelajar sekiranya mereka mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minati. Apa yang perlu pelajar lakukan adalah mencari dan memohon bantuan kewangan yang terdapat di tempat mereka. Dalam ucapan perasmian Karnival Lepasan Sekolah tersebut, Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Di-Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Samarahan, menyarankan agar pelajar-pelajar yang hadir ke karnival tersebut melanjutkan pelajaran dengan car

Seruan Solat Subuh Berjemaah

Imej
IPOH, 28 Januari, Ahad – “Saya menyeru kepada semua untuk membudayakan solat subuh berjemaah walau di mana sahaja kita berada”, ujar Ustaz Shahruzzaman Bistamam, Pengerusi Aman Palestin Perak baru-baru ini. Beliau turut menerangkan bahawa solidariti umat dalam menunaikan solat subuh berjemaah sangat berkait rapat dengan pembebasan Masjid Al-Aqsa di Palestin. Hadith Nabi S.A.W yang bermaksud, ‘Solat adalah tiang agama, barang siapa yang merobohkannya, bererti dia telah merobohkan agamanya.’ Dalam hadith ini baginda Nabi SAW meletakkan solat sebagai ibadah yang sangat penting kepada setiap hambanya dan juga menjadi tunjang dalam perjuangan Islam. Menurut beliau juga, seiring dengan kempen perlaksanaan solat subuh berjemaah yang kita adakan, kerajaan Turki juga sedang giat berkempen untuk meramaikan jemaah subuh di masjid-masjid mereka. “Kerajaan Turki berkempen kepada rakyat mereka supaya meramaikan jemaah subuh di masjid sama ramai dengan bilangan jemaah solat jumaat”, katanya lag

Cikgu! Kami bukan orang senang

Imej
  Cikgu! Kami bukan orang senang. Ini anak jiran kami…. CIKGU Sarifah memandang ke arah jendela rumahnya sambil menghela nafas yang panjang. Dia masih terkenangkan peristiwa di bilik guru semalam. Sebagai seorang guru yang telah berkhidmat puluhan tahun, telah banyak kisah suka duka pelajar yang mewarnai hidupnya. Namun, kisah semalam begitu menyentuh jiwanya. “Sebenarnya cikgu, ini bukan anak saya tapi anak jiran saya. Saya kasihan dia sudah lama tidak ke sekolah. Bapanya telah meninggal dunia dan ibunya pula sedang sakit, tambahan pula dia masih ada adik-adik kecil yang perlu dijaga ibunya cikgu,” demikian panjang lebar penerangan yang diberikan lelaki berusia sekitar empat puluh tahun yang ditemani isterinya. Jelas kelihatan kesungguhan di wajah kedua suami isteri tersebut ingin melihat anak muda itu menyambung persekolahannya. Cikgu Sarifah sebak melihat wajah pasangan tersebut. Dianggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan mereka. Bayangkan apa yang bakal terjadi jika anak se

Isma Sokong Pendirian Mufti Perak Dan Pahang

Imej
  IPOH, 31 Januari, Rabu – “Isma menyokong penuh pendirian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang tidak bersetuju dengan   pembatalan pengislaman tiga orang kanak-kanak baru-baru ini,” ujar Ustaz Zamri bin Hashim, Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Ipoh yang juga merupakan Timbalan Mufti Negeri Perak. Hal ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan penukaran agama tiga orang anak guru tadika, M Indira Gandhi, 9 tahun yang lalu dan mengesahkan penukaran agama tersebut tidak sah di sisi undang-undang. Keputusan Mahkamah Syariah di Perak sebelum ini telah membenarkan pengislaman anak-anak itu di mana ia adalah selaras dengan kaeadah hukum syarak. “Islam jelas merupakan agama persekutuan dan kes ini berlaku di Perak dan dalam pentadbiran enakmen agama di negeri dan mengikut mazhab Syafie yang mana anak kecil akan mengikut agama terbaik dalam kalangan ibu bapa mereka, iaitu Islam”, ulas ustaz Za

Isu kopi campuran: Hanya lima kes dilaporkan setakat ini

Imej
BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, termasuk menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes beberapa individu yang dirawat selepas didakwa minum kopi campuran segera. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Wan Mansor Hamzah berkata, setakat ini hanya lima kes dilaporkan antara 27 Januari hingga semalam, di mana tiga daripadanya telah dibenarkan pulang manakala dua lagi masih di bawah pemerhatian Hospital Pulau Pinang (HPP). Menurut Dr Wan Mansor, semua individu terbabit hanya menerima rawatan biasa dan dalam keadaan stabil. “Sehingga kini, tiada kes baru yang dilaporkan dan tiada kematian atau sebarang komplikasi berat dilaporkan. “Siasatan mengenai perkara ini juga memerlukan penglibatan agensi-agensi pihak berwajib yang lain. Pemakluman lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa mengenai isu ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Bernama melaporkan, dua lelaki terpaksa me

Gempa bumi di Afghanistan turut gegar Pakistan, India

Imej
KABUL, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Hindu Kush, 265 kilometer dari ibu negara Afghanistan, hari ini. Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran yang berlaku pagi ini dirasai di seluruh Afghanistan dan di negara jiran, termasuk Pakistan dan India. Pusat gempa terletak 265 kilometer di timur laut Kabul, dan 120 kilometer dari Chitral, Pakistan di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa, kata USGS. Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan berkata, setakat ini tiada laporan kerosakan diterima susulan kejadian itu. “Hanya gegaran kecil dirasai di seluruh negara, namun dijangka tiada kerosakan serius berlaku,” katanya. Kawasan berkenaan dilaporkan kerap mengalami gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada Oktober 2015, gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud menggegarkan bahagian utara Afghanistan dan Pakistan, sehingga menyebabkan 300 orang terkorban.- Agensi The post Gempa bumi di Afghanista

Harga petrol naik 2 sen, diesel 3 sen

Imej
BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Harga runcit bahan api untuk minggu pertama bulan Februari menyaksikan kenaikan antara 2 sen dan 3 sen bermula tengah malam ini. Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga runcit bagi produk RON95 dan RON97 masing-masing naik 2 sen kepada RM2.31 dan RM2.58 seliter. Manakala harga runcit bagi diesel pula naik kepada RM2.34 seliter. Harga terbaru itu berkuat kuasa mulai tengah malam ini, selama seminggu sehingga 7 Februari depan. The post Harga petrol naik 2 sen, diesel 3 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

Amaran hujan lebat di lapan negeri termasuk KL, Putrajaya

Imej
BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu hari petang ini, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga jam 8 malam. Hujan lebat dijangka menjejaskan beberapa daerah di beberapa negeri di utara membabitkan Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan). Tidak terkecuali, beberapa daerah di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang. Sementara di Selangor, cuaca buruk turut melanda daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat. Ia turut melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan iaitu Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port

Mereka Bertanya Apa Jasa Dr Mahathir Kepada Orang Melayu?

Imej
PERNAH baca buku ‘The Malay Dilemma’? Tidak! Tentunya pihak yang satu lagi itu juga tidak pernah membaca ‘A Doctor In The House’. Maka di sinilah segala punca masalah bermula. Buku itu mendedahkan sebahagian besar pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Akibat daripada itu mereka hanya mendengar segala-galanya berkenaan Dr Mahathir daripada musuh beliau. Buku ‘The Malay Dilemma’ sebenarnya antara sumbangan terbesar Dr Mahathir kepada orang Melayu. Ia mengisahkan masalah orang Melayu secara terus terang. Ia mengisahkan sikap orang Melayu yang mudah putus asa bila gagal dan mudah berpuas hati bila berjaya. Mungkin artikel ini tidak cukup ruang untuk menulis segala-galanya yang ditulis oleh Dr Mahathir di dalam buku tersebut. Buku itu adalah bilik bedah siasat untuk Dr Mahathir cuba mencari penyelesaian kepada masalah orang Melayu. Beliau sejak Munsyi Abdullah dan Zaaba, adalah penulis yang benar-benar menulis secara tepat permasalahan orang Melayu di negara ini. Pa

Cikgu! Kami bukan orang senang. Ini anak jiran kami….

Imej
CIKGU Sarifah memandang ke arah jendela rumahnya sambil menghela nafas yang panjang. Dia masih terkenangkan peristiwa di bilik guru semalam. Sebagai seorang guru yang telah berkhidmat puluhan tahun, telah banyak kisah suka duka pelajar yang mewarnai hidupnya. Namun, kisah semalam begitu menyentuh jiwanya. Bergenang air matanya. Bisik hatinya: “Benarlah firman Allah SWT “…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” “Sebenarnya cikgu, ini bukan anak saya tapi anak jiran saya. Saya kasihan dia sudah lama tidak ke sekolah. Bapanya telah meninggal dunia dan ibunya pula sedang sakit, tambahan pula dia masih ada adik-adik kecil yang perlu dijaga ibunya cikgu.” Demikian penjelasan lelaki berusia sekitar empat puluh tahun yang ditemani isterinya. Jelas

Keputusan sampel kopi campuran diketahui dalam masa terdekat

Imej
KUALA SELANGOR, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Sampel kopi campuran segera yang didakwa menyebabkan beberapa individu dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan negeri berkenaan untuk dianalisis. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, keputusan ujian sampel kopi campuran berperisa buah tempatan itu dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan bakal memaklumkan mengenai perkara itu nanti. “Jika didapati bahawa kopi campuran itu mengandungi bahan terlarang, kita akan memaklumkan dan mengarahkan pengeluarnya menghentikan produk berkenaan di pasaran. “Setakat ini, daripada laporan yang diterima, lima orang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang selepas minum kopi campuran ‘Durian White Coffee,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Bernama melaporkan, dua lelaki terpaksa menerima rawatan di HPP semalam selepas didakwa mengalami simptom letih dan lemah teruk selepas minum kopi berkenaan. Susulan laporan itu, Ismaweb.net turut m

Dakwaan wujud kerjasama UMNO, PAN hanya spekulasi

Imej
JELI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – UMNO Kelantan menyifatkan dakwaan wujud kerjasama antara UMNO dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) hanya spekulasi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata , tuduhan tidak berasas itu sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pemimpin politik apabila menjelangnya pilihan raya. “Tidak timbul kita berpakat dengan PAS atau Amanah untuk menjatuhkan mana-mana parti politik di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada program Jualan Sentuhan Rakyat peringkat Parlimen Jeli di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas laporan sebuah portal berita berkaitan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai kerjasama antara Amanah dan UMNO di Kelantan untuk menjatuhkan PAS pada PRU14. Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa berkata, beliau tidak pernah berjumpa sama ada pemimpin PAS atau Amanah

Malaysia kekal pendirian tak layan tuntutan Filipina ke atas Sabah

Imej
BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kerajaan mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata, Sabah telah diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 September 1963. “Kementerian Luar Negeri, Malaysia mengambil maklum mengenai kenyataan n. Aquilino Pimentel Jr, Ahli Jawatankuasa Konsultasi Filipina yang disiarkan di dalam media massa berkenaan tuntutan ke atas Sabah baru-baru ini. “Kerajaan Malaysia ingin menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah. “Sehubungan itu, kenyataan yang tidak berasas seperti ini bukan sahaja mendedahkan kecetekan ilmu mengenai sejarah dan undang-undang antarabangsa, malah mampu merenggangkan hubungan hubungan dua hala yang sangat ba

Tipu umrah: ‘Kak Ton’ hadapi 11 pertuduhan babit kerugian RM44,000

Imej
ROMPIN, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 11 pertuduhan melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM44,000 sejak akhir Disember 2016 sehingga Oktober tahun lepas. Tertuduh Zaiton Man, 48, atau lebih dikenali sebagai Kak Ton, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim, yang kemudiannya menetapkan 15 Feb untuk sebutan semula kes itu. Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menawarkan pakej umrah yang tidak wujud sehingga mendorong kesemua mangsa menyerahkan wang secara tunai dan memindahkan wang ke dalam akaun tertuduh. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan sejak Disember 2016 hingga Oktober tahun lepas di Felda Keratong, Bandar Muadzam Syah, dan Bandar Tun Razak, di sini. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan

UniSZA dinobatkan juara Disrupt-IT Challenge

Imej
KUALA NERUS, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Lima pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) muncul pemenang utama pertandingan Disrupt-IT Challenge sekali gus membawa pulang wang tunai RM17,500. Kejayaan itu diumumkan pada satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 28 Januari lalu. Ketua kumpulan, Amir Fadzli Abd Ghani berkata, kumpulan Green Dream yang dianggotai oleh beliau dan empat ahli lain itu telah memenangi hadiah utama RM15,000 dan hadiah untuk kategori model perniagaan terbaik sebanyak RM2,500. “Alhamdulillah kerana hasil produk inovasi kami ini telah berjaya menawan hati juri melalui projek iMB: In-Situ Microalgae Bio-engineered Harvester. Mesin yang kami cipta ini berjaya menyelesaikan masalah makanan anak ikan yang baru menetas di mana kebiasaannya pengusaha ikan asuhan terpaksa mengimport mikro alga (makanan ikan) dari Korea dan Kanada dengan harga RM800 sekilo. “Namun, dengan adanya mesin ini

Fenomena Gerhana Bulan Separa petang ini

Imej
BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Fenomena Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada hari ini bermula jam 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Februari).  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dlaam satu kenyataan berkata, bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya gerhana dijangka mula kelihatan pada jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit. Manakala, bagi kawasan sekitar Labuan pula, gerhana mula kelihatan bermula jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 5 jam 28 minit. Justeru, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama menjayakan program di Planetarium Negara dan Masjid Putra “Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan kepada seluruh umat Islam menjalankan Solat Sunat Gerhana (Khusuf)di surau-surau atau masjid-masjid sekitar. “Solat Sunat Khusuf akan dilaksanakan bermula jam 8.39 malam ini (selepas solat Isyak). “Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawa

Akauntan Bumiputera meningkat 30 peratus menjelang 2030

Imej
SHAH ALAM, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Jumlah akauntan bertauliah bumiputera dijangka meningkat 20 hingga 30 peratus menjelang 2030 menerusi sokongan Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata, MyPAC yang melahirkan 110 akauntan bertauliah bumiputera sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, dilihat mampu menjadi pengubah permainan dalam usaha tersebut. “Setakat ini jumlah akauntan bertauliah bumiputera hanya sekitar 1,800 atau lapan peratus daripada jumlah keseluruhan, namun usaha MyPAC yang giat turun padang bagi memberi kesedaran tentang pentingnya bidang itu boleh menarik minat bumiputera,” katanya. Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Anugerah MyPAC di sini berkata pada masa ini MyPAC mempunyai 2,000 pelajar. “Sebenarnya di MyPAC, pelajar bukan saja diajar dan diberi motivasi tetapi mereka diberi inspirasi termasuk pendedahan yang cukup dalam penguasaan bahasa Inggeris iaitu antara kelema

Peluru tembus kepala remaja Palestin

Imej
RAMALLAH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Rejim pengganas Israel menembak mati seorang remaja Palestin di sebuah kampung di utara Ramallah, semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Layth Abu Naeem berusia 16 tahun ditembak di kepala secara dekat oleh rejim itu yang memasuki kampungnya, al-Mugheir. Abu Naeem meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital di Ramallah. Bapa saudaranya memberitahu, tentera sengaja bertindak kejam membunuh mangsa dari jarak dekat. “Mereka boleh menangkapnya, mereka boleh mencederakannya, mereka boleh menembak kakinya. Tetapi rejim itu memang mahu membunuhnya. Peluru melintas di mata sehingga menembusi kepala,” katanya. Tentera Israel selalu membunuh penduduk Palestin, dengan menuduh mereka cuba melakukan serangan tikam terhadap tenteranya. Kumpulan hak asasi manusia berulang kali mengkritik rejim Tel Aviv kerana dasarnya menembak mati membunuh kerana sejumlah besar rakyat Palestin yang terbunuh di tempat serangan tidak menimbulkan ancaman

Aceh wajib semua pramugari pakai tudung

Imej
ACEH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukum syariah, kini menguatkuasa peraturan baharu mewajibkan semua pramugari mana-mana syarikat penerbangan memakai tudung sebaik sahaja mendarat di rantau itu. Bagi mereka yang enggan berbuat demikian akan berdepan dengan hukuman oleh polis agama. Ketika ini, undang-undang Islam yang di Aceh mewajibkan semua wanita beragama Islam memakai tudung, manakala wanita bukan bukan Islam perlu memakai pakaian yang sopan. Difahamkan peraturan terbaharu ini dikuatkuasa ekoran terdapat pramugari yang enggan mematuhi meskipun untuk persinggahan sebentar di lapangan terbang wilayah itu. Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali berkata, pihaknya berharap semua syarikat penerbangan akan menghormati keunikan yang dimiliki Aceh yang melaksanakan undang-undang Syariah. Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat penerbangan minggu ini. “Kami akan mengedarkan maklumat mengenai peraturan b

Meninggal dunia ketika imamkan solat Zuhur

Imej
ALOR GAJAH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Imam satu Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam di sini, meninggal dunia ketika mengimamkan solat Zuhur di masjid itu, semalam. Mohamad Hashim Kechik, 78, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu bangun untuk rakaat keempat di hadapan 10 jemaah, kira-kira jam 1.30 tengah hari. Jemaah masjid, Syamsul Ab Rahman berkata, sebelum itu, imam berkenaan berada dalam keadaan duduk dan mahu bangun untuk rakaat keempat. “Saya nampak arwah tekan tangannya di sejadah untuk bangun tetapi tak boleh, dia sebak dan kemudian beristighfar tiga kali, sebelum memberi salam. Beberapa jemaah bergegas mendapatkannya. “Imam yang mempunyai sakit jantung mengalami sesak nafas dibaringkan di atas riba seorang jemaah. Dahinya berpeluh, sebelum nafasnya terhenti,” katanya. Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal yang tiba jam 1.45 tengah hari mengesahkan Mohamad Hashim sudah meninggal dunia. The post Meninggal dunia ketika imamkan solat Zuhur appeared f

Arab Saudi rampas AS$100 bilion penyelesaian kes rasuah

Imej
RIYADH, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud al-Mojeb berkata, kerajaan negara itu merampas lebih AS$100 bilion dalam penyelesaian kes rasuah. Jumlah itu, termasuk AS$106.7 bilion, adalah dalam pelbagai bentuk aset, membabitkan hartanah, entiti komersial dan wang tunai, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat penerangan, hari ini. Beliau berkata, jumlah mereka yang dipanggil untuk diambil keterangan mencecah sehingga 381 individu, di mana 65 lagi masih dalam tahanan, susulan operasi besar-besaran mencegah rasuah di negara itu. Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan semua individu dari di Hotel Ritz-Carlton yang ditahan sejak lebih dua bulan lalu kerana disyaki terbabit dengan rasuah. “Tidak ada siapa lagi yang ditahan di Ritz-Carlton,” kata seorang pegawai kepada Reuters, semalam. Awal November tahun lalu, puluhan individu, termasuk putera diraja Arab Saudi, menteri, pegawai kerajaan dan ahli perniagaan terke

‘Awas peluang kerajaan bentang semula pindaan Akta 164’

Imej
Keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang menyatakan keislaman tiga kanak-kanak adalah batal dan tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran ibu mereka, beri peluang kepada kerajaan BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kebarangkalian kerajaan Barisan Nasional (BN) mengangkat semula Seksyen 88A Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) (Pindaan) 2016 (Akta 164), semakin nyata, selepas keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin. Sehubungan itu, PAS memberi amaran bahawa percubaan membawa semula Seksyen 88A itu ke Dewan Rakyat, bukan sahaja akan mencetuskan ketegangan, malah menyemarakkan kemarahan umat Islam. “Justeru, kerajaan usah mencabar kesabaran umat Islam dengan bermain sentimen dalam hal ini. Inilah situasi yang telah kami duga sewaktu membantah Pindaan Akta 164 di Parlimen tempoh hari. “Kebarangkalian Seksyen 88A kembali diangkat semakin nyata. Kerajaan dilihat terus menerus tunduk kepada pihak yang menentang Islam. Ini perkembangan yang sangat mendukacitakan bagi umat Islam.

Kes Jong Nam: Siti Aisyah dibayar RM400 lakukan ‘usikan’, kata saksi

Imej
SHAH ALAM, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Siti Aisyah, wanita Indonesia yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, dibayar RM400 oleh seorang lelaki dikenali sebagai James atau Ri Ji-u untuk melakonkan tiga babak ‘usikan’ di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Babak ‘usikan’ itu, yang dilakukan terhadap tiga individu, dirakamkan di kawasan kolam air pancut di pintu masuk pusat beli-belah itu pada 5 Januari tahun lalu, dengan James memberitahu Siti Aisyah bahawa rakaman itu akan ditayangkan di YouTube. Perkara itu dicadangkan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah, 26, ketika menyoal balas Pegawai Penyiasat, ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, pada hari ke-28 perbicaraan kes pembunuhan Kim Chol. Siti Aisyah dan wanita Vietnam, Doan Thi Huong, 29, didakwa membunuh Kim Chol bersama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lump