Rangkuman aktiviti ISMA Subang Jaya sepanjang Ogos
Walaupun hanya sebuah cawangan ISMA yang kecil di tengah-tengah wilayah metropolitan Lembah Klang, ISMA Subang Jaya tidak jerih menggalas aspirasi membangun umat beragenda. ISMA Subang Jaya yang telah berjaya melaksanakan lebih 10 aktiviti melalui sayap, agensi dan biro untuk segenap lapisan masyarakat sepanjang bulan Ogos ini. Pemuda ISMA Subang Jaya telah menyertai Pemuda ISMA Gombak dalam program khidmat masyarakat di Pusat Jagaan Kanak-kanak Asnaf Bakti Darussalam di Beranang pada 3 Ogos. Selain itu, futsal dwibulanan pada 9 dan 23 Ogos serta riada mingguan pada setiap hari Ahad juga telah dijalankan secara rutin. Program Usrah Wanita anjuran Wanita ISMA Subang Jaya telah dilaksanakan sebanyak 3 kali iaitu: Pada 4 Ogos di Surau Al-Madaniah USJ 18 bertajuk Aidiladha: Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan oleh Ustazah Solehah bt Haji Hashim, Ketua Wanita ISMA Subang Jaya Pada 31 Ogos di Surau Al-Amin, Taman Alam Indah Seksyen 33, Shah Alam bertajuk Jejak Wanita Merdeka oleh Ustazah...