Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Rangkuman aktiviti ISMA Subang Jaya sepanjang Ogos

Imej
Walaupun hanya sebuah cawangan ISMA yang kecil di tengah-tengah wilayah metropolitan Lembah Klang, ISMA Subang Jaya tidak jerih menggalas aspirasi membangun umat beragenda. ISMA Subang Jaya yang telah berjaya melaksanakan lebih 10 aktiviti melalui sayap, agensi dan biro untuk segenap lapisan masyarakat sepanjang bulan Ogos ini. Pemuda ISMA Subang Jaya telah menyertai Pemuda ISMA Gombak dalam program khidmat masyarakat di Pusat Jagaan Kanak-kanak Asnaf Bakti Darussalam di Beranang pada 3 Ogos. Selain itu, futsal dwibulanan pada 9 dan 23 Ogos serta riada mingguan pada setiap hari Ahad juga telah dijalankan secara rutin. Program Usrah Wanita anjuran Wanita ISMA Subang Jaya telah dilaksanakan sebanyak 3 kali iaitu: Pada 4 Ogos di Surau Al-Madaniah USJ 18 bertajuk Aidiladha: Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan oleh Ustazah Solehah bt Haji Hashim, Ketua Wanita ISMA Subang Jaya Pada 31 Ogos di Surau Al-Amin, Taman Alam Indah Seksyen 33, Shah Alam bertajuk Jejak Wanita Merdeka oleh Ustazah

Perutusan Presiden Isma sempena Hari Kebangsaan ke-62

Imej
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته SAYA mewakili seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 kepada seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini dengan suasana yang harmoni dan aman. Keamanan dan keharmonian ini perlu kita pelihara dan pertahankan bersama-sama terutamanya dalam suasana Malaysia yang serba majmuk. Kewujudan rakyat berbilang kaum, suku, agama dan budaya sepatutnya tidak memecah belahkan kita kerana Malaysia mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang inklusif kepada semua. Saya yakin jika semua rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan, maka kita akan kekal bersatu-padu malah akan mampu membina sebuah negara yang mempunyai identiti yang unik dan dihormati. Sebagai sebuah negara Islam sudah tentu memastikan keabsahan agama Islam sewajibnya menjadi agenda utama kerajaan. Malangnya sejak kebelakangan ini, kita melihat ada pi

Peperangan antara Selangor dan Belanda

Imej
Selangor ialah antara negeri di Tanah Melayu yang mempunyai hasil bumi bijih timah yang melimpah-ruah selain Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang sejak kurun ke-14 lagi. Berdasarkan catatan sejarah, beberapa tempat di negeri Selangor seperti Klang, Jeram dan Bernam telah menjadi wilayah naungan Empayar Kesultanan Melayu Melaka sebelum Selangor menjadi sebuah negeri dan mempunyai sistem kesultanan sendiri. Antara tokoh yang pernah menjadi pemimpin wilayah ialah Tun Perak (sebelum menjadi Bendahara Melaka) sebagai Penghulu Klang dan Paduka Mamat iaitu putera Sultan Mansur Shah Melaka sebagai Penghulu Jeram. Selepas kejatuhan Empayar Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, pemerintahan tempat-tempat ini beralih kepada Kesultanan Melayu Johor – Riau yang ditubuhkan oleh Sultan Mahmud Melaka. Melaka kemudian jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641. Sekitar tahun 1717 pula, perebutan takhta Kesultanan Melayu Johor – Riau mula berlaku antara pemerintah sedia ada dari golongan Bend

SERWANIS Kemaman dedah kepentingan kesihatan mental

Imej
Oleh: Hawa Mahmood KEMAMAN, 24 Ogos – “Tuntutan tanggungjawab serta situasi persekitaran dewasa ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia berisiko tinggi menghadapi masalah tekanan yang serius sehingga akhirnya menjejaskan kesihatan mental.” Demikian katan Puan Siti Marhani binti Hamdan, Pengarah Seminar Wanita Islam (SERWANIS) dengan tema “Minda Sejahtera, Wanita Bahagia” yang berlangsung di Majlis Perbandaran Kemaman, Sabtu lalu. Menurut beliau, kebanyakan ahli keluarga serta orang di sekeliling mereka yang mengalami masalah kesihatan mental tidak tahu bagaimana untuk menghadapi situasi ini disebabkan kurangnya ilmu dan pendedahan, serta bimbangkan stigma masyarakat sekeliling. “Pada hari ini, kita dapat lihat sangat banyak kesan dari tekanan emosi yang berlebihan hatta daripada peringkat kanak-kanak dan remaja lagi, contohnya kes buli, penderaan, jua percubaan bunuh diri,” ujarnya Seminar anjuran Wanita ISMA tersebut dihadiri hampir 130 peserta dengan objektif memberi pendedahan y

ISMA Ipoh bawa masyarakat telusuri sejarah tempatan

Imej
Oleh Siti Nur Shuhadah IPOH, 26 Ogos – Slot Bicara Sejarah yang diadakan di gerai Isma Ipoh pada program Hari Tanpa Kereta (CFD) semalam membawa orang ramai meneroka sejarah Ipoh dengan tajuk “Sejarah orang Melayu di Ipoh”. Menurut penyampai, Encik Nor Hisham Zulkiflee, orang Melayu dan orang Asli merupakan perintis masyarakat pertama di Ipoh yang menetap di kawasan yang mempunyai sungai, contohnya penempatan di Kampung Kucai dan Kampung Kepayang. Nor Hisham yang merupakan Setiausaha Persatuan Warisan Perak berkata, ibu negeri Perak pada asalnya adalah di Pengkalan Pegoh pada tahun 1871. “Pada waktu itu, daerah Kinta menjadi tumpuan pembesar-pembesar Melayu kerana kekayaan hasil bijih timahnya dari Kampar hingga ke Tanjung Rambutan.” “Pada tahun 1883 pula, sepucuk surat aduan telah diterima di Pejabat Daerah Batu Gajah yang ditulis oleh 15 orang peniaga Melayu. Ini jelas membuktikan bahawa masyarakat Melayu pada waktu itu bukan hanya menjadi pelombong atau petani, malah mereka ju

Umat Islam mesti sebarkan dakwah, pertahan Islam

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi SUBANG JAYA, 31 Ogos – Ketua Biro Tarbiyah ISMA Cawangan Subang Jaya, Ustaz Haji Mohd Azrin Samsudin menyeru umat Islam supaya menyebar luaskan dakwah Islamiah kepada orang ramai dan sentiasa mempertahankan agama Islam daripada ditindas. Menurut beliau, Islam ialah agama sebenar yang diturunkan Allah ke bumi untuk seluruh manusia akhir zaman. “Islam ialah agama yang cukup mudah dan memudahkan buat semua. “Contohnya dalam bab solat, Allah s.w.t. tidak kata kalau nak solat mesti pakai jubah, atau kain pelikat, tetapi cukup sekadar menutup aurat, begitu mudah. “Tak perlu usung bawa batu ke sana, ke mari seperti golongan Syiah,” ujarnya. Kata Ustaz Azrin lagi, golongan celaru identiti yang memperjuangkan liberalisme dan sekularisme sengaja mengatakan Islam ialah agama yang menyukarkan hidup yang perlu ditinggalkan, walhal bukan begitu. “Sehebat-hebat penghayatan terhadap ajaran Islam telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang setelah sekian lama berdoa

Aktivis ISMA Berjaya Didik Pelajar Harumkan Nama Negara

Imej
Oleh : Yusre Zulhamize Zainuddin Pencapaian yang cukup membanggakan buat negara apabila wakil Malaysia telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan WorldSkills Kazan 2019 dalam kategori pengoperasian dron kategori remaja bawah 16 tahun di Kazan, Rusia, Isnin lalu. Aiman Afiq Suradi, 16, merupakan anak didik jurulatih Muhammad Ghazali Yai’d, 28, berjaya menampilkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara bertanding dalam kejohanan tersebut di pentas antarabangsa. Ghazali yang juga merupakan aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), mewakili Malaysia sebagai Pakar Negara dalam pertandingan pengoperasian dron tersebut. Aiman merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, bersaing dengan tiga buah negara yang lain. Saingan di pentas akhir cukup hebat, namun Aiman terpakasa akur dengan kemenangan dimiliki peserta dari Rusia dan Belarus. Bagaimanapun, prestasi yang ditunjukkan Aiman dan semangat tidak mengenal kalah harus diberikan pujian termasuklah Ghaza

Bubar Parlimen jika gagal jaga kepentingan Melayu, Islam: Ummah

Imej
KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak untuk segera membubarkan Parlimen sekiranya gagal memberi perhatian serius terhadap isu kepentingan Melayu dan agama Islam. Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berkata, satu himpunan bagi menyatakan suara perpaduan Melayu dan umat Islam akan diadakan dalam masa terdekat. “Kita akan adakan perhimpunan seperti himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk membawa suara rakyat, perpaduan orang Islam. Jika tidak, kita desak mereka untuk bubarkan Parlimen secepat mungkin. “Gerakan ini adalah usaha sendiri tanpa mana-mana tekanan. Ini adalah suara rakyat. Ummah adalah wakil rakyat cuma kalau ada parti yang nak terlibat kita tidak tolak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional di sini hari ini. Konvensyen berkenaan dihadiri lebih 400 peserta terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), pimpinan parti politik Melayu serta individu-individu neg

Isu Zakir Naik dan implikasinya kepada masa depan Islam di Malaysia

Imej
Kita semua menyedari bahawa media mempunyai pengaruh yang kuat terhadap minda dan pemikiran rakyat. Apabila berlakunya ‘misquote’ ataupun unsur-unsur ‘misleading’, pastinya mampu menimbulkan impak yang besar dalam masyarakat dan negara. Dalam isu Dr Zakir Naik, saya juga berpendapat bahawa kenyataan beliau telah disalahtafsir akibat pelbagai faktor termasuklah perasaan prejudis terhadap beliau, ‘overeaction’ dan kurangnya amalan tabayyun dan berbaik sangka dalam masyarakat kita. Ini menyebabkan ramai pihak menyalahkan beliau yang dikatakan seolah-olah menghasut kebencian kaum walhal jika di teliti kata-kata beliau, ia tidak membawa maksud sedemikian. Namun permainan media, yang dikawal oleh mereka yang membenci Dr Zakir Naik, telah menyebabkan isu ini menjadi panas dan terkeluar dari kontek sebenar Lebih parah lagi, sikap sebegini diamalkan oleh para menteri yang sepatutnya bersikap professional kerana segala kenyataan yang keluar dari mulut mereka adalah sesuatu yang besar dan m

Respon terhadap kecaman Majlis Gereja Malaysia

1. Hari ini Majlis Gereja Malaysia (CCM) telah mengecam dan mempertikaikan kenyataan saya dalam ucapan alu-aluan saya sewaktu Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional baru-baru ini. Pautan berita: https://www.malaymail.com/…/churches-want-action-af…/1784479 2. Saya hanya menyatakan fakta dan realiti yang berlaku di akar umbi masyarakat di Malaysia. 3. Saya bercakap merujuk kepada laporan ‘Pendedahan Agenda Kristian’ terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014 setebal 129 muka surat. Muat turun laporan MAIS: http://www.mais.gov.my/info-mais/informasi/penerbitan/muat-turun/34-buku-pendedahan-agenda-kristian-completed/file?fbclid=IwAR1-Q7DZh6bAB8HyhEN99EFbpYD1C5sttrUi2CYB8h3yonU-81HdXzRuAq8 4. Bukan itu sahaja, banyak lagi bukti kristianisasi yang kita boleh dapati dengan mudah di internet terutamanya dari laman-laman web kristian evengelis antarabangsa yang mempunyai ‘special interest’ dan ‘special project’ di Malaysia. Rancangan The Joshua Project di Malaysia: joshuaproject.n

Perkasa Institusi Raja Berperlembagaan, Pertahan Identiti Malaysia Negara Islam

Imej
Rakyat perlu sentiasa diingatkan bahawa kita mempunyai YDPA dan Majlis Raja-Raja yang menjadi penaung serta tulang belakang negara yang dapat mengawal tindak tanduk dan keputusan ahli -ahli Parlimen termasuk Perdana Menteri. Ya, mereka bukan sekadar boneka atau ‘lambang’ semata tetapi punya kuasa yang telah digazetkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tinggal mahu laksana secara tegas atau terus dipandang enteng oleh rakyat jelata. Undang-undang tertinggi negara telah menetapkan Yang DiPertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Utama Negara Persekutuan dan memegang kuasa eksekutif Persekutuan. Jelaslah bahawa para jemaah menteri dan individu di dalam badan utama kerajaan menjalankan tugas mereka untuk YDPA kerana mereka sendiri dilantik oleh YDPA. Tanpa Agong, mana mungkin mereka berfungsi di dalam negara ini. Oleh itu, segala undang-undang atau polisi negara yang hendak diubah atau dicabar sepatutnya melalui budi bicara dan izin YDPA terlebih dahulu. Lalu timbul satu soalan, bagaimana s

ALFC Terajui Takhta Liga Komuniti Isma

Karnival Sukan NAZIM Mengetengahkan Kembali Sukan Tradisional

Imej
Oleh: Hawa Mahmood Aksi peserta dalam permainan galah panjang KEMAMAN, 16 Ogos – Bagi mengekalkan tradisi sukan rakyat, Kelab Anak-Anak Hebat Malaysia (NAZIM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kemaman telah mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Sukan Tradisional untuk memberi pendedahan kepada generasi muda terutamanya kanak-kanak. Pelbagai jenis permainan tradisional seperti batu seremban, baling tin, galah panjang, dan jalan atas bata telah diperkenalkan kepada para peserta. Aksi peserta dalam permainan galah panjang ”Karnival Sukan kali ini dapat mendekatkan diri anak-anak kepada permainan warisan nenek moyang. Rata-rata mereka amat teruja bermain permainan tradisional yang luar daripada kebiasaan anak-anak masa kini” ujar Puan Nura Ruhaya Binti Abdul Halim, pengarah karnival sukan pada kali ini. Beliau berharap permainan tradisional yang semakin dilupakan kerana perkembangan pesat teknologi gajet dan penambahan aplikasi permainan secara maya ini dapat dikekalka

Sukan Tradisional Bantu Bina Jati Diri

Imej
Oleh Norlia binti Salleh Kota Samarahan, 5 Ogos – “Sedar atau tidak, sukan tradisional ini mampu membina jati diri yang mantap dalam kalangan kanak-kanak.” Demikian kata Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Dipertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Samarahan dalam ucapannya pada Karnival Sukan NAZIM baru-baru ini. Tambahnya lagi, jati diri peserta dapat dibina apabila mereka sedar akan sejarah permainan yang ada. Setiap perkara pasti ada susur galur dan keunggulan yang tersendiri. Dengan mengetahui hal ini, mereka akan merasa bangga seterusnya bersemangat untuk mempertahankan sejarah peninggalan nenek moyang. Dengan mengadakan aktiviti seumpama ini juga, kerjasama dalam kalangan peserta dapat dipasak dengan mudah. Dan hal ini sudah pasti akan memberikan manfaat yang sangat besar dalam membina jati diri anak bangsa. Beliau juga turut berpesan kepada semua yang hadir agar sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan selalu keluar beriadah berbanding terlalu kerap bermain p

KELEBIHAN AMALAN BULAN ZULHIJJAH

1. Sepuluh hari yang terbaik di awal bulan Zulhijjah. Rasulullah SAW bersabda daripada Ibn Abbas RA: “ما من الايام العمل الصالح فيها احب الى الله من هذه الايام العشر قالوا يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله؟ ولا الجهاد في سبيل الله الا رجل خرج بنفسه وماله ولم يرجع بذلك بشئ” Maksudnya: Tidaklah ada daripada hari-hari tertentu yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah selain daripada hari yang sepuluh ini. Sahabat bertanya, “walaupun jihad fi sabilillah wahai Rasulullah?” Jawab Nabi, “walaupun jihad fi sabilillah kecuali seorang lelaki yang keluar berjihad dengan diri dan hartanya dan semuanya habis tidak bersisa (termasuk dirinya) ” Apakah yang dimaksudkan dengan hari-hari yang sepuluh ini ? Ulamak menafsirkan bahawa hari yang sepuluh ini ialah tanggal 1 hingga 10 Zulhijjah Firman Allah SWT dalam Surah al Fajr: والفجر وليال عشر” Maksudnya : “Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh” Allah SWT telah bersumpah dengan waktu fajar dengan menggunakan Alif lam ma’rifah bagi

SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK-ANAK REMAJA ISMA

Imej
Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada barisan anak-anak yang mewakili sekolah masing-masing menerusi pelbagai pertandingan dalam Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Sembilan baru-baru ini. Lebih membanggakan lagi apabila tiga orang daripada anak-anak yang berpeluang menyertai pertandingan pada kali ini berjaya menempatkan diri mereka sebagai johan dalam pelbagai pertandingan. Adik Nuaim Bin Omar, anak kepada pasangan Ustaz Hj Omar Bin Kassim dan Puan Hajjah Akhma Deena Binti Khalid berjaya menjadi johan Acara Hafazan Menengah Rendah kategori KKQ. Beliau mewakili Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban dan berjaya mengalahkan dua puluh peserta lainya dari seluruh negeri yang bertanding dalam kategori tersebut. Adik Nuaim membuktikan usaha gigihnya mengulang hafazan Surah Al-Baqarah membuahkan hasil. “Alhamdulillah, Nuaim memang konsisten berusaha mengulang-ngulang hafazan al-qurannya, juzuk satu sudah cair dalam kepalanya. Jangan ingat hafiz quran ini cair semua

Kejohanan Boling Wanita Islam Erat Hubungan Persaudaraan

Imej
Oleh : Siti Saleha Sufian Suri Bangi, 18 Ogos – Dua puluh lapan kumpulan wanita Islam daripada pelbagai latar belakang politik dan aktiviti pertubuhan telah berentap bagi mendapatkan jatuhan pin terbanyak dalam Kejohanan Boling Wanita Islam di Ampang Super Bowl, Bangi Gateway, di sini, petang kelmarin.  Antara yang terlibat termasuklah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) serta orang awam. Dalam pertandingan ini, dua anugerah pemain boling terbaik digondol oleh Ainul Husna dan Ameerah Atiqah mewakili kumpulan yang sama daripada PAS 3 menjadikan kumpulan tersebut muncul juara dalam Kejohanan Boling Wanita Islam anjuran Wanita Isma dengan kerjasama Berjasa, Dewan Muslimat PAS Bangi dan Puteri UMNO Bangi.  Ainul Husna dan Ameerah Atiqah masing-masing menduduki tempat pertama dan tempat ketiga bagi pemain boling terbaik dengan catatan 374 dan 322 jatuhan pin manakala t

Orang Melayu Harus Bersatu Demi Islam

Melihat kepada isu-isu terkini yang menyentuh keterlibatan Melayu-Islam, maka ada beberapa noktah harus kita lihat: 1- Membina Kembali Kekuatan (syaukah) Orang Melayu Islam Di Tanah Air Sendiri. Dong Zong berani untuk bersuara kerana rapatnya mereka dengan kerajaan ‘cina’ dan taikun Cina. Maka kerajaan seolah tersepit kerana perlu berfikir tentang campur tangan Cina. Maka ‘kekuatan’ ini menjadikan Dong Zong berani mendesak kerajaan kerana kuasa yang ada. Malah sangat konsisten daripada dahulu dengan menentang Laporan Barnes dan Laporan Taib. Jadi saranan saya kepada NGO dan pertubuhan islam di daerah Hulu Langat khususnya untuk berusaha kembali bersama-sama mendapatkan kekuatan kita. Bukan sahaja syok sendiri berprogram walhal kita makin lemah saban hari. 2- Kesepakatan Orang Melayu-islam Dong Zong, YB DAP malah YB MCA bersama mengecam meneruskan pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Kes beg

Umat Islam kini takut bercerita tentang kebenaran Islam

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi SUBANG JAYA, 16 Ogos – Umat Islam di Malaysia pada masa kini terlalu takut untuk bercerita tentang kebenaran dan keindahan Islam kepada umum. Menurut Ketua Pemuda ISMA Subang Jaya, Ustaz Fahmi Bazlan Muda, masyarakat Islam seolah-olah turut dibelenggu penyakit ‘Islamophobia’, bukan hanya masyarakat bukan Islam di luar negara. “Hal ini begitu berbeza dengan Nabi Ibrahim yang sentiasa membuktikan diri baginda mempunyai prinsip aqidah yang cukup jelas. “Baginda (Nabi Ibrahim) menyampaikan kebenaran Islam dan membuktikan kesesatan dan kesyirikan adalah sesuatu yang syar’i, bukannya bid’ah”, jelasnya. “Hal ini ditunjukkan melalui tindakan Nabi Ibrahim yang memecahkan berhala-berhala sewaktu zaman pemerintahan Raja Namrud. “Inilah yang dilupakan oleh umat Islam pada hari ini sampai takut menyampaikan keaslian Islam. Ustaz Fahmi Bazlan berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bertajuk Sirah Nabi Ibrahim: Pengorbanan Menegakkan Akidah di Surau Al-Madaniah

Yew Yin tak sensitif, hina rakyat

Imej
BANGI, 13 Zulhijjah 1440H, Rabu  – Cadangan Pengasas Gamuda Bhd, Koon Yew Yin supaya anggota tentera dihantar bertugas ke ladang Felda adalah ke belakang dan mengundang sensitiviti terhadap rakyat marhaen negara ini.  Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan Yew Yin hanya menambahkan lagi sentimen kebencian masyarakat negara ini terhadap golongan berada. “Beliau sepatutnya mencadangkan dan membincangkan cara untuk menambah pendapatan secara lebih makro yakni tanpa menggadaikan kebajikan rakyat dan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan. Terdahulu, Yew Yin menulis kenyataan di blognya bertajuk: “Cadangan saya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita”. Dalam tulisan itu, beliau berkata, ramai anggota tentera hanya makan dan tidur malah ramai antara mereka tidak pernah menembak telah mendapat kecaman pelbagai pihak.  Beliau juga mencadangkan agar anggota tentera dihantar untuk bertugas ke ladang-ladang F

Jawi: ‘Inilah tahap sombong dan rasisnya Dong Zong’

BANGI, 11 Zulhijjah 1440H, Isnin  – Adakah kumpulan pendesak Cina, Dong Zong sedar bahawa sekolah vernakular telah lama membebankan negara sejak berpuluh tahun dahulu? Disebabkan wujudnya sekolah vernakular, rakyat daripada pelbagai kaum sukar untuk memahami antara satu sama lain, apatah lagi mewujudkan integrasi kaum, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya. Beliau berkata demikian membidas kenyataan kumpulan pendesak berkenaan yang bukan hanya memfitnah pelaksanaan tulisan jawi sebagai proses Islamisasi, bahkan menyifatkan usaha berkenaan hanya membebankan pelajar sekolah vernakular. “Tidak hairanlah tulisan jawi pun dikatakan sebagai Islamisasi dan sebahagian daripada upacara keagamaan dalam Islam. “Dong Zong hanya mengambil kira perasaan orang Cina, tetapi mereka tak ambil kira perasaan kaum lain, terutamanya orang Melayu yang merupakan majoriti,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Kelmarin, Dong Zong dilaporkan merancang merangka satu petisyen ban

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1440H

Imej
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan Selamat Hari Raya Korban (Aidil Adha) kepada semua umat Islam terutamanya di Malaysia. Hari Raya Korban mengajar dan melambangkan pengorbanan seorang hamba kepada penciptanya. Ia juga melambangkan ketaatan kepada Rabbnya tanpa soal walaupun berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi dan menguji keimanan. Kejayaan akan hanya diperoleh dengan pengorbanan yang ikhlas. Hamba yang ikhlas berkorban dan berjuang pasti akan diganjari oleh Allah S.W.T dengan natijah yang luar biasa dan tidak disangka-sangka. Akhir sekali, marilah kita bersama-sama bertakbir, bertahmid dan memuji Allah yang Esa disamping memohon keampunan dari-Nya. Selamat Hari Raya Aidil Adha! Aminuddin Yahaya Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 10 Ogos 2019 Sumber

REMAJA DISANGKA HILANG

Imej
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh ‘Public Health Malaysia’ dalam tempoh hanya 8 tahun (2011-2019) terdapat seramai 15, 042 orang remaja telah dilaporkan hilang. Majoriti remaja yang ‘hilang’ ini didapati adalah merupakan kes-kes lari dari rumah. Daripada statistik tersebut, 14,679 remaja telah ditemui semula, 26 kes ditemui tetapi telah meninggal dunia dan 363 kes masih belum ditemui. Angka ini sangat merisaukan kerana ini menunjukkan remaja masa kini bersikap berani di luar batasan, impulsif dan tidak berfikiran rasional di dalam tindak tanduk mereka. Apakah punca kepada permasalahan ini? Fasa umur remaja, yang boleh dikategorikan bermula usia 13 sehingga 17 tahun merupakan fasa yang mencabar dan sering dikaitkan dengan krisis identiti dan kecelaruan fikiran. Pada tahap ini, seorang remaja akan mula cenderung ke arah sesuatu yang menentukan siapa diri mereka. Mereka akan mula sensitif terhadap cara berpakaian, cara berkomunikasi, serta mula mempunyai kecenderungan seksual. Re

Sebuah teguran buat penggiat seni: Kita mencipta masyarakat

Imej
Jam menunjukkan pukul 7.00 malam ketika penulis berada di sebuah warung untuk menjamu selera. Mata ligat memandang keliling kawasan warung sambil menjeling ke arah televisyen yang sedang menayangkan drama jam 7. Seperti kebiasaan drama yang disiarkan mengupas kisah masalah rumah tangga sepasang suami isteri. Beberapa ketika menonton, adegan si isteri bergurau senda dengan suaminya, kemudian adegan mesra itu diteruskan dengan suaminya dalam keadaan tidak berpakaian menarik isteri ke dalam bilik mandi. Perasaan jengkel tidak dapat dibendung. Mengeluh panjang melihat adegan tidak senonoh itu. Drama Melayu semakin hari semakin berani memaparkan adegan begini. Melayu itu sinonim dengan agama Islam. Bagaimana mungkin adegan sebegini dibiarkan menjadi kebiasaan dalam kalangan pelakon. Ibarat sudah tiada sensitiviti lagi industri hiburan Malaysia ini sehingga adegan begitu dibenarkan sahaja siarannya. Sungguhpun mahukan sebuah adegan yang kelihatan ‘real’ dan cukup memberi kesan, batasan aga

Tarbiyyah Ruhiyyah Benteng Yang Ampuh (siri 1)

Imej
Tarbiyyah ruhiyyah adalah sesuatu yang sangat penting. Tarbiyyah ruhiyyah adalah intipati yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabat, para anbiya’ kepada para pengikutnya. Ia merupakan penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya dengan tauhid kepada Allah berpandukan al-quran dan as-sunnah. Tarbiyyah ruhiyyah adalah kekuatan dakwah Rasullah SAW, kekuatan sahabat Rasulullah SAW, kekuatan umat Islam dan kekuatan dakwah ini. Inilah juga kunci yang membawa kepada kejayaan kita di dunia dan akhirat. Inilah perkara-perkara yang sangat dibenci oleh syaitan. Ianya juga amat sukar untuk dilaksanakan. Untuk melakukannya secara konsisten juga, kita memerlukan ilmu, kefahaman dan mujahadah yang tinggi. Manusia ciptaan Allah dilengkapkan dengan tiga kompenen utama iaitu akal, jasad dan roh yang saling berhubungan. Tiga elemen utama ini sangat penting dan mesti berfungsi dengan baik. Misalnya ruh, yakni spiritual dalaman mesti disuburkan dan dijaga den