Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

GHB sah bergerak sebagai parti politik

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Gerakan Harapan Baru (GHB), pergerakan yang diwujudkan oleh kumpulan serpihan Pas, hari ini secara rasmi bergelar parti politik mengambil alih Parti Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, walaupun proses pendaftaran nama baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum dilakukan. GHB mencadangkan nama baru parti itu Parti Amanah Negara (Amanah) dan akan mengemukakannya kepada ROS sebelum pelancaran rasmi pada 16 September. Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, GHB mengambil alih dan menjenamakan semula parti pekerja selepas permohonan untuk meletakkan nama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak oleh ROS. “Kami telah memohon pendaftaran sebuah parti Islam yang baharu bernama Parti Progresif Islam (PPI) selari dengan hak yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. “Memahami akan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan sebuah parti baharu melalui pengalaman di dalam negara ini, maka GHB pada masa sama sama mencapai matlamatnya melalui wadah politik sedia ada,” katanya pada

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-58

Imej
  Kesetiaan bangsa ialah keikhlasan, kejujuran dan keteguhan hati terhadap agenda bangsa yang merupakan misi perjuangan, sebab wujud dan alasan kelangsungannya. Mari kita kembali kepada asal intima’ (penggabungan) kita sebagai Melayu Muslim. Sebuah bangsa berdaulat tegak berdiri semenjak ribuan tahun yang lalu; yang telah menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dengan risalahnya. Islam telah menjadikan kita bangsa yang mulia, mempunyai matlamat kewujudan dan memiliki risalah kepada manusia. Islam memberikan kita sebab kelangsungan dan tangga menuju kecemerlangan. Sejarah telah menyaksikan satu pensebatian yang kukuh antara Melayu dan Islam dan ia telah menjadi satu identiti tidak mungkin dapat dipisahkan. Namun penjajahan, globalisasi, pembaratan, serangan pemikiran dan proses normalisasi dengan kehidupan liberal sekular dan pluralisme agama telah menjadikan kita lupa identiti, lupa risalah dan juga lupa misi kita sebagai khaira umah (umat terbaik); misi sebagai syuhada’ (saksi

Risalah Tauhid memerdekakan wanita

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Isnin – Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustazah Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, merdeka buat seorang wanita Islam ialah berjaya membebaskan dirinya daripada syirik kepada mentauhidkan Allah SWT sama ada dalam hati, tutur bicara mahupun amalannya. Beliau berkata, dulu wanita sering dipandang negatif kerana dianggap kaum yang bertaraf rendah, kotor dan menjijikkan serta hanya pemuas nafsu lelaki. “Kedatangan Islam 1,440 tahun dahulu mencatat sejarah berharga buat semua kaum wanita. Islam agama yang membawa risalah tauhid, telah memerdekakan wanita daripada belenggu dan cengkaman jahiliyah,” katanya. Katanya, erti merdeka sebenar untuk wanita, apabila dia mengabadikan kehidupannya untuk mendapat reda Allah serta bebas melaksanakan amalan Islam tanpa perlu rasa takut terhadap pandangan manusia. “Dia bebas untuk menunaikan solat dan menjaga pergaulan ketika di tempat kerja selain bebas untuk b

‘Saya bangga kudung kerana negara’

Imej
Oleh Sakini Mohd Said KUALA LUMPUR, Isnin – Seperti operasi sebelumnya, Mohd Yunus Abdullah sudah bersedia untuk menjalankan kewajipannya kepada negara sebaik lengkap menyarungkan pakaian seragam tentera di badannya itu. Akan tetapi, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada hari tersebut. Sejak awal pagi lagi, hatinya tidak begitu tenteram seolah-olah dapat merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Malahan, suasana sunyi di Kem Gubir, tempat beliau ditugaskan yang berpangkalan di Kedah itu pun tidak mampu meredakan kebimbangannya. Apatah lagi, apabila melihat ada yang mundar-mandir di sekitar kem mahupun ada yang tidak lekang daripada asyik melihat jam di tangan. “Mesti akan berlaku sesuatu nanti,” detik suara hati kecil Mohd Yunus. Sedang asyik dibuai kerungsingan, keadaan di kem tiba-tiba bertukar wajah sebaik kedengaran bunyi bising yang begitu membingitkan. Agak kelam-kabut, manakala nada cemas jelas menyusuri setiap anggota tentera yang memenuhi dataran kem itu.

Bebaskan Anwar turut jadi agenda Bersih 4.0?

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Isnin – Mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, adalah matlamat Bersih 4.0 mengadakan perhimpunan, selain daripada empat tuntutan asal mereka. Itu antara kata-kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Maria Chin Abdullah ketika mengumumkan gabungan itu akan mengadakan perhimpungan di tiga bandar di seluruh negara kelmarin dan semalam. Perhimpunan sejak tengah hari di beberapa kawasan di ibu negara kelmarin hingga semalam, malah ada yang bermalam di dalam khemah diibaratkan sebagai satu pesta, apa lagi ketika negara menyambut malam ambang kemerdekaan. Asalnya Bersih membuat empat tuntutan iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, selamatkan ekonomi dan hak membantah, namun kali ini tujuan utamanya adalah mendesak Najib meletak jawatan dengan memberi beberapa alasan. Namun, apakah hanya itu tujuan Bersih 4.0 diadakan? Ismaweb.net menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan bukan setakat kumpulan baju kunin

KATA PEDANG: Tahniah Melayu, kasihan Bersih Najib tak letak jawatan juga

Imej
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyokong Bersih tetapi ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menunjukkan seolah-olah beliau menyokong Bersih. PERTAMA , Pedang dan staff ismaweb.net mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-58. Kedua, berakhirlah satu lagi episod perhimpunan bantahan selama dua hari di ibu negara dan beberapa negeri lain, yang diharapkan dapat ‘menjatuhkan’ Datuk Seri Najib Razak daripada kerusi Perdana Menteri. Episod perhimpunan kali ini juga walaupun tidak mencetuskan kekecohan atau keganasan – kecuali ada tangan gatal cuba melakukan provokasi dengan membakar mercun – pengakhirannya tidak ke mana-mana pun. Sebenarnya, apa lagi tujuan mengadakan perhimpunan itu selain mendesak Najib meletak jawatan, sedangkan umum sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri sekali-kali tidak akan berbuat demikian? Apakah Najib akan mendengar jeritan dan teriakan daripada 25,000; 35,000; 100,000 atau 200,000 peserta yang kononnya didakwa hadir dalam perhimpunan di be

Mesir kenakan syarat jika Ikhwanul Muslimin mahu sertai pilihan raya

Imej
KAHERAH, Isnin – Ikhwanul Muslimin dikenakan syarat supaya meninggalkan fahaman yang ekstrem jika mahu menyertai pilihan raya negara itu yang bakal diadakan dalam beberapa fasa mulai 17 Oktober hingga 23 November ini. Sehubungan itu, Penasihat Hal Ehwal Pilihan Raya kepada Perdana Menteri, Mejar Jeneral Refaat Komsan, berkata jawatankuasa berkenaan tidak menghalang mana-mana pihak daripada menyertai pilihan raya Parlimen Mesir tahun ini. “Jawatankuasa tidak boleh menggubal undang-undang untuk menghalang pihak tertentu daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. “Bagaimanapun, rakyat sendiri yang akan memilih siapa yang mereka mahu. Kini, semua sudah tahu dan sedar mengenai budaya pilihan raya,” katanya dalam satu temu bual dengan Al-Shorouk. Refaat, ahli jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan dalam persediaan undang-undang bagi proses pilihan raya itu, berkata walaupun tiada undang-undang melarang pihak tertentu mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang, oran

‘Nilailah toleransi Melayu undi calon bukan Islam, sebangsa’

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mempertikaikan sikap kaum lain, terutama ultra kiasu yang tidak dapat bertoleransi dalam mengundi calon pada pilihan raya umum (PRU), berbanding bangsa Melayu. Beliau berkata, bangsa Melayu sanggup memilih calon bukan beragama Islam dan sebangsa dengan mereka dalam PRU sehingga ultra kiasu mendapat untung dan terus menambah kerusi. “Nilaikanlah toleransi orang Melayu (Islam). Sanggup mengundi calon tidak seagama dan tidak sebangsa, tinggalkan calon seagama sebangsa, hanya kerana toleransi dan mendengar arahan parti. “Siapakah yang untung dalam permainan ini kalau bukan ultra kiasu? Mereka menambah kerusi setiap kali PRU. “Kenapa sukar sangat orang lain melakukan sedemikian? Kenapa ultra kiasu tidak meletakkan calon Melayu mereka bertanding di kawasan majoriti Cina seperti Kepong, Seputeh, Petaling Jaya dan lain-lain?,” katanya dalam artikel bertajuk di Sinar Harian, hari ini. Pun begitu Ustaz Ri

LGBT sertai Bersih 4.0, galak orang ramai bertanya

Imej
BANGI, Isnin – Kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mahu orang ramai mendekati mereka dan bertanya soalan supaya perbincangan dapat dilakukan, kata peguam golongan songsang berkenaan, Chong Yee Shan. Sebab itu, kata Yee Shan, kumpulan berkenaan turut hadir dalam Bersih 4.0 kelmarin dan semalam iaitu untuk memberi sokongan kepada perhimpunan itu. “Kami juga mahu semua tahu, bahawa komuniti LGBT berada bersama, dan menyokong Bersih seperti kamu semua. “Kami mahu membiarkan orang tahu bahawa tiada apa yang buruk mengenai bendera pelangi ini,” katanya kepada The Star . Kumpulan itu dilihat membawa bendera pelangi yang menjadi simbol kepada komuniti itu, ke perhimpunan Bersih 4.0, di Dataran Merdeka, semalam. Yee Shan berkata, komuniti LGBT tidak mahu jadi seperti ‘katak bawah tempurung’ tanpa mempedulikan apa yang berlaku. “Saya mahu mereka melihat kita dan berharap beberapa orang akan datang dan bercakap dengan kami, mempunyai perbincangan,” katanya. Katanya, be

Tidak perlu pertikai PAS tidak sertai Bersih

Imej
BANGI, Isnin – Keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak. Ketua Penerangannya, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata Pas mahu memberi tumpuan penuh kepada kerja-kerja memantapkan parti. “Ada faktor tertentu oleh Pas kerana kita dalam persiapan yang memerlukan tumpuan kepimpinan, seperti penganjuran kongres rakyat, himpunan 60,000 pada lokasi tertentu. “PAS juga fokus dalam menganjurkan program yang mempunyai maksud sama untuk membawa perubahan dalam negara,” katanya. Perhimpunan haram yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad merupakan demonstrasi tanpa penyertaan dan komitmen PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini memaklumkan bahawa penglibatan parti itu dalam himpunan Bersih kali ini tidak akan sama seperti himpunan seumpamanya sebelum ini. Sumber

Doa dibaca pada Hari Kemerdekaan 1957

Imej
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ، اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ، اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّا

Lima petunjuk buktikan ekonomi Malaysia masih di jajaran kukuh: Najib

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Ekonomi Malaysia yang masih berkembang pada masa berlaku ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi serantau dan global merupakan antara petunjuk utama bahawa ekonomi negara masih berada di atas jajaran kukuh serta landasan yang betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata ia adalah antara lima petunjuk utama ekonomi negara yang menyokong hakikat itu. Sebagai contoh, katanya, pada tahun lepas ekonomi Malaysia berkembang pada kadar enam peratus dan tahun ini ia dijangka mencapai lima peratus. “Tidak seperti pada tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomi Asia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif tujuh peratus,” katanya dalam Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam tadi. Perdana Menteri berkata petunjuk kedua ialah fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini lebih kukuh lagi kerana Malaysia telah mempelajari daripada kesan krisis 1998 itu. “Antara contohnya seperti defisit fiska

27 laporan polis sepanjang Bersih 4

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Perhimpunan dua hari Bersih 4 berakhir pada tengah malam ini seperti dijadualkan, dengan ribuan pesertanya bersurai secara aman sambil dikawal oleh anggota polis. Walaupun polis menerima 27 laporan dan membuka lima kertas siasatan, keadaan sewaktu perhimpunan itu secara umumnya adalah terkawal. Peserta yang mula berkumpul di Dataran Merdeka sejak Sabtu mengakhiri perhimpunan itu dengan menyanyikan lagu kebangsaan serta membuat kiraan detik Hari Kebangsaan 2015, dengan diketuai ketua penganjur, Maria Chin Abdullah. Mereka mula bersurai lima minit selepas tengah malam. Petugas yang terlibat dengan persiapan untuk sambutan Hari Kebangsaan kemudian terus memulakan kerja mereka sebaik kawasan itu dikosongkan. Dataran Merdeka ditutup kepada semua kenderaan sejak minggu lalu bagi persiapan sambutan Hari Kebangsaan, tetapi kehadiran ribuan peserta Bersih 4 di kawasan itu sejak dua hari lalu menjejaskan kerja-kerja di situ. Jalan menuju ke Dataran Merdeka dijangka d

Rakyat, pelabur semakin tak percaya kerajaan: Muhyiddin

Imej
Oleh RZ BANGI, Isnin – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kepercayaan rakyat, pelabur dan komuniti perniagaan terhadap kerajaan sekarang ini sudah semakin longgar dan luntur. Beliau berkata, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan yang parah. “Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding Dolar Amerika dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh 7 tahun. “Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera,” katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan yang dikirim dalam Facebook beluam, malam tadi. Sambil menyambut baik kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa asas ekonomi ne

Membentuk Wehdatul Qulb: Muhyiddin

Imej
PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-58 YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PRESIDEN UMNO Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia. Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama. Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian

Tercapaikah Matlamat BERSIH 4.0?

Imej
Sumber

Najib ikrar tidak akan biarkan Malaysia jatuh

Imej
KUALA LUMPUR, Ahad – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia. Perdana Menteri berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan yang lain akan meneruskan usaha itu walau apa pun cabaran yang mendatang serta dugaan yang melanda. Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini, Najib melahirkan rasa kesal atas tindakan segelintir pihak yang yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan serta api permusuhan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara. “Sesungguhnya, kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar (negara), untuk dengan mudahnya datang dan mencuri, merosakkan atau memusnahkan apa yang telah kami bina selama ini. “Beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan

Bersih 4 di Kuching dikhianati DAP: Sarawakiana

Imej
RAMAI yang tertanya-tanya mengapa pengerusi BERSIH 4.0 Kuching Nicholas Mujah bertindak mengumumkan bahawa program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan di sini dihentikan pada malam tadi dan tiada program yang akan diadakan oleh Jawatankuasa Penganjur BERSIH 4.0 Kuching hari ini. Beliau juga memberi alasan ianya dihentikan kerana kerana sistem PA telah ambil balik oleh pemilik dan beberapa syarat perhimpunan tersebut telah dilanggar oleh segrlintir peserta sebagai contoh membawa kanak-kanak ke lokasi tersebut namun alasan sebenarnya mereka telah dikhianati oleh DAP! Nicholas juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Padungan untuk memaklumkan program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan telah dihentikan pada jam 1 tengahari tadi dan sebarang aktiviti yang diadakan selepas ini bukan tanggungjawab pihak penganjur BERSIH 4.0. Hakikatnya, program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan dihentikan

Bersih 4: Peserta himpunan rosakkan landskap

Imej
KUALA LUMPUR, Ahad – Para peserta perhimpunan Bersih 4 di sekitar Dataran Merdeka di sini bukan sahaja mengganggu persiapan untuk sambutan Hari Kebangsaan tetapi juga merosakkan sebahagian daripada landskap. Penyokong perhimpunan, yang tidak berganjak walaupun berlaku hujan pada 4 petang, turut melangkah batas bunga selain memijak anak pokok. Kira-kira pukul 4.30 petang, apabila hujan reda, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat beramah mesra dengan peserta perhimpunan di Pasar Seni. Bekas perdana menteri itu, yang tiba dengan menaiki LRT, memberitahu sidang media kemudian bahawa beliau berada di perhimpunan itu bukan sebagai penyokong Bersih, sebaliknya sebagai penyokong semua rakyat Malaysia. Sehingga pukul 7 malam, kebanyakan peserta perhimpunan telah meninggalkan Pasar Seni. Bilangan mereka yang berhimpun di sekitar Dataran Merdeka pula  terus meningkat dan seorang pemimpin Bersih berkata: “Kami akan berada di sini sehingga tengah malam seperti dirancang.” Sementara itu, Ketua Polis

DBKL akan tuntut ganti rugi dari Bersih

Imej
BANGI, Ahad – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan bahawa pihaknya akan membuat tuntutan ganti rugi terhadap penganjur perhimpunan haram, Bersih 4.0, minggu hadapan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, setakat ini DBKL masih dalam proses mengenal pasti kesan-kesan kerosakan disebabkan perhimpunan sehingga ianya berakhir tengah malam ini. “Kita perlu mengumpul bukti-bukti sebelum membuat tuntutan terhadap kos kerugian kepada penganjur. Terdapat kawasan yang terkesan terutamanya dalam aspek penyelenggaraan sampah dan kerosakan pada pokok-pokok tanaman DBKL. “Tuntutan itu akan dikemukakan selepas semua kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan terhadap kerosakan harta benda awam dibuat. “Perkara ini telah dijelaskan semasa perjumpaan bersama penganjur sebelum ini, bahawa DBKL akan menuntut kerugian di atas sebarang harta benda yang terjejas disebabkan aktiviti berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian. Tambah beliau, tuntutan juga dibuat berikuta

Mahmoud Abbas, Raja Jordan bincang isu Palestin

Imej
AMMAN, Ahad – Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Raja Jordan Raja Abdullah II mengadakan perbincangan di ibu negara Jordan hari ini. Akhbar  Al-Ayyam melaporkan wakil gerakan Fatah, Azam Al-Ahmad berkata, isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa menjadi topik utama perbincangan. Selain itu, isu-isu semasa politik di rantau Arab dan Palestin juga dibincangkan. “Kerjasama negara-negara Arab akan dipertingkatkan bagi menghadapi ancaman-ancaman terhadap masa depan umat Islam dan Palestin,” katanya. – Agensi Sumber

Bila nombor satu buat keputusan kita kena ketepi pandangan peribadi, kata Salleh kepada Tun M

Imej
SUNGAI BESAR, Ahad – Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan Bersih 4 semalam amat mengecewakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata Dr Mahathir telah melanggar prinsip beliau sebelum ini yang menolak demonstrasi jalanan ketika krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 ketika Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara. “…tetapi disebabkan benci Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) dia (Dr Mahathir) sanggup bersekongkol dengan DAP yang berniat nak hancurkan parti. “Walaupun kehadirannya ke perhimpunan itu sekejap tetapi beliau suruh peserta perhimpunan teruskan dan menggalakkan mereka terus berada di sana,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini. Turut hadir ketua UMNO bahagian itu Datuk Jamal Md Yunos, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Bud

Jabatan, agensi Islam perlu peka isu berkaitan umat Islam

Imej
PAUH PUTRA, Ahad –  Jabatan dan agensi yang berorientasi Islam perlu peka menghidu isu yang menggugat semangat perpaduan dan persaudaraan umat Islam dan berusaha menanganinya, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah jabatan dan agensi-agensi berkenaan juga perlu memainkan peranan supaya menjadi contoh kepada agensi lain dalam memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan Islam. “Dewasa ini perbalahan dan perselisihan membabitkan umat Islam dan orang Melayu terlalu banyak dan perlu ditangani sebaik mungkin supaya perpecahan dapat dielakkan. “Saya mahu usaha mengekang kejadian ini, yang tidak boleh diselindung lagi, dilaksanakan segera. Oleh itu agensi-agensi dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam perlu bertindak tegas membetulkan keadaan,” titah Tuanku Syed Faizuddin. Baginda bertitah menutup dan menyampaikan hadiah kejohanan woodball antara jabatan di bawah agensi Agama Islam Perlis kali ketiga di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin

Tindakan tegas terhadap dalang Bersih 4: Ahmad Zahid

Imej
IPOH, Ahad – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik penganjuran perhimpunan Bersih 4. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan para pemimpin terbabit bahawa pihak berkuasa sedang memantau tindak-tanduk mereka. “Kita juga mengikuti setiap patah ucapan mereka. Kita tahu apa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ipoh Timur di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak terbabit. Ahmad Zahid berkata antara tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap mereka ialah di bawah Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis. Ahmad Zahid juga mengingatkan pihak terbabit agar tidak menyalahkan pihak berkuasa jika tindakan diambil terhadap mereka. “Saya bersetuju dengan Tan S