PRN Sarawak: Konflik PKR, DAP beri kelebihan pada PAS, kata Hadi
BANGI, Sabtu – Pertelingkahan dan konflik perebutan kerusi di antara rakan sekutu Pakatan Harapan, PKR serta parti rasis dan cauvinis DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak memberi kelebihan kepada PAS bagi memenangi beberapa kerusi di negeri itu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertelingkahan berterusan yang berlaku di antara kedua-dua parti itu boleh memberi kelebihan kepada PAS. “Kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihan raya boleh beri PAS manfaat. Ia adalah lebih baik bagi kita. “Kita yakin untuk menang sekurang-kurangnya dua kerusi dan mungkin kawasan lain, seperti tempat di mana seorang bekas ahli DAP yang bertanding sebagai calon Bebas menentang DAP,” katanya kepada pemberita semalam. Katanya, rakyat di Sarawak juga dilihat telah mula menerima parti itu sejak penamaan calon lagi. “Penerimaan daripada rakyat Sarawak adalah baik sejak hari penamaan calon. Ia bukan sahaja orang Islam negeri itu malah juga kepada bukan Islam. “PAS juga mempunyai c...