Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

PRN Sarawak: Konflik PKR, DAP beri kelebihan pada PAS, kata Hadi

Imej
BANGI, Sabtu – Pertelingkahan dan konflik perebutan kerusi di antara rakan sekutu Pakatan Harapan, PKR serta parti rasis dan cauvinis DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak memberi kelebihan kepada PAS bagi memenangi beberapa kerusi di negeri itu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertelingkahan berterusan yang berlaku di antara kedua-dua parti itu boleh memberi kelebihan kepada PAS. “Kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihan raya boleh beri PAS manfaat. Ia adalah lebih baik bagi kita. “Kita yakin untuk menang sekurang-kurangnya dua kerusi dan mungkin kawasan lain, seperti tempat di mana seorang bekas ahli DAP yang bertanding sebagai calon Bebas menentang DAP,” katanya kepada pemberita semalam. Katanya, rakyat di Sarawak juga dilihat telah mula menerima parti itu sejak penamaan calon lagi. “Penerimaan daripada rakyat Sarawak adalah baik sejak hari penamaan calon. Ia bukan sahaja orang Islam negeri itu malah juga kepada bukan Islam. “PAS juga mempunyai c

Polis minta bantuan jejak mualaf ingkar perintah mahkamah

Imej
IPOH, Sabtu – Polis Ipoh hari ini meminta bantuan orang ramai untuk menjejak mualaf Muhammad Ridhuan Abdullah yang mengingkari perintah Mahkamah Tinggi. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Ridhuan, 47, yang sebelumnya dikenali sebagai K. Pathmanathan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. Selain itu, orang ramai juga boleh berjumpa atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jenayah (D11) ASP Kamariah Jamaludin di talian 05-2451628 atau 016-5249091 atau Sarjan Mejar Helen Parera di nombor 013-5189925. Menurut Sum alamat terakhir Muhammad Ridhuan adalah di No.10, Persiaran Teguh 2, Off Jalan Pasir Puteh, Ipoh. Semalam, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan Muhammad Ridhuan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya Prasana Diksa yang berumur lapan tahun kepada bekas isteri, M. Indira Gandhi.- Bernama Sumber

PAS yakin BN raih dua pertiga PRN Sarawak

Imej
KUALA TERENGGANU, Sabtu – PAS yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya mengekalkan kuasanya di Sarawak dan meraih majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, BN dilihat masih memikat hati pengundi Sarawak selain mampu menyelesaikan isu tempatan terutama di kawasan luar bandar. “Saya rasa BN akan terus memerintah Sarawak dan akan menang dua pertiga majoriti dalam PRN11 nanti, mungkin ada kawasan yang akan kalah, tetapi saya yakin BN akan terus kekal di Sarawak,” katanya pada sidang media di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di sini hari ini. Mustafa berkata PAS melihat masyarakat Sarawak lebih menumpukan kepada isu tempatan berbanding isu nasional. Selain itu, beliau berkata faktor kepimpinan yang ditonjolkan Ketua Menterinya Datuk Seri Adenan Satem dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan keyakinan kepada rakyat. “Datuk Seri Adenan Satem ini mempunyai feel good factor, lagi boleh menang di Sa

Kerajaan tidak akan naikkan kadar GST

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan. “Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau hari ini. Najib yang beberapa hari berada di Sarawak untuk kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau mendengar khabar angin mengenai kenaikan kadar GST dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan pembohongan pihak pembangkang. “Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik,” katanya. Najib berkata kerajaan BN sentiasa ikhlas meningkatkan taraf kehidupan Sarawak dan ia jelas terbukti menerusi komitmen kerajaan d

Daesh mungkin sasar Asia Tenggara: Penganalisis

Imej
SINGAPURA, Sabtu – Penganalisis memerangi keganasan menjangkakan kumpulan militant Daesh (IS) akan menyasarkan wilayah Asia Tenggara setelah kehilangan kuasa ke atas wilayah di Timur Tengah. Katanya, sejarah kumpulan pengganas yang panjang di rantau ini dan peningkatan jumlah kumpulan pelampau yang menggunakan ideologi Daesh menjadikan ia menarik minat kumpulan militan itu untuk menyasarkan rantau ini. Sasaran yang mungkin terlibat adalah Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura di mana rangkaian pengganas Jemaan Islamiyah (JI), kumpulan Jamaan Anshar Khilafah dan kumpulan Abu Sayyaf beroperasi. Wakil Perkhidmatan Perundingan Keselamatan The Soufan Group (TSG), Patrick Skinner berkata rantau ini merupakan kawasan perlindungan yang mana kumpulan Daesh akan lebih suka terlibat. “Mereka memerlukan tempat perlindungan, mereka memerlukan tempat untuk ahli mereka bergerak dan mereka memerlukan tempat untuk mengatakan ‘di sini bendera kita’,” katanya. Ancaman keganasan di rantau ini

43 tangki statik, 16 lori tangki atasi masalah air di Chini

Imej
KUANTAN, Sabtu – Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menyediakan 43 tangki statik untuk membekalkan air mentah kepada peduduk di Chini, dekat sini yang terjejas akibat fenomena El-Nino. PAIP dalam kenyataan berkata sehingga semalam, bekalan air juga disalurkan menerusi 16 lori tangki yang dihantar ke kawasan tinggi Chini 3, 4 dan 5 yang mengalami masalah sumber air mentah terawat. “Sebanyak 4,500 akaun pengguna terjejas akibat masalah bekalan air di loji air Chini,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.  Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata air bukit berhampiran Pusat Latihan Felda Chini yang menjadi tumpuan penduduk sejak musim kemarau lalu sebagai tidak selamat digunakan dalam masakan atau diminum. Beliau berkata ujian terhadap sampel air yang diambil Rabu lalu mendapati air berkenaan positif bakteria coliform dan e-coli.  Sehubungan itu, Dr Zainal Ariffin menasihatkan penduduk sekitar untuk menggunakan air berkenaan bagi t

Another fallacy in SIS’s cause

Imej
Recently the feminism activists and especially the top-ranked members of Sisters in Islam (SIS) expressed their heartfelt outrage for the understanding of the role and relationship between men and women according to Islamic teachings and values hold on by ISMA and Wanita ISMA, as well as among PAS leaders which are contrary to what SIS and the fellow feminists are struggling to deliver. The desperation for attention and to be seen as a righteous cause – feminism – makes Marina Mahathir (MM), their Board of Directors and the most prominent figure for feminism in Malaysia, fall very fond of awards and went down to the lowest level by labelling one particular suggestion – to have working women with less working hours as a way to accommodate women’s roles at work and home – as stone age mentality. The fallacy at the beginning SIS may claim that their cause is to fight for the rights of women regardless of their religions and beliefs. By this they may even further claim that SIS fights

Pelajar undang-undang Universiti Chile sokong boikot Israel

Imej
BETHLEHEM, Sabtu – Enam puluh empat peratus daripada pelajar Universiti Chile menyokong untuk tidak diadakan sebarang program kembar dengan mana-mana universiti Israel, manakala 56 peratus menolak aktiviti yang membabitkan wakil negara Zionis itu. Dalam satu kajian yang dijalankan, penganjur mengemukakan dua soalan berkaitan program berkembar dan aktiviti dengan universiti Israel kepada pelajar Fakulti Undang-Undang Universiti Chile di Santiago. Kedua-dua jawapan menunjukkan pelajar memboikot Israel. Sebanyak 515 respondan bersetuju untuk tidak melakukan aktiviti di Fakulti Undang-Undang yang membabitkan penyertaan wakil Israel atau yang dibiayai oleh Kedutaan Israel di Chile, manakala 399 tidak bersetuju. Sebanyak 582 respondan lagi bersetuju untuk tidak ada program berkembar dengan mana-mana universiti, manakala 327 orang tidak bersetuju. Sebagai pelajar Universiti Chile mereka berpendapat bahawa adalah tidak perlu untuk terus menyokong Israel yang sentiasa melanggar Hak Asasi

Budaya keusahawanan perlu dipupuk di sekolah rendah: Raja Muda Perlis

Imej
KANGAR, Sabtu – Budaya keusahawanan hendaklah dipupuk dalam kalangan murid sejak awal lagi iaitu bermula di peringkat sekolah rendah dengan memperkenalkan unsur-unsur berkenaan perniagaan di dalam pembelajaran, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah misalnya penerapan nilai keusahawanan itu diselitkan dalam mata pelajaran matematik di sekolah yang dapat membentuk para pelajar sebagai pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sekadar sebagai pencari kerja. “Pendidikan keusahawanan hari ini perlu diberi perhatian serius dan merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang kreatif dan berinovasi. “Bidang keusahawanan juga sangat signifikan dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran siswazah atau lulusan institusi pengajian tinggi yang seterusnya memenuhi hasrat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang progresif dan berpendapatan tinggi,” titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika merasmikan Karnival Keseni

Wanita hamil mangsa kekejaman Zionis Israel

Imej
JERUSALEM, Sabtu – Sumber perubatan Palestin mengesahkan wanita Palestin yang ditembak mati oleh askar rejim Zionis Israel, Rabu lalu, tidak memakai tali pinggang mengandungi bom, sebaliknya Maram Saleh Abu Ismael, 24, ketika itu hamil lima bulan anak ketiga. Kesilapannya adalah berjalan di laluan yang salah dan tidak memahami bahasa Hebrew, lapor media tempatan. Polis dan askar Israel seperti biasa menggunakan alasan awal, mangsa ‘membawa pisau’ sebelum mengubahnya kepada ‘memakai tali pinggang bom’. Maram, ibu kepada dua kanak-kanak, Sarah, 6 tahun dan Remas, 4 tahun, bersama adiknya Ibrahim Taha, 16, syahid ketika kedua-duanya sedang berjalan menuju bandar ini selepas memperoleh permit memasuki Jerusalem. Bertentangan dengan dakwaan pertama bahawa Maram ‘membawa pisau’ dan tuduhan kedua mangsa ‘memakai tali pinggang bom’, seorang saksi memberitahu bahawa kedua-duanya berjalan di laluan salah iaitu yang dikhaskan kepada kenderaan ketika menuju ke terminal Qalandia. Askar yang be

AKTIVIS ISMA DAN I-MEDIK TERIMA ANUGERAH CEMERLANG PERKHIDMATAN

Imej
Oleh: Muhammad Zakwan Bin Yahya KUALA TERENGGANU, 25 April – Aktivis Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (iMedik) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Terengganu telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015. Dr Nik Nabihah Nek Rakami, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah menerima anugerah tersebut di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2015. Majlis gilang-gemilang itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Saiful Anuar Bin Lebai Hussen, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis tersebut merupakan majlis tahunan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi meraikan staf-staf cemerlang dan berdedikasi daripada semua pejabat kesihatan daerah dan hospital seluruh negeri Terengganu.   Sumber

KRIM Kuala Pilah NGO pertama bantu aspek kerohanian pelajar di TMS

Imej
oleh Adli Adnan Gambar kenangan bersama selepas program berakhir. KUALA PILAH, 30 April – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kuala Pilah melalui Kelab Remaja Isma (KRIM) muncul NGO pertama yang membantu memperbaiki aspek kerohanian diri dalam kalangan para pelajar Tuanku Muhammad School (TMS) Kuala Pilah. Ini merupakan susulan daripada program “Zero to SUPERHERO” yang merupakan kerjasama antara pihak KRIM dan juga TMS yang berlangsung dengan jayanya tempoh hari. Gambar kenangan wakil KRIM Kuala Pilah bersama kaunselor TMS. “Saya sangat teruja dengan kehadiran pihak KRIM untuk mengadakan program  bersama sekolah kami kerana belum ada mana-mana NGO yang masuk untuk memberikan khidmat motivasi dan kerohanian kepada para pelajar kami.” “Saya berpendapat program kerjasama antara KRIM dan TMS yang berlangsung seperti hari ini harus diadakan dengan lebih kerap lagi pada masa depan.”, ujar kaunselor TMS Para peserta seronok melakukan LDK di dalam kumpulan. Antara objektif utama pro

Nazim Kuala Pilah atasi masalah ketagihan gadjet

Imej
Oleh Adli Adnan KUALA PILAH, 30 April – Ibu bapa yang hadir bersama ke program aktiviti Kelab Nadi al-Azim (Nazim) menyokong penuh aktiviti anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kuala Pilah. Menurut Puan Nurul Ain, aktiviti-aktiviti kendalian NAZIM yang diadakan pada hari minggu dapat mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat selain tidak leka bermain  gadjet sahaja.   Aktiviti yang berlangsung di Surau Madrasah Ubudiah tempoh hari telah dihadiri  kanak-kanak yang tinggal di sekitar Kuala Pilah. Program kali ke-3 untuk tahun ini memberi pendedahan kepada anak-anak NAZIM mengenai  konsep bersuci selain disertakan dengan pelbagai aktiviti lain seperti tayanan video animasi dan amali solat dhuha. Sumber

Usaha puak liberal halang penjualan buku ‘Wanita Songsang’ gagal

Imej
Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim BANGI, Jumaat – Tindakan golongan liberal dan feminis menghalang penjualan buku berjudul ‘Wanita Songsang’ dilihat sia-sia apabila buku itu terus mendapat sambutan di pasaran. Penulis buku, Sharifah Abdul Samad berkata, beliau masih boleh bersabar dengan golongan liberal yang berusaha untuk menghalang penjualan bukunya. “Buat masa ini kita boleh sabar lagi. Sebenarnya tindakan mereka ini menampakkan wajah sebenar golongan liberal yang hipokrit dalam mengatakan mengenai kebebasan bersuara,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Ismaweb. Buku hasil tulisan beliau yang mengetengahkan isu feminisme mendapat tentangan hebat oleh penyokong feminisme dan liberal apabila dilaporkan golongan ini telah menghubungi pihak pengedar buku dan meminta mereka menghentikan penjualan buku itu. “Mereka sebar ideologi yang bertentangan dengan syarak seperti LGBT, boleh. Bila kita hendak bongkar mengenai keburukan golongan liberal dan feminis dalam buku tu, terus n

Usaha golongan liberal halang penjualan buku ‘Wanita Songsang’ tak berjaya

Imej
Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim BANGI, Sabtu – Tindakan golongan liberal dan feminis menghalang penjualan buku berjudul ‘Wanita Songsang’ dilihat sia-sia apabila buku itu terus mendapat sambutan di pasaran. Penulis buku, Sharifah Abdul Samad berkata, beliau masih boleh bersabar dengan golongan liberal yang berusaha untuk menghalang penjualan bukunya. “Buat masa ini kita boleh sabar lagi. Sebenarnya tindakan mereka ini menampakkan wajah sebenar golongan liberal yang hipokrit dalam mengatakan mengenai kebebasan bersuara,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Ismaweb. Buku hasil tulisan beliau yang mengetengahkan isu feminisme mendapat tentangan hebat oleh penyokong feminisme dan liberal apabila dilaporkan golongan ini telah menghubungi pihak pengedar buku dan meminta mereka menghentikan penjualan buku itu. “Mereka sebar ideologi yang bertentangan dengan syarak seperti LGBT, boleh. “Bila kita hendak bongkar mengenai keburukan golongan liberal dan feminis dalam buku tu terus nak ha

KENYATAAN RASMI PEMUDA ISMA BERKAITAN GOLONGAN FEMINIS DI MALAYSIA

1. Pemuda Isma berasa amat terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan setelah mendengar pelbagai komen negatif dan tuduhan melulu penuh emosi golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai feminis pasca program PERWANIS anjuran Wanita Isma yang telah berlangsung dengan penuh kejayaan dan impak positif. 2) Setiap umat Islam lelaki dan wanita perlulah kembali kepada ajaran asas Islam yang sebenar supaya tidak mudah terpengaruh terhadap nilai-nilai jahiliah yang dipaksakan oleh musuh-musuh Islam terhadap umat dan negara Islam dengan sangat agresif. 3) Kegagalan memahami konsep yang sangat asas dalam Islamlah yang melahirkan golongan feminis dengan neraca pemikiran, penampilan dan pembawaan diri serta kenyataan yang mengelirukan, sesat dan langsung tidak berasas. 4) Mereka memperjuangkan agenda yang saling bercanggah, menghina ajaran Islam, berkiblatkan budaya Barat yang rosak serta turut memperkecilkan gerakan Islam yang ingin mengembalikan jatidiri wanita Islam ke taraf kemuliaan yang se

65 kawasan di Klang, Kuala Langat alami gangguan bekalan air esok

Imej
BANGI, Jumaat – Beberapa kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara esok berikutan kerja penggantian untuk menaik taraf kelengkapan bagi menambah baik sistem agihan air, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan, hari ini. “Kerja penggantian akan dijalankan dari jam 4 pagi hingga 8 malam. Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 12 jam sehingga 72 jam bergantung pada jarak premis dari kolam takungan air,” katanya. Lima puluh empat kawasan di Klang yang terbabit dalam gangguan itu ialah Sobena Jaya, Pandamaran, Taman Radzi/Telok Gadong Besar, Telok Gadong Besar, Telok Gadong Kecik, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, Flat Telok Gedung Indah. Kawasan lain ialah rumah teres Telok Gedung Indah B, kawasan perumahan Taman Berembang, Flat Pandamaran Indah, kawasan perumahan Pendamar Indah, Jalan Tengku Badar dan Jalan Kastam/Jalan Sg Keladi, Jalan Kem, Jalan Raya Barat, Taman Selatan, Taman Petaling Indah, T

Terengganu tunggu kertas cadangan ‘Islamic School’ Dr Zakir Naik

Imej
KUALA NERUS, Jumaat – Kerajaan negeri Terengganu masih menunggu kertas cadangan pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik berhubung hasrat awal untuk membangunkan sekolah berkonsepkan Islam atau ‘Islamic School’ di negeri ini. Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata buat masa ini, belum ada keputusan berhubung cadangan itu kerana kerajaan negeri mahu meneliti cadangan itu secara keseluruhannya. “Beliau perlu mengikut prosedur permohonan tanah seperti biasa di Tasik Kenyir (dan) perlu memohon dari Pejabat Tanah Hulu Terengganu, seterusnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk aspek teknikal dan kemudian dibawa ke mesyuarat Exco. “Jadi, permohonan ini akan diluluskan dalam mesyuarat Exco, bukan Menteri Besar. Saya tidak ada kuasa eksklusif untuk meluluskan permohonan tanah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Terengganu Halal Business Center dan Karnival Usahawan Anak Terengganu 2016 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Lu

Kertas undi awal, pos siap dicetak: SPR Sarawak

Imej
KUCHING, Jumaat – Kesemua kertas undi bagi pengundi awal dan pos bagi 80 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) sudah siap dicetak. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata ia melibatkan 24,604 kertas undi awal dan 104 kertas undi pos luar negara yang  dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) cawangan Kuching. “Proses mencetak kertas undi bermula sejak malam hari penamaan calon (25 April), dan kini kertas undi untuk pengundi awal dan pengundi pos telah siap seratus peratus,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Sementara, kertas undi untuk pengundi biasa yang akan mengundi pada 7 Mei ini sedang dicetak oleh PNMB, katanya. Mengikut senarai daftar pemilih yang dikeluarkan SPR, sebanyak 65 dari 80 kawasan DUN, mempunyai pengundi awal terdiri daripada anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka. SPR menetapkan 3 Mei sebagai tarikh mengundi awal, sementara

Semak semula skim gaji minimum dalam tempoh dua tahun

Imej
MARAN, Jumaat – Pelaksanaan skim gaji minimum sebanyak RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Labuan, Sabah dan Sarawak bermula 1 Julai ini akan disemak semula dalam tempoh dua tahun. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata proses semakan itu perlu dilakukan bagi memastikan gaji yang diterima adalah bersesuaian dan relevan dengan tempoh masa itu. “Lepas dua tahun kita akan lihat duduk semeja bersama majikan, pekerja dan kerajaan melalui Jawatankuasa Penyelaras Gaji Kebangsaan (ILO) bagi melihat semula kadar gaji berkenaan,” katanya. Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran berkata demikian selepas Program Ziarah Parlimen Maran di sini, hari ini. Beliau menambah pelaksanaan gaji minimum dibuat secara adil dengan penglibatan semua pihak iaitu majikan, pekerja dan kerajaan supaya keputusan yang dibuat dapat diterima semua. Ismail juga mengingatkan majikan untuk mematuhi pelaksanaan skim itu bermula Julai ini dan meminta pekerja yang tidak menerima gaji

Lelaki ceroboh kuil di Ipoh, pesakit mental sejak 2013: Ketua Polis Negara

Imej
KUCHING, Jumaat – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Ipoh, Perak pada Ahad lepas adalah seorang pesakit mental. Beliau berkata lelaki berusia 29 tahun itu telah menerima rawatan berkaitan penyakit mentalnya sejak 2013 di sebuah hospital swasta di bandar raya itu. Pihak polis telah mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital swasta tersebut serta tiga orang doktor hospital itu yang mengesahkan suspek adalah seorang pesakit mental, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, di Batu Kawah, dekat sini hari ini. Berhubung kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr S. Jeyaindran yang berkata lelaki itu tidak mempunyai rekod sebagai pesakit mental, Khalid berkata berkemungkinan Dr Jeyaindran hanya merujuk kepada rekod di hospital kerajaan dan tidak membuat semakan dengan hospital

Israel halang perjalanan dari Gaza ke Al-Aqsa untuk minggu kedua

Imej
BANDAR GAZA, Jumaat – Pihak berkuasa Israel sekali lagi menghalang rakyat Palestin daripada meneruskan perjalanan dari Semenanjung Gaza ke Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis untuk beribadah. Halangan ini berlaku untuk minggu kedua selepas pihak berkuasa Israel mendakwa penduduk Palestin tidak dibenarkan ke AL-Aqsa bagi memberi laluan untuk cuti Paskhah Yahudi. Sumber memberitahu, pengharaman perjalanan keluar dari wilayah yang dikepung telah dilaksanakan untuk kira-kira 200 rakyat Palestin yang berusia lebih daripada 60 tahun yang lazimnya dibenarkan untuk ke masjid Al-Aqsa. Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel, Arielle Heffez mengesahkan semalam bahawa semua lalu antara Gaza dan Israel akan ditutup hari ini kerana festival Paskah dan pengecualian hanya untuk kecemasan. Walaupun perjanjian gencatan senjata yang menamatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 2014 memperuntukkan kebenaran lawatan untuk warga tua Palestin ke AL-Aqsa, namun lawatan itu sering digangg

Polis sedia waran tangkap mualaf ingkar arahan Mahkamah Tinggi

Imej
KUCING, Jumaat – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan melaksanakan arahan Mahkamah Persekutuan untuk menahan mualaf Muhammad Ridhuan Abdullah kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya. Beliau berkata, sebelum ini polis tidak dapat melaksanakan arahan untuk menahan mualaf itu kerana konflik dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah serta Mahkamah Tinggi. Katanya, memandangkan Mahkamah Persekutuan, yang merupakan mahkamah tertinggi dalam sistem keadilan negara, telah membuat keputusan, polis akan melaksanakan arahan itu. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif membenarkan rayuan guru tadika M Indira Gandhi untuk melaksanakan semula perintah mandamus dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengarahkan Ketua Polis Negara melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Ridhuan. Beliau mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Tingg

VIDEO: Pembentangan Persidangan Wanita Islam Antarabangsa (PERWANIS) 2016

Imej
——————————————————————————————————————————–   Sumber

Perak perlu laksana catuan bekalan air

Imej
Bernama BAGAN SERAI, Jumaat – Perak perlu melaksanakan catuan bekalan air bagi mengelak air di empangan semakin menyusut disebabkan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Prof Datuk Dr N. Marimuthu berkata apabila catuan dibuat, tempoh bekalan air di empangan boleh bertahan daripada 30 hari kepada 60 hari. “Catuan perlu dilaksanakan dua hari sekali supaya bekalan air di negeri ini tidak terjejas berikutan Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas yang melanda negara akan berlarutan sehingga September,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Empangan Bukit Merah di sini, hari ini. Beliau turut menasihatkan pengguna supaya menggunakan air secara berhemah dan tidak sewenang-wenangnya melakukan pembaziran kepada perkara yang tidak berfaedah. Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata air di Empang

Al-Quran kitab hidayah, bukan buku Sains

Imej
Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim BANGI, Jumaat – Pendakwah Bebas, Muhammad Azran Chan berkata ceramah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik adalah untuk mengingatkan orang ramai bahawa kitab suci Al-Quran bukanlah sebuah buku Sains. “Al-Quran adalah kitab yang memberikan petunjuk (Signs) kepada umat Islam, bukan sebuah buku Sains (Science). “Malah, Al-Quran mengandungi lebih daripada 6,000 ayat (petunjuk) yang lebih bernilai daripada seribu orang yang bercakap mengenai Sains,” katanya melalui status di laman Facebooknya hari ini. Beliau juga berkata, Dr Zakir tidak membuktikan bahawa Al-Quran adalah firman Allah SWT menggunakan pengetahuan saintifik semata- mata melainkan melalui penilaian betul atau salah yang lebih baik daripada pengetahuan saintifik. Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang jelas marah dengan kehadiran pendakwah terkenal itu di negara ini. “Hal ini terjadi kerana, hampir semua rakyat di negara ini mempercayai tu

Feminis lahir hasil kegagalan faham konsep asas Islam: Ketua Pemuda Isma

Imej
Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim BANGI, Jumaat – Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, kegagalan memahami konsep asas dalam Islam adalah punca lahirnya golongan feminis dengan pemikiran yang ekstrem. Beliau dalam satu kenyataan hari ini menyeru umat Islam di negara ini untuk kembali kepada ajaran asas Islam yang sebenar dan tidak terpengaruh dengan nilai-nilai jahiliah yang diterapkan oleh musuh Islam terutama golongan feminis. “Kegagalan memahami konsep yang sangat asas dalam Islamlah yang melahirkan golongan feminis dengan neraca pemikiran, penampilan dan pembawaan diri serta kenyataan yang mengelirukan, sesat dan langsung tidak berasas,” katanya. Beliau berkata demikian mengulas mengenai komen-komen negatif golongan feminis terhadap program Persidangan Wanita Islam Antarabangsa (PERWANIS) 2016 anjuran Wanita Isma baru-baru ini. “Mereka memperjuangkan agenda yang saling bercanggah, menghina ajaran Islam dan memperkecilkan geraka

3,262 kes demam denggi, satu kematian dicatat di Klang – MPK

Imej
KLANG, Jumaat – Sebanyak 3,262 kes demam denggi dengan satu kematian dicatatkan di daerah ini untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini. Menyedari betapa tingginya jumlah berkenaan, Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mengadakan operasi cegah denggi di Taman Klang Utama yang merupakan antara kawasan merekodkan jumlah kes demam denggi yang tinggi. Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Azmi Muji berkata, sebanyak 26 kes demam denggi direkodkan di taman perumahan berkenaan bagi tempoh awal tahun ini sehingga Isnin lepas. “Oleh itu kami mengadakan operasi cegah denggi di sini untuk mengelakkan daripada tempat ini terus menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi itu di sini, hari ini. Katanya dalam operasi selama empat jam bermula pukul 8 pagi itu, pihaknya memeriksa empat kawasan yang disyaki menjadi tumpuan pembiakan nyamuk Aedes, antaranya tapak projek perumahan terbengkalai, kebun kecil, rumah dan tapak pembuangan sampa

Wahabi bukan ajaran sesat, kata Asyraf Wajdi di Dewan Negara

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Jumaat – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi berkata, fahaman Wahabi bukan ajaran sesat sebaliknya kumpulan itu sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perkara itu ditegaskan beliau menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam berhubung isu fahaman Wahabi yang dibangkitkan oleh beberapa ahli Dewan Negara di Parlimen. “Pagi ini dua kali saya bangun untuk menjawab soalan-soalan ahli-ahli Dewan Negara di Parlimen. “Salah satu soalan yang dibangkitkan ialah status fahaman Wahabi yang didakwa sebagai ajaran sesat,” katanya. Beliau mengakui, isu fahaman Wahabi ini sudah beberapa kali dibangkitkan di Parlimen, malah sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat di negara ini. “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan perkara ini beberapa kali, iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996

Shafie Apdal bimbang urus tadbir 1MDB diketuai Najib, bukan jemaah menteri

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe JITRA, Jumaat – Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal meluahkan kebimbangannya terhadap pihak yang berkuasa dalam urus tadbir syarikat pelaburan negara bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kata beliau, kuasa urus tadbir 1MDB menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bukan daripada kalangan jemaah menteri Malaysia. “Ada empat peringkat yang berkuasa dalam mengurus tadbir 1MDB…yang pertama Perdana Menteri, kedua Menteri Kewangan, ketiga Pengerusi Penasihat 1MDB dan keempat Lembaga Pengarah 1MDB. “Takkan benda ini kita tak tahu… Takkan benda ini kita tak pantau… Membabitkan hutang negara RM40 bilion lebih… itu yang membimbangkan saya selaku ahli parti, selaku rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap dalam Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia di sini, malam tadi. Dalam ucapan yang sama, beliau turut menegaskan bahawa tegurannya terhadap Presiden UMNO bukan bermakna tidak setia kepada parti itu. Malah katanya, kesetiaan ahli part

In Liberal Overdoses

Imej
People say, too much of a thing would make it bad and it rings true when it comes to taking your food or medication. If you eat too much, you’ll get fat and soon you may contract multiple diseases as well. And if you take your medications beyond what was prescripted to you then you’ll be overdosed and might die of complications that might arose later on. That’s what happened to Kurt Cobain and Heath Ledger. They both overdid their drug intakes and bid their lives goodbye, leaving behind their loved ones. The same could be said about being liberal. It’s like consuming dopamine or asenapine, assuming that they will be liberating their own minds and at the same time bringing in tranquility but instead, in reality trapping them in a everlasting trance of a so called right to freedom of speech and thought process. What would happen if these people consume more than what they and their fragile minds could withstand? They became deranged, disturbed and sometimes irrational beyond comprehens