Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Imigresen hantar pulang 23,000 PATI terlibat jenayah

Imej
PUTRAJAYA, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Jabatan Imigresen telah menghantar pulang 23,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga Mei tahun ini atas pelbagai kesalahan jenayah. Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafar Ali berkata, warga Indonesia adalah antara jumlah pendatang haram tertinggi yang dihantar pulang dengan 6,849 orang diikuti Bangladesh seramai 4,220 orang. “Kita memerlukan pekerja asing. Tetapi, kita tidak akan bertolak ansur dengan penglibatan jenayah mereka. “Mereka melanggar syarat-syarat pas mereka ke sini. Malah, mereka terlibat dengan banyak aktiviti tidak bermoral di sini,” katanya kepada pemberita, hari ini. Antara kesalahan jenayah membabitkan pendatang asing seperti pelacuran, penipuan wang, pembunuhan, ragut dan penculikan. Setakat ini, terdapat 13 pusat tahanan di seluruh negara dan Jabatan Imigresen telah menahan seramai 146,876 pendatang tanpa izin dalam siri operasi di seluruh negara yang dijalankan pada 2014 hingga 2016. The post Imigresen hantar pulang 23

Rompakan siang hari, kata Tun Dr Mahathir

Imej
BANGI, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan siasatan cukai terhadap Pengerusi Eksekutif Country Heights Holdings Bhd (CHHB), Tan Sri Lee Kim Yew menunjukkan betapa rendahnya kerajaan Malaysia, perdana menteri dan penjawat awam. Mengulas surat peribadi Lee yang tular baru-baru ini, bekas Perdana Menteri itu menggambarkan siasatan terhadap ahli perniagaan berkenaan sebagai kisah sedih. “Ia adalah mengenai rompakan siang hari di mana cukai dikenakan ke atas wang tanpa sebab yang sah, di mana kesediannya membayar cukai ditolak selepas beberapa rundingan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang bersetuju dengan termanya, kemudian memungkiri perjanjian itu. “Wang yang diperolehi melalui perniagaan yang sah dalam simpanan mangsa dilabel sebagai wang diperoleh melalui perbuatan jenayah dan mangsa akan didakwa di bawah AMLA, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya menerusi entri terbaru di chedet.cc hari ini. Dr Mahathir berkata, LHDN merampa

Harga RON95, RON97 turun 2 sen

Imej
BANGI, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Harga runcit bahan api bagi RON95, RON97 dan diesel diumumkan turun pada minggu pertama Jun, berkuat kuasa tengah malam ini. Menerusi pengumuman yang disiarkan di stesen TV1 RTM petang tadi, harga siling produk RON95 dan RON97 turun sebanyak 2 sen seliter, manakala diesel 1 sen seliter. Harga baharu berkenaan menjadikan RON95 kepada RM2.10 seliter, manakala untuk petrol jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.38 seliter. Selain itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel pula diumumkan RM2.02 seliter, berbanding RM2.03 sebelum ini. Kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 31 Mei sehingga 11. 59 malam 7 Jun depan. The post Harga RON95, RON97 turun 2 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

MB Selangor menghadap Sultan isu Sivarasa dalam masjid

Imej
SHAH ALAM, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam, bagi menjelaskan kejadian Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, berceramah dalam sebuah masjid di Subang, minggu lalu. “Berhubung isu tindakan Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa di sebuah masjid di Subang minggu lepas, saya telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bagi menjelaskan keadaan yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini. Katanya, pemimpin politik di Selangor juga perlu patuh terhadap garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung penganjuran majlis di masjid dan surau bagi menjaga kesucian rumah ibadat orang Islam itu. Beliau berkata, garis panduan itu perlu dipatuhi oleh semua pemimpin politik beragama Islam dan bukan Islam sebagai menghormati fungsi utama masjid dan surau sebagai tempat beribadah se

Gantung saja permit The Star, desak Pembela

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendesak kerajaan menggantung permit akhbar The Star bagi suatu tempoh tertentu, berikutan penyiaran berita dan gambar muka depannya yang melampau dan tidak sensitif terhadap umat Islam, apa lagi ketika bulan puasa. Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, kerajaan dilihat terlalu berlembut dan ‘memberi muka’ dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap akhbar berkenaan. Katanya, laporan berita dan gambar yang dibuat serentak dalam satu muka surat dengan tajuk utama ‘Malaysian terrorist leader’ disertai gambar umat Islam sedang bersolat, memberi gambaran negatif terhadap agama Islam. “PEMBELA mendesak supaya permit akhbar The Star digantung bagi tempoh tertentu, supaya menjadi pengajaran kepada mereka. Ini bukan kali pertama akhbar itu tidak sensitif terhadap Islam dan sepatutnya tidak boleh dimaafkan lagi. “Tidak cukup hanya dengan memberi surat tunjuk sebab dan ke

Rapid KL buka klinik bacaan Al-Fatihah sepanjang Ramadan

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Rapid KL menyediakan satu klinik khas kepada orang ramai bagi memantapkan bacaan surah Al-Fatihah di stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek sepanjang bulan Ramadan ini. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata, klinik itu dikendalikan tenaga pakar dari Masjid Jamek Kuala Lumpur yang akan mendengar, mengulas dan memantapkan bacaan orang ramai. Perkhidmatan percuma itu dibuka setiap hari kepada orang ramai pada 2 hingga 6 petang pada hari bekerja dan antara 10 pagi hingga 6.30 petang pada hujung minggu serta cuti umum. Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya, Ismail Abdullah berkata, program itu diharapkan dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan orang Islam mengenai kepentingan dan kehebatan al-Quran. “Tentunya tenaga pengajar dari Masjid Jamek itu akan turut sudi menjawab persoalan-persoalan lain tentang agama Islam khususnya dalam pembacaan al-Quran,” katanya. Ismail berkata,

Pengarah Urusan dan CEO The Star mesti bertanggungjawab

Imej
Permohonan maaf dan pemberhentian dua orang editor kanan tidak memadai untuk membendung kemarahan umat Islam akibat luka tikaman berkali-kali oleh akhbar ini Wong Chun Wai BERITA perlucutan jawatan dua orang editor kanan akhbar The Star ekoran penerbitan gambar dan tajuk yang menimbulkan kemarahan umat Islam di awal Ramadan adalah dialu-alukan. Bagaimanapun, ini bukan satu-satunya “dosa” The Star terhadap umat Islam. Dikhabarkan buat sementara waktu segala urusan tentang operasi editorial akhbar ini akan diambilalih oleh Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarah Urusan dan CEO akhbar tersebut. Mungkin ramai pembaca yang tidak tahu atau sedar bahawa sebelum ini akhbar The Star telah menerbitkan beberapa artikel/rencana yang bersifat kontroversi. Tapi kami tahu apa yang kamu lakukan dahulu: KES 1 Pada 10 Ogos 2011 – The Star menyiarkan satu Artikel Sisipan bertajuk Ramadan Delights yang dihiasi gambar hidangan daging babi dalam Edisi Khas bulan Ramadan. Pada keesokan harinya iaitu 1

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Alor Gajah bebas tahanan reman

Imej
PUTRAJAYA, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan pegawai polis berpangkat ASP selepas direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan ketua jabatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka itu dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000. Sejak 16 Mei, seramai 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis ditahan dalam operasi SPRM bagi menyiasat kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang dari pengusaha pusat judi dan rumah urut haram di Melaka. Pembebasan pegawai polis berumur 51 tahun itu hari ini menjadikan kesemua sembilan pegawai dan anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan SPRM dibebaskan. Sebelum ini, tujuh pegawai dan anggota polis termasuk dua ketua polis daerah dibebaskan minggu lepas dan seorang polis berpangkat DSP dibeb

Tempoh tunggu tunai haji dipendekkan kepada 50 tahun

Imej
BALIK PULAU, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Lembaga Tabung Haji akan memendekkan tempoh menunggu menunaikan haji bagi dari 89 tahun kepada 50 tahun. Merujuk kepada lebih 2.5 juta pendeposit di negara ini, Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perkara itu akan ditetapkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tabung Haji dalam masa terdekat. “Tempoh menunaikan haji boleh dipendekkan sekiranya negara kita memilik kuota jemaah yang tinggi kerana jumlah jemaah seramai 27,900 kepada 30,200 jemaah sebelum ini menyaksikan tempoh disingkatkan daripada 120 tahun kepada 89 tahun. “Kemungkinan kita akan menerima penambahan kuota sehingga 35,000 dan KPI Tabung Haji menyasarkan sehinga 50 tahun,” katanya. Penambahan kuota jemaah adalah hasil perbincangan selepas Raja Salman hadir lawatan ke Malaysia baru-baru ini. Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 orang sejak tahun 2013. The post Tempoh tunggu tunai haji dipendekkan kepada 50 ta

Rasuah: Dua pegawai KPDNKK direman lima hari

Imej
IPOH, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak hari ini direman lima hari atas tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan. Majistret Siti Hanum Mohamad Sah membenarkan kedua-dua lelaki berusia 34 dan 35 tahun itu direman mulai hari ini sehingga 4 Jun mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Kedua-dua pegawai berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada jam 10.45 malam, semalam. Kedua suspek dituduh menerima suapan berjumlah RM8,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun. Suapan berkenaan diberikan kerana mahu menutup kes melibatkan penjualan arak di dua premis pada tahun 2014. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. The post Rasuah: Dua pegawai KPDNKK direman lima hari appeared first on P

Guru buat laporan polis mainan dari China ada kalimah Allah

Imej
Sumber foto: BH PARIT BUNTAR, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Terkejut melihat alat permainan mengandungi kalimah Allah, seorang guru mengambil tindakan segera dengan membuat laporan polis. Pengadu, Mahnun Mat Isa, 40, berkata, dia mendapati terdapat kalimah Allah dan Muhammad yang ditulis dalam bahasa Arab pada alat permainan dibeli kepada anaknya yang dilekatkan pada bendera dipegang watak ‘pengganas’. Beliau menjelaskan, watak pengganas yang dilabelkan pada kotak alat permainan itu turut menampakkan watak lelaki memakai kopiah yang kebiasaannya merujuk kepada orang Islam. “Saya kemudian melaporkan perkara itu kepada polis dan pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIPk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lalu untuk tindakan lanjut,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan. Kesal dengan perkara itu, Mahnun berkata, pihaknya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam Perak akan menyiasat perkara ini dan menarik balik semua alat perma

BRIM peringkat kedua dibayar mulai 5 Jun

Imej
BANGI, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Kerajaan hari ini mengumumkan pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, tempoh pembayaran peringkat kedua itu selaras dengan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun. “Pembayaran ini akan melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama tempoh hari. “Bagi permohonan rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun 2017. Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” kata kenyataan itu. Katanya, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima atau menghantar surat kelulusan ke alamat penerima untuk ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol

Kakitangan KKM dinasihat tidak memandu ketika mengantuk selepas waktu kerja

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyaran semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil berat tentang keselamatan diri mereka dan mengamalkan budaya pemanduan yang selamat, terutamanya selepas tugasan diselesaikan. Beliau berkata demikian ekoran kemalangan membabitkan Doktor Perubatan mendapat perhatian ramai terutama bagi kemalangan ulang alik. “Berdasarkan data jumlah kemalangan ulang-alik di kalangan kakitangan hospital KKM pada tahun 2014 sehingga 2016, didapati terdapat sebanyak 554 kes melibatkan anggota kesihatan dari pelbagai kategori yang bertugas di hospital KKM. “Antara faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya adalah pemandu yang memandu dalam keadaan penat dan mengantuk,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, sekiranya mengantuk atau kelesuan, mereka disarankan mengambil masa untuk berehat atau tidur sebentar sebelum memandu. “Ini bagi memastikan mereka dapat memandu dengan

Kenaikan harga ikan hanya sementara

Imej
KUALA TERENGGANU, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, kenaikan harga ikan di Terengganu hanya bersifat sementara. Katanya, ia berikutan permintaan tinggi terhadap bekalan terbabit sejak bermula Ramadan dan akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat. “Jika dilihat daripada hasil tangkapan nelayan, pendaratan ikan pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu. “Selain itu, berdasarkan maklum balas semua pihak, kenaikan harga ini tidak kekal lama dan akan kembali normal selepas tamat bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya yang dipetik akhbar tempatan selepas meninjau pendaratan ikan di Jeti Perikanan Pulau Kambing, di sini. Zawawi berkata, ikan tidak termasuk di bawah harga kawalan sebaliknya ia bergantung kepada permintaan dan penawaran. Sehubungan itu, katanya apabila permintaan naik harga juga turut meningkat. The post Kenaikan harga ikan hanya sementara appeared first on Portal Isl

Hukuman sebat 20 kali jika jual makanan sebelum jam 4 petang

Imej
LHOKUSUKON (ACHEH), 5 Ramadan 1438H, Rabu – Pihak berkuasa Aceh Utara memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menjual juadah berbuka puasa sebelum jam 4 petang waktu tempatan. Ketua Willayatul Hisbah Aceh Utara, Tgk Mursalin berkata, mereka yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan berdasarkan Kanun Akidah, Ibadah dan Syariah dengan hukuman sebat maksimum 20 kali. “Kita berharap peniaga dan masyarakat semuanya mematuhi syarat yang sudah ditetapkan untuk berniaga sepanjang Ramadan,” katanya. Menurutnya, peniaga juga dilarang membuka warung atau gerai sepanjang waktu Maghrib sehingga selesai solat Tarawih. Larangan berkenaan turut meliputi kedai telekomunikasi dan internet. Kepada penduduk yang bukan beragama Islam, Tgk Mursalin menasihatkan mereka agar menghormati muslim di kawasan berkenaan yang menjalani ibadah sepanjang Ramadan. – Agensi The post Hukuman sebat 20 kali jika jual makanan sebelum jam 4 petang appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Arab Saudi musnah ratusan ribu botol air zam-zam palsu

Imej
MADINAH, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Pihak berkuasa Arab Saudi memusnahkan ratusan ribu botol air zam-zam palsu yang didakwa dicampur dengan air minuman biasa. Premis dan kedai yang terlibat dengan kegiatan itu pula disita dalam beberapa serbuan besar-besaran di seluruh negara itu baru-baru ini. Kerajaan Arab Saudi menegaskan, pihaknya hanya membenarkan kedai-kedai berdaftar untuk menjual air zam-zam. Ia bertujuan bagi mengekang pengedarannnya di pasaran gelap serta memastikan para jemaah dan penduduk menerima bekalan air zam-zam tulen. Awal minggu ini, pihak berkuasa Madinah pula berjaya merampas lebih 3,000 botol air zam-zam palsu yang ditampal dengan pelekat Projek Air Zam-zam Raja Abdullah di tempat letak kereta di sebuah kawasan perumahan. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan dan Pelaburan turut mengumumkan penutupan sebuah kilang di Buraydah yang didapati mengisi semula botol air zam-zam dengan air biasa dan merampas lebih 6,500 botol air palsu itu dalam serbuan yang dilak

Skuad bomba akan ditubuh di sekolah pondok, tahfiz seluruh negara

Imej
TANJONG KARANG, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan skuad bomba di setiap sekolah pondok dan tahfiz menjelang akhir tahun ini. Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya menyasarkan penubuhan itu di 1,423 institusi pendidikan agama di seluruh negara. Jelas beliau, setakat Mei tahun ini sebanyak 94 sekolah tahfiz telah berdaftar untuk menubuhkan skuad tersebut di sekolah masing-masing iaitu melibatkan 1,115 pelajar. “Kebakaran membabitkan bangunan tahfiz dilaporkan meningkat setiap tahun dan setakat Mac tahun ini sahaja sebanyak 30 pondok, madrasah dan sekolah tahfiz musnah dalam kebakaran. “Pada tahun lalu pula sebanyak 93 kes kebakaran dilaporkan berlaku membabitkan bangunan terbabit dengan kos kerugian RM7.4 juta berbanding 88 kes pada tahun 2016 dengan kos kerugian RM7.2 juta,” katanya selepas Majlis Pelancaran Skuad Bomba Tahfiz Negeri Selangor di Masjid Jamiul Hasanat, Batu 10. Mengulas lanjut

Viral: Awas udang palsu!

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Sebuah video menjadi tular apabila seorang lelaki mendedahkan ada udang palsu yang dikatakan sudah memasuki pasaran di Kuala Lumpur. Video berdurasi 1 minit 33 saat itu memaparkan lelaki tersebut memegang udang palsu itu dengan mendakwa ianya adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia. Dalam video itu juga, lelaki tersebut turut menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding udang asli. “Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi ‘udang jeli’ tak merah,” katanya yang kemudian mengangkat udang dari dalam kuali, sambil menunjukkan tekstur udang yang didakwa palsu itu. “Yang tiruan seperti jeli,” katanya sambil menggerak-gerakkan udang yang dipegang. “Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang,” dakwanya. Sebelum ini, sudah beberapa kali laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam beberapa buah negara termasuk Malaysia

Raja Muda Perlis berkenan lancar kempen ‘Value Food No Waste’

Imej
ARAU, 5 Ramadan 1438H, Rabu  – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli melancarkan kempen ‘Value Food No Waste’ sempena program ‘Gerak Prihatin MAIPs@Ramadan Al-Kareem di Tapak Bazar Ramadan Mata Ayer, semalam. Program edisi pertama tahun 1438 Hijrah itu dianjurkan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ) serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin mengulangi titah baginda pada tahun lepas supaya rakyat negeri Perlis membawa sendiri bekas makanan seperti mangkuk tingkat semasa membeli juadah. “Beta mahu rakyat berfikir dan mengamalkan budaya serta mentaliti kelas pertama dengan membeli keperluan yang wajar sahaja bagi mengawal perbelanjaan untuk mengelak pembaziran makanan. “Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan penjanaan sampah plastik malah kebersihan persekitaran dapat dip

PBB lantik pasukan khas siasat kekejaman terhadap Rohingya

Imej
Kira-kira 75,000 etnik Rohingya meninggalkan negeri Rakhine Oktober lalu selepas tentera rejim Myanmar melancarkan operasi. PBB menghantar pasukan khas mencari fakta menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar NEW YORK, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, melantik tiga individu bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar. Menurut kenyataan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (HRC), misi mencari fakta itu diketuai peguam terkenal India, Indira Jaising; Peguam Sri Lanka, Radhika Coomaraswamy; dan perunding hak asasi manusia Australia, Christopher Dominic Sidoti Tentera Myanmar dituduh melakukan pembunuhan dan merogol umat Islam Rohingya, di utara negeri Rakhine, tahun lalu. “Kami menjangkakan anggota misi itu akan bertemu di Geneva minggu depan bagi mengenal pasti langkah awal mereka – strategi, metodologi dan pendekatan bagi mendapatkan fakta melaksanakan mandat di

Lubnan bakal haram filem Wonder Woman, pelakon utama askar Zionis

Imej
BEIRUT, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Kementerian Ekonomi Lubnan berkata, mereka sudah mengarahkan pihak berkuasa negara itu untuk mengharamkan filem terbaharu – Wonder Woman – kerana pelakon wanita utamanya adalah rakyat Israel, Gal Gadot. Bagaimanapun, agensi penguatkuasa berkaitan berkata, mereka tidak menerima permintaan rasmi dan pengharaman itu memerlukan cadangan daripada jawatankuasa yang terdiri daripada enam kementerian. Poster filem itu sudah diedarkan di Beirut. Sekurang-kurangnya sebuah pawagam sudah bersedia membuat tayangan awal filem itu hari ini. Lubnan secara rasminya berperang dengan Israel dan sudah berdekad memboikot produk negara itu, selain mengharamkan rakyatnya mengunjungi negara Zionis dan mengadakan hubungan dengan rakyat Israel. Gadot dilaporkan menyertai askar Israel dan menentang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas). Netizen yang prihatin terhadap langkah itu kini memulakan kempen memboikot filem terbabit. Dalam laman Facebook penyokong kempen i

VIDEO Persona himpit Axia, bayi maut tercampak

Imej
BANGI, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Polis meminta seorang pengguna laman sosial dengan nama Kugan Kathergesan tampil membantu siasatan nahas di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, kelmarin, yang menyebabkan seorang bayi tiga bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta terbabit. Kathegesen, dikatakan memuat naik klip video menggunakan kamera dalam keretanya, yang menunjukkan bagaimana kemalangan maut itu berlaku dalam Facebooknya semalam. Sebelum ini, dia juga dilaporkan memuat naik status untuk hadir di balai polis selepas mendapat nasihat daripada pakar undang-undang. “Adakah sesiapa yang mengenali mana-mana peguam atau pusat guaman bagi membantu saya. Saya memerlukan nasihat undang-undang dan akan ke balai polis selepas itu,” katanya dalam status berkenaan. Bagaimanapun, dalam status terbaharunya, Kathegesen berkata, dia tidak memberi kebenaran kepada Berita Harian untuk memetik kata-kata dan klip video dalam Facebooknya. “Berita Harian, I don’t give you the right to quo

Letupan di Manchester: Tiga pelajar Malaysia disoal siasat

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Wisma Putra mengesahkan menerima laporan mengenai tiga pelajar Malaysia yang ditahan oleh polis Manchester, bagi membantu siasatan letupan bom di Arena Manchester, baru-baru ini. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pelajar berkenaan dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester untuk disoal siasat kira-kira jam 5.40 petang waktu tempatan. Mereka kemudian dibebaskan jam 9 malam waktu tempatan, selepas diambil keterangan. 22 Mei lalu, seorang penyerang bunuh diri meletupkan bahan letupan dibawanya ketika konsert penyanyi Ariana Grande di Manchester Arena, London, menyebabkan 22 maut dan berpuluh-puluh lagi cedera. Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra juga mengingatkan rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada arahan pihak berkuasa. Rakyat Malaysia di sekitar kawasan itu juga dinasihatkan melaporkan diri kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. The post Letupan di M

Produk nama Melayu, Islam tapi pengeluar bukan muslim

Imej
PPIM gesa Jakim sediakan kaedah membezakan produk keluaran orang Islam dan bukan Islam Oleh Almi Amilnuddin KUALA LUMPUR, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jakim mengkaji dan mewujudkan satu kaedah untuk membezakan sesuatu produk itu adalah keluaran muslim dan bukan muslim. Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mendapati puluhan produk yang menggunakan nama Melayu dan melambangkan Islam adalah milik pengeluar bukan muslim. Ini berikutan PPIM menerima banyak pertanyaan daripada pengguna yang keliru dengan status sesuatu produk yang menggunakan nama Melayu atau lambang berkaitan Islam. “Ada sesetengah pengguna Islam yang hendak mengetahui mengenai siapa pengeluar sesuatu produk untuk mereka membuat keputusan sama ada mahu beli atau tidak,” katanya. Nadzim juga menggesa agar pengeluar produk mematuhi Akta Perihal Dagangan supaya produk itu tidak mengelirukan pengguna. “Mengikut Akta Perihal Dagangan dalam isu perbahasaan halal

Sultan Selangor murka Ahli Parlimen Subang R Sivarasa ceramah politik dalam masjid

Imej
KLANG, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita tindakan Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri. “Tuanku sebelum ini telah melahirkan rasa murka dan dukacita berhubung perkara itu menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani. “…dan hari ini baginda sekali lagi melahirkan rasa teramat murka (berhubung tindakan Sivarasa) kepada saya pada majlis berbuka puasa tadi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar di sini, yang disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin. Haris berkata, pihak JAIS telah memanggil nazir masjid berkenaan pada Jumaat lalu untuk memberi penjelasan berhubung k

Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun

Imej
PUTRAJAYA, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara akan diketahui selepas hasil dapatan mesyuarat audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkaitan pergantungan tugasnya dibentangkan, Jun ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil dapatan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beliau untuk tindakan selanjutnya. Ismail Sabri berkata, mesyuarat itu yang diadakan pada 18 Mei lalu telah membincangkan status pergantungan Annuar yang bermula sejak 1 Januari lalu, susulan isu penajaan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd ke atas pasukan bola sepak Kelantan. “Ketika mesyuarat diadakan, saya mempunyai tugasan di luar negara dan saya difahamkan hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan kepada saya dan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya (berkaitan pergantungan Annuar),” katanya ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa kementeriannya di sini hari ini. Bagaimanapun, Is

UMNO tempelan program RM15 juta Tabung Haji bantu fakir?

Imej
Oleh Razali bin Zakaria BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Usaha mana-mana pihak untuk membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya ketika Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri, disokong. Demikian juga usaha Yayasan Tabung Haji (YTH) yang menyediakan peruntukan khas jutaan ringgit bagi melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan di 50 kawasan Parlimen terpilih sempena bulan puasa tahun ini. Bernama memetik kenyataan Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengatakan program berkenaan bagi membantu golongan kurang berkemampuan seperti golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal. “Bermula 1 Ramadan, kita telah melaksanakan program ini di empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak dan hari ini di Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima, termasuk 750 golongan asnaf di Masjid Raja Tun Uda, Shah Alam, hari ini. Bagaimanapun, yang menimbulkan per

Polis jangan takut siasat The Star, kerajaan mesti ambil tindakan tegas: Isma

Imej
Ahli politik mesra The Star diingatkan supaya tidak campur tangan Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak perlu takut dalam menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap isu penyiaran berita dan gambar muka depan akhbar berbahasa Inggeris, The Star. Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Abdul Rahman Mat Dali juga mengingatkan mana-mana ahli politik yang mesra akhbar terbabit supaya tidak mencampuri dan mengganggu proses siasatan yang dijalankan. “Polis tak perlu takut menjalankan siasatan. Malah, mana-mana ahli politik yang mesra The Star juga jangan masuk campur dengan siasatan ke atas akhbar itu. Kita tahu siapa pemilik akhbar terbabit. Kita harap mereka tidak campur tangan. “Kita harap kerajaan mengambil tindakan paling tegas supaya menjadi pengajaran kepada The Star dan akhbar lain, termasuk Nanyang Siang Pau. Akhbar terb

Dua pengarang kanan The Star digantung tugas

Imej
BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – The Star menggantung tugas dua pengarang kanannya bagi membolehkan siasatan dalaman berhubung isu penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris berkenaan pada 27 Mei lalu. Penggantungan itu membabitkan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datul Leanne Goh dan Pengarang Eksekutif, Dorairaj Nadason sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Bagaimanapun, sepanjang tempoh berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarang Urusan Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai bertanggungjawab menyelia operasi editorial akhbar itu. Menurut The Star, siasatan dalaman berhubung isu kontroversi itu akan dijalankan tidak lama lagi. Kata akhbar berkenaan, pengarang dan kakitangan terlibat di Star Media Group akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis bagi membantu siasatan. Sabtu lepas, akhbar The Star telah menyiarkan gambar berserta kapsyen yang dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini se

Seorang lagi warga Malaysia terbunuh di Marawi

Imej
SEREMBAN, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh dalam pertempuran di bandar Marawi, Mindanao, Filipina, menjadikan jumlah keseluruhan tiga rakyat Malaysia yang terbunuh. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, identiti warga Malaysia yang ketiga masih dalam siasatan. “Saya mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera Filipina. Kita akan mendapatkan perincian orang yang ketiga ini,” katanya kepada pemberita pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni warga Kementerian Dalan Negeri (KDN) peringkat negeri, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Pihak berkuasa Filipina, sebelum ini mengesahkan rakyat Malaysia yang terbunuh dikenal pasti sebagai Kamsa Yahya dari Kedah dan Abdurahman Asmawi dari Kelantan. Ketiga-tiga mereka terbunuh dalam pertempuran dengan p

Gaza: Kekurangan bekalan ubat di tahap membimbangkan

Imej
GAZA, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza memberi amaran bahawa semenanjung itu kini dilanda masalah kekurangan ubat dan berada pada tahap membimbangkan, menurut Institusi Media Al-Resalah yang berpangkalan di Gaza. Pada sidang media di Hospital Gaza baru-baru ini, jurucakap kementerian berkata keadaan itu boleh menjadi bencana jika kekurangan ubat berterusan terutamanya ubat untuk pesakit dialisis. Kekurangan ubat turut memberi kesan kepada hospital Bani Rantisi, satu-satunya hospital kanak-kanak di Gaza. Jurucakap berkata, krisis perubatan dan ditambah pula dengan masalah bekalan tenaga elektrik menyebabkan kehidupan 40 pesakit di hospital berisiko. Ubat untuk pesakit buah pinggang dan mereka yang mengalami penyakit saraf, katanya telah digunakan sepenuhnya. Krisis bekalan tenaga elektrik mengakibatkan pakar bedah serta jururawat di unit kecemasan dan rawatan rapi hospital menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas mereka. Menurut Al-Resalah