KENYATAAN RASMI PRESIDEN ISMA
KENYATAAN RASMI PRESIDEN ISMA BERKAITAN PERHIMPUNAN AMGGRC
Isma menggesa rakyat Malaysia amnya dan rakyat Melaka khasnya agar membantah, memboikot dan membuat laporan polis terhadap ALL MALAYSIAN-GOLDEN GATE REVIVAL CONVOCATION (AMGGRC) yang bakal diadakan di Calvary Live Assembly Chinese (CLAC), bandar Melaka pada 15-18 Jun ini.
2. Perhimpunan ini dikatakan bersempena sambutan Jerusalem Jubilee iaitu kejayaan 50 tahun Israel dalam perang menentang Mesir, Syria dan Jordan pada 5-10 Jun 1967. Kerajaan Melaka sepatutnya sedar akan hal ini dan tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan dengan mengambilkira sensitivi umat Islam di Malaysia yang menentang penjajahan Zionis ke atas Palestin.
3. Sebelum ini telah terdedah banyak bukti tentang perancangan Zionis Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai gerbang rancangan jahat mereka dan kini telah terbukti wujudnya gerakan-gerakan seperti ini untuk menjadikan Malaysia sebagai rainbow nation iaitu suatu agenda untuk menjadikan Malaysia sebagai gerbang utk gerakan Zionis Kristian bertapak dikawasan Pasifik.
4. Kami berpendapat Umat Islam perlu sedar akan perancangan dan agenda jahat Zionis Kristian demi maslahat agama dan ummah.
5. Kerajaan pula perlu sedar bahawa perancangan gerakan zionis kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai rainbow nation adalah suatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara.
6. Oleh itu, Isma menyaran agar pihak pimpinan dan kerajaan Melaka mengambil tindakan segera seperti membatalkan perhimpunan ini dan melakukan siasatan.
7. Isma juga menggesa kerajaan agar mengharamkan gerakan dan penyebaran kristian zionis di Malaysia kerana ia bertentangan dengan dasar negara serta bertentangan dengan maruah dan pertimbangan umat islam seluruh dunia.
Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan