Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Hadiah tahun baru 2017: Petrol RON95, diesel naik 20 sen, RON97 naik 15 sen

Imej
BANGI, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Menjelang ketibaan tahun baru 2017 beberapa jam lagi, rakyat Malaysia dihadiahkan dengan berita kenaikan harga petrol yang sudah dijangka oleh sesetengah pihak. Berkuatkuasa 12.01 tengah malam ini, harga runcit petrol RON95 naik 20 sen menjadikannya RM2.10 seliter, RON97 naik 15 sen menjadi RM2.40 seliter, diesel naik 20 sen menjadi RM2.05 seliter manakala diesel Euro 5 naik 20 sen menjadi RM2.15 seliter. The post Hadiah tahun baru 2017: Petrol RON95, diesel naik 20 sen, RON97 naik 15 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Banjir: 33 sekolah ditutup pada hari pertama persekolahan 2017 esok

Imej
Gambar hiasan KUALA TERENGGANU, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Lebih 1,000 pelajar di 33 sekolah di lima daerah di Terengganu tidak dapat memulakan sesi persekolahan 2017 esok berikutan banjir sejak awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, daerah paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan dan tiga sekolah menengah dilanda banjir. “Enam sekolah di Hulu Terengganu yang dilanda banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Teris, SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Sebanyak 16 sekolah lain di Hulu Terengganu pula tidak dapat beroperasi esok kerana laluan ke sekolah ditenggelami air iaitu SK Padang Setebu, SK Sungai Berua, SK Sungai Buloh, SK Kuala Jenderis, SK Matang, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Nibong, SK Betong, SK Pereh, SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar, SMK Menering dan SMK Kuala Jen...

Awal sesi persekolahan untuk guru kenal murid: NUTP

Imej
Gambar hiasan MELAKA, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Awal sesi persekolahan yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi perlu dijadikan tempoh para guru mengenal murid mereka, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak. Beliau berkata, mereka sepatutnya tidak dibebankan dengan tugas misalnya memasukan data-data. “Bulan pertama merupakan bulan transisi guru dan murid hendak berkenalan. Tapi murid belum sempat kenal guru, guru sudah hilang kerana hendak ‘key in’ data pula, guru terpaksa tinggalkan kelas pula,” katanya. Kamarozaman berkata, NUTP mahukan supaya jangan diganggu para guru dan sekolah pada bulan Januari agar guru lebih berada di dalam kelas. Beliau berkata, NUTP memohon agar sebarang pengurusan pentadbiran sekolah terutama melibatkan memasukkan data berkaitan murid dilaksanakan pada penghujung bulan Januari. NUTP juga turut meminta Jabatan Pendidikan Negeri agar tidak melaksanakan sebarang sistem atas talian yang menyebab...

Penduduk gesa kerajaan negeri jelas isu projek tambak laut di Bayan Bay

Imej
GEORGE TOWN, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Lebih 1,000 penduduk sekitar Bayan Bay menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP memberi penjelasan berhubung kelulusan projek tambakan laut di kawasan itu sehingga mengganggu keselesaan penduduk. Wakil penduduk, S. Geeta mendakwa kerja-kerja pembangunan projek tebus guna tanah di situ bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara malah mengeluarkan bunyi bising sehingga meresahkan mereka setiap hari. “Mereka (pemaju) memulakan kerja seawal 7 pagi sehingga lewat malam setiap hari dan penduduk tidak selesa dengan gangguan seperti bunyi bising dari tapak projek itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Geeta mendakwa projek itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar Jalan Sultan Ahmad Shah sehingga Jalan Aziz Ibrahim di sini, kerana penduduk terpaksa meletakkan kenderaan mereka secara berganda. “Kami ‘berperang’ secara mental sejak projek ini bermula pada 2014 malah lebih serius apabila kerja-kerja penambakan laut ini mula digiat...

JPJ batal lesen PSV pemandu bas jika pandu melebihi had laju

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) akan dibatalkan jika pemandu bas ekspres memandu melebihi had laju, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau juga berkata, denda sebanyak RM300 juga akan dikenakan kepada syarikat bas ekspres yang tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan lebih 300km. “Saya akan berbincang dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menggantung permit syarikat bas yang tidak menyediakan pemandu kedua,” katanya kepada pemberita selepas pemantauan mengejut perkhidmatan bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dekat sini, hari ini. Langkah itu susulan kemalangan di KM137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah ke utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR), Pagoh, Johor pada 24 Dis lepas yang mengakibatkan 14 penumpang bas ekspres maut termasuk pemandu manakala 16 lagi cedera. Terdahulu, Liow diberi taklimat keselamatan jalan raya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja...

Anak Rohingya guna naskhah al-Quran koyak belajar mengaji

Imej
Sumber foto: FB Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin DHAKA, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Anak-anak pelarian Rohingya di Kem Pelarian Rohingya Kutupalong, Ukhiya, Cox’s Bazar mempelajari al-Quran hanya dengan berbekalkan naskhah kitab yang sudah terkoyak. Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, dugaan yang mereka hadapi bukan itu sahaja, bahkan anak-anak itu juga terpaksa meneruskan sesi pembelajaran dalam keadaan yang tidak berbumbung. “Anak-anak pelarian Rohingya ini tekun mempelajari al-Quran daripada ‘guru’ yang mengajar mereka secara sukarela hampir setiap hari di ‘kelas Quran langit terbuka’. “Inilah realiti sebenar mereka yang hidup dengan serba kekurangan di kem pelarian yang padat dengan penghuni. “Mereka tidak pernah kenal erti sekolah dan persekolahan, apatah lagi peluang untuk belajar menulis dan membaca sebagaimana yang dilalui oleh kanak-kanak di Malaysia,” katanya dalam catatan d...

Tren dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Sebuah tren Intercity dari Tumpat menghala ke Kuala Lipis tergelincir dekat terowong di Bukit Abu, Dabong , Kuala Krai akibat tanah runtuh, 8.30 pagi tadi. Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Siti Badariah Wan Hanafi berkata, semua perkhidmatan tren antara Kuala Krai – Gua Musang – Kuala Krai digantung sementara disebabkan insiden itu. “Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No. 26 (Johor Bahru – Tumpat), perkhidmatan tren tamat di Stesen Dabong dan para penumpang akan meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dengan menggunakan bas. “Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No. 27 (Tumpat Johor – Bahru), para penumpang akan menaiki bas dari Stesen Tumpat ke Stesen Gua Musang dan akan meneruskan perjalanan ke Johor Bahru menggunakan tren,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Susulan itu, Siti Badariah berkata, KTMB memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi orang ramai dan mereka boleh menghubungi pusat panggila...

Perlu jalani latihan untuk lakukan bersunat: KP Kesihatan

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Pengamal perubatan sama ada swasta atau awam perlu menjalankan latihan untuk melakukan kerja bersunat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata Kementerian Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pengawal perubatan swasta atau awam yang tidak menjalankan latihan sedemikian. Walaupun ia merupakan prosedur biasa, namun komplikasinya boleh menjadi teruk kepada pihak yang disunatkan, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada dua kes di mana kanak-kanak yang disunatkan dilapor mengalami komplikasi. Kes pertama melibatkan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang bersunat di sebuah klinik di sini pada pertenghan bulan ini dan kes kedua melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun yang berlaku juga pada bulan ini di sini. Bahagian sulit mereka dilapor terputus habis. Dr Noor Hisham berkata setelah dibuat pembedahan, kedua-dua kanak itu boleh membuang...

Majikan bertanggungjawab bayar levi pekerja asing mulai esok

Imej
PUTRAJAYA, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar levi pekerja asing berkuat kuasa esok (1 Januari 2017) di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata EMC bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing yang digajikan bermula dari peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing tersebut dihantar pulang ke negara asal. “Bermula dari tempoh ini, majikan tidak lagi dibenarkan untuk membuat potongan gaji pekerja bagi menampung pembayaran levi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Menurutnya, perubahan dasar itu akan meletakkan majikan lebih bertanggungjawab dalam menjaga pekerja mereka, sekali gus mengelak isu pekerja asing lari, bertukar sektor secara haram serta tinggal lebih masa dan menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI). Selain itu, katanya, majikan juga perlu mematuhi Garis P...

Memahami pentingnya menulis wasiat

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Kesedaran tentang pentingnya menulis wasiat masih rendah di kalangan masyarakat. Ramai yang beranggapan mereka tidak perlu menyediakan wasiat kerana masih muda dan belum mempunyai aset yang cukup. Walhal menurut Abdul Aziz Peru Mohamed, Presiden dan CEO as-Salihin Trustee Berhad, perancangan untuk pengagihan harta pusaka sepatutnya dimulakan sebaik sahaja seseorang individu itu mula bekerja. “Semasa muda kita mengumpul kekayaan seperti rumah, dana dan macam-macam lagi.  Kemudian kita akan lindungi harta itu dengan insurans dan sebagainya, tetapi sayangnya, ramai yang lupa bahagian terakhir, iaitu pengagihan harta selepas kematian. “Mungkin terlupa yang kita sebenarnya tidak akan hidup selama-lamanya,” kata beliau. PENGURUSAN HARTA PUSAKA Abdul Aziz Peru menerangkan kepada Bernama lima langkah penting berkaitan pengurusan harta pusaka bagi yang beragama Islam.  Pertama ialah urusan pengkebumian; iaitu waris atau pihak yang ber...

Flotila kemanusiaan tuju Bangladesh jika gagal masuk Myanmar

Imej
SELAYANG, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Misi flotilla kemanusiaan ke Myanmar bagi membantu etnik Rohingya akan menukar hala tuju jika tidak mendapat kebenaran masuk dari kerajaan Myanmar. Koordinator Jelajah Untukmu Rohingya, Mohd Hakim Mohd Nor berkata, mereka akan ke pelabuhan Bangladesh jika gagal memasuki pelabuhan Myanmar. “Jika kita tidak dapat masuk ke pelabuhan Sittwe, Myanmar kita akan pergi ke Teknaf di Bangladesh. Kita sudah membuat visa untuk ke Myanmar dan Bangladesh. Kita akan letakkan barang di Teknaf. “Pelabuhan di Teknaf itu berhampiran perairan Myanmar. Kita akan serahkan bantuan kepada etnik Rohingya yang berada di kem pelarian di Bangladesh,” katanya pada sidang media di Sekolah Pelangi Kasih, hari ini. Dalam perkembangan yang sama, Hakim berkata, pihaknya akan bertemu dengan wakil kerajaan Myanmar bagi membuat permohonan sekali lagi sebelum bertolak pada 10 Januari depan untuk mendapatkan kebenaran. “InshaAllah saya sendiri bersama dengan Majlis Perundingan P...

Myanmar akan bertindak balas jika flotila Malaysia masuk tanpa kebenaran

Imej
YANGON, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Kerajaan Myanmar berkata, pihaknya akan bertindak balas terhadap sebarang flotila kemanusiaan yang memasuki kawasan perairan negara itu tanpa kebenaran rasmi. Kenyataan itu dipercayai merujuk kenyataan wakil flotila kemanusiaan dari Malaysia, Zulhanis Zainol yang telah mengemukakan permohonan kebenaran daripada Myanmar menerusi kedutaan negara tersebut di Kuala Lumpur. Jurucakap Pejabat Presiden Myanmar, Zaw Htay berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permintaan misi kemanusiaan dari mana-mana pihak dan tidak akan membenarkan ketibaan flotila ke negara ini tanpa kebenaran rasmi. “Jika mereka (flotila) mencari masalah, kami tidak boleh menerimanya. Rakyat bukan Myanmar tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan negara kami tanpa kebenaran. “Jika mereka berdegil, kami akan bertindak balas. Kami tidak akan menyerang mereka tetapi kami juga tidak akan menerima mereka,” katanya. Sementara itu, Zulhanis berkata, pihaknya masih belum ...

Tiga sungai utama di Kelantan catat paras berjaga-jaga

Imej
Sumber foto: EPA/AZHAR RAHIM KOTA BHARU, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Tiga sungai utama di Kelantan mencatatkan paras berjaga-jaga sehingga pukul 10 pagi ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan hulu Kelantan sejak semalam. Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://ift.tt/2iP1HlU, Sungai Galas di Dabong berada di paras 34.15 meter berbanding paras berjaga-jaga 32.00 meter. Selain itu, Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 27.90 meter (paras berjaga-jaga 27 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pula adalah 20.02 meter (paras berjaga-jaga 20 meter). – Bernama The post Tiga sungai utama di Kelantan catat paras berjaga-jaga appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Ringgit akan terus tertekan susulan unjuran kadar faedah AS yang lebih tinggi

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Ringgit yang ditutup rendah tahun ini, dijangkakan meneruskan aliran harga menurunnya minggu depan, ekoran sentiment pelabur yang lemah disebabkan unjuran kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) tahun depan. Seorang peniaga berkata data ekonomi AS yang kukuh, yang menunjukkan keyakinan pengguna yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih 15 tahun pada Disember, akan menggalakkan Rizab Persekutuan bertindak lebih agresif dalam dasar monetarinya. Selain itu, beliau berkata ringgit juga tertekan ekoran ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai dasar ekonomi Donald Trump yang baru dipilih sebagai Presiden AS, dan mula bertugas pada 20 Januari. “Kebimbangan terhadap dasar perdagangan Trump juga memberi tekanan hebat ke atas mata wang negara di Asia yang bergantung kepada eksport, termasuk ringgit. “Namun, kami yakin, ringgit akhirnya akan kembali stabil dan mengukuh dengan mengambil kira asas kukuh Malaysia, selain langkah y...

Keselamatan e-rokok, vape masih belum disahkan

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rabiualkhir 1438H, Sabtu – Orang ramai terutamanya pengemar rokok elektronik dan vape dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk berkenaan kerana keselamatannya masih belum dapat disahkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan semalam menjelaskan kerajaan mengambil berat terhadap kesihatan rakyat termasuk perokok dan ingin memastikan produk e-rokok yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan. “Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-rokok perlu membuat permohonan untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-rokok. “Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-rokok kerana keselamatannya belum disahkan,” katanya. Pada masa yang sama, KKM turut menjelaskan bahawa pengedar rokok elektronik atau e-rokok perlu berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesi...

SPAD benarkan bas ekspres asingkan penumpang ikut jantina

Imej
Sumber foto: BH Plus KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar membenarkan operator bas ekpres untuk memperkenalkan peraturan seperti pengasingan tempat duduk mengikut jantina jika terdapat keperluan untuk melakukannya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai polisi yang ditetapkan syarikat bas TransMalaya Ekspres baru-baru ini. Katanya, SPAD tidak mahu campur tangan dalam urusan seperti itu dan menjelaskan bahawa pihaknya tidak perlu untuk bertindak melainkan melibatkan isu-isu seperti kualiti perkhidmatan atau tambang yang dikenakan. “Kami tidak meletakkan spesifikasi tertentu kepada operator kami tentang cara mereka menguruskan tempat duduk dan bagaimana mereka perlu jalankan perniagaan mereka. Kami tidak mahu terlebih urus perkara yang luar bidang kawalan,” katanya. “Jika syarikat itu merasakan peraturan itu perlu untuk menangani masalah sedia ada, maka mereka sepatutnya dibenarkan unt...

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sasar 5 juta hektar hutan simpan kekal menjelang 2020

Imej
DUNGUN, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan keluasan kawasan hutan simpan kekal kepada 5 juta hektar menjelang tahun 2020. Timbalan Ketua Pengarahnya (Dasar dan Perancangan), Datuk Nor Akhirrudin Mahmud berkata, pelbagai usaha giat dilaksanakan dalam memastikan hasrat tersebut dapat dicapai. “Sekarang ini di seluruh semenanjung kita mempunyai 4.7 juta hektar kawasan yang berstatus hutan simpan kekal dan kita berhasrat untuk meningkatkan keluasan hutan simpan kekal ini sehingga 5 juta hektar menjelang 2020. “Di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk tempoh lima tahun iaitu 2016 hingga 2020, kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan rehabilitasi dan restorasi kawasan hutan di semenanjung,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Komunikasi, Pendidikan, Penyertaan dan Kesedaran Awam (CEPA)peringkat negeri di sini hari ini.  Turut hadir Pengarah Per...

Pendaftaran BR1M 2017 dilanjut sehingga 13 Januari

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu –  Tempoh pendaftaran baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dilanjutkan sehingga 13 Januari depan. Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://ift.tt/PIAy0l atau di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma. Sebelum ini, kementerian itu menyatakan permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2017 dibuka mulai 5 Disember hingga Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200. Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900. Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. – Bernama The post Pe...

34 pelajar terima sumbangan peralatan sekolah

Imej
Oleh: Muhammad Rusydi Muhammad Razif JOHOR BAHRU, 31 Disember – Seramai 34 orang pelajar di Kampung Pasir Gudang Baru telah menerima sumbangan bantuan persekolahan berupa beg sekolah, stokin, peralatan menulis, pensil warna dan Al-Quran terjemahan dalam program Back to School , di sini semalam. Menurut Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Johor Bahru, Pn Azizah Che Awang, pelajar-pelajar yang menerima sumbangan itu merupakan mereka yang terdiri dalam kalangan keluarga miskin. “Kesusahan mereka telah mendapat simpati insan-insan yang lain. Alatan-alatan persekolahan ini kebanyakannya ditaja oleh orang ramai. “Kita turut membekalkan setiap seorang daripada mereka dengan wang saku Rm50. Sumbangan yang diberi ini tidaklah seberapa,tetapi kita mengharapkan ia dapat menjadi pembakar semangat kepada anak-anak tersebut untuk menjadi insan yang tabah dalam menuntut ilmu. Program penutup tahun 2016 anjuran Wanita Isma Johor Bahru dan Yayasan Ikhlas itu telah disempurnakan oleh Yang...

Penutupan jalan selama sebulan di Lebuhraya SPRINT kerana pembinaan MRT

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Beberapa batang jalan di Lebuhraya SPRINT akan ditutup selama sebulan kerana pembinaan MRT bermula 1 Jan. MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata lorong paling kiri di Lebuhraya SPRINT/Jalan Semantan akan ditutup selama 24 jam setiap bagi kerja-kerja mengecat, saliran air dan menyiapkan jalan. “Penutupan sejauh 200 meter bermula selepas 10 Semantan hingga ke persimpangan Jalan Damansara Endah. Sepanjang penutupan, dua lorong akan dibuka untuk pengguna dari Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya,” kata kenyataan itu. Kenyataan itu berkata penutupan sepenuhnya pada sebelah malam melibatkan Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan (kedua-dua arah menghala Kuala Lumpur dan Petaling Jaya) akan dilakukan sekejap-sekejap dari KM7.4 hingga KM8.1 untuk kerja-kerja di Stesen Semantan. “Penutupan itu bermula dari 10 malam hingga 5 pagi (Isnin hingga Jumaat) dan dari 12 tengah malam (Sabtu) hingga 12 tengah hari (Ahad),”...

Denda RM2,000 jika guna pembungkus plastik, polisterin

Imej
KUALA LUMPUR, 30  Rabiulawal 1438H, Jumaat –Peniaga dan penjaja yang masih menggunakan plastik dan polisterin selepas 1 September 2017 akan dikenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, kementerian memberi tempoh selama sembilan bulan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada warga kota sebelum melaksanakan 100 peratus penggunaan bahan tersebut.  “Dalam tempoh tersebut, kita menyasarkan agar Kuala Lumpur menjadi bandar raya bebas plastik. “Saya menggalakkan rakyat agar berhenti menggunakan beg plastik, sila bawa beg anda sendiri apabila membeli-belah,” katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, pihknya telah memaklumkan kepada persatuan peniaga dan pasar malam berhubung pelaksanaan itu selain mendapat kerjasama daripada pembekal produk biodegradasi yang menepati keperluan peniaga dan pengguna. “Kebiasaannya bahan biodegradasi ini mahal…hasil daripada perbincangan bersama pembekal, mereka telah...

50,000 penduduk Islam Rohingya lari ke Bangladesh

Imej
DHAKA, 30  Rabiulawal 1438H, Jumaat – Kira-kira 50,000 penduduk Islam Rohingya melarikan ke Bangladesh untuk mencari perlindungan selepas menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar. Kementerian Luar Negara itu semalam memanggil Duta Myanmar bagi menyatakan kebimbangan mendalam mengenai kehadiran pelarian secara berterusan. Lebih malang apabila ia melibatkan  puluhan ribu etnik minoriti Rohingya yang tidak mempunyai negara untuk memasuki wilayahnya. “Kami memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 50,000 warganegara Myanmar mendapatkan perlindungan di Bangladesh sejak 9 Oktober 2016,” kata kenyataan kementerian itu. Rakhine adalah wilayah yang bersempadan dengan Bangladesh dan menjadi penempatan kepada penduduk Rohingya  yang dibenci oleh kebanyakan majoriti Buddha di Myanmar. Terdahulu, dilaporkan sekitar 100,000 orang Rohingya masih tinggal di kem-kem selepas keganasan meletus pada tahun 2012 memaksa mereka untuk meninggalkan kediaman masing-masing. – Agensi The post 50...

Tiga pesawat TUDM masih digantung

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Tiga pesawat Beechcraft B-200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Subang, masih tidak dibenarkan beroperasi susulan nahas di Pangkalan Udara Butterworth, pada 21 Disember lalu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, penggantungan itu dibuat kerana siasatan punca nahas masih diadakan. “Kita tunggu arahan (untuk beroperasi)…tengok dulu siasatan, kita akan maklumkan,” katanya selepas majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat Kementerian Pertahanan di Masjid Khalid Al-Walid hari ini. Nahas itu mengorbankan juruterbang Mejar C Kayamboo, 44, manakala Kapten Wai Lik, 26, Lt Hamid Hanafi, 26, dan Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan, 29, cedera. Ditanya keadaan anggota yang cedera, beliau berkata, Hamid dan Mohd Sofi sudah pulih sepenuhnya, manakala Wai Lik masih dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil. -Bernama The post Tiga pesawat TUDM masih digantung app...

Peguam Negara Israel arah polis siasat Netanyahu

Imej
BAITULMAQDIS, 30 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Peguam Negara Israel mengarahkan siasatan jenayah dibuat ke atas Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu, lapor sebuah saluran TV di negara itu, semalam. Bagaimanapun Jurucakap Kementerian Kehakiman memaklumkan dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan. “Peguam Negara, polis dan pendakwa raya kini sedang bekerjasama untuk menyiasat kes itu dan satu pengumuman akan dibuat sebaik sahaja siasatan selesai,” katanya. Laporan stesen TV itu juga mendakwa, Netanyahu dipanggil untuk memberi keterangan berdasarkan dua perkara yang tidak dinyatakan setakat ini. Polis enggan mengesahkan atau menafikan laporan Channel 10. “Apabila tiba masanya kami akan memaklumkan status siasatan,” kata unit siasatan khas dalam satu kenyataan. Terdahulu, Netanyahu juga telah dikaitkan dengan tuduhan salah laku dalam pembelian kapal selam dari Jerman, di mana media telah melaporkan konflik kepentingan yang melibatkan peguamnya. Bagaimanapun beliau telah menafika...

Kanak-kanak disyaki diperalat berpanas, bergadai nyawa jadi pengemis

Imej
Gambar hiasan TAWAU, 30 Rabiulawal Jumaat –Sekumpulan kanak-kanak seawal usia setahun hingga 12 tahun sanggup berpanas dan bergadai nyawa disyaki dipergunakan ibu bapa mereka untuk mengemis di kawasan pusat bandar di simpang bulatan, Jalan Persisiran berdekatan Masjid Al-Kauthar di sini. Tinjauan Bernama mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersendirian, malah turut bersama-sama disyaki nenek mereka melakukan kegiatan itu di jalan berkenaan sebagai mata pencarian golongan itu sejak sekian lama. Dalam tinjauan itu juga dipercayai ibu bapa kepada kanak-kanak ini berada di kawasan berhampiran seperti di Taman Persisiran dan tempat letak kereta di Masjid Al-Kauthar bagi memerhatikan anak-anak mereka dari jauh. Senarionya, peminta sedekah cilik itu akan pergi dari satu kereta ke kereta lain dan menagih simpati menggunakan isyarat memerlukan duit untuk makan, jika tidak dilayan mereka akan mengetuk cermin kereta. Kanak-kanak itu turut dilihat berani bersandar di kereta yang sedang be...

Tanam azam lawan serangan gugat kedaulatan Islam: Khutbah Jakim

Imej
BANGI, 30 Rabiulawal Jumaat – Umat Islam diingatkan untuk menyimpan azam dan membuat persediaan awal dalam mendepani pelbagai cabaran yang bakal ditempuh menjelang masuk tahun 2017. Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyeru agar umat Islam menanam tekad dan azam agar kita sentiasa dapat meningkatkan nilai tambah dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan termasuk azam untuk melawan agenda yang menggugat kedaulatan Islam. Ini kerana melihat situasi sepanjang 2016, pelbagai cabaran yang dihadapi umat Islam antara paling ketara ialah serangan pemikiran yang mengugat kedaulatan Islam dan keharmonian masyarakat. “Sebahagian besar pemikiran ini seringkali mengecam dengan melaungkan dasar-dasar kebebasan yang hampir menimbulkan suasana yang tidak berperaturan. “Lebih malang, ia menjadi senjata untuk menyerang dan menjauhkan agama dari pemerintahan. “Senario ini bukan sahaja meruntuhkan akhlak tetapi melemahkan jiwa dan keimanan seseorang,” kata kenyataan ...

Gelandangan rogol anak dipenjara 80 tahun, 110 sebatan

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Seorang gelandangan berusia 38 tahun dipenjara 80 tahun dan 110 sebatan selepas didapati bersalah merogol anaknya berusia 16 tahun di ibu negara, Ogos lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Datin M Kunasundari menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas 11 pertuduhan rogol dan 1 pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak perempuannya itu antara 27 Ogos hingga 7 September tahun ini. Bagi 9 pertuduhan rogol yang dilakukan antara 27 Ogos hingga 5 September lalu, tertuduh dikenakan hukuman 60 tahun penjara dan 90 sebatan. Bagi 2 lagi pertuduhan rogol dan 1 pertuduhan seks oral antara 28 Ogos hingga 7 September lalu, tertuduh dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 20 sebatan. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lorong Haji Taib, pertuduhan adalah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan bagi tuduhan rogol yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun penjara dan 10 sebatan. Kunasundari dalam penghakimann...

KATA PEDANG: Jangan tunggu Jamal serbu pusat judi, maksiat lagi sekali

Imej
INILAH realiti negara Malaysia yang dikatakan majoriti rakyatnya beragama Islam dan Perlembagaannya mengatakan Islam adalah agama Persekutuan. Judi, arak dan zina jelas diharamkan oleh Islam tetapi terdapat peruntukan Perlembagaan yang membenarkan premis-premis beroperasi dengan syarat ia didaftarkan dan mendapat lesen pihak berkuasa tempatan. Kewujudan pusat-pusat ini menjadi lubuk manusia yang tiada pedoman agama melampiaskan nafsu melakukan perkara-perkara terkutuk seperti judi, meminum arak dan berzina di premis-premis berkenaan. Apabila pusat judi dan hiburan dilesenkan, ertinya ia sah di sisi undang-undang negara dan tidak boleh ‘disentuh’ oleh sesiapa termasuklah oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat semalam berkata bahawa Jamal perlu mengikut saluran betul untuk membanteras gejala judi di mana-mana premis perjudian. Inilah malangnya negara kita apabila premis aktiviti haram seperti judi dan pusat hibura...

Ladies, let’s not attribute our success to makeup

Imej
My morning started off coming across this video posted by a couple of friends on my social media. Link :   http://ift.tt/2iL745v I would propose a study on correlation of number of selfie and ootd (outfit of the day) images on Instagram and amount of these gutter magazines read per week. My mother was all against us the girls wearing any sort of makeup when my sister and I were of school going age. I ended up not having any desire to enhance ‘self confidence’ through facial make up at all, as how some people would claim that putting on some colours will make you feel more ‘ready’, more ‘upfront’ to meet up with people. There was even one officer when I was working in paeds clinic who proposed that I should wear make up because kids will be more relaxed and cooperative. That comment was so alien to me! Most kids have been very well behaved and cooperative with me eversince i was a student! Amazingly enough, in my profession I meet up with people everyday, tens of people per da...

Penerima anugerah Nobel kutuk tindakan Suu Kyi tidak pertahan nasib Rohingya

Imej
NEW YORK, 30 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Penerima anugerah Nobel keamanan mengutuk keras tindakan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang tidak mempertahankan nasib minoriti Islam Rohingya yang ditindas di negara itu. 23 aktivis hak asasi manusia, termasuk penerima anugerah Nobel dan bekas pemimpin perniagaan dan politik berkata, Suu Kyi yang juga seorang penerima anugerah Nobel, gagal untuk memastikan hak asasi manusia umat Islam Rohingya terbela. Dalam surat terbuka di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam, kumpulan itu mengecam Myanmar atas tindakan keras ketenteraannya ke atas umat Islam Rohingya hingga menyebabkan mereka hidup dalam kesusahan. Penduduk Rohingya dibunuh, rumah mereka dibakar, wanita dan kanak-kanak dirogol bahkan sewenang-wenangnya tentera Mnyanmar menahan dan memaksa berpuluh-puluh ribu orang meninggalkan kediaman mereka. Suu Kyi sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi berikutan wawancaranya dalam akhbar the Guardian pada Julai ...

VIDEO | Budak lelaki berkhutbah, ganti Khatib

Imej
Seorang budak lelaki di Jordan telah menyampaikan khutbahnya sendiri apabila tidak berpuas hati dengan khutbah yang disampaikan oleh Khatib. Isu yang dibangkitkan dalam khutbahnya adalah mengenai isu Masjid Al-Aqsa di Palestin dan menyeru umat Islam untuk mempertahankannya. Kelantangan budak lelaki ini telah mencuri perhatian jemaah di dalam masjid tersebut sekali gus telah membenarkannya menghabiskan khutbah yang disampaikan. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=e7zhemIiuWs&spfreload=10&app=desktop The post VIDEO | Budak lelaki berkhutbah, ganti Khatib appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Lapor kepada SPAD jika Uber, Grabcar tidak guna aplikasi tempahan yang sah

Imej
PETALING JAYA, 30 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meminta orang ramai untuk membuat laporan sekiranya didatangi pemandu Uber atau GrabCar yang menawarkan perkhidmatan mengunakan aplikasi tempahan secara tidak sah. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh pengguna ialah dengan mengambil nombor pendaftaran kenderaan pemandu terbabit. “Kita akan semak, tapi kena ada nombor kereta barulah boleh kesan siapa punya kereta. “Kemudian buat laporan cepat, kita boleh hantar orang untuk tindakan,” katanya kepada mStar Online. Beliau berkata demikian mengulas tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 gara-gara persaingan tinggi di lokasi berkenaan. Katanya, agak sukar untuk pihak berkuasa mengesan aktiviti licik pemandu-pemandu ini disebabkan mereka menggunakan kenderaan sen...