BANGI, Ahad – UMNO tidak hairan dengan dakwaan yang dibuat oleh PKR baru-baru ini yang menyifatkan tindakan menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah sebagai tidak tertib dan tidak demokratik. Laporan portal BNBBC menyebut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai berkata, PKR sememangnya sebuah parti yang sering membuat tuduhan tidak berasas serta suka mencari kesalahan orang lain bagi menutup kesilapan parti itu sendiri. “Saya memang tak hairan kalau PKR cakap begitu kerana saya dan UMNO dah faham dengan budaya mereka, senang cerita, PKR ni ibarat yang gajah depan mata tak nampak, yang seberang laut, dia boleh nampak. “Apa dia lupa sewaktu penyingkiran Khalid dulu mereka (PKR) sanggup menipu rakyat, buat Pilihanraya Kecil (PRK) di Kajang, letak Wan Azizah, lepas itu bukan Wan Azizah yang jadi Menteri Besar walaupun itu niat mereka, memenatkan rakyat pergi mengundi, habiskan wang rakyat. “Bila Khalid tak dengar cakap mereka...