Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Harga minyak turun lagi mulai tengah malam ini

Imej
BANGI, Ahad – Harga minyak turun lagi antara 10 sen dan 25 sen seliter bermula tengah malam ini, kata Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas. Harga bagi RON95 turun 10 sen kepada RM1.73 seliter, manakala RON97 turun 20 sen menjadi RM2.05 seliter. Diesel pula dijual pada harga RM1.35 seliter, turun 25 sen. Sumber

Melayu perlu masa untuk bersaing secara adil

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Ahad – Kesan penekanan pencerobohan penjajah punca orang Melayu belum bersedia untuk tidak bergantung kepada kerajaan sepenuhnya. Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mat Dali berkata bagaimanapun kini sudah ada orang Melayu yang sudah bersedia untuk tidak bergantung kepada kerajaan, tetapi jumlahnya sedikit. “Ini kerana ia akan jadi persaingan yang berat sebelah dan tidak adil berikutan ramai Melayu yang masih miskin dan sederhana ekoran penekanan yang ditanggung semasa pencerobohan penjajah termasuk British. “Orang Cina lebih awal mendapat bantuan daripada polisi British yang membantu kaum Cina termasuk anugerah jutaan ekar kepada mereka,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang menggesa bangsa Melayu supaya mengubah pemikiran bergantung pada kerajaan. Malah, Rafidah Aziz menyifatkan bahawa orang Me

Rakyat Malaysia perlu perkukuh budaya berpendidikan tinggi: Zahid

Imej
SIBU, Ahad – Budaya berpendidikan tinggi serta pembelajaran sepanjang hayat boleh dipertingkatkan lagi sekiranya setiap keluarga komited untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang siswazah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata ini juga meliputi keluarga yang tinggal di rumah panjang terpencil atau kampung dan penempatan di luar bandar kerana ia amat penting untuk mencapai matlamat pembangunan negara menjelang 2020 dan seterusnya. “Pada masa itu, sekurang-kurangnya 60 peratus daripada rakyat kita terdiri daripada siswazah dan mereka yang memelihara serta mengamalkan nilai-nilai baik Asia. Oleh itu, saya menggesa semua orang supaya menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu budaya juga. “Yang sedihnya, kita mempunyai orang yang terpelajar, tetapi tidak bijak. Saya kata mereka tidak bijak kerana mereka tidak memiliki nilai-nilai ini,” katanya ketika berucap kepada staf dan pelajar Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) di sini hari ini.

(DIKEMASKINI) Sultan, Jemaah Pemangku murka, EXCO dan kumpulan desak kena mohon ampun: Mukhriz

Imej
ALOR SETAR, Ahad – Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan tersinggung dan murka dengan tindakan kumpulan pendesak yang mencetuskan ‘kekacauan’ politik di negeri itu, serta kegagalan enam Ahli EXCO menghadiri mesyuarat mingguan pentadbiran, minggu lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata dimaklumkan bahawa Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut. “Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini. Beliau berkata, pada ketika rakyat Kedah gembira meraikan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah ke-88, sekumpulan pemimpin UMNO negeri bertindak mendesak beliau berundur daripada jawatan Menteri Besar. “Tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret sama ketua-k

Sultan Kedah murka, EXCO dan kumpulan pendesak kena mohon ampun: Mukhriz

Imej
ALOR SETAR, Ahad – Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan tersinggung dan murka dengan tindakan kumpulan pendesak yang mencetuskan ‘kekacauan’ politik di negeri itu, serta kegagalan enam Ahli EXCO menghadiri mesyuarat mingguan pentadbiran, minggu lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata dimaklumkan bahawa Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut. “Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini. BERITA LANJUT MENYUSUL Sumber

Masyarakat perlu tingkatkan kepedulian sosial hadapi ancaman Daesh

Imej
KOTA BAHARU, Ahad – Masyarakat perlu mempertingkatkan kepedulian sosial mereka dengan mengambil tanggungjawab bersama membantu kerajaan menangani ancaman pengganas Daesh. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata militan Daesh berbeza dengan kumpulan militan lain kerana ia tidak mempunyai struktur organisasi yang khusus. “Dahulu, jika kita dapat tangkap ketua atau anggota sesebuah kumpulan militan, kumpulan itu akan dapat dibasmi. “Namun ia berbeza dengan Daesh kerana ia tidak mempunyai struktur atau pun jemaah dan individu boleh terpengaruh walau hanya dengan menonton dakyah yang disebarkan oleh kumpulan itu menerusi media sosial,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam di Malaysia dan menyampaikan watikah pelantikan kepada 337 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), di sini, hari ini. Hadir sama Ketua UMNO bahagian Kubang Kerian Datuk Muhammad Abdul Ghani. Mengulas lanjut, Asy

Pemandu bas kasari penumpang, SPAD ambil tindakan tegas

Imej
KUALA LUMPUR, Ahad – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia akan memastikan tindakan tegas dan segera akan diambil ke atas seorang pemandu bas yang didakwa mengasari seorang penumpang semasa dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang, Isnin lepas. SPAD berkata ia memandang serius perkara itu dan telah berhubung dengan penumpang berkenaan untuk merekodkan kenyataan dan menggesa mangsa untuk membuat laporan polis berikutan insiden itu. “Susulan itu, penumpang berkenaan telah membuat laporan polis pada 28 Jan di Balai Polis Melaka Tengah. SPAD akan terus memberikan PDRM (Polis Diraja Malaysia) bantuan dan maklumat yang diperlukan mengenai pemandu dan syarikat bas untuk memastikan tindakan yang tegas dan pantas akan diambil ke atas pemandu tidak bertanggungjawab ke atas tindakannya yang tidak boleh diterima,” suruhanjaya itu berkata dalam satu kenyataan di sini hari ini. Rakaman video selama satu minit yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres mengasari seorang penum

Pengubahsuaian Bajet 2016 langkah tepat pada masa

Imej
GEORGE TOWN, Ahad – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) melihat pengubahsuaian Bajet 2016 sebagai langkah yang tepat pada masa untuk menangani kejutan ekonomi sekarang. Ketua Eksekutifnya Datuk Redza Rafiq berkata kerajaan sentiasa pantas menangani cabaran ekonomi dan pengubahsuaian Bajet 2016 merupakan langkah yang perlu dan tepat pada masa dalam suasana kelembapan ekonomi global sekarang. “Langkah-langkah sedemikian yang biasanya bersifat pengagihan, akan mempunyai elemen yang mencerminkan agenda ‘Ekonomi Rakyat’ kerajaan dan berfungsi untuk menentukan agenda Pertumbuhan Kesaksamaan Sosial NCIA,” katanya kepada Bernama hari ini. Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 yang berdasarkan kepada realiti keadaan ekonomi semasa. Redza berkata agenda kerajaan untuk memastikan jurang perbezaan pendapatan negara ditangani akan menyaksikan NCIA menggandakan usahanya untuk bekerjasama dengan sekt

Arab Saudi kenal pasti pengebom bunuh diri, ikrar kesan semua yang terlibat

Imej
MANAMA, Ahad – Arab Saudi hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti salah seorang individu yang bertanggungjawab keatas insiden serangan bom di Masjid Al-Ridha di wilayah timur, baru-baru ini. Abdul Rahman Sulaiman Al Tuwaijri, 22, salah seorang penyerang yang bertanggungjawab dalam serangan yang berlaku di kota Mahasen sehingga mengakibatkan empat orang maut. Abdul Rahman antara individu yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa dua tahun lalu ekoran mengambil bahagian dalam perhimpunan untuk meminta pembebasan tahanan. Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, seorang lagi pengebom bunuh diri yang ditangkap dalam serangan itu kini sedang menerima rawatan dan akan mendedahkan butiran identitinya nanti. Dalam kenyataan yang sama berkata, empat orang terbunuh manakala 33 lagi cedera termasuk tiga anggota perkhidmatan keselamatan dalam serangan pada Jumaat lalu. “Setakat ini, 19 orang cedera telah keluar daripada hospital manakala 14 yang lain dan tiga angg

Demokrasi hanya amalan ketika pilihan raya

Imej
Rakyat tetap rakyat. Walaupun ada berjuta suara tetapi ia tidak berkuasa mengubah satu suara. Benar, Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Tetapi, ia bukan untuk semua aspek dan mungkin sekadar pada pilihan raya sahaja. Janggal juga kalau ia masih disebut ‘demokrasi’. Banyak isu yang disuarakan rakyat kepada kerajaan namun kebanyakan keputusannya gagal berpihak kepada rakyat. Malah, ditambah beban dan hentaman lagi terhadap golongan marhaen ini. Pelik juga bila kerajaan kerap mengulangi ayat keprihatinan mereka terhadap nasib rakyat. Adakah itu benar prihatin, atau sekadar polimik untuk menyedapkan ucapan mereka? Apakah kita sebagai rakyat ini yang gagal membawa suara keluhan kita kepada kerajaan? Atau mungkin kerajaan yang sengaja gagalkan diri mereka untuk faham situasi rakyat? Perhimpunan aman yang disertai rakyat bererti kita benar-benar terdesak dan mendesak kerajaan supaya membuat keputusan dengan membawa keadaan rakyat. Masakan ribuan rakyat sanggup ber

Penyingkiran Mukhriz: UMNO tidak hairan dakwaan PKR

Imej
BANGI, Ahad – UMNO tidak hairan dengan dakwaan yang dibuat oleh PKR baru-baru ini yang menyifatkan tindakan menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah sebagai tidak tertib dan tidak demokratik. Laporan portal BNBBC menyebut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai berkata, PKR sememangnya sebuah parti yang sering membuat tuduhan tidak berasas serta suka mencari kesalahan orang lain bagi menutup kesilapan parti itu sendiri. “Saya memang tak hairan kalau PKR cakap begitu kerana saya dan UMNO dah faham dengan budaya mereka, senang cerita, PKR ni ibarat yang gajah depan mata tak nampak, yang seberang laut, dia boleh nampak. “Apa dia lupa sewaktu penyingkiran Khalid dulu mereka (PKR) sanggup menipu rakyat, buat Pilihanraya Kecil (PRK) di Kajang, letak Wan Azizah, lepas itu bukan Wan Azizah yang jadi Menteri Besar walaupun itu niat mereka, memenatkan rakyat pergi mengundi, habiskan wang rakyat. “Bila Khalid tak dengar cakap mereka

RM60 bilion harta tidak dituntut waris si mati

Imej
TANGKAK, Ahad – Kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati berikutan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri, berkata angka berkenaan diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya. “Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan. “ “Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim,” katanya ketika merasmikan Forum dan Taklimat Berhubung

Demokrasi hanya amalan ketika pilihan raya

Imej
Rakyat tetap rakyat. Walaupun ada berjuta suara tetapi ia tidak berkuasa mengubah satu suara. Benar, Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Tetapi, ia bukan untuk semua aspek dan mungkin sekadar pada pilihan raya sahaja. Janggal juga kalau ia masih disebut ‘demokrasi’. Banyak isu yang disuarakan rakyat kepada kerajaan namun kebanyakan keputusannya gagal berpihak kepada rakyat. Malah, ditambah beban dan hentaman lagi terhadap golongan marhaen ini. Pelik juga bila kerajaan kerap mengulangi ayat keprihatinan mereka terhadap nasib rakyat. Adakah itu benar prihatin, atau sekadar polimik untuk menyedapkan ucapan mereka? Apakah kita sebagai rakyat ini yang gagal membawa suara keluhan kita kepada kerajaan? Atau mungkin kerajaan yang sengaja gagalkan diri mereka untuk faham situasi rakyat? Perhimpunan aman yang disertai rakyat bererti kita benar-benar terdesak dan mendesak kerajaan supaya membuat keputusan dengan membawa keadaan rakyat. Masakan ribuan rakyat sanggup ber

Daesh gagal kembangkan ideologi di selatan Thailand

Imej
BANGKOK, Ahad – Cubaan militan Daesh untuk menyebarkan ideologi mereka dalam kalangan umat Islam di wilayah selatan Thailand yang mengalami pergolakan, tidak berhasil. “Setakat ini, tiada bukti menunjukkan mereka berjaya mewujudkan unit seperti pejuang pembebasan di selatan (Thailand). Ia masih kekal sebagai suatu idea,” kata seorang pakar mengenai hal ehwal selatan Thailand, Prof Dr Jaran Maluleem. Beliau memberitahu Bernama bahawa sebab utama Daesh gagal menawan hati dan minda umat Islam ialah kebencian penduduk terhadap kekejaman yang dilakukan mereka. Selain itu, perjuangan umat Islam Thailand adalah lebih bersifat perjuangan setempat, bukan perjuangan keagamaan, katanya. Jaran, yang menyandang jawatan profesor sains politik di Thammasat University, Bangkok, berkata usaha Daesh untuk merekrut umat Islam Thailand sebagai anggotanya bermula tahun lepas. Katanya, dalang utama yang memainkan peranan untuk merekrut anggota kumpulan militan itu ialah seorang “tokoh agama” yang seri

Nak nampak kaya atau jadi kaya?

Imej
Dibesarkan dalam cara yang sederhana, pada awalnya sedikit sebanyak membuatkan saya tidak berpuas hati. Kenapa? Kerana saya tahu kemampuan ayah saya. Beliau sebenarnya mampu untuk memanjakan anak-anaknya dengan apa yang kami mahukan, tetapi beliau lebih memilih untuk membesarkan anak-anaknya dengan cara yang bersederhana. Saya ingat lagi, sewaktu di sekolah menengah dahulu. Ramai yang berpusu-pusu menggunakan telefon bimbit berjenama Blackberry. Telefon bimbit berkenaan cukup hangat pada ketika itu. Saya ada juga meminta pada ayah saya. Namun saya tahu, jawapannya akan menghampakan. “Nak, beli sendiri,” katanya. Saya sentiasa tertanya-tanya, kenapa susah sangat ayah nak belikan untuk saya sedangkan ia bukanlah sesuatu yang terlalu mahal. Banyak yang saya minta, itu ini. Jika ianya bukan sesuatu keperluan dan hanyalah kehendak semata-mata, ayah saya tidak akan melayan permintaan itu. Sikapnya itu mengajar saya untuk berdikari. Nak sendiri, usaha sendiri. Selalu juga saya abaikan

Nak nampak kaya atau jadi kaya?

Imej
Dibesarkan dalam cara yang sederhana, pada awalnya sedikit sebanyak membuatkan saya tidak berpuas hati. Kenapa? Kerana saya tahu kemampuan ayah saya. Beliau sebenarnya mampu untuk memanjakan anak-anaknya dengan apa yang kami mahukan, tetapi beliau lebih memilih untuk membesarkan anak-anaknya dengan cara yang bersederhana. Saya ingat lagi, sewaktu di sekolah menengah dahulu. Ramai yang berpusu-pusu menggunakan telefon bimbit berjenama Blackberry. Telefon bimbit berkenaan cukup hangat pada ketika itu. Saya ada juga meminta pada ayah saya. Namun saya tahu, jawapannya akan menghampakan. “Nak, beli sendiri,” katanya. Saya sentiasa tertanya-tanya, kenapa susah sangat ayah nak belikan untuk saya sedangkan ia bukanlah sesuatu yang terlalu mahal. Banyak yang saya minta, itu ini. Jika ianya bukan sesuatu keperluan dan hanyalah kehendak semata-mata, ayah saya tidak akan melayan permintaan itu. Sikapnya itu mengajar saya untuk berdikari. Nak sendiri, usaha sendiri. Selalu juga saya abaikan

Sistem kewangan Islam perlu diperkukuh dengan penggunaan dinar emas: Rais

Imej
KUALA LUMPUR, Ahad – Sistem kewangan Islam perlu diperkukuh lagi menerusi penggunaan dinar emas sebagai alternatif dalam sistem kewangan dunia, saran Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa Majlis Pendidik Kewangan Islam Antarabangsa (ICIFE) Tan Sri Dr Rais Yatim. Rais yang juga Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, berkata sistem kewangan masa kini tidak seharusnya terhad kepada penggunaan dolar US (Amerika Syarikat) semata-mata, memandangkan kegemilangan sistem kewangan berasaskan Syariah yang menggunakan dinar emas, telah terbukti oleh kerajaan Islam sebelum ini. “Islam mampu mewujudkan kewangan alternatif, tapi oleh sebab ketidakbersatuan kita dalam banyak hal, terutama politik, ekonomi, keagamaan dan lain-lain, maka kita tertinggal dalam menggunakan konsep dinar dalam denominasi kewangan sebahagian dunia. “Kita perlu mencari alternatif sebab sistem Syariah dan kewangannya dan perbankannya sudah jelas mendapat pengiktirafan bank dunia,” katanya pada sidang media di sini.

Tambak laut bukan alasan untuk kerajaan Pulau Pinang cari modal: Dr Hilmi

Imej
BALIK PULAU, Ahad- Projek menambak laut di Permatang Damar Laut dekat sini bukan kaedah terbaik yang perlu dilaksanakan bagi mencari modal untuk menampung kos pembangunan infrastruktur pengangkutan di Pulau Pinang, kata Anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Himi Yahaya. Beliau berkata alasan kerajaan negeri itu tidak boleh diterima sama sekali kerana pelaksanaannya akan memberi kesan negatif kepada banyak pihak. “Tindakan (cadangan) itu dilihat akan memberi kesan serius kepada 1,500 nelayan dari segi kemerosotan mata pencarian kerana mereka bergantung hidup dengan hasil tangkapan laut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Pulau Betong, di sini, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yeow baru-baru ini dilaporkan berkata, projek itu dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mencari modal bagi melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan negeri yang menelan kos RM27 bilion. Dr Hilm

Perak bina sekolah menengah tahfiz berasrama penuh di setiap daerah: MB

Imej
PANGKOR, Ahad – Perak akan membina Sekolah Menengah Tahfiz (SMT) bertaraf asrama penuh di setiap daerah bagi memastikan pendidikan bersepadu dapat diberikan kepada anak-anak Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata beberapa SMT akan siap dibina dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi. “Projek perintis SMT yang dijalankan di Pulau Pangkor hampir siap dan kini berada di peringkat terakhir melibatkan pengurusan pentadbiran. Pelajar yang belajar di sebuah tempat pengajian lain akan dipindahkan ke kawasan ini. “Sekolah ini antara contoh sekolah asrama penuh kerajaan negeri kerana kualiti dan sistem pembelajarannya sebuah maahad tahfiz, tetapi kualiti sekolah berasrama penuh di bawah penyeliaan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung di sini hari ini. Sekolah berkenaan yang dibina dengan kos kira-kira RM10 juta itu mampu menampung seramai 150 orang pelajar. Mengulas l

Pelajar perubatan disaran bertindak mengikut etika

Imej
GEORGE TOWN, Ahad – Pelajar perubatan perlu menjadi profesional dan bertindak berdasarkan etika ke arah kesejahteraan masyarakat ketika melakukan latihan klinikal, kata Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Zailan Adnan. Beliau berkata sebagai bakal pengamal kesihatan, apa yang mereka sebut dan bertindak akan menjadi gaambaran kepada institusi tempat mereka bekerja. “Anda mesti hormati hak pesakit dan mengekal kerahsian mereka setiap masa,” katanya dalam ucapan pada majlis ‘White Coat Ceremony 2016’ di Hospital Pulau Pinang di sini, semalam. Di majlis itu, Penang Medical College (PMC) meraikan 140 orang pelajar perubatan pelatih dari Ireland yang mengikuti latihan klinikal di kemudhaan penjagaan kesihatan di sekitar negeri ini. Sementara itu, Presiden PMC, Prof Amir Sharifuddin Mohd Khir berkata para pelajar Ireland tersebut telah menghabiskan laithan praklinikal selama dua setengah tahun di Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) dan University College Dublin (UCD). “Para pe

Mara kaji semula dasar penghantaran pelajar ke luar negara

Imej
BERA, Ahad- Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengkaji semula dasar penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara bagi menyelaraskannya dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi dasar baharu itu nanti, hanya sebahagian pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini. “Kerajaan menggalakkan universiti tempatan mengambil pelajar luar negara seperti dari Indonesia, China, India serta Afrika tetapi pada masa sama, kita pula yang hantar pelajar negara ini ke luar negara. “Sepatutnya kita yang menggalakkan pelajar meneruskan pengajian di universiti tempatan memandangkan keupayaan tenaga pengajarnya setanding dengan universiti luar negara,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ketujuh Sekolah Kebangs

Nasib rakyat Palestin tidak harus dilupakan: Duta

Imej
KUALA LUMPUR, Ahad — Komuniti antarabangsa tidak harus sekali-kali melupakan nasib rakyat Palestin walaupun banyak konflik berlaku di sekitar negara Timur Tengah, kata Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha. Beliau berkata konflik di Palestin menjadi isu yang telah lama dan belum mempunyai jalan penyelesaian. “Apabila konflik di Palestin dapat diselesaikan, barulah isu lain di Timur Tengah juga akan selesai. “Terlalu banyak perhatian diberikan kepada isu-isu lain di Timur Tengah, namun, tiada apa yang telah diselesaikan untuk Palestin,” katanya ketika berucap pada Hari Antarabangsa mengenai Menyokong Hak Rakyat Palestin di Kawasan Diduduki pada 1948, di sini hari ini. Dr Anwar berkata rakyat Palestin telah menderita selama 67 tahun di bawah pendudukan Israel dan berharap masyarakat antarabangsa akan berdiri teguh di samping mereka serta menyokong penubuhan negara Palestin. Beliau berharap dengan penglibatan komuniti antarabangsa, pembunuhan dan kekejaman terhadap rakyat

Kaum Melayu perlu ubah pemikiran bergantung pada kerajaan: Rafidah Aziz

Imej
SHAH ALAM, Ahad — Kaum Melayu, khususnya golongan muda perlu mengubah pemikiran yang terlalu bergantung kepada keistimewaan diberi kerajaan. Mereka sebaliknya hendaklah mempercayai kebolehan diri supaya mampu menjadi pesaing hebat dengan golongan lain, demikian tegas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau berkata, kebergantungan dengan keistimewaan ini dilihat menggugat kemampuan kaum Melayu bersaing di arus globalisasi yang semakin mencabar. Katanya, keadaan kehidupan kaum Melayu pada masa ini juga sudah berubah berbanding zaman dahulu di atas usaha kerajaan meningkatkan keupayaan mereka dalam ekonomi negara, termasuk mengimbangi kedudukan sosial kaum itu dengan kaum-kaum lain. “Bagaimanapun, corak pemikiran kaum Melayu saja yang masih bergantung kepada ‘tongkat’ (keistimewaan) yang disediakan, malah sekarang ini ia dilihat sebagai ‘excess baggage’ – sesuatu yang kita bawa dari dahulu hingga sekarang. “Masih ada lagi yang nak juga ‘tong

The power of Duaa

Imej
By Amal Al-Sibai WE all have a powerful tool in our hands to help us get through the difficult times, to find relief after suffering, and to attain what we strongly desire; and that tool is duaa. Making duaa is turning to Allah with complete trust that Allah hears our prayers; it is supplicating with sincerity, an earnest desire, and reliance on Allah. Your duaa will be answered, as long as it is coupled with action, but also patience. You do your part. You study hard for that exam, then you wake up after midnight and you make sincere duaa to Allah, and rest assured that you will score an excellent grade on that exam! Muslims are encouraged to constantly make duaa to Allah. Prophet Muhammad (peace be upon him) placed so much importance on supplication that he said, “Duaa is the essence of ibadah (worship).” (Reported in At-Tirmidhi and Ahmad) Duaa is actually a form of worship. The following verse in the Holy Qur’an is a reminder from our Lord that we should constantly turn to Al

4 maut, 18 cedera serangan di masjid Syiah di Arab Saudi

Imej
JEDDAH, Sabtu – Serangan menyasarkan masjid Syiah di wilayah timur Arab Saudi malam tadi waktu Malaysia menyebabkan sekurang-kurangnya empat terbunuh, manakala 18 lagi cedera, kata Kementerian Dalam Negeri. Serangan berlaku di Masjid Imam Ridah di perkampungan Mahasin, kira-kira 150 kilometer ke selatan bandar wilayah Dammam yang kaya minyak. Saksi yang berada tidak jauh dari tempat kejadian memberitahu media Arab Saudi, penyerang tiba berhampiran masjid itu dengan tiga kereta dan mula menembak ke arah balai polis berdekatan serta kenderaan pihak berkuasa keselamatan. Penyerang kemudian menghampiri masjid, dan penyerang bunuh diri memasuki masjid itu tetapi ditahan seorang pengawal, Hussain al-Badri. Penyerang bagaimanapun meletupkan ‘bom jaket’ dipakainya di pintu pagar masjid menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Seorang lagi penyerang kemudian memasuki masjid dan mula melepaskan tembakan rambang menggunakan mesingan. “Kami baru hendak memulakan solat Jumaat apabila terdengar bu

Sarawak adakan Pilihan Raya Negeri 30 April, penamaan calon 18 April

Imej
KUCHING, Sabtu – Sarawak bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) pada 30 April ini. Demikian diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, malam tadi. Katanya, beliau telah mengemukakan tarikh yang dicadangkan bagi PRN Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, beliau turut mencadangkan kepada SPR supaya 18 April adalah tarikh penamaan calon. Beliau membuat kejutan itu ketika berucap merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, di sini, malam tadi. “Saya sudah bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan memutuskan untuk menetapkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada 30 April,” katanya. Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan. Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun tahun ini. PRN Sarawak yang lalu diadakan pada 2011 menyaksikan BN mengekalkan majoriti dua p

Tonjolkan pendirian dalam beragama – Ustaz Fisol

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi ALOR SETAR, 29 Jan – Naib Yang Dipertua Isma Cawangan Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa menggesa masyarakat Islam agar sentiasa menonjolkan pendirian dalam beragama. Dia yang mesra dengan panggilan Ustaz Fisol itu berkata, sikap dan pendirian terhadap sesuatu perkara yang berkait dengan agama Islam yang tercinta mestilah ditunjukkan. “Jangan buat senyap saja tanpa nyatakan sebarang pendirian, seolah-olah kita setuju atau tidak ambil peduli apabila sesuatu kejadian yang merendah-rendahkan martabat agama kita dibuat. Ustaz Fisol berkata demikian ketika membincangkan kisah sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Habib bin Zaid r.a. dalam program Usrah Umum bulanan anjuran Isma Alor Setar, baru-baru ini. Ujarnya lagi, kepahlawanan Habib bin Zaid r.a wajar dijadikan iktibar oleh segenap masyarakat dalam konteks bertegas dalam beragama. “Habib bin Zaid r.a. ketika ditangkap oleh Musailamah al-Kazzab, dia dipaksa mengakui kerasulan Musailamah teta

Mukhriz diarah keluar dari mesyuarat MT UMNO

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Datuk Seri Mukhriz Mahathir diarah keluar dari mesyuarat Majlis Tertinggi petang ini oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor. Sebelum meninggalkan Menara Dato Onn di sini, Mukhriz mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau diarah keluar oleh Tengku Adnan. Mukhriz adalah Ahli MT berdasarkan kepada kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Mengikut laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, mesyuarat MT juga dikatakan tidak menyediakan tempat duduk untuk beliau pada mesyuarat itu. Sementara itu, Mukhriz berkata, beliau tidak menerima apa-apa berita bahawa Menteri Besar Kedah yang baharu akan mengangkat sumpah minggu depan. “Saya tidak menerima maklumat seperti itu. Saya tak boleh komen. Sumber ada meragukan,” katanya. Media hari ini melapor Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan mendapat pekenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menukar menteri besar di Kedah ketika mengadap baginda Rabu, lalu. Bagai