Rayani Air berhentikan 415 kakitangan
BANGI, Khamis – Pada saat umat Islam bakal menyambut Aidilfitri tidak beberapa hari lagi, Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, membuat keputusan memberhentikan 415 kakitangannya, sekali gus menarik balik langkah untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan. Pemberhentian kerja dianggap situasi menang-menang kepada semua pihak, terutama pekerja berbanding penamatan perkhidmatan yang lebih merujuk kepada pemecatan,kata Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air, Datuk Karthiyani Govindan. Memetik laporan MStar Online hari ini beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat Jabatan Tenaga Kerja (JTK). “Syarikat merasakan surat penamatan khidmat itu tidak sesuai untuk pekerja kerana ia hanya memberi gambaran buruk kepada mereka. Syarikat hanya akan mengeluarkan surat seperti itu sekiranya ia melibatkan masalah disiplin atau salah laku. “Oleh itu, syarikat memutuskan untuk mengeluarkan surat pemberhentian kerja berikutan syarikat tidak l...