Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Rayani Air berhentikan 415 kakitangan

Imej
BANGI, Khamis – Pada saat umat Islam bakal menyambut Aidilfitri tidak beberapa hari lagi, Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, membuat keputusan memberhentikan 415 kakitangannya, sekali gus menarik balik langkah untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan. Pemberhentian kerja dianggap situasi menang-menang kepada semua pihak, terutama pekerja berbanding penamatan perkhidmatan yang lebih merujuk kepada pemecatan,kata Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air, Datuk Karthiyani Govindan. Memetik laporan MStar Online hari ini beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat Jabatan Tenaga Kerja (JTK). “Syarikat merasakan surat penamatan khidmat itu tidak sesuai untuk pekerja kerana ia hanya memberi gambaran buruk kepada mereka. Syarikat hanya akan mengeluarkan surat seperti itu sekiranya ia melibatkan masalah disiplin atau salah laku. “Oleh itu, syarikat memutuskan untuk mengeluarkan surat pemberhentian kerja berikutan syarikat tidak l

RON95, RON97 dan Diesel naik 5 sen tengah malam ini

Imej
BANGI, Khamis – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel masing-masing mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter berbanding tiga bulan lalu berkuatkuasa tengah malam ini. Ia sekaligus menjadikan harga RON95 meningkat sebanyak RM1.75 seliter manakala RON97 pula akan dijual dengan RM2.10 seliter. Manakala bagi bahan api Diesel akan dijual pada harga RM1.60 seliter berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.55 seliter Kenaikan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api ini berlaku selepas tiga bulan berbanding sebelumnya apabila harga minyak berterusan turun bermula Februari dan Mac tahun ini. The post RON95, RON97 dan Diesel naik 5 sen tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Laman web papar laporan audit 1MDB milik Rafizi: Saksi SKMM

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa laman web www.rafiziramli.com yang mengandungi paparan dokumen rasmi berhubung laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad(1MDB) adalah milik Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli. Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Zamiri Sanim, berkata paparan dokumen rasmi berhubung laporan akhir yang dimuat naik di laman web tersebut bertajuk ‘Laporan Ketua Audit Negara Ke Atas 1MDB Mengesahkan Kesan Masalah Kewangan 1MDB Ke Atas LTAT’. Beliau berkata SKMM menjalankan siasatan pelbagai peringkat, termasuk melakukan semakan di syarikat telekomunikasi dan Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum memastikan laman web itu adalah milik Mohd Rafizi, 39. Mohd Zamiri, 35, berkata dia menerima permohonan daripada pegawai penyiasat, Supt R. Rajagopal dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Bahagian Korporat), Bukit Aman, untuk menjalankan siasatan terhadap laman web tersebut

Ibu bapa enggan vaksin anak dianggap penganiayaan: KPWKM

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Khamis – Ibu bapa yang enggan memberi suntikan vaksin dan imunisasi sehingga menjadi punca penyakit dan mengancam nyawa ke atas anak-anak disifatkan sebagai satu tindakan penganiayaan mengikut Akta Kanak-kanak 2001. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan berkata, sesiapa yang menganiaya kanak-kanak bakal berdepan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Justeru, KPWKM mahu ibu bapa supaya bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. “KPWKM menasihati ibu bapa yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan KKM bagi memastikan tahap kesihatan kanak-kanak berada dalam keadaan baik,” kata kenyataan itu. Akta kanak-kanak 2001 telah dipinda melalui Rang Undang-Undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 dan telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat pada 6 April lalu dan Dewan

Isu kafir harbi: Solidariti bersama Mufti Pahang

Imej
Dua perkembangan yang berlaku serentak hari ini tetapi membawa implikasi tersendiri – siasatan (dan kemungkinan pendakwaan) terhadap Mufti Pahang dan penangkapan Ketua Menteri Pulau pinang, Joseph Lim Guan Eng. Perasaan yang bercampur baur antara sedih, bangga dan gembira menerpa ke dalam hati. Tanpa cuba untuk masuk campur dalam urusan siasatan pihak polis, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk sama-sama menjayakan Kempen Solidariti Bersama Mufti Pahang, Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, angkara berita yang diputarbelit dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau atas satu kenyataan yang menyentuh isu penentangan terhadap kedaulatan Islam dan kepentingan umat Islam oleh golongan kuffar. Manakala media yang bertanggungjawab dan terawal mencetuskan kekeliruan ini terselamat pula dari jangkauan undang-undang. Sahibus Samahah Mufti Pahang telah menunjukkan keberaniannya menyuarakan kebenaran yang dimaklumi semua orang, bahawa terdapat siri-siri penentangan dan

Henti peruntukan, Tun M akan tetap bekerja di Yayasan Kepimpinan Perdana

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Khamis – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap bekerja di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) walaupun kerajaan mahu memberhentikan peruntukan menyewa premis termasuk membayar kakitangannya. Tun Dr Mahathir dalam entri terbaru di blognya chedet.cc berkata, menjadi amalan di negara ini, kerajaan menyediakan pejabat dan kakitangan kepada bekas-bekas Perdana Menteri. Malah katanya, walaupun Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pernah bercakap di platform pembangkang dan mempunyai pendirian yang bercanggah dengan kerajaan sebelum ini, tetapi keistimewaan beliau tidak pernah dinafikan. “Walaupun Tunku agak bercanggah dengan kerajaan dan pernah bercakap di platform pembangkang serta menyokong DAP, beliau menikmati keistimewaan itu sehingga meninggal dunia,” katanya dalam tulisan bertajuk ‘Kisah mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana’, hari ini. Mengulas lanjut katanya, ramai penyokong yayasan sudah mula takut untuk dekat dengan belia

Pengguna bakal nikmati perjalanan percuma di Lebuhraya LATAR sempena Aidilfitri

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Lebih 100,000 pengguna Lebuhraya LATAR bakal menikmati perjalanan Tol Percuma bermula dari tengah malam sehingga 11.59 malam pada 6 Julai 2016 iaitu pada hari raya pertama Aidilfitri. “Tol percuma ini adalah bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri” kata En Ahmad Fuad Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi, Lebuhraya LATAR. “Ini merupakan kali ketiga (3) Lebuhraya LATAR memberikan Tol Percuma kepada para pengguna lebuhraya. Kali pertama adalah selepas perasmian Lebuhraya LATAR dan diikuti dengan pembukaan Persimpangan Kundang pada tahun lepas. “Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat kepada masyarakat dan juga bertujuan meraikan dan menghargai sokongan para pengguna setia Lebuhraya LATAR. “Dengan adanya insentif tol percuma ini, adalah diharapkan agar ianya dapat meringankan beban berbelanjaan para pengguna semasa musim perayaan ini.” tambah beliau. Perjalanan bebas tol ini adalah untuk dinikmati oleh semua jenis kelas kenderaan di semua

PLUS minta pengguna jalan raya ikut jadual perjalanan elak kesesakan

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meminta pengguna jalan raya agar mematuhi Jadual Masa Perjalanan (TTA) yang dikeluarkannya bagi mengelak kesesakan semasa orang ramai pulang ke kampung semasa musim perayaan ini. Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, menerusi TTA itu, pengguna jalan raya dari Lembah Klang yang menuju Perlis dan Kedah disaran supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Manakala pengguna yang menuju Pulau Pinang, Perak Utara dan Perak Tengah dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya antara pukul 10 pagi hingga 6 petang, katanya. Sementara itu Noorizah berkata, berdasarkan kajian PLUS semasa musim perayaan lalu, perjalanan di lebuh raya menjadi lebih lancar apabila orang ramai mematuhi jadual TTA PLUS. Beliau berkata, PLUS menjangkakan 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan sempena Aidilfitri ini. Orang ramai boleh merujuk jadual TTA di laman sesawang PLUS di www.plus.com.my, laman

KATA PEDANG: SPRM bebas tangkap siapa sahaja kecuali Lim Guan Eng?

Imej
MEMANG dasar lidah bercabang. Entah neraca apa yang digunakan dalam membuat pertimbangan. Pedang teringat sorakan penyokong taksub Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes liwat dua. “Rakyat menang,” sorak lebih 6,000 penyokong Anwar pada hari perbicaraan bertarikh 9 Januari 2012 di luar kompleks mahkamah di Jalan Duta. Sebaliknya, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang memutuskan bahawa Anwar akan dipenjara selama lima tahun, tidak diterima oleh seorang pun penyokong Anwar, malah keputusan itu dianggap zalim lalu institusi kehakiman dikecam teruk. Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, mereka sokong, tetapi tidak pula sebaliknya. Sebab itulah Pedang mempersoalkan, neraca apakah yang mereka gunakan sehingga dilihat tidak rasional langsung. Itu kisah Anwar. Hari ini kisah pemimpin parti rasis dan cauvinis Lim Guan Eng yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seter

VIRAL: Status ‘Astro buat hal lagi’ dikongsi hampir 20,000 kali

Imej
Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu? RM120 penalti RM80 penalti RM88 bil bulanan RM70 1 bulan notis. 1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook. Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang ka

Guan Eng didakwa rasuah, diikat jamin RM 1 juta

Imej
GEORGE TOWN, Khamis – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Khoon didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini atas tuduhan rasuah sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Pesuruhjaya Kehakiman Hakim Mahkamah Tinggi George Town, Datuk Azmi Ariffin membenarkan Guan Eng diikat jamin RM 1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan. Beliau dibenarkan menyimpan pasport tetapi perlu memaklumkan kepada Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah Tinggi dua hari sebelum keluar negara. Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, Guan Eng mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid – satu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan. Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco berta

Najib umum kenaikan tangga gaji, gaji minimum RM1,200 penjawat awam

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, Khamis – Pelaksanaan kenaikan satu tangga gaji bagi kakitangan awam atau penjawat awam pada 1 Julai ini sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2016 akan dilaksanakan oleh Kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, meskipun Kerajaan berhadapan dengan bermacam tohmahan berhubung keadaan kewangan negara, pihaknya tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama. “InsyaAllah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu. “Usaha dan kerja keras penjawat-penjawat awam amat kerajaan hargai, dan saya harap dengan bantuan ini akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang, InsyaAllah,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, hari ini. Kakitangan awam akan m

Tabung Haji lantik Johan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai. Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan Jun selepas berkhidmat lebih sedekad menganggotai lembaga pengarah. Johan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Morehead State University dan ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Eastern Michigan University. Sebelum menyertai Tabung Haji sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO pada 15 Jan tahun lepas, beliau berkhidmat sebagai Pengarah urusan dan CEO BIMB Holdings Bhd sejak Mei 2008. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan di Bursa Malaysia Bhd dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam. – Bernama The post Tabung Haji lantik Johan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO a

Pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai jika Aidilfitri pada 6 Julai

Imej
PUTRAJAYA, Khamis – Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai. “Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan  daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS. “Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama ke

Kronologi kes pembelian banglo Guan Eng

Imej
BERIKUT  adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu: * 17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen. * 18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan. * 18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO). * 19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn. * 20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn. * 22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan b

Doktor merawat pesakit perlu sama jantina bukan suatu polisi wajib

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Rawatan kepada pesakit oleh doktor yang sama jantina bukan suatu polisi wajib, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata demikian dalam Facebook selepas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kerajaan mempunyai rancangan untuk mengkhususkan doktor wanita sahaja yang menyambut kelahiran bayi di hospital awam. Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan dan menyantuni permintaan pesakit wanita untuk dirawat oleh doktor wanita sekiranya terdapat doktor wanita yang layak dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut yang sedang bertugas pada masa itu. “Keadaan dan syarat yang sama juga terpakai bagi permintaan daripada pesakit lelaki yang mahukan doktor lelaki. “Tetapi ini bukan suatu polisi wajib, dan memerlukan budi bicara serta tertakluk kepada keadaan, apatah lagi sekiranya terdapat kecemasan perubatan. “Maka mana-mana doktor (lelaki mahupun wanita)

Isu banglo: Rahman Dahlan yakin Guan Eng memang bersalah

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau yakin berlaku salah laku dalam isu penjualan dan pembelian banglo oleh Lim Guan Eng. Abdul Rahman berkata demikian susulan penahanan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis, DAP itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang, semalam. “Saya yakin berlaku salah laku. Saya membangkitkan kebimbangan berhubung penjualan dan pembelian banglo YAB Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn pada Mac 2016, kerana saya yakin berlaku salah laku dalam transaksi dan rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kebenaran,” katanya, semalam. Dalam masa yang sama, beliau menyifatkan slogan DAP yang kononnya menjadi parti politik paling bersih di Malaysia kini tidak boleh lagi diguna pakai. “Jelas sekali, slogan DAP kononnya menjadi parti politik paling bersih di Malaysia tidak boleh lagi diguna pakai, susulan penahanan Lim Guan Eng oleh SPRM hari ini (semalam). Ketelusa

Sarawak catat jumlah tertinggi individu tidak berpuasa

Imej
KUCHING, Khamis – Ketua Penguatkuasaan Syariah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Wan Shaifuddin Wan Madihi, berkata Kuching mencatat jumlah penahanan tertinggi individu beragama Islam yang tidak berpuasa sejak Ramadan. Katanya, ia membabitkan 16 tangkapan sehingga semalam, diikuti Limbang (18), Samarahan (13), Bintulu (enam), Sibu (lima), Betong (dua) dan Sri Aman (satu). Seramai 61 ditahan di seluruh negeri dan daripada jumlah itu, katanya, seramai 37 individu sudah didakwa di mahkamah syariah dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah kerana tidak menghormati Ramadan. “Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan,” katanya yang dipetik daripada BH, hari ini. Beliau berkata, denda tertinggi setakat ini kerana tidak berpuasa ialah RM800 dan tiga bulan hukuman penjara. The post Sarawak catat jumlah tertinggi individu tidak berpuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

VIDEO | Penjelasan Mufti Pahang isu kafir harbi

Imej
Sumber: Astro Awani The post VIDEO | Penjelasan Mufti Pahang isu kafir harbi appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Mara Digital Anggerik Mall bakal beroperasi sepenuhnya selepas raya

Imej
SHAH ALAM, Khamis – Kesemua 52 kios di pusat barangan teknologi maklumat Bumiputera, MARA Digital Anggerik Mall di sini dijangka beroperasi sepenuhnya selepas Aidilfitri. Pengarah Urusan Interlink Impact Holding Sdn Bhd, Amizar Abu Adam yang menguruskan MARA Digital Mall berkata sehingga kini sebanyak 70 peratus peniaga telah memeterai perjanjian perniagaan di situ. “Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan akan merasmikan MARA Digital Mall bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis ‘Eratkan Jalinan, Semarakkan Syawal’ yang disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari malam tadi. MARA Digital Anggerik Mall merupakan cawangan kedua selepas mall yang pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada Disember tahun lepas, Ismail Sabri dilaporkan berkata, MARA Digital Mall akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara tahun ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumip

Difteria: Dua kes baharu di Sabah, lima kematian dicatat sehingga kini

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis — Dua kes terbaru difteria berlaku di Sabah dengan seorang daripadanya meninggal dunia, manakala seorang lagi sedang dirawat di hospital, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dengan ini, jumlah kematian akibat difteria di Malaysia adalah sebanyak lima kes sehingga hari ini, sementara 13 kes disahkan dijangkiti difteria, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Beliau berkata, kes kematian terbaru itu melibatkan kanak-kanak berumur tiga tahun yang tidak menerima imunisasi difteria. “Pesakit disahkan menghidap difteria pada Khamis lepas (23 Jun) dan meninggal dunia pada Isnin (27 Jun). Manakala kes kedua pula adalah seorang kanak-kanak bukan warganegara yang berumur lima tahun dan disahkan menghidap difteria semalam (28 Jun). “Kini dia dirawat di wad isolasi hospital dan dalam keadaan stabil,”  katanya. Mengenai pecahan kes tersebut, beliau berkata tiga kes dikesan di Melaka dengan satu kematian, Kedah (enam kes dengan satu kematia

Guan Eng akan didakwa di bawah Akta SPRM hari ini

Imej
GEORGE TOWN, Khamis – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Khoon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini hari Khamis di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Lim dan Phang ditahan SPRM semalam berhubung isu pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dijadual mengetuai barisan pendakwaan. SPRM dalam kenyataan semalam berkata pendakwaan terhadap Lim dan Phang dijadual pada pukul 10 pagi. Sementara itu, polis menjalankan kawalan ketat di kawasan mahkamah bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Lim dan Phang dibenarkan berada di kawasan mahkamah. “Penyokong dan mereka yang tidak berkaitan tidak dibenarkan

Othman dilantik semula Ketua Pengarah Jakim secara kontrak

Imej
BANGI, Khamis – Kerajaan bersetuju melantik semula Tan Sri Othman Mustapha sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara kontrak selama setahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. “Pelantikan semula ini adalah mengambil kira ketokohan dan kecemerlangan Othman sebagai Ketua Pengarah Jakim sejak 23 April 2011 yang mendapat pengiktirafan pelbagai pihak dalam atau luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Pelantikan semula itu berkuat kuasa mulai 1 Julai ini hingga 30 Jun 2017. Othman akan bersara wajib 60 tahun pada 1 Julai ini. Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang syariah dan mula berkhidmat di Jakim sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah bertugas antaranya sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia; Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim dan Pengarah Jakim Cawangan

Jumlah terbunuh letupan di Istanbul meningkat 42, ratusan cedera

Imej
ISTANBUL, Khamis – Jumlah yang terbunuh akibat serangan bunuh diri tiga penyerang di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul, meningkat kepada 42 orang, termasuk 13 warga asing, manakala 239 lagi cedera – 41 daripadanya parah. Tiga penyerang tiba dengan sebuah teksi dan mula melepaskan tembakan di pintu masuk terminal, awal pagi semalam waktu Malaysia. Mereka kemudian meletupkan diri masing-masing. Dalam pada Turki mengisytiharkan tiga hari berkabung, Perdana Menterinya, Binali Yildirim berkata, petunjuk awal mendapati militan IS bertanggungjawab. Bagaimanapun, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. Penyiasat Turki masih meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mengambil kenyataan saksi serta melihat video yang dirakam orang ramai, untuk mengenal pasti identiti penyerang. Agensi berita Dogan berkata, bedah siasat ke atas tiga penyerang itu mencadangkan mereka mungkin warga asing, tetapi belum ada pengesahan rasmi dibuat. Yildirim berkat

Peguam Negara arah tahan Guan Eng, Phang: SPRM

Imej
BANGI, Rabu – Penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon adalah atas arahan yang diterima daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa kedua-duanya di mahkamah esok. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di tingkat 28, Komtar jam 5.45 petang tadi, manakala Phang di pejabatnya di Aras 6, Taman Pulau Pinang, pada hari yang sama. SPRM berkata, tangkapan tersebut dibuat berhubung isu pembelian rumah banglo milik Guan Eng di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran semasa. Sebelum ini, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta. The post Peguam Negara arah tahan Guan Eng, Phang: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Sifat kurang hati-hati membawa celaka

Imej
Kemajuan teknologi hari ini dilihat telah banyak menaik taraf kehidupan manusia dalam banyak sudut. Pembinaan loji-loji minyak dan gas bersaiz mega, pengeluaran kereta yang lebih laju dan canggih, penciptaan bahan kimia yang pelbagai dan lain-lain. Namun, lebih maju teknologi membangun, kesan kecelakaan hasil daripadanya turut naik berganda. Banyak malapetaka besar yang telah menimpa manusia dicatat oleh sejarah. Ia melibatkan jumlah korban yang sangat signifikan. Antaranya: Kebakaran besar pelantar minyak Piper Alpha pada 6/7/1988 menyebabkan 167 nyawa terkorban dan mengambil lebih 3 minggu untuk api dipadamkan sepenuhnya. Ia akibat kecuaian menggunakan saluran paip yang injap keselamatannya sudah tidak berfungsi. Lepasan gas toksik Methyl Isocyanite (MIC) di loji kimia Bhopal pada 2/12/1984 menyebabkan kematian 3787 dan lebih 500,000 penduduk sekitar terkesan. Disebabkan oleh kecuaian pekerja yang melakukan kerja penyelenggaraan paip, mengakibatkan air mengalir masuk ke dalam ta

Kisah Si Pencari Kerang

Imej
Keras suara Ustaz Ismail kali ini. Kerutan di dahinya menunjukkan betapa serius dia berteriak meniru gaya panglima Islam Tariq bin Ziyad sewaktu berusaha menawan Andalusia. “Wahai saudaraku! Laut di belakangmu, manakala musuh di hadapanmu. Ini bererti kita tidak punya pilihan lain. Samada kita mencapai kemenangan ataupun kita mendapat syahid. Allahuakbar!” Tangannya diangkat mendepa kelangit sebagai tanda ajakan kepada semua 7000 tentera muslim yang baru selesai menyeberangi Selat Gybraltaar. Meskipun yang ada dihadapan beliau hanya 30 orang pemuda dan remaja yang menyertai program kali ini. Sesekali beliau menunjuk-nunjuk ke arah puing-puing kayu yang sebahagiannya ditenggelami air untuk memberi gambaran tinggalan kapal-kapal yang telah dibakar oleh Panglima Tariq . Awan mendung yang menaungi Laut Pantai Remis hari itu menimbulkaan lagi kesan khas perang persis bantuan dari ribuan para malaikat yang diutus Allah sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam surah Al-Anfal. Kisah-kisa

Ya Allah, Kau Cabutlah Nyawaku!

Imej
Setiap tahun bila tiba bulan ramadhan akan ada ramai insan yang pemurah. Seperti kebiasaan saya pergi menghantar bantuan kepada yang memerlukan. Cuma tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun yang lain dan tahun ini pastinya akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Biasanya sebelum ni bantuan beras dan barang keperluan akan saya panjangkan ke rumah anak yatim ataupun madrasah seperti diminta oleh yang memberi. Tapi tahun ni tak sama. Saya pergi ke rumah-rumah orang kampung yang mana senarai nama saya dapat daripada masjid yang saya duduki. Ada 10 buah rumah yang kami pergi semalam dan pelbagai kisah dan teladan yang kami dapat. Tetapi rumah pertama yang saya dan rakan-rakan pergi ini akan menjadi ingatan kepada kami. Apabila mengingatinya berlinangan airmata saya. Kami berhenti didepan sebuah rumah yang agak usang. Kelihatan seorang pemuda sedang sibuk memasukkan besi buruk kedalam kenderaannya dan juga seorang pakcik tua yang memerhatikan pemuda tu dari depan rumahnya. Kami membe