Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Enam maut pesawat terhempas di Sydney

Imej
SYDNEY, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Sekurang-kurangnya enam maut selepas sebuah pesawat dipercayai jenis DHC-2 Beaver Seaplane, terhempas di sebatang sungai di Australia, petang tadi. Pesawat berkenaan terhempas di Sungai Hawkesbury berhampiran bandar Cowan, 50 kilometer utara Sydney, kata polis New South Wales. Jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, pesawat itu dalam penerbangan ke Rose Bay dan Pelabuhan Sydney. Difahamkan, nahas berlaku beberapa jam sebelum Pelabuhan Sydney menjadi tumpuan ramai untuk sambutan tahun baru malam ini. Pemangku Superintendent Michael Gorman memaklumkan, pesawat berada di kedalaman 13 meter air sungai. Setakat ini, maklumat mengenai identiti penumpang pesawat belum dikenal pasti. – Agensi The post Enam maut pesawat terhempas di Sydney appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

DILEMA BARU MELAYU: AMINUDDIN YAHAYA

MEMBACA buku Dilema Melayu tulisan Tun Dr Mahathir membuka mata ramai pihak terhadap nasib orang Melayu. Buku ini bukan saja mengkritik pemerintah ketika itu malah memaparkan kelemahan-kelemahan orang Melayu yang akibatnya mereka tertinggal ke belakang. Oleh kerana takut orang Melayu akan bangkit melawan kerajaan maka buku ini telah diharamkan untuk beberapa ketika. Maka sebab itu apabila Tun memegang tampuk pimpinan negara, orang Melayu menaruh harapan begitu tinggi kepada beliau kerana pada ketika itu beliau dianggap oleh orang Cina sebagai ultra-Melayu. Ramai menyangka nasib orang Melayu akan berubah di bawah pimpinan beliau. Malang sekali sangkaan ini jauh meleset apabila nasib orang Melayu terus terpinggir walaupun selepas 22 tahun beliau memerintah. Dalam ucapan terakhir beliau di Perhimpunan Agung UMNO, Tun sendiri mengaku bahawa beliau gagal membela nasib orang Melayu. Apa yang muncul adalah taiko-taiko Cina yang mengaut segala keuntungan hasil mahsul negara. YTL, Berjaya, C

Mahfuz keluar PAS

Imej
BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Teka-teki pendirian Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terjawab hari ini selepas mengumumkan keluar daripada PAS berkuatkuasa jam 12 malam ini. Keputusan meninggalkan parti yang dianggotainya sejak 1984 itu diumumkan dalam satu sidang media di Royal Signature, Alor Setar sebentar tadi. Memetik laporan Sinar Online, Mahfuz berkata, beliau masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik lain buat masa ini. Sebaliknya Mahfuz berkata, beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas sehingga satu pengumuman dibuat pada 2018 sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Kebelakangan ini, Mahfuz dilihat sering bersama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan termasuk seteru PAS, parti rasis dan cauvinis DAP serta Parti Amanah Negara (PAN). Penglibatan Mahfuz dalam kebanyakan sidang media dan program Pakatan Harapan mengundang tidak senang pimpinan PAS kerana dilihat cenderung menyokong gabungan itu. Malah, Oktober lalu, Naib

Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya

Imej
BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga jam 4 petang. Ia membabitkan Selangor (Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka. Turut terjejas beberapa daerah di Johor termasuklah Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian. Di Pahang, keadaan sama dijangka melanda daerah Bentong dan Bera. The post Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

Isu tanah Felda: Isa Samad kata tiada sidang media

Imej
BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Tiada sebarang sidang media akan dibuat bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung kes pertukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Perkara itu disahkan sendiri oleh Mohd Isa hari ini, kerana mahu mengelakkan timbul salah faham mengenai kontroversi yang terpalit pada dirinya itu. “Tidak ada (sidang akhbar). Kalau nak cari gaduh, bolehlah. Kita bukan nak cari gaduh,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini. Mohd Isa mengulangi kenyataannya untuk sedia memberi kerjasama apabila dipanggil polis bagi membantu siasatan kes berkenaan. Bagaimanapun jelasnya, sehingga kini beliau masih belum dipanggil untuk merakamkan kenyataan. “Kalau polis panggil, orang pertama saya bagitahu press lah (media). Saya pun tak ada apa persediaan, sebab tak tahu apa soalan (polis) nanti,” katanya. Sebelum ini, akhbar Berita Harian (BH) melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah berstrategik di Jalan Semarak, ya

Orok sengaja nyala api permusuhan umat Islam dengan penganut Kristian

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Pengerusi Kluster Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Rushdan Abdul Halim tidak menolak kemungkinan kenyataan berbaur provokasi Paderi Kristian, David Orok mempunyai agenda tertentu untuk melaga-lagakan umat Islam dan penganut agama itu. Beliau berkata, adalah tidak mustahil bagi Orok memandangkan kedudukannya sebagai paderi yang sudah pasti mempunyai pengikut dan pengaruh di kalangan penganut Kristian. Ustaz Rushdan berkata, kenyataan Orok yang berterusan menghina agama Islam dengan membuat tafsiran salah ayat salah suci al-Quran dan menghina Allah sebagai sengaja menyalakan api permusuhan antara umat Islam dan penganut Kristian. “Dia tahu dia kafir lagi jahil tidak layak untuk menafsirkan ayat-ayat al Quran, tetapi sengaja melakukanya tanpa fakta untuk menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini. Beliau berkata demikian mengulas tuduhan pemimpin parti STAR Sabah itu yang

Lelaki hilang ketika kenderaan dihanyut arus deras

Imej
KOTA KINABALU, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an hilang ketika kenderaan dinaikinya dihanyutkan arus deras di sungai di Kampung Sungai Bintosan Darat, Kota Marudu awal pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pasukan Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada 2.56 pagi dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikerahkan ke tempat kejadian kira-kira 16 km dari balai berkenaan. Kesemua enam individu lain yang turut menaiki kenderaan jenis Toyota Innova itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin pintu kereta. Kenderaan itu dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi ia dihanyutkan pada 4.35 pagi. Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Muhammad Asyraf Nurajim. Katanya operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan serta punca kejadian masih disiasat.- Bernama The post Lelaki hilang ketika kenderaan dihanyut arus deras appeared first on Portal Islam dan Melayu | I

Membidas dakwaan Siti Kasim bahawa RUU355 menjahanamkan orang Melayu

Imej
SAYA berasa terpanggil untuk membidas Siti Kasim yang memuat naik satu video di Facebook yang dirakam beliau bertajuk ‘RUU355: Mengapa saya tidak setuju’ pada 27 Disember 2017 yang kononnya ditujukan kepada orang Melayu. Walaupun isu RUU355 tidak lagi menjadi “headline” pada ketika ini, agak aneh juga Siti Kasim tiba-tiba mengulas tentang isu ini. Saya cerakinkan ulasan Siti Kasim kepada beberapa perkara: 1. Siti Kasim mendakwa bahawa RUU355 menjahanamkan orang Melayu; 2. Siti Kasim mendakwa bahawa kesalahan-kesalahan jenayah seperti minum arak, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, tidak menunaikan sembahyang Jumaat, berkhalwat dan lelaki memakai pakaian atau menyerupai perempuan adalah dosa-dosa peribadi atau ‘personal sins’; Sebagai seorang peguam lebih-lebih lagi sebagai seorang ahli jawatankuasa Majlis Peguam yang bertanggungjawab mempertahankan Perlembagaan Persekutuan “without fear or favour”, Siti Kasim nampaknya gagal, cuai atau enggan untuk merujuk atau menggunapakai Peren

Dua kubur besar dipenuhi mayat mangsa militan IS di Raqqa ditemui

Imej
RAQQA, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Dua kubur besar dipenuhi dengan puluhan mayat ditemui dipercayai mangsa militan IS di wilayah Raqqa, Syria. Menurut agensi berita SANA, kubur berkenaan dipercayai mengandungi mayat orang awam dan tentera yang dibunuh oleh militan IS di kampung Wawi berhampiran bandar utara Raqqa. Militan berkenaan telah menjalankan pembunuhan kejam ke atas orang awam termasuklah dengan memenggal kepala, menembak dan menenggelamkan mangsa di sebuah kolam besar. Raqqa telah bebas dari cengkaman kumpulan militan pada Oktober lalu, dengan 30,000 penduduknya telah kembali meneruskan kehidupan di bandar teruk musnah itu. SANA berkata, beberapa penduduk menerima maklumat berkenaan kubur besar berhampiran kampung itu selepas mereka kembali ke kediaman asal. Memetik pegawai tempatan sebagai berkata, kerja mengeluarkan mayat giat dijalankan termasuk melakukan proses pengecaman identiti mangsa untuk diserahkan kepada keluarga. Dilaporkan, kira-kira 1,800 orang awam terbu

Projek penambakan di Pulau Pinang masih tunggu EIA, MPFN

Imej
KUCHING, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Masih terlalu awal bagi mana-mana pihak untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang kerana sehingga kini Jabatan Alam Sekitar masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek berkenaan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. “Komen saya mengenai projek berkenaan baru-baru ini adalah bersifat pandangan peribadi saya, penilaian saya berdasarkan latar belakang saya dan tugas sebagai menteri yang diberi tanggungjawab antaranya menjaga alam sekitar. Saya sebut itu sebagai komen peribadi, saya tidak berapa setuju (dengan projek itu), jadi jangan campur aduk keputusan rasmi dengan komen saya secara peribadi. “Permohonan mereka masih dalam penilaian. Laporan EIA masih belum disiapkan… masih tunggu ‘fisheries impact report’, ‘social impact report’, juga masih tunggu komen jabatan ukur lagi,” katanya semasa merujuk pel

Rakyat Palestin terus berhimpun bantah keputusan Trump

Imej
SEMENANJUNG GAZA, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ribuan rakyat Palestin terus berhimpun di jalanan di Gaza dan Tebing Barat, empat minggu berturut-turut sebagai membantah pengumuman Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pegawai Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 50 penunjuk perasaan cedera, kebanyakannya di sempadan Gaza. Jurucakap tentera Israel mendakwa, rejimnya melancarkan serangan kerana menimbulkan ancaman dan cuba merosakkan pagar keselamatan sempadan. Dia mendakwa, kira-kira 4,000 rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat dan Gaza membaling batu dan bom api ke arah rejim itu. Di Gaza, penunjuk perasaan melaungkan ‘Mati Amerika, Mati Israel dan Mati Trump’, bagi mengekspresikan rasa marah atas keputusan Presiden Donald Trump pada 6 Disember lalu. Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 21 Disember lalu menolak keputusan Trump ke atas Baitulmaqdis, dengan 128 negara anggota menyokong, 35 berkecuali dan 21 tid

Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak

Imej
KUCHING, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytiharkan di Sarawak, menjadikan jumlahnya kini 27. Jawatankuasa pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengisytiharkan kawasan SMK Julau No 1, Julau, di bahagian Sarikei, sebagai kawasan terbaru wabak Rabies. “Memandangkan kawasan kampung ini berada di luar daripada 10km radius kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-27 wabak rabies,” menurut kenyataan itu. Bahagian Serian mencatatkan jumlah kawasan diisytihar wabak rabies paling tinggi, menjangkau 20 kawasan, disusuli dengan bahagian Kuching (4), dan masing-masing satu kawasan di bahagian Samarahan, Sri Aman dan Sarikei. Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mengadakan Mesyuarat Khas Rabies pada 2 Januari ini yang akan dipeng

ADUN Lepar meninggal dunia pagi ini

Imej
KUANTAN, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai, di sini, awal pagi ini. Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, beliau dimaklumkan berita itu oleh pegawai arwah kira-kira 3.55 pagi dan amat terkejut kerana mereka baharu berjumpa pada Jumaat lepas. Katanya, mereka bersama menghadiri program sumbangan Jom ke Sekolah oleh Yayasan Felda peringkat Parlimen Paya Besar dan arwah tidak kelihatan sakit walaupun demam beberapa hari sebelumnya. “Saya bertanya jika arwah sudah sihat dan beliau menjawab demamnya sudah kebah. Saya hanya tahu arwah ada penyakit kencing manis. “Malam semalam juga ada kawan-kawan telefon beritahu arwah mengajak sesi mengeteh di warung berhampiran rumahnya, yang merupakan kebiasaan arwah pada waktu malam. “Bagaimanapun tiba-tiba arwah batalkan hasrat itu dan beritahu tak apa, kita jumpa malam lain,” katanya semasa dihubungi

Amaran ribut petir di Johor, Sabah

Imej
BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Johor dan Sabah. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga jam 9 pagi ini. Ia membabitkan daerah Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian. Sementara di Sabah, membabitkan bahagian Pantai Barat (Ranau), Kudat (Kota Marudu) dan Sandakan (Beluran). The post Amaran ribut petir di Johor, Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

Trump dan Nazi

RAKYAT Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan di Gaza membawa bendera Amerika Syarikat yang turut tertera gambar Donald Trump yang diletakkan lambang Nazi Jerman. Mereka juga melaungkan ‘kematian untuk Amerika’, ‘kematian untuk Israel’ dan ‘kematian untuk Trump’. Tunjuk perasaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diadakan setiap hari sejak 6 Disember lalu selepas Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis ibu negara Israel. The post Trump dan Nazi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

Tiga penunjuk perasaan ditembak mati di Iran

Imej
TEHRAN, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Tiga penunjuk perasaan dilaporkan ditembak mati, manakala beberapa lagi cedera selepas Pengawal Revolusi Iran melepaskan tembakan untuk menyuraikan perhimpunan di Doroud di wilayah Loerstan di tengah Iran, tengah malam tadi. Laman sesawang pembangkang negara itu menyiarkan ratusan penduduk berkumpul mengadakan tunjuk perasaan yang sesetengahnya mula bertindak liar, termasuk membakar kenderaan polis, selain laporan mengatakan bangunan kerajaan turut diserang. Media melaporkan tunjuk perasaan itu yang masuk hari ketiga di seluruh negara adalah yang terbesar selepas rali pro reformasi pada 2009. Penunjuk perasaan tidak mempedulikan amaran Kementerian Dalam Negeri Iran supaya tidak berkumpul secara haram. Di bandar Abhar di utara Iran, penunjuk perasaan membakar poster besar gambar pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei. Di tengah Iran di bandar Arak pula, penunjuk perasaan dilaporkan membakar pejabat penyokong kerajaan. Di Mashhad, timur laut Iran

Terengganu mahu anjur ‘kursus penukaran’ LGBT

Imej
BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Rancangan kerajaan negeri Terengganu mengadakan kursus terapi penukaran yang menyasarkan transgender, mencetuskan perbincangan di kalangan aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. Kursus itu akan diadakan beberapa hari bermula tahun depan selepas pihak berkuasa selesai menjalankan kajian terhadap populasi transgender, kata Ahli Exco Terengganu, Ghazali Taib. Memaklumkan bahawa penyertaan dalam kursus itu adalah sukarela, beliau berkata, antara lain program berkenaan akan disertai pakar perubatan, psikologi dan agama, selain transgender yang telah kembali ke kehidupan normal. “Transgender adalah sebahagian daripada komuniti. Mereka adalah tanggungjawab kami. Namun, pada akhirnya terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan. “Dasar kerajaan adalah tidak memaksa. Kami memberi mereka jalan untuk membuat pilihan terbaik bagi kehidupan mereka,” katanya hari ini. Laporan Pemantau Hak Asasi Manusia 2017 mengatakan diskrim

Hamas desak PA batal Perjanjian Oslo

Imej
GAZA, 11 Rabiulakhir 439H, Sabtu – Seorang pegawai kanan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menegaskan Pihak berkuasa Palestin (PA) mesti mengumumkan pembatalan Perjanjian Oslo yang ditandatangani dengan rejim Israel pada 1993. Shehab.ps hari ini melaporkan, Mahmoud Al-Zahar ketika bercakap kepada stesen televisyen Turki, Channel 9, berkata perjanjian itu tidak memberi apa-apa makna kepada negara Palestin, kecuali kemusnahan. “Dan, bab terakhir kepada perjanjian itu ialah apabila Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel,” katanya. Sambil menegaskan bahawa rakyat Palestin perlu berpegang kepada pelbagai pilihan penentangan, termasuk menggunakan senjata, beliau menegaskan bahawa PA juga perlu mengisytiharkan keseluruhan Palestin adalah wilayah yang dduduki. Bagaimanapun, Mahmoud berkata, PA enggan membatalkan Perjanjian Oslo.  Beliau menegaskan bahawa bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat terbunuh kerana beliau mahu menggunakan perjuangan berse

PAS tubuh assabiqun elak veteran dipancing parti lain

Imej
BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – PAS menubuhkan sayab baru parti itu – assabiqun – bagi mengelak veterannya menyertai parti lain, dan terus beristiqamah dengan perjuangan PAS, kata Pengerusi Assabiqun Pusat, Subky Abdul Latif. Beliau berkata, sayap baru itu juga akan mendekatkan golongan veteran untuk turut menyertai gerak kerja parti secara berterusan. Katanya, peranan badan itu antara lain dapat mengelak ahli veteran daripada dipancing pihak lain. Memetik laporan Harakah, Subky berkata, jangan kerana tidak ada lagi jawatan menyebabkan kita rasa terpinggir dan hina. “Mungkinlah ada perasaan rasa terpencil setelah tidak lagi memegang jawatan dalam parti. “Bagi orang muda yang menerajui parti sekarang jengok jengoklah golongan assabiqun bagi mendekatkan mereka dengan arus perjuangan,” katanya pada pelancaran Assabiqun Negeri Kelantan di Putik, hari ini. The post PAS tubuh assabiqun elak veteran dipancing parti lain appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumb

PRU14: Dr Mahathir sah akan tanding. Tiga Parlimen jadi pilihan

Imej
SHAH ALAM, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Menjawab soalan pada sidang media selepas Perhimpunan Agung PPBM di sini hari ini, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, beliau akan bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Parlimen. “Mereka beritahu saya bahawa saya mempunyai peluang yang baik untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Jadi, untuk mereka, bersiap sedialah,” katanya. Ketiga-tiga kawasan Parlimen itu begitu popular dengan Dr Mahathir, terutama di Kubang Pasu kerana beliau pernah mewakili kawasan itu selama lima penggal ketika menjadi Perdana Menteri. Manakala, penduduk Langkawi pula tidak pernah lupa jasa beliau yang mengangkat pulau legenda Mahsuri itu menjadi destinasi pelancongan terkenal, selain membawa pembangunan di Putrajaya. Menjawab soalan lain, Dr Mahathir mengesahkan Bersat

Tun M layak galas jawatan PM kerana rekod cemerlang: Mukhriz

Imej
SHAH ALAM, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai calon paling layak menggalas jawatan Perdana Menteri kerana beliau mempunyai rekod cemerlang mentadbir kerajaan dan mengeluarkan negara daripada pelbagai krisis. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengakui Bersatu mahukan jawatan itu, tetapi bukan bertujuan untuk bermegah-megah. Beliau berkata, tuntutan ke atas jawatan Perdana Menteri dibuat kerana Dr Mahathir adalah pemimpin yang dilihat paling layak untuk memegang jawatan itu. “Jawatan Perdana Menteri bukan semata-mata kerana kuasa. Rakyat tentu suka manifesto Pakatan Harapan, bahkan rakyat juga mahu tahu siapa yang akan kepalai PH. Rata-rata rakyat mahukan Dr Mahathir. “PPBM tuntut jawatan itu kerana Dr Mahathir dilihat paling layak dan berpengalaman untuk keluarkan Malaysia daripada belenggu,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung PPBM di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) di

100 kartunis berhimpun di Muzium Negara nyata solidariti terhadap Baitulmaqdis

Imej
KUALA LUMPUR, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Demi menyatakan sokongan terhadap program Solidariti Baitulmaqdis, seramai 100 kartunis dalam negara berhimpun di Muzium Negara, hari ini.   Pengarah Muzium Negara, Azmi Ismail, berkata program terbabit dijayakan sebagai manifestasi bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytihar kota suci itu sebagai ibu negara Israel.   Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Rumah Kartun, bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu berbangkit. “Kartunis yang hadir hari ini menyuarakan bantahan masing-masing terhadap tindakan AS menerusi karya masing-masing yang dilakarkan pada dua kanvas yang disediakan Muzium Negara.   “Menerusi karya masing-masing, kita dapat melihat mereka tidak hanya berdiam diri, malah  membantah dengan melakar karya berbaur sinis mengenai isu ini,” katanya seperti dilapor BH Online.   Antara kartunis tanah air terkenal yang mengambil bahagian termasuk Jaafar Taib, Ayie, Micha dan Ujang.   The post 100 kartun

Tun M harap Forest City jadi hutan dipenuhi haiwan

Imej
SHAH ALAM, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berharap projek Forest City akan menjadi sama seperti makna namanya iaitu sebuah hutan yang dipenuhi haiwan semata-mata. Dalam ucapan dasarnya di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) Shah Alam hari ini, beliau mengingatkan kembali mengenai penjualan tanah bagi projek usahasama China-Malaysia di Johor itu, kepada orang asing yang mana hasilnya digunakan untuk membayar hutang negara. “Kita sepatutnya sedar bahawa kalau kita jual tanah kepada orang, kita sudah tidak miliki lagi tanah itu. Pada suatu ketika dahulu, dijualnya pulau Temasik yang sekarang dikenali sebagai Singapura. Kita jual tanah kepada British…dapat 60 ribu ringgit…sekarang bukan negara kita dah.” “Habislah tanah kita akan dijual, tidak kiralah Forest City. Saya harap Forest City akan betul-betul jadi ‘forest’ (hutan)…penduduknya akan terdiri daripada kera, monyet dan sebagainya,” katanya. Projek ban

Wartakan kawasan tambak laut di Pulau Pinang sebagai Taman Laut

Imej
GEORGE TOWN, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu  – Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dicadangkan supaya mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang sebagai Taman Laut supaya kekal menjadi warisan zaman berzaman. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata, ia juga bagi memastikan kawasan yang menjadi “hasrat” kerajaan negeri Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan tambak laut bagi membina tiga pulau buatan itu selamat selamanya daripada kerakusan manusia terhadap alam sekitar . “Sebagai anak jati kelahiran Balik Pulau dan Pulau Pinang; sekiranya saya diberi kuasa, saya akan mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang itu sebagai Taman Laut supaya kekal menjadi warisan zaman berzaman dan selamat daripada sikap rakus manusia. Eko-sistem dan kehidupan laut di kawasan itu akan musnah; dan akhirnya menyebabkan sumber makanan dari laut kita turut terjeas. Jangan kita berlaku zalim kepada alam. Pada saya, jika

Tun M mahu laksana pengasingan kuasa jika mentadbir

Imej
SHAH ALAM, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melaksanakan pengasingan kuasa antara pembuat undang-undang, pelaksana dan penghakiman sekiranya berjaya mengambil semula pentadbiran negara. Beliau berkata, ia bertujuan mengelakkan penguasaan Perdana Menteri terhadap ketiga-tiga institusi itu. Pada masa sama, beliau turut bercita-cita memastikan kebebasan bersuara di negara ini dikembalikan sekiranya kemenangan berpihak padanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Katanya, tindakan menyuruh polis menangkap mereka yang berucap atau menyuarakan pandangan di media sosial demi kepentingan politik pihak pemerintah perlu dihentikan. “Kebebasan bersuara oleh individu dan media akan dikembalikan. Polis tidak lagi akan menyuruh orang tertentu dari parti kerajaan membuat laporan polis terhadap ucapan rakyat, pemimpin mereka atau media sosial supaya sesuatu yang tidak melanggar undang-undang dijadikan jenayah

Mahkamah Thailand jatuhi hukuman 13,275 tahun ke atas seorang lelaki

Imej
BANGKOK, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui satu skim pelaburan palsu. Bagaimanapun, mengikut undang-undang, lelaki berumur 34 tahun itu akan menjalani hukuman maksimum 20 tahun penjara mengikut tempoh penjara yang sebenar. Menurut satu laporan dalam media tempatan hari ini, lelaki terbabit, Phudit Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos 2015 sehingga September 2016. Walaupun tempoh hukuman penjara yang panjang dijatuhi ke atas lelaki itu oleh Mahkamah Jenayah Thailand, ia masih jauh daripada rekod pada 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi hukuman penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak Berkuasa Petroleum Thailand, Chamoy Thipyaso. Thipyaso disabitkan dengan penipuan korporat. Kittitradilok ditaha

Guatemala berkeras mahu pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Imej
GUATEMALA CITY, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Guatemala berkeras mahu meneruskan rancangannya memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Presidennya, Jimmy Morales berkata, pihaknya tdak mempedulikan larangan dan bantahan antarabangsa. “Keputusan sudah dibuat. Ia tidak akan ditarik balik. Guatemala sangat menghormati keputusan yang diambil oleh negara lain. “Memandangkan kami menghormati keputusan itu, kami percaya orang lain juga harus menghormati keputusan Guatemala,” katanya. Guatemala menjadi negara pertama mengikut Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Terdahulu, Jimmy membuat pengumuman itu dalam laman Facebooknya, selepas berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Israel mendakwa kota itu adalah ibu negaranya, berikutan pendudukan Jerusalem Timur pada perang 1967 dan menyifatkan Baitulmaqdis sebagai bandarnya. -Agensi The post Guatemala berkeras mahu pindah kedutaan ke Baitulmaqdis appeared first on Por

India halau pelarian Islam Bangladesh

NEW DELHI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – India mengerahkan 60,000 polis dan anggota separa tentera untuk berkawal di sempadan negara itu, bagi menghalau pendatang tanpa izin terutama umat Islam dari Bangladesh. Arahan itu dibuat selepas kerajaan negeri mendedahkan draf Daftar Penduduk Kebangsaan (NRC), selepas bancian dilakukan buat kali pertama sejak tahun 1951. Laporan itu menunjukkan kaum di Assam yang mempunyai peratusan umat Islam kedua tertinggi di India. Menteri Kewangan Assam, Himanta Biswa Sarma berkata, Kad Pendaftaran Negara (NRC) dilakukan untuk mengenal pasti warga Bangladesh yang masuk dan menetap di Assam secara haram. “Semua nama yang tidak dikenali di NRC akan dihantar pulang. Kami tidak akan memberi peluang dan aspek keselamatan telah diambil kira,” katanya. Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan berkata, Dhaka tidak mengetahui sebarang perancangan India untuk mengusir rakyat negaranya. Dianggarkan terdapat lebih 2 juta penduduk Islam di

Remaja Palestin tampar tentera didakwa di mahkamah

Imej
TEBING BARAT, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu –  Mahkamah Israel mendakwa aktivis Palestin, Ahed Tamimi atas pertuduhan menghina tentera, termasuk membuat serangan secara kasar.  Ahed didakwa di Mahkamah Tentera Penjara Ofer berhampiran bandar Palestin di Ramallah, semalam.  Pendakwa Raya memaklumkan, mereka berhasrat untuk mendakwa remaja itu atas beberapa tuduhan termasuk serangan yang teruk dan menghina tentera.  Ahed Tamimi adalah gadis yang lantang dan tegas dalam menyuarakan bantahan pendudukan haram Israel ke atas bumi Palestin. Dia ditangkap selepas rejim Zionis menceroboh masuk rumah keluarganya. Ia susulan rakaman video yang menunjukkan dia menampar seorang tentera rejim Zionis tular di media sosial. Ahli keluarganya, termasuk ibu bapa Ahed Tamimi turut ditangkap kerana cuba menyatakan pembelaan kepada anak mereka. – Agensi The post Remaja Palestin tampar tentera didakwa di mahkamah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

Hujan lebat, angin kencang sehingga Isnin

Imej
BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) meramalkan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Pantai Timur dan Johor sehingga Isnin ini. Kawasan terbabit ialah Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah di Kelantan, Kuantan, Rompin dan Pekan di Pahang. Met Malaysia turut menjangkakan keadaan itu berlaku di Terengganu dan Mersing, Johor. Dijangka, angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) disertai ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter akan berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor juga terdedah dengan kejadian kenaikan paras air laut, yang dijangka berlaku sehingga Rabu. The post Hujan lebat, angin kencang sehingga Isnin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

Kenyataan Orok mengenai Allah terlalu melampau

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pihak berkuasa, termasuk polis digesa menyiasat segera Paderi Kristian, David Orok berhubung kenyataannya yang keterlaluan menghina Islam. Terbaru, Orok menuduh umat Islam terpaksa melakukan jihad keganasan kerana Allah tidak mampu untuk berbuat apa-apa demi agama. Bukan itu sahaja, sebelum ini Orok turut mendakwa umat Islam yang membantah tindakan Israel ke atas Palestin bukan sahaja murtad, malah bersikap seperti Iblis kerana tergamak membantah kehendak Allah. Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ustaz Ismail Mina berkata, Orok terlalu melampau mengeluarkan kenyataan penghinaan kerana dia yakin tiada tindakan terhadapnya. Katanya, pihak berkuasa sepatutnya peka dengan individu yang menghina Islam, jangan bertangguh untuk bertindak. “Orok ini dah keterlaluan. Siapa dia nak menghina Allah umat Islam? Durjana sungguh sikapnya. Dia juga langsung tidak layak untuk bercakap mengenai al-Qur

Bangladesh hantar pulang 100,000 pelarian Rohingya

Imej
COX’S BAZAR, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Untuk fasa pertama, Bangladesh akan menghantar 100,000 etnik muslim Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan, pulang semula ke Myanmar. Jurucakap kerajaan Bangladesh, Obaidul Quader berkata, senarai nama 100,000 pelarian itu sudah diserahkan kepada pihak berkuasa Myanmar, semalam. Katanya, proses penghantaran semula bagi fasa pertama ini akan bermula pada Januari depan. “Penghantaran pulang bermula sebaik sahaja senarai nama dipersetujui kedua-dua negara. Kita akan adakan mesyuarat bagi membincangkan proses penghantaran pulang itu kelak,” katanya. November lalu, Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian untuk menghantar pulang pelarian dalam tempoh dua bulan. Bangladesh memutuskan untuk menghantar 900,000 pelarian Rohingya yang kini tinggal di rantau sempadan tenggara negara itu. Bagaimanapun ramai etnik Rohingya masih ragu-ragu ekoran trauma akibat kekejaman rejim Myanmar. – Agensi The post Bangladesh hantar pulang 100,

50 rakyat Palestin cedera ditembak rejim Zionis

Imej
GAZA, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Kira-kira 50 rakyat Palestin cedera selepas terkena tembakan askar rejim Zionis ketika tunjuk perasaan membantah langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, di Semenanjung Gaza, semalam. Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Ashraf Al-Qudra mengesahkan setakat ini, 50 rakyat Palestin cedera terkena tembakan peluru hidup dan peluru getah, manakala lebih 120 lagi mengalami kesan akibat gas pemedih mata. Tunjuk perasaan berterusan di sempadan Gaza-Israel, semalam, dengan ambulans berulang-alik membawa mereka yang cedera ke hospital. Sejak Trump membuat perisytiharan itu pada 6 Disember lalu, lebih 600 rakyat Palestin yang terbabit dalam tunjuk perasaan ditangkap oleh rejim Zionis. Sementara itu, pesawat dan kereta kebal rejim Zionis mengebom beberapa sasaran di Semenanjung Gaza sebagai membalas serangan roket yang menyasarkan selatan Israel, semalam. Penduduk berkata, pesawat

Mereka tetap lawan walaupun bersenjatakan batu

Imej
The post Mereka tetap lawan walaupun bersenjatakan batu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

12 terbunuh apartmen terbakar

Imej
NEW YORK, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah apartmen di Bronx, New York, terbakat semalam. “Ini adalah jumlah kehilangan nyawa paling ramai dalam satu kebakaran. Ia adalah tragedi terburuk membabitkan kebakaran di bandar raya ini,” kata Datuk Bandar, Bill de Blasio. Kebakaran bermula kira-kira jam 7 malam semalam di tingkat pertama dan merebak dengan pantas ke tingkat tiga apartmen Prospect Avenue. Punca kebakaran masih belum diketahui. “Saya sedih mengumumkan 12 warga New York terbunuh, termasuk bayi berusia setahun. Terdapat empat penghuni yang cedera parah,” katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kebakaran. Media melaporkan, dua yang disahkan meninggal dunia ditemui dalam tab mandi yang penuh dengan air, di mana mereka dikatakan cuba menyelamatkan diri. Anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan kira-kira 12 penghuni, tetapi operasi menyelamat masih diter