Musibah banjir – Peringatan Allah untuk hamba-Nya

Musibah banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur baru-baru ini seharusnya menjadi pengajaran dan renungan untuk semua orang yang beriman. Banjir besar di luar dugaan adalah satu peringatan Allah kepada semua hamba-Nya supaya menginsafi bahawa Allah berkuasa mendatangkan sesuatu azab atau nikmat tanpa diduga, disangka atau diminta. Allah yang bersifat “fa’aalul lima yurid” (melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki) boleh mendatangkan bencana apa sahaja termasuk banjir, tsunami, gempa bumi dan salji tebal. Bertindak dengan betul ketika ditimpa musibah Sebagai makhluk yang dicipta kita tertakluk kepada kekuatan yang diberikan Allah. Kekuatan yang diberikan Allah kepada kita adalah sedikit. Kita tidak mampu mengatasi kekuasaan dan kehendak Allah. Kita harus sedar, sumber kekuatan sebenar kita ialah Allah, yakni dengan memohon pertolongan Allah yang bersifat “al Qadiir” (Maha Kuasa). Dalam berdoa pula kita diberi tunjuk ajar oleh Rasulullah SAW berkenaan kaedah dan ...