Tiga lagi individu ditahan, ada kaitan militan Daesh: KPN
KUALA LUMPUR, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Polis telah menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan militan Daesh di Pahang dan ibu negara. Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menangkap dua daripada mereka di Kuantan, Pahang, pada Jumaat dan seorang lagi di Kuala Lumpur Ahad lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek pertama adalah warga Indonesia berumur 37 tahun pemastautin tetap Malaysia yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia Airlines Berhad. Beliau berkata suspek berlepas ke Turki pada 2013 dan mempunyai hubungan dengan rakyat negara ini yang menganggotai Daesh di Syria. “Siasatan polis mendapati suspek merancang untuk membawa isterinya ke Syria untuk menyertai Daesh. Polis merampas senjata angin jenis ‘AirSoft’ serta tiga buah buku berjilid ‘Tarbiyah Jihadiyyah’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Suspek kedua berusia 32 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah syarikat swasta. Dia disyaki anggot...