Sorotan Aktiviti ISMA Kuala Terengganu sepanjang Mac 2018
1. Usrah Wanita – Fiqh Sunnah Wanita KUALA TERENGGANU, 9 mac – Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu telah menganjurkan Usrah Wanita di sini, dengan kerjasama Surau al-Muttaqin, Taman Tok Adis. Pengisian usrah telah disampaikan oleh Ustazah Fauziah Ibrahim yang juga merupakan Ketua Wanita Isma Kuala Terengganu. Tajuk yang telah dibincangkan adalah mengenai ‘Fiqh Sunnah Wanita’. Kira-kira seramai sepuluh orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita dari kawasan kejiranan Taman Tok Adis telah menyertai program usrah ini. Rata-rata peserta merasakan program seperti ini sangat bermanfaat bagi kaum wanita terutamanya untuk menambah ilmu agama serta mendalaminya. Para kaum wanita bukan sahaja dapat menambah ilmu, malah dapat menanyakan soalan secara terus kepada pengisi jika ada kemusykilan. Jika dibandingkan dengan program seperti ceramah, program usrah sebegini dapat melahirkan satu kelainan kerana hubungan antara pengisi dan peserta lebih rapat. Oleh ...