Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Sorotan Aktiviti ISMA Kuala Terengganu sepanjang Mac 2018

Imej
1. Usrah Wanita – Fiqh Sunnah Wanita KUALA TERENGGANU, 9 mac – Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu telah menganjurkan Usrah Wanita di sini, dengan kerjasama Surau al-Muttaqin, Taman Tok Adis. Pengisian usrah telah disampaikan oleh Ustazah Fauziah Ibrahim yang juga merupakan Ketua Wanita Isma Kuala Terengganu. Tajuk yang telah dibincangkan adalah mengenai ‘Fiqh Sunnah Wanita’. Kira-kira seramai sepuluh orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita dari kawasan kejiranan Taman Tok Adis telah menyertai program usrah ini. Rata-rata peserta merasakan program seperti ini sangat bermanfaat bagi kaum wanita terutamanya untuk menambah ilmu agama serta mendalaminya. Para kaum wanita bukan sahaja dapat menambah ilmu, malah dapat menanyakan soalan secara terus kepada pengisi jika ada kemusykilan. Jika dibandingkan dengan program seperti ceramah, program usrah sebegini dapat melahirkan satu kelainan kerana hubungan antara pengisi dan peserta lebih rapat. Oleh

REJAB BULAN MENANAM AMALAN

Imej
PORT DICKSON, 27 Mac – Tibanya bulan Rejab menandakan kita bakal menyambut bulan Ramadan, bulan penuh barakah, bulan yang di dalamnya ada malam lailatulqadar. Usrah wanita kali ini membincangkan tentang persediaan kaum wanita dalam menyambut bulan Ramadan yang akan bertamu tidak lama lagi. Ustazah Hayati yang merupakan pentazkirah tetap Usrah Wanita ISMA Port Dickson berkongsi tip-tip menarik bagaimana persediaan kita dalam menerima kehadiran bulan yang dipenuhi rahmat dan keampunan Allah swt. “Kita perlu membuat persediaan menyambut Ramadan sejak bulan Rejab lagi. Bulan Rejab ini kita sepatutnya telah mula menanam dan berlatih untuk berpuasa, bersedekah, berqiamullail, membaca Al-Quran dan segala amalan-amalan sunat yang lain supaya kita terbiasa untuk melakukannya apabila tiba bulan Ramadan nanti, “ jelas Ustazah Hayati. Menurut beliau lagi, kita perlu lebih bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan menyambut Ramadan, bukan bersungguh-sungguh menyambut syawal. Ketika inilah wa

Masalah mental – Stigma tinggi, kesedaran kurang

Imej
Bangi, 24 Mac 2018 – “Satu topik yang mempunyai stigma yang tinggi dalam kalangan masyarakat, namun kesedaran masih kurang. Masih banyak yang kita tidak tahu,” bicara pembukaan forum yang bertajuk “Kesihatan Mental: Perlu Ke Tahu?” oleh Puan Nurulhuda Karim pengasas Hijriahome. Tambah beliau yang juga merupakan Exco Biro Wanita Isma Kuala Lumpur, “statistik terkini adalah 1 daripada 3 orang dewasa mengalami penyakit mental. Penyakit yang boleh terjadi dengan hanya disebabkan oleh tekanan dan emosi yang tidak terurus.” “Sakit mental sama sahaja seperti sakit-sakit fizikal yang lain. Cumanya kesakitan yang dialami tidak dapat dilihat pada luaran.”, terang Dr Muna Hamiza Asiff semasa program Tea Talk For Ladies yang dianjurkan oleh Biro Wanita Isma dan Hijriahome. Sambung beliau lagi yang merupakan pegawai perubatan siswazah psikiatri di HUKM, “penyakit mental adalah disebabkan oleh gangguan fungsi otak. Di mana bahan-bahan kimia di dalam otak yang mengawal emosi dan tingkah laku sese

Pendedahan Bermakna Untuk ISMA Dungun FC

Imej
DUNGUN, 23 Mac – ISMA Dungun FC julung kalinya telah menyertai kejohanan bola sepak, Liga Untuk Semua (LISUS) 2018 peringkat daerah Dungun. “Ini merupakan pendedahan bermakna untuk kami”, inilah rumusan dan penilaian Coach Haniff Hassan, Jurulatih ISMA Dungun FC terhadap prestasi terkini pasukannya. Selepas mengharungi siri perlawanan persahabatan, ISMA Dungun FC telah melangkah setapak lagi dengan menyertai LISUS 2018 yang diadakan pada 23-24 Mac 2018 di Padang Arena, Dungun. Kejohanan ini telah menarik penyertaan 40 kelab bola sepak sekitar Daerah Dungun. Dalam kejohanan ini, ISMA Dungun FC gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti ke pusingan ke-2 “Walaupun bermain dengan baik, kami akur ISMA Dungun FC masih perlu mempertingkatkan prestasi dan latihan yang lebih intensif terutamanya di bahagian serangan”, ujar Coach Haniff. ISMA Dungun FC kali ini dibarisi dengan pemain berumur bawah 20 tahun, diharapkan menjadi tapak asas kepada pembentuka

Langkah pertama tidak pernah mudah

Imej
Semangat bertindak Satu hal mustahil akan terjadi kecuali dengan memulakan. Satu hal tidak akan berjaya tanpa ada satu tapak usaha. Orang yang ingin sukses tidak akan kemana-mana tanpa langkah pertama. Lalu, kita sering mempersoalkan tentang rahsia seseorang sehingga boleh menjadi hebat dan cemerlang. Walhal rahsia atau kuasa ajaib bagi orang yang berjaya, tidak lain hanyalah dengan semangat ingin bertindak. Itulah yang membezakan orang yang berjaya dengan yang tidak. Sesungguhnya dalam kehidupan, kita bergelumang dengan pekerjaan dan banyak tugasan. Setiap orang punya langkah mula dan sememangnya sulit buat kali pertama, Tetapi dari situlah hadirnya pengalaman untuk diperbaiki sebelum meneruskan langkah seterusnya. Dan selepas beberapa langkah berikutnya, kita mula menjadi mahir dan mampu menguasai apa yang dianggap mustahil sebelum kita mencuba. Beralasan Sudah lumrah keresahan timbul apabila kita perlu berbuat sesuatu yang mencabar kebolehan diri. Sebagai contoh apabila situasi

Kita adalah pengembara

Daku pernah terbaca  sebuah hikayat dari kutaib (kitab kecil) Arab tentang perumpaan dunia; Terdapat  seorang nelayan menjalani kehidupannya sehari-hari dengan menangkap ikan. Rutin hariannya seperti biasa; bangun pagi dia terus ke laut untuk menjala ikan, apabila beroleh tangkapan, dia akan menjualnya di pasar, selebihnya akan dibawa pulang untuk dimakan oleh keluarganya. Kehidupannya sederhana, perbelanjaan sehari-hari bergantung kepada hasil tangkapan ikan. Namun dia tetap bersyukur. Hinggalah pada suatu hari dia mendapati ada kelainan pada jala tangkapan ikannya. Terlihat satu objek yang bersinar-sinar tersangkut pada jala tersebut. Objek berbentuk bulat kecil. Dibawanya pulang lalu ditunjukkan kepada isterinya di rumah. “ Wah, ini mutiara yang asli abang! Harganya sangat tinggi. Baik abang menjualnya di pekan. Pasti kita akan mendapat hasil yang banyak daripadanya” Bergegaslah sang nelayan ke pekan. Ditunjukkan mutiara tersebut kepada seorang saudagar yang kaya. Setelah ditel

Dekatkan diri dengan Allah dan sertai program bermanfaat – nasihat pelajar cemerlang SPM 2017

Imej
Oleh: Mohd Naim Yusof Kuala Terengganu – Perbanyakkan ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah adalah antara kunci utama kejayaan yang diperoleh oleh Irfan Rasyidi bin Kamarudin, merupakan pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 baru-baru ini. “Jaga hubungan dengan Allah, itu paling utama kerana kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha, segala keputusan sama ada baik atau buruk, cemerlang atau tidak adalah atas kehendak Allah”, kata beliau dengan penuh rasa bersyukur diatas keputusan cemerlang yang diperolehinya. Beliau yang mendapat keputusan 10 A itu juga sentiasa melibatkan diri dengan program-program bermanafaat anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ketika balik bercuti di kampung halamannya di Kuala Terenggganu. Antara program-program yang pernah disertai oleh beliau adalah seperti program qiamullai remaja, program kepimpinan remaja dan pelbagai lagi. “Program-program anjuran ISMA seper

YB Hanipa Maidin, Bertaubatlah!

Imej
Seorang pemimpin yang berwibawa merupakan contoh kepada masyarakat. Kehebatan, keterampilan dan kewibawaan, landasannya adalah Islam dan cabangnya adalah akhlak. Sehebat mana pun anda dalam memegang tampuk kekuasaan, andai hubungan antara Allah, manusia dan makhluk tidak dijaga dengan baik, maka apalah bezanya kita dengan kepimpinan Firaun. Baru-baru ini amat memalukan seorang ahli politik yang dikenali ramai mengeluarkan kata-kata yang kesat dan jahat, apatah lagi kata-kata itu mungkin boleh merosakkan pegangan akidah. Ungkapan “kalau saya tuhan, maka saya…” merupakan ungkapan batil dan melambangkan betapa sombong dan bongkaknya orang yang bertutur. Seolah-olah menunjukkan bahawa Allah itu lemah dan tersalah membuat keputusan. Hati ini umpama sebuah kolah, dan kata-kata itu adalah hasil daripada cedokan kolah tersebut. Andai bersih kolah itu, Insya Allah bersihlah hasil cedokannya, begitu juga sebaliknya. Begitulah peri pentingnya manusia dalam memlih kata-kata yang baik sebelum

Anak Lelaki dan Masjid

Imej
Salah satu perkara yang penting dalam pendidikan anak-anak lelaki adalah membiasakan mereka dengan masjid sehingga masjid menjadi sebahagian daripada resepi kehidupan dan pendewasaannya. Masjid mengajar anak lelaki agar : Berdisiplin dalam hidup. Mengatur kehidupan seharian dengan solat 5 waktu secara berjamaah setiap hari. Melatih bersosial dengan masyarakat sekeliling terutamanya dengan pak cik dan ‘atuk’ yang lebih dewasa. Membiasakan diri berjinak dengan al-Quran dan cinta untuk menghafaznya sekurang-kurangnya surah-surah utama al-Quran. Merasai ketenangan beriktikaf dan tidak segera keluar masjid untuk berlegar-legar di medan fantasi. Menyuburkan jiwa yang bercita-cita besar untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Itulah di antara intipati didikan arwah abah yang telah mendidikku dengan pelbagai perkara melalui masjid sehinggakan masjid yang bersejarah ini sangat memberi kesan kepada keperibadian dan kehidupan sehingga ke saat ini. Dr Z Anak Felda Ikatan Muslimin M

Kem Aulad Hebat didik pelajar berakhlak, beramal

Imej
HULU LANGAT, 18 Mac – Kelab Anak-Anak Hebat Al-Azim (NAZIM) di bawah Biro Keluarga & Masyarakat (BKM), Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Daerah Hulu Langat (Isma DHL) telah mengadakan Kem Aulad Hebat selama dua hari satu malam di Kem Lubok Manggis, Hulu Langat. Seramai 35 orang peserta telah terlibat  berumur 7 hingga 12 tahun. Antara aktiviti menarik sepanjang kem  yang bertemakan  “Akhlak Hebat, Amal Terpelihara” adalah permainan ukhuwah, cabaran mandiri, masakan rimba sicilik, bulatan muhasabah, lumba berhalangan dan tadabbur alam. Setiap aktiviti menguji peserta untuk bertolak ansur, bekerjasama, mendengar arahan serta membuat keputusan. Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan, dua kumpulan peserta perempuan dan dua kumpulan peserta lelaki. Antara nama kumpulan yang telah diberi sendiri oleh peserta ialah Super Muslimah, Super Solehah, Sultan Muhammad Al-Fateh dan Super Boys. Di akhir program para peserta mengambil peluang mandi di sungai berdekatan kem. Majlis pen

Rawat LGBT: Iktiraf, syukur dengan kejadian diri sendiri

Imej
Kita menyaksikan saban hari dan masa, lebih banyak tuntutan yang dibuat oleh para pendokong tegar feminisme dan LGBT bagi masyarakat untuk mengiktiraf ‘spesis’ mereka. Sungguhpun suara mereka makin besar dan tiada segan silu, namun harus kita fahami dan akur, yang salah tetap salah. Yang batil tetap batil. Berikut merupakan hujah Dr. Fatimah Zaharah Rosli, pengamal perubatan di Hospital Serdang dalam menyelar kemaraan suara-suara golongan yang jelas nyata dilaknat Allah seperti mana yang telah termaktub di dalam kitabNya. 1. Islam telah menetapkan seksualiti itu sebagai sesuatu yang objektif dan bukannya subjektif seperti yang didakwa oleh teori gender moden yang muncul hanya selepas tahun 1948. Sebelum penemuan DNA dan kromosom lagi, Allah telah menggariskan di dalam Al-Quran bahawa makhluk termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan diciptakan berpasang-pasangan. Secara spesifik, Allah menyebut di dalam surah Al-Hujurat bahawa manusia diciptakan lelaki dan perempuan serta berbilang ka

Dker 2018 angkat slogan “Aku Pemimpin Ummah”

Imej
Oleh : Julaibeeb Jamalludin REMBAU, 18 Mac – Daurah Kepemimpinan Remaja 2018 (Dker 2018) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kampung Seberang Paya bermula pada 16 Mac lalu. Program kepimpinan tersebut mengumpulkan kira-kira 192 orang peserta dari seluruh negara. Program Dker 2018 ini merupakan kesinambungan daripada program Nadwah Kepemimpinan Pelajar (NKP) yang telah diadakan pada setiap tahun bermula tahun 2015. Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran dengan penjenamaan sebagai daurah kepemimpinan remaja. Program yang dianjurkan oleh Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) ini bertujuan untuk melahirkan barisan pelapis kepemimpinan pelajar di sekolah-sekolah seterusnya mencetak mereka menjadi pemimpin ummah. “Kita mengangkat slogan “Kami Pemimpin Ummah” untuk menyedar dan membangkitkan kesedaran bahawa kita semua adalah pemimpin dan kita bertanggungjawab untuk memimpin,” kata Ustaz Mohd Azizee Hasan selaku Presiden iGu

Srikandi Solehah bicara identiti muslimah di Australia

Imej
SYDNEY, 10 Mac 2018 – Seramai 45 peserta yang terdiri daripada mahasiswi New South Wales termasuk jemputan khas telah menyertai program Srikandi Solehah 2018 yang merupakan julung kali dianjurkan oleh Beliawanis Isma Australia cawangan New South Wales (NSW). Program yang bertempat di Kensington Park Community Hall, Sydney ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran kepada kaum wanita terutamanya mahasiswi yang sedang belajar di luar negara mengenai kepentingan untuk menjadi seorang muslimah mengikut perspektif Islam. Program dimulakan dengan tayangan sambungan komik ‘Aku, Parti dan Syurga’ karya salah seorang ahli Beliawanis NSW yang telah dimuat naik di laman facebook Beliawanis Isma Australia beberapa bulan sebelum program berlangsung. Acara lain yang diadakan termasuk persembahan daripada para mahasiswi , perkongsian daripada Dr. Firdha Hanis bertajuk Muliamu Wanita Kerana Islam serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan. Antara intipati perko

Wanita dan Kehormatan Diri

Imej
Islam datang mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya keimanan. Salah satu perubahan sistem sosial yang dibawa oleh Islam adalah meningkatkan martabat wanita. Pada zaman jahiliyyah, orang Arab menganggap bahawa kelahiran anak perempuan itu membawa petanda malang atau perkara yang memalukan. Perkara tersebut dirakamkan dalam al quran melalui surah Al Nahl ayat 58 dan 59;  Dan apabila seseorang daripada mereka dikhabar dengan kelahiran anak perempuan, wajahnya menjadi hitam (merah padam) dan amat marah. Dia bersembunyi daripada orang ramai, disebabkan khabar buruk yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan atau akan menanamnya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ingatlah alangkah buruknya keputusan yang mereka tetapkan itu. Akan tetapi setelah datangnya Islam, Allah telah mengangkat martabat wanita dan memberi khabar gembira  bagi mereka yang   mempunyai anak perempuan lalu menjaga dan mendidiknya dengan baik sepertimana hadis yang tela

Wanita Isma Dungun perjelas bahaya pornografi

Imej
DUNGUN, 10 Mac- Sebanyak 43% pengguna internet melayari laman web lucah dan sepertiga daripadanya terdiri daripada kaum wanita. Kebimbangan terhadap ketagihan pornografi yang semakin membarah ini, termasuk di kalangan kaum wanita, disuarakan oleh Dr Nur Akmal Ismail ketika menyampaikan perkongsian mengenai ‘Bahaya Pornografi’ di program Tea Talk for Ladies di Taman Tasik Tanjung Sura, Dungun hari ini. Menurut beliau, ketagihan pornografi ini sama seperti ketagihan dadah dan arak. Pendedahan terhadap bahan pornografi pada awalnya menyebabkan perembesan dopamine, hormon yang berfungsi atas ransangan emosi, daya ingatan, rasa seronok dan kognitif. “Jika pendedahan pornografi diteruskan, permintaan otak terhadap dopamine semakin besar untuk mempertahankan rasa seronok itu, maka di sini berlakulah ketagihan terhadap pornografi. ‘Keseronokan’ yang sementara ini menyebabkan seseorang itu akan merasa resah, degupan jantungnya laju, dan akan menjadi tidak keruan apabila gagal mendapatkan bah

Isma Australia welcomes newly arrived students

Imej
MELBOURNE, 16 Jamadilakhir – Isma Australia Victoria Chapter held its first event of the year, Kickstart 2018, at the Melbourne’s Multicultural Hub. The even gathered first-year students who are new to Melbourne, giving them the opportunity to get to know one another as well as meet their seniors. A total of 60 students attended the event, which officially began after the Zuhr prayers. Among the esteemed guests present were Isma Australia Chairperson, Ahmad Azfar Mohamaddiah as well as the Director of Majlis Amanah Rakyat (MARA) Australia, Mr. Ahmad Zuriat Ahmad Tejuddin. In his keynote address, Mr. Ahmad Zuriat reminded the attendees to always stay focused and to live a balanced lifestyle. He also reminded the students to keep in touch with their parents to let them know that they’re doing well here in Melbourne. Muhammad Zuhaili, who recently graduated with a Masters degree in Electrical Power, led a slot on financial management called ‘Orang Kaya Melbourne’. Inspired by his col

Fenomena Panama Dance: Kecelaruan dan Lemah Jati Diri

Imej
  Runsing, malu, pelik dan keliru apabila melihat fenomena tarian ini semakin menular di media massa Seolah-olah menjadi satu perlumbaan di pejabat-pejabat kerajaan mahu pun swasta dengan mempamerkan tarian “Panama Dance” ini kemudian ditularkan di media massa. Tarian ditayangkan secara terbuka. Malah percampuran lelaki dan wanita dilakukan dengan bebas seolah-olah tiada lagi adab dan sifat malu serta kesopanan Melayu yang selama ini telah sebati dengan masyarakat kita. Apatah lagi, jika kita mahu membahaskannya dari sudut agama, yang sudah tentu menambahkan lagi kontroversi. Budaya menari di khalayak ramai ini melambangkan rendahnya cara fikir dan jati diri masyarakat kita. Begitu mudah terpengaruh dengan budaya luar sedangkan budaya dan ajaran agama disisih tanpa difikir. Alasan apakah yang cuba diberikan oleh mereka? 1. Budaya ini sebagai satu bentuk senaman? Lakukanlah aktiviti yang kononnya dikatakan “senaman” ini di tempat yang tertutup tanpa menimbulkan fitnah. Itu lebi

Ketagihan Pornografi : Barah yang Perlu Dicegah

Imej
      TRIANG, 2 Mac – Ketagihan menonton pornografi merupakan barah yang merosakkan jiwa anak-anak muda pada masa kini. Justeru Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik) cawangan Temerloh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Bahaya Ketagihan Pornografi di SMK Bukit Mendi, Triang, Pahang. Program ini melibatkan seramai hampir 400 orang pelajar. Ceramah telah disampaikan oleh wakil I-Medik, Dr Mukmin Mohd Khairi dan Dr Sakinah Yaakob. Menurut Dr Mukmin, telefon pintar merupakan alat yang paling mudah untuk mendapatkan bahan-bahan pornografi dan akan menjadi ketagih sekiranya ditonton setiap hari. Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kita mendapati kebanyakan remaja mempunyai telefon pintar di usia persekolahan, dan mereka boleh mengakses terus kepada internet dengan mudah termasuklah di kawasan kampung. Mereka boleh melayari apa jua laman sesawang termasuklah laman-laman pornografi yang semakin mencanak naik pada hari ini. Juster

Program Kickstart pencetus inspirasi bagi pelajar-pelajar baru di Australia

Imej
SYDNEY, 20 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Program tahunan Isma Australia yang pertama pada tahun ini, iaitu Kickstart telah dengan jayanya dianjurkan di 3 bandar utama di Australia iaitu Sydney, Brisbane dan Melbourne. Tahun 2018 merupakan tahun ketiga Kickstart dianjurkan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang kehidupan universiti buat mahasiswa Malaysia yang baru sahaja tiba di Australia bagi melanjutkan pelajaran. Tema utama Kickstart pada tahun ini ialah ketokohan pelajar dan isu kesihatan mental. Tema ketokohan pelajar yang diketengahkan pada tahun ini adalah bertujuan untuk menonjolkan ahli-ahli Isma dan komuniti Melayu di Australia yang cemerlang dalam bidang masing-masing khususnya kepada pelajar-pelajar baru. Selain itu, tema kesihatan mental diketengahkan memandangkan isu ini menjadi semakin serius dalam kalangan mahasiswa Malaysia. Oleh itu, dengan adanya perkongsian dari pakar-pakar atau individu-individu yang berpengalaman dalam bidang ini. Akhir sekali

Kelibat penyerang import Indonesia gagal bantu KB Isma Selangor

Imej
SHAH ALAM, 16 JAMADILAKHIR 1439H, Ahad – Jaringan penyerang import daripada Indonesia, Arruza Amsyah Untoro gagal membantu KB Isma Selangor untuk mencatat kemenangan pertama  setelah sekadar seri 1-1 dalam perlawanan kedua Liga Komuniti Isma 2018 menentang Black Panther. Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut, ketumpulan barisan serangan KB Isma Selangor menyudahkan deretan peluang di separuh masa kedua perlawanan memberikan satu mata berharga buat Black Panther yang mendapat gol penyamaan hasil satu sepakan sudut di minit-minit akhir separuh masa pertama. Pengurus pasukan KB Isma Selangor, Mohd Hazwan Ab Halim yang ternyata kecewa dengan keputusan tersebut tetap berpuas hati dengan persembahan kesemua pemain yang menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan pertama sebelum ini. Beliau berharap dalam perlawanan seterusnya, pemain akan lebih serasi dan dapat mencatat kemenangan ke atas wakil daripada Puchong, PURA FC bagi memperbaiki kedudukan dalam liga. Sumber

Kingstown Klang FC kekal rekod tanpa kalah

Imej
SHAH ALAM, 16 JAMADILAKHIR 1439H, Ahad – Kingstown Klang FC (KKFC) mencatat kemenangan kedua-dua berturut dalam saingan Liga Komuniti Isma 2018 setelah mencatat kemenangan bergaya ke atas ROM United 3-0. Keputusan itu menyaksikan KKFC mendahului carta dengan enam mata, dua mata mengatasi saingan terdekat, Serampunk FC yang berpesta gol dalam perlawanan sebelum itu ke atas pasukan muda Batraz FC lima gol tanpa balas. KKFC yang membariskan pemain berpengalaman terdiri daripada anak jati Kampung Delek, Klang ternyata bukan saingan pasukan ROM United dengan KKFC selesa mendahului dengan tiga gol tamat separuh masa pertama. Tiada tambahan gol pada separuh kedua dengan KKFC memperlahankan sedikit permainan dalam aksi yang berlangsung dalam cuaca panas terik. Sementara itu dalam perlawanan lain dalam Kumpulan B, jaringan lewat separuh masa pertama membolehkan pasukan Black Panther mengikat KB Isma Selangor dengan jaringan 1-1 tamat permainan. Keputusan lain bagi kumpulan B menyaksikan

Bukit Kuching FC cemerlang, KB Isma Shah Alam malang

Imej
Kesebelasan utama Bukit Kuching FC SHAH ALAM, 16 JAMADILAKHIR 1439H, Ahad – Bukit Kuching FC kekal sebagai pendahulu kumpulan A Liga Komuniti Isma setelah mudah membenam Pakcik Otai FC 6-0 di Padang Awam Seksyen 8 tatkala dua lagi pencabar Selsdeaf dan Puchong Fuerza sekadar mencatat keputusan seri dengan lawan masing-masing iaitu SS Shah Alam dan C17FC dalam pusingan kedua liga. Kemenangan besar tersebut membolehkan Bukit Kuching FC memungut enam mata maksimum tanpa sebarang bolos dengan jumlah jaringan terbesar setakat ini. Nasib walaubagaimanapun tidak menyebelahi pasukan tuan rumah, KB Isma Shah Alam yang tewas kepada pasukan RGSFC setelah sekadar mencatat keputusan seri pada perlawanan minggu lepas dengan Palitus FC. Kekalahan tersebut menyebabkan KB Isma Shah Alam jatuh ke tangga sembilan liga setelah sekadar mengumpul satu mata selepas dua perlawanan. Pengurus pasukan KB Isma Shah Alam, Afiq Abdul Jamil menjelaskan ketiadaan tiga orang penyerang utama menyebabkan pasuka

Hijab Fesyen atau Hijab Syari’e?

Imej
Islam tidak melarang  wanita muslimah untuk berhias, berpakaian dan bertudung cantik kerana Allah s.w.t. itu cantik dan Allah s.w.t. suka kepada kecantikan. Namun dalam berhias, apa yang paling penting adalah mestilah ia bertepatan dengan syarak. Wanita berpakaian mengikut syarak terbukti dapat menghindarkan maksiat dan mengurangkan masalah sosial yang semakin berleluasa pada masa kini. Kelihatan cantik dan sukakan akan kecantikan adalah fitrah wanita. Allah s.w.t. menggalakkannya, namun Allah s.w.t membenci orang yang berlebih-lebihan. Wanita kadang-kadang terlupa bahawa perintah Allah s.w.t. untuk menjaga aurat dan cara berpakaian adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri dan juga untuk menjaga sekalian umat. Mematuhi perintah Allah itu adalah satu ketaatan dan ibadah. Asas kepada penutupan aurat adalah taat kepada perintah Allah s.w.t. Malangnya, wanita kini banyak terpengaruh dengan fesyen-fesyen Barat dan budaya-budaya bukan Islam yang hanya menitik beratkan kecantikan demi memen

Kambing.

Imej
Tulisan ini hanyalah pendapat peribadi sepanjang mengutip pengalaman daripada menggembala kambing ini. Ia bukan merupakan fakta yang jitu tetapi dipetik daripada pengalaman yang lalu. Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda, “Tidaklah Allah mengutus seorang nabi pun melainkan dirinya pasti pernah menggembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya, ”Apakah engkau juga wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ”Ya, Aku pernah menggembala kambing milik seorang penduduk Mekah dengan upah beberapa qirath”. (Hadith Riwayat Bukhari) Mari saya kongsikan kali ini beberapa catatan penting berkenaan hikmah kepimpinan yang dipelajari walaupun pada hakikatnya terlalu banyak pengajaran lain yang telah diperolehi. 1. Kesabaran dan istiqamah Menternak kambing kelihatan mudah. Tetapi hakikatnya ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Masakan tidak, melayani ternakan dalam keadaan panas dan hujan. Ini tidak lagi mengambil kira aspek-aspek yang lain seperti pengurusan kandang, pengurusan kesihatan