Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Anda layak, anda hebat!

Keluarga bahagia asas pembentukan umat beragenda

Anugerah Presiden PEMBINA IPT terbaik pencetus semangat

Usah terperangkap dengan permainan Istilah DAP

Imej
Apabila ada usaha ke arah kesatuan umat Melayu Islam, geng DAP terus melatah. Lim Guan Eng menyatakan bahawa penyatuan ini sebagai pengisytiharan perang terhadap bukan Islam. Nga Kor Ming pula menyamakan ia dengan Taliban. Chew Chong Sin menyatakan ia akan membuka ruang kepada kumpulan pengganas asing. DAP ni main bubuh sahaja. Sekiranya terdapat sebarang usaha ke arah kesatuan orang Melayu Islam mereka akan keluarkan macam-macam perkataan yang boleh menimbulkan persepsi bahawa usaha kesatuan ini adalah suatu yang merbahaya dan boleh memberi ancaman, ataupun akan digambarkan dengan keadaan yang sangat buruk dan jijik. Isunya bukanlah isu nama atau istilah sangat, mungkin selepas ini akan keluar tuduhan atau istilah lain. Akhirnya bubuhlah nama apapun, isunya adalah isu kenapa atau ‘Why’. Kenapa keluar bermacam-macam istilah atau label ini?. Ia adalah kerana mereka tidak ingin usaha kesatuan di antara umat Islam berjaya. Kesatuan umat Islam bermakna kehilangan dominasi kuasa DAP.

Ziarah Mahabbah Ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Imej
Oleh: Ahmad Hisyam Sabrani KUALA LUMPUR, 21 Mac – Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (ISMA KL)  telah melakukan ziarah mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang terletak di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3 Putrajaya, minggu lalu. Delegasi ISMA KL yang diketuai oleh Yang di-Pertuanya, Dr Osman bin Md Rasip disambut penuh mesra oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri. Pertemuan penuh mahabbah yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu menjadi medan perbincangan yang menyentuh pelbagai isu semasa. Dalam kesibukan jadual S.S. Dato’ Seri Mufti yang amat padat, beliau masih sudi meluangkan masa untuk memberi pandangan bernas mengenai peranan penting yang boleh dimainkan oleh NGO Islam seperti ISMA dalam isu-isu masyarakat dan agama di Malaysia. Pada akhir pertemuan, kedua-dua pihak saling bertukar hadiah sebagai tanda peringatan dan penghargaan, dan berharap akan dapat mengadakan lagi pertemuan seu

Jacinda Ardern dan insiden tembakan di Christchurch

Imej
  Jacinda Ardern ialah antara 1 dalam sejuta wanita yang terpilih menerajui kepimpinan negara.   Dia merupakan Perdana Menteri New Zealand pada masa kini.   Nama dan perwatakan baik Jacinda mula menjadi tatapan dunia selepas insiden tembakan pengganas ‘White Supremacist’ apabila dia hadir menyelami perasaan keluarga mangsa-mangsa tembakan tersebut.   Oh ya sebelum itu, ada perkongsian yang tular di media sosial yang menggambarkan Jacinda ialah seorang yang amat ‘Islamik’ dengan mengenakan hijab, mengisytiharkan Jumaat 22 Mac sebagai hari berkabung dan mengarahkan azan solat Jumaat disiarkan di kaca TV dan radio seluruh New Zealand.     Namun, apabila dikaji semula latar belakang wanita ni, Jacinda Ardern ialah seorang yang mengamalkan:   1- Feminisme, Jacinda Ardern mempunyai pasangan lelaki dan melahirkan seorang anak tanpa ikatan perkahwinan kerana jawabnya “Because I am a feminist!”   https://www.theguardian.com/global/video/2019/jan/22/bbc-two

Kenyataan Rasmi ISMA Mengenai Cadangan Hari Perangi Islamofobia Sedunia

1. Isma terkilan dgn kenyataan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) yang meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menetapkan 15 Mac sebagai Hari Perangi Islamofobia Sedunia. Ini memandangkan ISESCO hanya mencadangkan satu hari sahaja daripada sepanjang tahun untuk memerangi islamofobia walhal isu ini sudah menjadi satu polemik yang meluas dan sampai ke tahap yang kritikal. 2. Adakah mereka hanya merujuk kepada kejadian pembunuhan di New Zealand walhal pembunuhan umat Islam masih berterusan di Palestin, Iraq, Syria, Yaman dan negara Islam yang lain. Ini tak termasuk pembersihan etnik di Rakhine dan Ughur di China yang telah berlaku bertahun-tahun tetapi tidak ada satu tindakan yang tegas oleh mana-mana badan dunia. Menjadikan insiden di New Zealand semata akan membawa konotasi yang negatif seolah-olah kejadian penindasan dan pembunuhan umat islam secara berleluasa dimerata dunia tidak menjadi penting. 3. Selaku badan pengaman antarabangsa, PB

“Good governance” hanyalah Islam tempelan

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi SUBANG JAYA, 20 Mac – Agenda “good governance” atau tadbir urus yang baik yang diamalkan pada masa kini bukanlah natijah kepada kefahaman Islam yang menyeluruh. Menurut Encik Ahnaf Abdul Qais, Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Subang Jaya, tabir urus yang baik ialah amalan baik yang boleh diamalkan oleh mana-mana pimpinan tanpa mengira latar belakang agama dan ideologi kepimpinan sekalipun. “Good governance” telah lama diamalkan oleh negara-negara seperti Korea, Jepun dan New Zealand. “Tetapi ia tidak bermakna negara-negara ini sama Islam dengan negara-negara Islam sedia ada, bahkan apa yang mereka amalkan bukan daripada kefahaman Islam yang mereka pelajari. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan “good governance” yang diamalkan oleh kerajaan pada masa kini. Ujarnya, kefahaman Islam yang sempurna ialah yakin dan percaya bahawa Islam ialah satu-satunya agama yang memimpin dunia, seterusnya melahirkan perilaku

Apa itu Oktoberfest?

Imej
Oktoberfest adalah pesta rakyat (“volksfest”) yang diasaskan di kawasan Bavaria (atau Bayern) untuk meraikan hasil tuaian. Ia mempunyai sejarah beratus-ratus tahun, kemudian ia dijadikan sambutan tahunan besar-besaran sempena perkahwinan Putera Mahhkota Ludwig pada tahun 1810 dan diteruskan sehingga kini. Oktoberfest disambut oleh masyarakat Bavaria. Mereka mempamerkan budaya dan identiti tersendiri yang berbeza daripada Jerman yang didominasi oleh Prussia. Mereka memperkenakan pakaian tradisional (“trachten”) seperti Dirndl dan Lederhosen. Muzik tradisional Bavaria juga turut dimainkan dan simbol-simbol Bavaria seperti bendera biru-putih dikibarkan. Lambang biru-putih ni boleh nampak kat logo BMW (akronim kepada Bavarian Motor Works) dan logo kelab bola sepak Bayern Munich. PESTA ARAK HANYA MUNCUL SETELAH 82 TAHUN KEMUDIAN Ketika awal penganjuran festival ini, tiada langsung penganjuran menolak minuman keras secara besar-besaran. Oktoberfest ketika itu adalah pesta rakyat, maka a

Education Malaysia London positif bekerjasama dengan persatuan pelajar

Imej
LONDON, 19 Disember – Dalam satu lawatan rasmi delegasi ISMA UK-Eire ke pejabat Education Malaysia London (EM) pada hari ini, mereka sangat positif untuk membina hubungan dengan persatuan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland yang berdaftar secara rasmi bersama mereka. Menerusi Pengarah Education Malaysia London yang baru, Prof. Madya Dr. Shafie Mohamed Zabri, beliau sangat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan jemputan ke sebarang aktiviti-aktiviti pelajar di luar kota London agar mereka dapat melihat sendiri bagaimana aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan pelajar Malaysia dapat mebina jati diri dan watak seorang mahasiswa berperibadi cemerlang. Beliau juga berharap agar sebarang aktiviti yang diadakan juga turut melibatkan pihak-pihak penaja seperti MARA dan JPA kerana mereka juga positif untuk terlibat sama. Buat masa ini, terdapat kira-kira 17,000 orang pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di sini yang berada dalam pangkalan data pihak

Di Mana ada Kemahuan di Situ Ada Jalan

Imej
Oleh : Yusniati Mesra KUALA LUMPUR, 13 Jan – “Kita bertanggungjawab atas pilihan kita.” Demikian kata Encik Hazwan Mohamad, Akauntan Profesional kepada hampir 80 peserta Karnival Lepasan Sekolah (KLS) di Perpustakaan Negara Malaysia di sini, kelmarin. “Sebelum ini saya mengambil aliran sains semasa SPM. Selepas keputusan SPM diumumkan saya tidak mendapat kesemua A dalam matapelajaran saya justeru saya memilih untuk bertukar haluan kepada akaun ketika peringkat diploma. “Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga bergraduasi dengan keputusan yang cemerlang. Saya ditawarkan biasiswa oleh syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk meneruskan pelajaran di Cardiff University United Kingdom. “Saya menulis impian saya. Visualisasi merupakan sesuatu yang dibolehkan agama. Allah menurut persangkaan hambaNya. Saya mensasarkan yang paling tinggi dalam kehidupan. Umpamanya kalau jatuh saya cuma jatuh di bintang-bintang. Kemudian saya akan imbas impian tersebut dan berusaha untuk men

Kenyataan Media Berkenaan Hasutan Melampau YB Chew Chong Sin

Imej
1. Kita menyelar kenyataan yang terbit daripada https://m.malaysiakini.com/news/468117  oleh seorang ADUN dari parti DAP, Chew Chong Sin, yang mengaitkan pembunuhan umat islam di Christchurch dengan kerjasama antara PAS dan UMNO. 2. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan melampau dan tidak bertanggungjawab. Ia menggambarkan sikap DAP terhadap umat islam dan orang Melayu khususnya. 3. ADUN berkenaan jelas tidak langsung sensitif terhadap perasaan umat Islam diseluruh dunia (dan khususnya di Malaysia) yang kesal dan terkejut dengan kejadian di New Zealand itu. Apatah lagi yang turut terlibat 2 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa keadaan. 4. Kita menuntut ADUN berkenaan memohon maaf kepada seluruh umat islam diatas keceluparan beliau serta kenyataan yang cukup merbahaya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini. Tn. Hj. Aminuddin Yahaya Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 16 MAC 2019 Sumber

Ketuanan Islam meraikan semua bangsa

Imej
Insiden tembakan di 2 buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 49 orang Islam, Jumaat lalu masih lagi menjadi bahan bualan dan perkongsian di laman sosial. Dalang pembunuhan yang telah dikenalpasti merupakan individu berfahaman neo-Nazi yang mengagungkan kehebatan atau ketuanan orang-orang berkulit putih (White Supremacy). Ketuanan Islam vs White Supremacy Ketua Biro Tarbiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Subang Jaya, Ustaz Azrin Shamsuddin tampil menjelaskan persamaan ketuanan orang-orang putih dengan ketuanan Islam. Menurut Ustaz Azrin, ketuanan orang-orang berkulit putih dengan ketuanan Islam tidak ada persamaan langsung. “Ketuanan Islam tidak menafikan kewujudan dan hak bangsa dan kaum-kaum yang lain,” jelasnya. Dalam sejarah Islam di Madinah, umat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi terdiri daripada berbilang kaum seperti Habsyi (Bilal bin Rabah r.a.) dan Parsi (Salman al-Farisi r.a.) serta kaum Arab yang berbilang kabilah, sehinggalah orang-orang Monggo

Berhias yang mubah buat wanita

Imej
Oleh : Siti Saleha Sofian Suri Bangi, 18 Mac – “Berhias bagi wanita di tempat awam adalah harus dengan menepati 14 prinsip dan teras utamanya ialah menutup aurat dengan sempurna,” ulas Ustazah Nur Fatin binti Halil, ahli Majlis Ulama Isma (MUIS) sewaktu membincangkan tajuk ‘Berhias yang Mubah’ dalam Usrah Wanita di Surau Nur Idaman, Apartmen Bangi Idaman, hari ini. “Berhias juga mestilah tiada unsur mensyirikkan Allah, tidak menyerupai agama lain, tidak menyerupai jantina lain, menggunakan alatan solek yang halal, mesra wuduk dan dibuat daripada bahan kimia yang selamat, tidak menghalang air sampai ke kulit, tidak mengubah ciptaan Allah secara kekal, tidak keterlaluan serta mendapat izin wali atau suami,” tambah beliau dalam menyenaraikan kesemua prinsip tersebut sambil menyebut berkenaan hukum berhias yang berbeza mengikut situasi dan kepada siapa berhak dizahirkan perhiasan. Ustazah Nur Fatin dalam usrah wanita yang diadakan setiap hujung minggu, turut mengulas berkenaan istimew

Bangsa Melayu Mampu Memimpin

Imej
Oleh : Syaza S. Suhaili (Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat) Putrajaya, 16 Mac – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Tuan Haji Aminuddin Yahaya hari ini menyuntik inspirasi kepada para perwakilan dan hadirin dengan menyatakan bahawa umat Melayu mampu memimpin negara ini kerana orang Melayu yang sebenar adalah mereka yang yakin dengan kehebatan dan kesungguhan kepimpinan umat Islam. Beliau dalam ucapan aluan di Mesyuarat Agung Tahunan ke 16 (MATK) ISMA berkata, “kalau dahulu kita sebut Melayu, mereka kata ini rasis. Tapi hari ini semua sebut Melayu termasuk parti yang disebut multiracial, pimpinan mereka mula berkata betapa pentingnya memperjuangkan agenda orang Melayu”. Haji Aminuddin Yahaya menyeru agar penggerak ISMA dan organisasi Islam bukan kerajaan (NGO) di negara ini dapat meneruskan agenda perjuangan Melayu Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam suasana yang menekan di masa kini. Beliau menzahirkan sokongan terhadap penggabungan dua parti politik Me

Pelayaran Baharu Menjulang Peradaban Islam

Imej
Oleh : Syaza S. Suhaili (Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat) Putrajaya, 16 Mac – Susulan perubahan besar dalam landskap pemerintahan Melayu-Islam di Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bertekad untuk mengembalikan semula cara hidup dan peradaban Islam dalam masyarakat termasuk dalam bidang politik dan kenegaraan sehingga dapat menegakkan semula tamadun yang berasaskan tauhid kepada Allah swt. ISMA mengambil tanggungjawab untuk memperkukuhkan kepimpinan dan dominasi umat Islam di Malaysia bagi memastikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan terjamin dan tidak mampu dicabar. Seruan itu dinyatakan oleh Amir ISMA, Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abd Rahman ketika menyampaikan Ucapan Dasar Amir di Mesyuarat Agung Tahunan Isma ke-16 di Hotel Everly, Putrajaya, semalam.   Di mesyuarat agung tersebut, Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abd Rahman mencadangkan gagasan politik seperti membentuk semula integrasi nasional melalui pendidikan satu aliran, merancang pembangunan Mala

Setiap negara mempunyai sejarah dan identiti tersendiri

Prestasi Keputusan SPM Maahad Imtiyaz Terus Meningkat

Imej
Oleh: Nor Liyana Mohamad Rosly IPOH, 14 Mac 2019 – Maahad Imtiyaz sekali lagi menunjukkan peningkatan prestasi dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 apabila mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) 3.07 berbanding 4.24 pada tahun 2017 dan 5.23 pada tahun 2016. Dengan bilangan calon seramai 17 orang, empat daripadanya mendapat 7A, dan seorang daripadanya masing-masing mendapat 6A dan 5A. Menurut Rosidi Shahari, pengetua sekolah tersebut, peningkatan ketara pada kali ini adalah dalam subjek Matematik, Pendidikan Quran dan Sunnah, dan Bahasa Arab. Pengetua Maahad Imtiyaz, Rosidi Shahari bergambar bersama para pelajar yang menerima keputusan cemerlang 7A dalam SPM 2018 “Jutaan tahniah saya ucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih dan syabas buat guru-guru yang telah banyak berkorban demi mendidik anak-anak ini sehingga berjaya” ujarnya. “Kami juga menaruh harapan yang tinggi agar Maahad Imtiyaz sekali lagi dapat

Pasca SPM 2018: Peluang kehidupan terbuka luas

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi SUBANG JAYA, 15 Mac  – Sempurnanya peperiksaan SPM memberi makna bahawa peluang untuk meneruskan kehidupan sentiasa ada. Demikian kata Pengarah Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Subang Jaya, Ustaz Ahmad Naim Mohd Rais berikutan keputusan SPM 2018 yang baru diumumkan semalam. Ujarnya, lepasan sekolah boleh menilai sejauh mana kecenderungan dan kesungguhan kita dalam bidang-bidang akademik melalui keputusan yang telah diterima. “Bagi yang mendapat banyak ‘A’, ucapan tahniah diucapkan dan teruskan memilih laluan akademik yang telah diimpikan. “Bagi yang kurang A, anda juga seorang yang hebat kerana diberi iltizam yang kuat untuk terus mengejar kejayaan dalam peringkat pengajian lain yang masih terbuka luas. “Jangan lupa bahawa Allah s.w.t. amat menyayangi hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha menuntut ilmu dan kecemerlangan tanpa henti,” kata Ustaz Mohd Naim lagi. Keputusan SPM 2018 yang diumumkan semalam mengiktiraf Sekolah Agama Me

NAZIM DHL Adakan Program Jejak PDRM

Imej
Oleh : Intan Syazwani Azmee BANGI, 3 Mac 2019  – Seramai 71 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Anak-Anak Hebat Nadi Al-Azim (NAZIM) daerah Hulu Langat bersama 9 orang pengiring telah menyertai Program Jejak PDRM, baru-baru ini. Program Jejak PDRM dijalankan bersempena Hari Angkatan Tentera Darat Malaysia ke 86 yang disambut pada 1 Mac lalu dengan mengadakan lawatan ke Muzium PDRM di Kuala Lumpur. Lawatan yang bertemakan Mewarisi Kehebatan Pahlawan Negara ini telah memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengorbanan serta perjuangan warga tentera darat dalam mempertahankan keamanan negara. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada anak-anak NAZIM menyertai program lawatan sambil belajar. Jurucakap rombongan terbabit, Halilah Mohd Naem berkata, program lawatan sambil belajar seperti ini adalah salah satu aktiviti tahunan kelab Nazim untuk anak-anak terbabit dalam menambah pengetahuan asas mereka, khususnya yang berkaitan dengan seja

Hampir 2000 jemaah Masjid Sultan Ahmad Shah 1 sokong Kempen Malaysia Negara Islam

Imej
Oleh Shuhaimi Shaedon Kuantan, 13 Mac – Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan merangkap Pengarah Operasi Kempen Malaysia Negara Islam (MNI), Tuan Haji Zaizul Azizi Zaman berkata, sebanyak hampir 2000 tandatangan telah diperoleh melalui dua kempen MNI yang dijalankan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 setakat ini. “Kempen MNI tersebut mendapat sokongan yang sangat baik daripada segenap lapisan masyarakat dengan menandatangani petisyen kempen sebelum dan selepas solat Jumaat dilakukan. “Rata-rata umat Islam yang ditemui merasakan bahawa perlunya usaha untuk mempertegaskan semula hakikat Malaysia adalah negara Islam dan menambahbaik amalan Islam tersebut dalam segenap aspek kenegaraaan,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini. Harapan beliau semoga kempen ini akan terus mendapat sambutan di kalangan masyarakat di Kuantan dan sekitarnya bagi menunjukkan sokongan yang padu terhadap kempen yang dijalankan. Sementara itu, melalui slot tazkirah sebelum solat Juma

Pimpinan dan seluruh ahli PAS Kuantan sokong penuh kempen Malaysia Negara Islam

Imej
Oleh Shuhaimi Shaedon KUANTAN, 13 Mac – Pimpinan Parti Islam Se Malaysia (PAS) Kuantan memberi sokongan penuh terhadap Kempen Malaysia Negara Islam (MNI) yang dijalankan oleh aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di daerah Kuantan sehingga awal Mei tahun ini. Demikian menurut, Naib Yang Dipertua Isma Kuantan, Tuan Haji Zaizul Azizi Zaman ketika menjalankan kempen tersebut bersama ahli Isma Kuantan di Program Munajat Perdana di Masjid Al-Fatah anjuran PAS Kawasan Kuantan dan Paya Besar di sini baru-baru ini. “Antara pimpinan tersebut adalah YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya dan YB Andansura Rabu serta termasuk ahli PAS yang turut menandatangani petisyan kempen yang diedarkan di program itu. “Sokongan yang diberikan pimpinan dan ahli PAS tersebut menggambarkan bahawa usaha dan suasana penyatuan merentasi sempadan politik kearah mendaulatkan Islam adalah bertepatan dengan ruh kempen MNI ini,” terang beliau yang juga merupakan Pengarah Kempen MNI bagi cawangan Isma Kuantan. Antara slot

Malaysia Negara Islam bukan agenda politik

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi PUCHONG, 10 Mac – Usaha mempertegas negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam jauh lebih tinggi daripada batasan politik. Menurut Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Subang Jaya, Ustaz Fahmi Bazlan Muda, masyarakat Islam di negara kita telah terperosok di bawah kepompong yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam ialah agenda parti politik tertentu. “Kita semua rasa ‘rigid’ kerana sering dimomokkan dengan politik yang kotor ini (Malaysia negara Islam ialah bahan kempen politik semata-mata). Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bersempena Kempen Malaysia Negara Islam (MNI) di Surau Taman Perindustrian Puchong, semalam. Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan arahan sebenar Allah s.w.t yang mahukan Islam memimpin dunia. “Padahal Allah telah meletakkan arahan agar umat Islam memerintah dan memimpin dunia begitu banyak dalam Al-Quran. “Dalam Surah al-Baqarah umpamanya berkaitan kisah Allah mahu menjadikan manusia seb

Penduduk Subang Jaya sokong Kempen Malaysia Negara Islam

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi SUBANG JAYA, 5 Mac – Kempen Malaysia Negara Islam (MNI) yang dijalankan di sekitar bandar ini mendapat sokongan penuh daripada penduduk tempatan. Ini terbukti melalui jumlah tandatangan petisyen menyokong Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang banyak diterima setiap kali kempen lapangan dilaksanakan. Gerak kerja lapangan yang dijalankan oleh para aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Subang Jaya tertumpu lokasi-lokasi awam seperti pasar tani dan taman rekreasi. Antara lokasi kempen yang telah dilaksanakan ialah di tapak pasar tani pagi di Putra Heights dan Taman Rekreasi Alam Megah selain perkarangan masjid dan surau. Selain mengumpul tandatangan petisyen, kempen juga merangkumi sesi penerangan dan kesedaran tentang betapa pentingnya penegasan semula Malaysia sebagai negara Islam. Kempen MNI juga dilaksanakan melalui ceramah dan kuliah di masjid dan surau termasuklah Surau Ad-Din Seksyen 20, Surau Al-Madaniah USJ18, Masjid Hidayatul Mu

BRIGHT STAR – Platform terbaik kenali peluang belajar ke luar negara

Imej
SHAH ALAM, 2 Mac 2019 – “I have attended all three of ISMA’s pre-university introductory programs and without a doubt, Bright Stars was the best. It was worth the money and time spent! I went to Bright Stars as a confused student, and I returned home with a new spirit and a concrete vision – Japan, here I come!”,  ulas Fatimah Al-Zahra binti Azman, bekas pelajar SM Agama Persekutuan Labu yang menyertai  program Bright Stars , Sabtu lepas. Bright Stars merupakan sebuah program pengenalan pengajian ke luar negara anjuran Biro Luar Negara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang mengetengahkan pelbagai topik bagi mempersiap peserta dalam menghadapi dunia pengajian selepas SPM khususnya untuk yang bercita-cita ke luar negara. Program dengan kerjasama pihak pengurusan Perpustakaan Awam Raja Tun Uda (PPAS), Shah Alam telah  dihadiri oleh para pelajar lepasan SPM 2018 dari seluruh negeri termasuklah ibu bapa dan penjaga pelajar. Penganjuran kali ini turut mengetengahkan kesedaran akan mas

Ruai Ikhlas Sarawak bakal anjurkan Seminar Memperkasa Pengurusan Saudara Baru

Imej
Oleh: Mohammed Rasheedan b Ellin Kuching, 4 Mac 2019 – Ruai Ikhlas Sarawak, sebuah organisasi bukan kerajaan yang cakna kebajikan mualaf akan menganjurkan Seminar Pengurusan Saudara Baru 2019 pada 30 Mac 2019 ini. Seminar yang akan dianjurkan di Islamic Information Center (IIC), Kuching ini akan membentangkan beberapa kertas kerja dan perkongsian pengalaman daripada individu dan agensi yang telah lama terlibat dalam pengurusan mualaf. Antaranya adalah Ustaz Wan Ariffin bin Wan Yon daripada UiTM Sarawak, yang merupakan seorang pensyarah yang mengkaji tentang isu mualaf dan saudara baru. Turut diundang beberapa penceramah daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang akan membentangkan realiti semasa saudara baru Sarawak dan mengendali bengkel teknikal pengislaman dan pengurusan saudara baru. Seminar ini sangat releven dan wajar diadakan melihat kepada situasi semasa di mana penyedia dan pembimbing kelas saudara baru tidak mempunyai platform untuk mengemaskini gerak kerja supa

Budaya hedonisme yang merosakkan umat

Imej
Islam meletakkan garis panduan dalam seluruh aspek kehidupan. Adakah bertujuan mengongkong manusia? Tidak! Bahkan sebagai panduan agar tidak terbabas. Umpama papan tanda di jalan raya yang memberi panduan kepada perjalanan kita menuju destinasi. Manusia yang hidup tanpa panduan, perjalanannya tidak terarah. Terkadang di landasan yang betul, tapi seringkali menyimpang dari jalan yang benar. Manusia yang rasa terkongkong dengan panduan-panduan agama adalah kerana dia tidak memahami tujuan hidup dan tujuan dia diciptakan. Sepanjang waktunya hanya berusaha memuaskan hawa nafsu yang tidak akan pernah puas, sehingga akal dan rohaninya tidak terpimpin dan akhirnya “mati” walaupun jasadnya masih bernyawa. Golongan yang cintakan hiburan berlebihan, akan berusaha mempertahankan subjek kecintaannya walau dengan pelbagai hujah falasi yang kebudak-budakan. Budaya hedonisme yang tidak dikekang lambat laun akan memberi saham kepada kerosakan institusi kekeluargaan yang merupakan asas paling pent

Sajak: Malaysia Negara Islam

Imej
Telah termaktub dalam kitab-kitab sejarah Bahkan tercatat dalam catatan Sung Lien Bahawa Melayu sudah lama bersujud Menyembah Ar-Rahim seawal rahim Wanitanya anggun berhijab Yang tua dihormati Muda-mudi disayangi Suasana permai seakan dini Menjadi bukti, Islam telah berakar umbi Di tanah bertuah ini Genap seratus purnama Si putih datang bawa pengikutnya Konon mahu menoreh getah Konon mahu melombong Timah Walhal tanah ini ingin dijajah Jus Soli menjadi wadah Menjadi rakyat di negara tumpang Setelah 118 kali pertemuan Setelah 131 memorandum dibincangkan Jus Soli berjodohkan perlembagaan Yang pertama Islam bukan agama rasmi semata, malah persekutuan Yang kedua Melayu diberi hak keistimewaan Yang ketiga Bahasa Melayu bahasa kebangsaan Yang keempat Institusi raja wajar dipertahan Namun kini, Persepakatan berkurun ini kembali dipersoal Oleh sekumpulan manusia tidak berotak Tidak kira yang berkulit gelap mahupun cerah Berambut perang mahupun berkopiah Bahkan