Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Lawatan Raja Bahrain perkukuh hubungan Bahrain-Malaysia

Imej
KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Lawatan negara Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa ke Malaysia mulai hari ini hingga Rabu ini merupakan dorongan besar kepada perkembangan politik dan perkongsian ekonomi antara kedua-dua negara yang dibina atas ikatan persahabatan, hormat-menghomati dan minat berterusan dalam menyokong perjuangan Islam. Menteri Penerangan Bahrain, Ali bin Mohammed Al-Rumaihi berkata beliau optimis hasil perbincangan Bahrain-Malaysia nanti akan memperkukuh kerjasama politik dan strategik yang sedang berkembang sejak bermula hubungaan diplomatik mulai 1974. “Rakyat dan pemerintah kami amat menghargai pendirian berterusan dan mesra Malaysia dalam menyokong keselamatan dan kestabilan, amalan demokrasi Bahrain serta menyebelahi kerajaan Bahrain dalam melindungi keselamatan Teluk dan Arab serta menolak campur tangan luar dalam hal ehwal dalamannya,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama. Al-Rumaihi berkata perjanjian baharu dan memorandum persefa

DAP sebenar-benar musuh Islam

Imej
ALOR SETAR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah menyifatkan parti rasis dan cauvinis DAP sebagai musuh yang lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN) dan UMNO kerana secara terang menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini. Pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar PAS Ke-63, di sini, sebentar tadi, beliau berkata, pendekatan politik yang diamalkan DAP sangat berbeza dengan pendirian PAS yang mengutamakan perjuangan Islam dan kesejahteraan. “DAP jelas menolak perlaksanaan syariat dan terbaharu menolak pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. “DAP mengamalkan politik rimba, politik binatang dan politik dendam. Ia dapat dilihat dengan isu pemecatan ahli majlis dari PAS di Pulau Pinang. Bukan sahaja ahli majlis, malah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari PAS. “Lebih mengejutkan pada 19 April lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengam

30 ahli PPBM umum keluar parti, satu masuk UMNO

Imej
DUNGUN, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi dilihat goyah apabila seramai 30 anggotanya termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan PPBM Dungun Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu. Azmi juga malah mengumumkan kembali menyertai UMNO di Bandar Al Muktafi Billah Shah Dekat Bukit Besi di sini, hari ini. Beliau berkata, 20 hingga 30 lagi anggota PPBM Dungun dijangka turut berbuat demikian dalam masa terdekat. Keputusan keluar parti itu diumumkan dalam program Selamat Tinggal PPBM – Sirih Pulang ke Gagang, UMNO Dulu, Kini dan Selamanya di sini, malam tadi. Mereka difahamkan mengambil keputusan itu kerana mendapati PPBM tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan UMNO selama ini. The post 30 ahli PPBM umum keluar parti, satu masuk UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Madrasah arwah Thaqif akhirnya buka mulut

Imej
KOTA TINGGI, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi hari ini buat pertama kalinya tampil dalam satu kenyataan bagi merungkai segala pertanyaan orang ramai berhubung tragedi berlaku yang mengejutkan satu negara. Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan. Menurut kenyataan itu, pembantu warden tersebut telah mengaku sendiri tentang sejarah lamanya setelah diterima berkerja di madrasah sekali gus membuatkan pihak madrasah memahaminya yang cuba bersikap jujur untuk membaiki kehidupan. “Kerana kami maklum, dia telah diberi parol dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. “Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya pengarah penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya. “Apakah pendirian a

Jangan lapor berita jahil, provokasi, tahyul, informasi tidak berkualiti: Raja Perlis

Imej
KANGAR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyaran pengamal media agar tidak melayani sebarang publisiti dengan menyediakan laporan yang mencerminkan kejahilan, provokasi, tahyul dan informasi tidak berkualiti. Baginda bertitah sebaliknya media berperanan menyediakan berita yang memberi fokus kepada informasi yang mampu mendidik masyarakat menjadi berilmu, bersahsiah dan memberi inspirasi ke arah generasi yang berminda kelas pertama. “Berita dan publisiti yang tidak berkualiti banyak merugikan masa rakyat, memalukan negara, dan mencetekkan akal fikiran manusia sehingga dunia sekarang banyak berlaku salah faham tentang banyak hal. “Salah faham itu juga termasuk yang melibatkan kesucian dan kebenaran agama Islam. Ia bukan sahaja ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam, malah diburukkan lagi oleh informasi yang tiada nilai lalu menjadikan rakyat jahil, pemimpin serta manusia yang rosak dan mengikut hawa nafsu,” titah baginda. Baginda bertitah d

Pihak sakit hati, tiada akal waras sahaja anggap ribut bala kepada PAS

Imej
Processed with VSCO KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – PAS menepis kata-kata penyokong Pakatan Harapan yang mengambil kesempatan mewar-warkan insiden sebuah khemah di muktamar parti itu tumbang akibat ditiup angin kencang semalam sebagai bala Allah S.W.T. Dalam satu kenyataan media, PAS berkata, Allah menguji hambaNya dengan pelbagai ujian termasuk ribut sama ada hambaNya yang soleh atau tidak. “Mereka yang memang sakit hati dengan PAS tanpa pertimbangan akal yang waras terus menganggap ia bala Allah S.W.T kepada PAS. “Makkah khususnya Masjidilharam acapkali juga dilanda ribut. Adakah ia menandakan sesuatu yang buruk? Bersabarlah wahai mereka yang sedang diuji. “Bagi orang mukmin, ia hadapi ujian itu dengan sabar, lantas ia mendapat pahala. Bagi orang yang tidak mukmin, ribut dan derita orang lain menjadi modal untuknya melepaskan nafsu geram,” kata kenyataan itu malam tadi. Penyokong Pakatan Harapan sejurus insiden yang mencederakan beberapa petugas PAS itu berlaku mewar-w

Agenda muktamar tetap diteruskan meski lokasi terjejas dilanda ribut: PAS

Imej
KOTA BHARU 23 February 2015. ( KBM815L / KBB912M / KBE061C ) Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan (tengah) menjelaskan mengenai hukum hudud pada sesi penjelasan hukum hudud kepada media Kelantan di Hotel Perdana Kota Bharu. NSTP/Syamsi Suhaimi ALOR SETAR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan memaklumkan, partinya akan tetap meneruskan agenda Muktamar Ke-63 hari ini dan esok meskipun sebahagian kawasan Kompleks PAS Kedah yang menjadi lokasi muktamar dan kehadiran pengunjung ditutup. Beliau berkata, kepimpinan PAS yang bermesyuarat malam tadi juga memutuskan semua gerai jualan di kawasan yang roboh dan berhampirannya ditutup operasi, sebagai langkah keselamatan. Pada masa sama, beliau menegaskan, aspek keselamatan pengunjung dan perwakilan muktamar akan tetap menjadi keutamaan. Keputusan itu dibuat susulan kejadian ribut malam tadi mengakibatkan khemah jualan roboh sehingga menghempap dan men

Kerana cinta, wanita Daesh rela berkorban apa saja

Imej
KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Gara-gara terperangkap dengan anggota kumpulan militan Daesh tempatan, segelintir wanita tempatan sanggup bergadai harta dan wang tunai sebelum ditinggalkan terumbang-ambing di luar negara. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kerana mengejar impian untuk berjuang dan mencari cinta di Syria, harta mencecah jutaan ringgit yang diperah anggota kumpulan militan berkenaan lesap entah ke mana. Beliau mendedahkan, lebih daripada 20 wanita tempatan telah diperdaya anggota militan Daesh dengan dijanjikan cerita dan masa depan yang indah di Syria sebaik sahaja mendirikan rumah tangga di sana. “Sebab cinta juga mereka sanggup menggunakan wang pengajian, menjual kereta serta kediaman sehinggakan membuat pinjaman bank sebelum diarahkan untuk meninggalkan Malaysia menerusi penerbangan transit sebelum tiba di Istanbul, Turki selepas dana yang dikumpul mencukupi. “Mereka kemudia

Tun M terima keputusan PAS tak mahu kerjasama

Imej
KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menerima keputusan PAS yang tidak mahu mengadakan kerjasama pilihan raya, secara terbuka. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar semalam berkata, partinya tidak mahu bekerjasama dengan parti seperti PPBM yang tiada “imam” dan tiada ketentuan arah. “Kalau mereka tutup pintu, kita tak boleh masuk. Mereka dialu-alukan. Mereka tidak mahu bercakap dengan kita, ‘okay’ lah,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas acara Pakatan Harapan bersama penduduk Bandar Tun Razak malam tadi. Terdahulu, Dr Mahathir memberikan tempoh kepada PAS untuk memberikan jawapan. Bagaimanapun, Hadi memberi respon partinya tidak mahu bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN. Mesyuarat agung tahunan PAS yang sedang berlangsung ketika ini menyaksikan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR. PAS dan DAP memutuskan hubungan

Hindraf terdesak, minta bantuan PBB gesa Malaysia batal PR Zakir Naik

Imej
KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sekali lagi bertindak melampau apabila menggesa Jawatankuasa Memerangi Keganasan Majlis Keselamatan (CTC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menasihati Malaysia agar membatalkan status Pemastautin Tetap (PR) diberikan kepada Dr Zakir Naik. Pengerusinya, P Waythamoorthy menulis surat kepada Pengerusi CTC, Amr Abdellatif Aboulatta yang berpejabat di New York mendakwa, gesaan itu dibuat ekoran pelbagai laporan mengaitkan pendakwah kontroversi dari India itu dengan aktiviti keganasan. “Kami menulis kepada anda dengan harapan anda boleh menangani isu ini dengan membawa kepada perhatian perwakilan Malaysia dalam CTC mengenai kebimbangan akan bahaya (kehadiran Zakir) kepada publik di Malaysia dan kemudaratan jangka panjang secara langsung dan tidak langsung di peringkat domestik dan juga antarabangsa,” kata beliau dalam surat itu, yang salinannya diedarkan kepada media semalam. Waythamoorthy berkata, Malaysia

Isma Kemaman FC juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Tertutup Kemaman

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin CHUKAI, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Tidak sangka dan teruja antara perasaan yang dirasakan pasukan Isma Kelantan FC setelah berjaya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Tertutup Kemaman yang diadakan di Stadium Makchili Chukai, Kemaman, semalam. Pengurus Pasukan Isma Kemaman FC, Mohd Aiman Mohd Bustamin yang menyampaikan berita gembira itu berkata, kemenangan itu menjadi lebih bermakna apabila pasukannya antara pasukan baru yang bertanding berbanding pasukan-pasukan lain di Kemaman. “Alhamdullilah, segala pelaburan dan penat lelah selama ini hilang apabila melihat piala yang dijulang. Saya ingin berikan pujian kepada kapten pasukan Isma Kemaman FC, Saudara Mohd Hafez Mohd Asri yang begitu komitmen dalam memimpin pasukan sehingga berjaya. “Saya berasa sangat teruja kerana kami tidak sangka boleh memenangi kejohanan ini terutamanya apabila beberapa pemain bintang kami tidak dapat beraksi bersama,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.ne

Elak budaya politik tidak sihat, lobi melobi: Hamisa

Imej
TAWAU, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat mengingatkan rakan seperjuangan dalam UMNO di semua peringkat agar mengelakkan budaya politik tidak sihat termasuk amalan lobi melobi yang keterlaluan. Beliau berkata, memandangkan pemilihan calon akan diadakan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), budaya tidak sihat itu hanya memberi gambaran negatif terhadap parti selain turut akan memecahbelahkan UMNO. “Menjelang PRU semua mahu jadi calon tetapi berpolitiklah secara sihat, terpulang kepada kepimpinan tertinggi menilai gerak kerja anggotanya yang layak menjadi calon,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam amal anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia cawangan Tawau di sini, malam tadi. Menurutnya, yang penting adalah kebersamaan anggota UMNO untuk menghadapi PRU14 akan datang, sekali gus memastikan kemenangan Barisan Nasional. Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Ne

Semua masyarakat perlu amal sifat peka terhadap golongan muda: Raja Zarith Sofia

Imej
JOHOR BAHRU, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan sikap peka terhadap persekitaran mereka terutama apabila membabitkan golongan muda. Baginda bertitah, sikap itu perlu ditanam dalam diri setiap individu kerana generasi muda merupakan pewaris bangsa dan negara. “Saya dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berasa dukacita dengan kisah lapan remaja lelaki berbasikal maut akibat dirempuh kereta berhampiran Tanah Perkuburan Mahmoodiah. “Saya menyeru agar semua pihak ambil berat akan perilaku anak-anak muda zaman ini tidak kira bangsa dan agama kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama,” titah baginda dalam upacara pembukaan Istiadat Konvokesyen UTM Ke-58 di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai dekat sini semalam. Permaisuri Johor yang merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menasihati golongan muda supaya mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah dan menjauhi perb

Kebolehpasaran TVET lebih tinggi berbanding bidang akademi: Idris Jusoh

Imej
KUALA TERENGGANU, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Kebolehpasaran lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) lebih tinggi berbanding lulusan institut pendidikan tinggi yang memilih bidang akademik, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata berdasarkan statistik tahun lepas, perkembangan kebolehpasaran lulusan TVET adalah antara tujuh hingga lapan peratus setahun mengatasi perkembangan aliran akademik iaitu hanya dua hingga tiga peratus sahaja. “Kebolehpasaran pelajar Kolej Komuniti ialah 97 peratus, pelajar Politeknik pula 88 peratus manakala universiti biasa hanya 76 peratus… jadi kita lihat perbezaannya di situ. “Ini akan jadi rangsangan untuk pelajar tidak hanya memilih aliran akademik, tapi boleh juga memilih bidang TVET kerana kedua-duanya ialah aliran perdana… tidak timbul soal pilihan kedua kerana negara memerlukan kedua-duanya,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah M

Hentikan sebar berita mengenai Mohamad Thaqif Amin: Asyraf Wajdi

Imej
KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Orang ramai diminta menghentikan penyebaran dan menularkan pelbagai bentuk berita mengenai pelajar tahfiz di Kota Tinggi, Johor Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi serta merta kerana kes pelajar itu masih dalam siasatan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berita yang disebarkan di media sosial kebanyakan bukan dari sumber berita yang sahih dan dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai berita palsu dan fitnah. “Seperti yang saya katakan sebelum ini, biarlah pihak yang berwajib melakukan siasatan yang terperinci terhadap kes ini… tunggulah kenyataan dikeluarkan oleh pihak yang terlibat dalam kes ini, jangan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2017, di Menara Kuala Lumpur, semalam. Pertandingan Memasak Bubur Lambuk itu adalah anjuran Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

UMNO Kelantan serah SPRM siasatan ketua bahagian wanita

Imej
KOTA BHARU, 3 Syaaban 1438H, Ahad – UMNO Kelantan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat seorang ketua wanita  bahagian  parti itu di negeri ini, berhubung dakwaan kes penyelewengan. Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat berkata UMNO Kelantan yakin siasatan  terhadap ketua wanita  berusia 69 tahun itu tidak akan menjejaskan parti. “Dalam kes ini individu terbabit masih lagi menjawat jawatan ketua wanita Umno bahagian dan kita akan melihat hasil siasatan sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Umno ke-71 di sini, semalam. Khamis lepas, SPRM mengambil keterangan bekas Timbalan Presiden Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang juga Ketua Wanita Umno  bahagian di negeri ini, berhubung dakwaan kes penyelewengan dana pada PRK Parlimen Rompin pada 2015. – Bernama The post UMNO Kelantan serah SPRM siasatan ketua bahagian wanita appear

Pihak cuba pecah belahkan perpaduan perlu diambil tindakan tegas

Imej
Processed with VSCO BACHOK, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Majlis Profesor Negara (MPN) mahu kerajaan mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu sensitif berkaitan agama dan bangsa sehingga memecahbelahkan perpaduan rakyat. Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata sepatutnya tiada ruang berlakunya perbalahan agama dan bangsa di negara ini, melainkan ada pihak dipergunakan pihak asing untuk kepentingan tertentu. “Saya ingin menyatakan dalam menangani isu-isu semasa hari ini, perlu ada semangat memberi dan menerima dan kita mesti mendekati perkara-perkara yang halus berdasarkan prinsisp kesederhanaan dan saling hormat menghormati,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pendidikan Keselamatan dan Kejiranan serta Wacana Sidang Mediasi Komuniti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini. Raduan berkata menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat

Ahli kumpulan WhatsApp boleh disiasat

Imej
CYBERJAYA, 3 Syaaban 1438H, Ahad – Siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam mana-mana kumpulan aplikasi pesanan seperti WhatsApp, WeChat, Viber dan Telegram, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM dalam kenyataan berkata, perbualan dalam mana-mana kumpulan adalah bersifat persendirian, namun adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi itu bagi membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan dan cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. Suruhanjaya itu berkata, siasatan tidak akan membezakan antara pentadbir dan ahli kumpulan. Justeru, pentadbir aplikasi atau anggota kumpulan diingatkan supaya berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu. “Jika pentadbir atau mana-

Tapak muktamar PAS dilanda ribut, ramai cedera, khemah runtuh

Imej
KOTA SARANG SEMUT, 2 Syaaban 1438H, Sabt u – Sekurang-kurangnya 17 orang cedera apabila ribut melanda kawasan Kompleks PAS Kedah di sini, malam tadi, di mana muktamar tahunan parti itu ke-63 berlangsung. Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam tadi turut memusnahkan lebih 30 khemah jualan dan pameran menyebabkan kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit. Dua mangsa dilaporkan patah kaki dan seorang cedera di kepala, dikejarkan ke hospital, manakala selebihnya cedera ringan. Khemah utama yang digunakan Dewan Pemuda PAS untuk muktamar mereka semalam juga dilaporkan rosak teruk. Anggota bomba dikejarkan ke tepat kejadian untuk memberi bantuan, manakala JabatanAmal PAS menutup kawasan itu bagi memudahkan bantuan kecemasan. Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan mengesahkan kejadian itu, tetapi hanya memaklumkan beberapa khemah rosak. Beberapa program malam ini dibatalkan, kecuali majlis makan malam bagi mengutip dana pembinaan Kompleks PAS Kedah. The post Tapak muktamar

Muzakarah lulus 10 resolusi satukan umat Islam serantau

Imej
BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Muzakarah Majlis Ulama (Muis) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) ke-5, hari ini meluluskan 10 resolusi dalam mengurus kepelbagaian aliran dalam konteks penyatuan umat Islam serantau. Sepuluh resolusi itu ialah: 1. Muzakarah bersetuju bahawa kesatuan asas-asas tauhid adalah wajib dan penting dalam membentuk kekuatan umat Islam; 2. Segala usaha ke arah pembentukan kesatuan umat perlulah disokong dan diberi fokus utama berbanding masalah cabang yang menimbulkan kontroversi dan perbalahan yang tidak menguntungkan umat Islam serta menyuburkan sikap ta’asub kepada kumpulan masing-masing; 3. Muzakarah menegaskan bahawa para ulama mestilah menangani agenda musuh islam yang sentiasa berusaha memecahbelahkan umat Islam. Memahami agenda tersebut, umat Islam akan lebih realistik dalam membentuk kesatuan umat serantau; 4. Pembentukan blok kesepakatan antara umat Islam melalui kerjasama yang rapat antara badan – badan atau institusi-institusi adalah langkah s

MAIPs harus malu jika belum mampu bantu asnaf: Raja Muda Perlis

Imej
KANGAR, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Warga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) harus berasa malu jika masih belum mampu membantu golongan asnaf di negeri ini keluar dari kepompong hidup mereka. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun MAIPs dilihat sebagai sebuah agensi yang semakin mantap dalam melaksanakan amanahnya namun tidak harus ada istilah berpuas hati dengan khidmat bantuan yang telah dilaksanakan. “Sekiranya terdapat segelintir asnaf yang ditemui dan santuni masih berada di takuk lama setelah sesuatu tempoh yang wajar maka MAIPs harus melipatgandakan usaha memperbaiki keadaan itu. “Jika ada yang tersisih dan terbiar masih kelihatan lesu, seolah-olah tidak pernah dibantu, ini satu situasi yang harus dielak dan perlu untuk sama-sama kita lakukan luar daripada kebiasaan, fikir dan renungkan,” titah baginda menurut siaran media yang dikeluarkan oleh MAIPs, hari ini. Baginda bertitah demikian ketika menutup Mesyuarat MAI

Media perlu proaktif, ketengahkan isu penyatuan ummat

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Media perlu memainkan peranan penting dalam mengetengahkan isu-isu kesatuan umat Islam serantau. Mengemukakan cadangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif IRIS, Profesor Datuk Dr Ir Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, disebabkan media menjadi rujukan zaman ini, ia mesti bergerak sebagai sumber yang menyajikan agenda Islam. Katanya, beliau sangat berharap media yang ada mampu mengetengahkan kisah kejayaan umat dan penyatuan umat Islam serantau. “Media tak boleh berat sebelah, jangan sekadar hiburan atau cerita-cerita biasa. Kita tak mahu media ketengahkan isu perpecahan umat Islam. “Kita minta media perbanyakkan cerita tentang penyatuan Islam membabitkan negara-negara Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain. Itu untuk kesatuan umat Islam,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Muzakarah ‘Fiqh Penyatuan Ummah’ anjuran Majlis Ulama Isma, hari ini. Selain itu Prof Badhrulhisham berkata, para ulama juga perlu me

Tok Lebai Janggut kata mahu tak mahu PAS kena cari regu. Soalnya siapa?

Imej
PADA 29 Rejab lalu, saya ada menimbulkan persoalan mengenai apakah PAS sudah bersedia memerintah negara selepas 63 kali bermuktamar. Tok Lebai Janggut, dalam komen terhadap tulisan saya itu mengatakan “sebelum bercita2 nak perintah negara tolong congak berapa kerusi Parlimen yg boleh menang? PAS stand alone tentu confirm tak boleh. Mahu tak mahu kena cari regu. soalnya sape???” Usah mencongak berapa negeri yang mampu ditawan. Cukupkah sekadar lima yang dicanangkan bagi membolehkan PAS melakukan perubahan di seluruh negara, khususnya undang-undang syariah di negeri, sedang enakmen Islam negeri juga tertakluk kepada undang- undang yang digubal pada peringkat Dewan Rakyat. Jika tidak dapat menguasai Dewan Rakyat, usah diharap untuk boleh meninggikan undang-undang syariah negeri. Walaupun negeri berkuasa menggubal atau menguatkuasakan peraturan, tetapi hukuman bunuh atau potong tangan, tidak boleh dilaksanakan kerana ada hubungkait dengan undang-undang Persekutuan. Lalu, apa ert

Percakaran umat Islam hanya untungkan puak liberal

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Ketidaksatuan ummah jika tidak dicari penyelesaian hanya akan menguntungkan golongan liberal, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni. Sedangkan, beliau berkata, banyak faktor yang boleh menyatukan umat Islam serantau, termasuk kesatuan aliran Ahlussunnah Wal Jamaah, satu rumpun bangsa, satu bahasa, satu lokasi kejiranan serantau dan satu budaya. “Malangnya faktor-faktor penyatu itu boleh dihancurkan oleh perbezaan aliran dalam masalah furu’ akidah dan fiqh. Aliran-aliran yang berbeza itu amat sukar untuk diharmonikan. “Sebabnya, ia seolah-olah seperti ada tangan-tangan belakang yang dengan sengaja menyuburkan percakaran tersebut,” katanya ditemui selepas muzakarah ‘Fiqh Penyatuan Ummah anjuran Majlis Ulama Isma (Muis). Muzakarah hari ini menghimpunkan kira-kira 30 ulama dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. Ustaz Fauzi berkata, apa yang membimbangkan ialah apa

Jiwa umat Islam kuat, tapi belum bersatu

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Jiwa Islam dalam masyarakat Muslim seluruh dunia masih kuat, namun belum ada yang mampu menyatukannya, kata Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Madya Dr Aznan Hassan. Berucap pada perasmian Muzakarah Ulama MUIS ke-5, beliau memberi contoh kesan isu Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, yang katanya, umat Islam masih mempunyai rasa izzah yang kuat, tetapi perlu didorong bagi membentuk kesatuan. “Kita tengok isu Ahok, umat ini jiwa Islamnya masih kuat sebenarnya, umat yang tak mahu Islam ini dimain-mainkan masih kuat. Cuma kita masih belum ada satu perkara yang boleh membawa kepada penyatuan ummat. “Melalui muzakarah ini kita nak memahami punca perbezaan di kalangan umat, cara untuk menanganinya. Apakah fiqh kesatuan yang perlu kita ada dalam isu kepelbagaian kumpulan seperti aliran mazhab yang berbeza, aliran pemikiran, liberal dan sebagainya,” katanya di si

Ramai sertai militan Daesh ‘zero-knowledge’ mengenai Islam

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Ahli Lembaga Akademik Persatuan Ulama dan Guru-Guru Islam Singapura (PERDAS), Ustazah Kalthom Mohammad Isa berkata, kebanyakan daripada belia yang terjebak dalam kumpulan militan Daesh sebenarnya jahil mengenai Islam. Menerusi sesi kaunseling yang pernah dijalankannya bersama bekas ahli kumpulan itu, beliau mendapat maklumat bahawa rata-rata mereka yang menyertai militan itu mempunyai jiwa yang lemah. Beliau berkata, ada juga remaja perempuan yang terjebak dengannya kerana ingin mencari pasangan yang kononnya boleh membimbing ke jalan yang benar. “Ramai yang ada boyfriend dalam kalangan militan Daesh ini. Kebanyakan mereka ini asalnya banyak yang terlanjur. Kiranya masa silam mereka itu buruk. “Jadi mereka mahu berubah dan Militan Daesh ini janjikan ‘paradise’ pada mangsa-mangsa ini sekiranya menyertai mereka. Bahkan ada yang mahu sponsor dan memberi duit kepada mereka. Ada pula yang menceritakan, ‘Ustazah, brothers

Muzakarah Ulama MUIS kali ke-5 bincang isu penyatuan ummah

Imej
PUTRAJAYA, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) hari ini sekali lagi menghimpunkan kira-kira 30 asatizah dalam muzakarah kali ke-5 yang membincangkan tajuk ‘Fiqh Penyatuan Ummah’. Muzakarah yang menghimpunkan kira-kira 30 ulama dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia ini diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya. Siri penganjuran kali ini membariskan beberapa tokoh seperti Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Aznan Hassan; Ketua Dewan Ulama Majlis Ulama Indonesi (MUI) Sumatera Utara, Prof Dr H Ramli Abdul Wahid; Anggota Lembaga Akademik Persatuan Ulama dan Guru-guru Islam Singapura (Pergas), Kalthom MOhamad Isa; Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismail Lutfi dan Ahli Majlis Ulama Isma, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman. Pembentangan kertas kerja akan disusuli perbincangan meja bulat oleh ahli muzakarah sebelum memutuskan resolusi. MUIS pernah menganjurkan beberapa siri muzakarah ulama sebelum ini antaranya mengenai kefarduan mengundi calon muslim b

Agama baru sang liberal

Imej
SEJAK kebelakangan ini, pihak pendokong dan penyokong idealogi liberalisme cuba membawa pembaharuan dalam pemikiran masyarakat. Ya, mereka merupakan di kalangan kaum Muslimin, tetapi menuduh kononnya cara pemikiran sedia ada masyarakat yang berasaskan tradisi Islam sudah tidak lagi relevan. Mereka sebenarnya hanya membawa sebuah agama atau kepercayaan baru. Iaitu agama yang menjadikan nafsu dan akal sebagai Tuhan. Memang benar mereka tidak memanggil nafsu atau akal mereka sebagai “Tuhan”, tetapi iktikad dan tindakan mereka jelas membuktikan mereka memisahkan Al Quran dan Sunnah dari fakulti pemikiran dan tindakan mereka. Antara laungan-laungan yang digembar gemburkan adalah, ” Saya ada versi Islam saya sendiri” ” Siapa yang mencipta Tuhan” ” Azan tidak sepatutnya dilaungkan dalam jarak yang hampir dengan kawasan perumahan, ia perlu ada jarak yang jauh supaya tidak menganggu ketenteraman penduduk” ” Bahawa sebenarnya mereka yang tidak berpuas hati dengan mereka yang makan di ruan

Selain PAS, mufti juga kata pelaksanaan GST haram

Imej
BANGI, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diakui orang awam sebagai membebankan terutama untuk golongan berpendapatan rendah. Mengulas situasi itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang tindakan dan polisi sekiranya ia membebankan serta menganiayai rakyat, maka ianya adalah adalah haram. Katanya, ini kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh Allah kepada kerajaan untuk menegakkannya. “Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi. “Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya dipetik Sinar Harian. Kelmarin, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed ketika berucap di Muktamar berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah h