Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

“WAHAI DAIE, JANGAN BIARKAN KAMI KEMBALI KEPADA JAHILIYAH!”

Imej
Ruang kamar mahkamah dipenuhi manusia. Hari yang ditunggu untuk kesekian lamanya telah tiba. Hari yang menentukan adakah benteng terakhir undang-undang kehakiman syariah Sarawak masih berkuasa ataupun telah hilang bisanya. 27 Februari 2018, hari pengumuman keputusan kes rayuan penukaran agama atau murtad dari agama Islam bagi empat orang perayu. Mereka adalah: Syarifah Nooraffyza Wan Hosen – seorang Muslimah berbangsa Melayu yang meninggalkan agama Islam secara sukarela dan memeluk agama kristian – agama teman lelakinya. Mohd Syafiq b Abdullah atau Tiong Choo Ting – berbangsa campuran Cina-Bidayuh beragama kristian sebelumnya. Memeluk agama kristian atas urusan perkahwinannya. Merayu keluar Islam kerana isterinya telah meninggal dunia pada 2007. Salina Jau bt Abdullah – berbangsa Kayan/Kenyah beragama kristian yang memeluk agama Islam atas urusan perkahwinannya. Merayu keluar Islam kerana telah bercerai dengan pasangan muslimnya pada 2010. Nur Muzdhalifah bt Abdullah atau Jenny P

Kenyataan iPeguam Berhubung Keputusan Mahkamah Persekutuan Yang Menolak Permohonan Empat Individu Muslim Untuk Keluar Islam

Imej
iPeguam ingin merakamkan setinggi kesyukuran di atas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang telah sebulat suara menolak permohonan 4 orang pemohon untuk keluar dari agama Islam. Kesemua lima orang hakim, dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama YAA Tan Sri Ahmad Maarop, YA Tan Sri Hasan Lah, YA Tan Sri Ramly Ali, YA Tan Sri Jeffrey Tan telah sebulat suara menolak rayuan keempat-empat pemohon tanpa kos. iPeguam berpendapat bahawa Yang Arif para hakim di atas telah membuat satu keputusan yang mencerminkan semangat sebenar peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia, khususnya fasal 3 yang menegaskan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Pada waktu yang sama, iPeguam juga ingin menarik perhatian kepada beberapa perkara, seperti berikut: Pertama, amalan memeluk Islam hanya untuk tujuan perkahwinan. Dalam bersikap positif terhadap pengislaman seseorang itu, umat Islam perlu bersikap serius dan bersungguh-sungguh dalam mendalami dan memahami ajaran

NAZIM KL Berjaya Menjadi Kelab Rasmi di Sekolah

Imej
Cheras, 25 Februari – “Di SIRAJ, pelajar-pelajar memang menghafal Al-Quran dan hadis. Kehadiran pihak NAZIM KL membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar berkenaan Al-Quran itu sendiri.” kata Pengetua Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Cawangan Cheras, Ustaz Mohd Aminuddin bin Haji Katan. Program Smart Aulad Circle yang berlangsung pagi tadi telah disertai seramai 31 orang peserta yang berumur 6 hingga 12 tahun. Objektif program yang bertemakan “Kerana mulut badan binasa” adalah untuk mendidik para peserta mensyukuri nikmat mulut melalui aktiviti Teka Rasa, melatih peserta untuk melazimi zikir dan istighfar dalam kehidupan seharian dan memberi kesedaran bahawa tutur kata boleh membinasakan diri melalui penerangan dan hafazan Surah Al-Humazah. Salah satu keunikan di SIRAJ ini yang jarang didapati di tempat lain adalah ibu bapa turut sama terlibat dalam pelaksanaan program bukan seperti norma biasa kita lihat yang mana seluruh tanggungjawab berkaitan sekolah digalas oleh pi

PAS gesa pertingkatkan usaha martabat Mahkamah Syariah

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – PAS menggesa supaya usaha memartabatkan institusi Mahkamah Syariah dipertingkatkan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan negara. Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, kes permohonan murtad yang dibuat empat individu di negeri itu jelas menunjukkan pertembungan antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Beliau berkata, usaha PAS di peringkat nasional untuk memperkasakan peranan dan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah serta undang-undang Syariah menerusi pindaan Akta 355 bertepatan dan perlu disokong pimpinan Melayu Islam di Sarawak. “Kerjasama erat antara semua Agensi-agensi kerajaan, NGO-NGO, Parti-parti politik dan orang perseorangan amatlah mustahak dalam mempertahankan akidah umat Islam di negeri ini. “Suka juga ditekankan betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara agar tidak me

Felda beli saham Eagle High: Siapa kena pukau, soal Kadir

Imej
Oleh Nor Azlinda Abdullah BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Akibat taksub kepada tauke Cina Indonesia, Peter Sondakh, Felda dianggarkan menanggung kerugian atas kertas kira-kira RM1.2 bilion, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin. Beliau berkata, jika pada 2012 lalu Felda diperkudakan untuk menjana keuntungan modal segera bagi pembiayai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) melalui tawaran awam permulaan Felda Global Ventures (FGV), kini, menjelang PRU14, Felda sekali lagi diperalatkan untuk membeli ladang milik Sondakh pada harga yang amat tinggi. Katanya, walaupun pembelian ladang Sondakh di Indonesia – Eagle High – dibantah dan dikritik banyak pihak, ia tetap diteruskan. “Ini menimbulkan persoalan apakah yang tersirat di sebalik perhubungan luar biasa antara Perdana Menteri dengan Sondakh?Mustahil semata-mata kerana Sondakh berasal dari Sulawesi seperti keturunan Najib. Ramai dalam dunia politik, diplomasi dan perniagaan tahu betapa akrabnya Najib dengan Sondakh,” kat

Mahkamah Persekutuan perintah kes murtad dibawa kepada Mahkamah Syariah

Imej
KUCHING, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan empat individu yang mahu murtad membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah. Keputusan itu sekali gus menolak rayuan individu terbabit yang menyentuh persoalan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa berhubung kes murtad, ekoran tiada peruntukan sedemikian mengikut Ordinan Mahkamah Syariah 2001. Panel lima hakim juga sebulat suara memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes murtad, sebaliknya hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh berbuat demikian. Berikutan itu, empat individu terbabit mesti mengemukakan permohonanmurtad mereka untuk didengar Mahkamah Syariah. Emoat individu terbabit tiada dalam mahkamah ketika keputusan dibacakan. BERITA LANJUT MENYUSUL The post Mahkamah Persekutuan perintah kes murtad dibawa kepada Mahkamah Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

UMNO Pekan mahu Tun M batal lawatan

BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Program ceramah Pakatan Harapan yang bakal dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pekan, Pahang esok mula menjadi kegusaran penyokong UMNO kawasan itu. Kegusaran itu menyebabkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu diberi amaran supaya tidak meneruskan lawatannya ke kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadual petang esok. Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, Abdul Rahim Yahya berkata, ramai penyokong parti itu terutama pemuda yang tidak berpuas hati dengan kedatangan Dr Mahathir yang mungkin menimbulkan masalah. “Saya fikir lebih baik sekiranya program itu dapat dibatalkan, ada masalah, akan ada pergaduhan,” “Malah polis mengatakan lebih baik tidak adakan program ini,” katanya seperti dilapor sebuah portal liberal, hari ini. Difahamkan, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dijangka menghadiri program ceramah ‘Harapan Selamatkan Malaysia di Chini 2, Pekan, jam 8 malam esok. The post UMN

Arab Saudi pecat ketua tentera, lantik timbalan menteri wanita

Imej
RIYADH, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Arab Saudi melakukan rombakan besar-besaran, dengan sesetengah pegawai kanan tentera dan timbalan menteri dipecat, dalam usaha meletakkan pegawai lebih muda bagi merangsang ekonomi dan mengawal keselamatan. Ketua Staf Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Rahman bin Saleh al-Bunyan, ditamatkan perkhidmatan dan diganti oleh Leftenan Jeneral Fayyad bin Hamed al-Ruwayli, manakala ketua tentera udara dan darat juga ditukar, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA). Beberapa timbalan menteri dalam portfolio ekonomi dan yang berkaitan keselamatan serta datuk bandar baharu, dilantik, termasuk seorang wanita, Tamadur bint Youssef al-Ramah, sebagai timbalan menteri tenaga kerja, satu jawatan kanan yang jarang dilakukan di Arab Saudi. Turut dilantik ialah tiga timbalan gabenor daripada kalangan keturunan Putera Ahmed, Talal dan Muqrin, saudara kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz. Salah seorang daripadanya timbalan gabenor baharu wilayah Asir, Put

Sedih, terkilan Neelofa lancar koleksi hijab di The Zouk

Imej
BETAPA jauhnya wanita Muslim kini daripada prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab. Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan takwa, identiti kita sebagai wanita muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat – tempat maksiat, seperti kelab malam. Apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis muslim yang minum arak, dan pertandingan ratu cantik membabitkan peserta Islam suatu masa dahulu. Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengislamkan entiti kelab malam seperti The Zouk? atau Sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam? Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia? Betul, jangan difikirkan kata-kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula ayat-ayat al-Quran berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah Subh

Pengerusi Tabung Haji perunding projek terowong dasar laut PP?

Imej
BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menjadi antara dua individu yang dilaporkan menerima RM3 juta dan RM19 juta sebagai bayaran khidmat rundingan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, yang disiasat SPRM. Seorang lagi adalah ahli perniagaan, N Gnanaraja, lapor portal Malaysia Kini. Laporan itu memetik sumber yang boleh dipercayai sebagai berkata, Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd mengeluarkan surat tuntutan kepada Abdul Azeez dan Gnanaraja masing-masing bernilai RM3 juta dan RM19 juta. Sumber itu mendakwa, Zenith membayar wang berkenaan kepada dua pihak berkenaan bagi khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan berhubung projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer itu. “Ini bagi memastikan kepentingan konsortium dalam terowong dasar laut Pulau Pinang dan kerja lain berkaitan terjamin dari segi undang-undang,” kata sumber itu kepada portal berkenaan. Malaysia Kini melaporkan, Zenith menyaman dua

Banyak tanah untuk bina SJK Tamil: MB Negeri Sembilan

Imej
REMBAU, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan banyak kawasan tanah untuk dibangunkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata, ini kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) amat memahami kehendak dan denyut nadi masyarakat pelbagai kaum di negeri ini. Katanya, antara tanah yang diluluskan kerajaan negeri selama ini bagi pembinaan SJKT ialah di Ladang Bahau 2.024 hektar ; Kuala Pilah, Simpang Pertang di Jelebu, Batang Benar, Nilai serta Bandar Sri Sendayan, masing-masing 2.428 hektar. Bagi kuil, Mohamad berkata, semua masalah telah diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil inisiatif mewartakan tanah berkenaan untuk pembinaan kuil. “Di Negeri Sembilan, saya dah selesai dan rizabkan… sekali diwartakan tiada siapa boleh sentuh lagi,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian SJKT Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini. SJKT Bandar Sri Sendayan dirasmikan Perdan

OKU berdepan 13 pertuduhan tipu pakej umrah bernilai RM89,000

Imej
PEKAN, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 13 pertuduhan penipuan pakej umrah bernilai RM89,000 sejak dua tahun lepas. Tuan Mohd Yusri Tuan Long, 38, yang berasal dari Kampung Larut Tin, Taiping di Perak membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Najwa Hashim. Tertuduh didakwa menawarkan pakej umrah yang tidak wujud sehingga memperdaya lapan mangsa untuk menyerahkan wang secara tunai dan memindahkannya ke dalam akaun Maybank miliknya. Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Keratong, bandar Muadzam Shah dan bandar Tun Razak dari Disember 2016 hingga Oktober 2017. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Tertuduh ditangkap pada 14 Februari lepas di Sepang, Selangor. Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri menaw

Tipu umrah: Jangan lindungi suspek utama bersembunyi

Imej
KUALA TERENGGANU, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Polis Terengganu memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi suspek utama kes penipuan dan pakej umrah melibatkan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT), yang sedang melarikan diri. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek berumur 30 tahun itu dikatakan sentiasa bergerak serta bertukar tempat persembunyian dan meloloskan diri setiap kali serbuan dilakukan polis yang kini giat memburunya. “Saya ingin memberi amaran sekiranya terdapat mana-mana pihak membantu dan menolong menyembunyikan maklumat penjenayah yang dikehendaki daripada ditangkap, mereka melakukan suatu kesalahan mengikut Kanun Keseksaan. “Mereka yang melindungi pesalah akan kita tuduh mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana melindungi orang bersalah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun” katanya ketika ditemui Bernama, di sini. Sebelum ini, suspek yang juga bekas pengarah itu direm

YB pun dah mula pikul jenazah

Imej
KATA Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid, kementeriannya memperuntukkan RM350 juta bagi Projek Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah Menggunakan Peruntukan Tabung Khas, iaitu sebahagian daripada RM500 juta yang diluluskan dalam Bajet 2018. Katanya lagi, 7,983 projek dikenal pasti di seluruh negara membabitkan kerja pembaikan dan penyelenggaraan bumbung, saluran air hujan, sistem kumbahan, tandas, sistem perpaipan dalam dan luar bangunan, sistem bekalan air dan pendawaian elektrik. Projek itu katanya memberi manfaat kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik. Itu kata menteri. Pedang kata pula, sekarang ini memang kerajaan berusaha untuk mencurahkan jutaan ringgit peruntukan bagi melaksanakan pelbagai projek. Sebelum musim pilihan raya dipanggil kerajaan saja, tapi bila hampir pilihan raya mulalah disebut Kerajaan Barisan Nasional (BN). Sedangkan masalah bumbung sekolah bocor, kerusi meja pata

Kes tanah Ijok: SPRM gesa orang ramai beri maklumat

Imej
PUTRAJAYA, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin   – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak yang mempunyai  maklumat tentang isu tanah di Ijok, Selangor supaya mengemukakan maklumat berkenaan kepada pihaknya. Timbalan Ketua Pesuruhjayanya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM sedang memeriksa dokumen berkaitan tanah itu yang dirampas daripada lima syarikat, termasuk sebuah firma guaman Rabu lalu. Memandangkan siasatan tentang perkara itu masih berjalan, beliau meminta agar suruhanjaya itu diberi masa dan ruang untuk meneliti maklumat yang dikumpulnya. “Kami berharap orang ramai akan membantu dengan menyalurkan segala maklumat yang mereka miliki tentang isu tanah itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun  Baharu Cina SPRM bersama masyarakat Cina di sini hari ini. Isnin lalu, Barisan Nasional Selangor berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM tentang isu tanah Ijok itu. Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohamed Satim Diman berkata,

Indahnya Islam lantik Dr Ahmad Sanusi sebagai Penasihat Syariah

Imej
BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Laman web, Indahnya Islam melantik Dr Ahmad Sanusi Azmi sebagai Penasihat Syariah sebagai usaha memacu lebih jauh projek dakwah pada masa hadapan. Indahnya Islam adalah sebuah laman yang informatif, membantu masyarakat dalam memahami isu semasa serta membina kerangka kefahaman tentang Islam. Dr Ahmad Sanusi Azmi merupakan pakar dalam bidang hadis dan orientalis telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Hadis di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2004. Beliau kemudian mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Hadis di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2008. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teologi di University of Birmingham, United Kingdom dan lulus dengan cemerlang pada tahun 2017. Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan pengasas bersama Ulum Hadith Research Centre, Malaysia. Beliau terl

Gaji SL1M: Kerajaan pancing pemuda raih sokongan PRU14

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Kerajaan sepatutnya memikirkan jalan penyelesaian menyeluruh meliputi kebolehpasaran pekerja untuk golongan muda, bukan semata-mata menaikkan gaji menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Sebaliknya, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menyifatkan langkah menaikkan gaji SL1M daripada RM1,500 ke RM2,000, hanya gula-gula untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ketua Biro Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, kerajaan tidak patut menjadikan keterdesakan golongan muda sebagai umpan untuk memancing undi, sebaliknya mesti ikhlas membuktikan peranan mereka sebagai sebuah kerajaan. “Kami anak muda mahu penyelesaian berterusan, bukan sahaja meliputi kebolehpasaran anak muda dalam pekerjaan bahkan berterusan ke arah pengupayaan pemilikan hartanah. “Isu pemilikan rumah di Malaysia yang didedahkan Bank Negara baru-baru ini, menunjukkan harga rumah di Malaysia berada pada t

Bekas pekerja syarikat pengeluar kereta hadapi 311 pertuduhan

Imej
KLANG, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Seorang bekas pekerja syarikat pengeluar kereta dihadapkan di tiga Mahkamah Sesyen atas 311 pertuduhan mengakses sistem inventori komputer syarikat itu tanpa kebenaran sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah lebih RM2 juta antara Ogos 2013 hingga akhir 2016. Mohamad  Al-Faruq Mustapah, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar, Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid dan Hakim Darmafikri Abu Adam. Mohamad Al-Faruq yang ketika itu bertugas sebagai pembantu bahagian alat ganti didakwa mengakses sistem ‘VSS Service Appointment’ milik syarikat pengeluar kereta itu untuk membuat temu janji servis kenderaan dengan niat mengakibatkan kerugian kepada syarikat berkenaan.    Bapa kepada tiga anak itu, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor, dikatakan menyeleweng sistem inventori syarikat dengan menggunakan ID eksekutif pengurusnya untuk membuat temu janji palsu berkaitan pesanan pembe

Keputusan kes murtad empat individu di Sarawak esok

Imej
BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Mahkamah Persekutuan Sarawak akan membuat keputusan berhubung rayuan empat individu yang mahu menukar agama daripada Islam kepada Kristian, esok. Keputusan itu menyentuh persoalan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa berhubung kes murtad, ekoran tiada peruntukan sedemikian mengikut Ordinan Mahkamah Syariah 2001. Perkara itu akan diputuskan panel hakim iaitu Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Ramly Ali; dan Tan Sri Jeffrey Tan selepas mendengar permohonan di Mahkamah Kuching, hari ini. Sebelum ini, empat individu termasuk tiga mualaf dan seorang wanita kelahiran berbangsa Melayu bertegas mahu keluar daripada agama Islam, sekali gus membangkitkan persoalan mengenai ordinan itu. Empat individu berkenaan Syarifah Nooraffyza binti Wan Hosen; Jenny Peter@ Nur Muzdhalifah Abdullah; Mohd Syafiq Abdullah@ Tiong Choo Ting; dan Salina Jau Abdullah. Syarifah Nooraffyza, berusia 36 tahun

Adakah bahasa Melayu sekadar dituturkan bangsa Melayu saja?

Imej
BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Walaupun, bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa rasmi negara, Perkara 152 dan 161 Perlembagaan Persekutuan menghormati kepelbagaian bahasa kaum lain yang membentuk demografi negara, dan dengan jelas tidak melarang atau meminggirkannya daripada terus diajarkan dan dipelajari. Malangnya, pengecualian ini, disalahgunakan sehingga melangkaui peruntukan asal yang tidak membenarkan penggunaan bahasa lain dalam urusan rasmi negara, kata Pengamal undang-undang dan aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Fatihah Jamhari. Oleh itu, katanya, penerimaan terhadap usaha untuk memperkasakan penggunaan bahasa-bahasa selain bahasa Melayu harus dikaji dan diselidik. “Baru-baru ini, diumumkan pula keterbukaan usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika UEC mampu menepati Dasar Pendidikan Negara. Keterbukaan ini seperti memperlekeh kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam negara ini. “Dengan membenarkan penggunaan berleluasa ba

SJK Cina: Bukti kerajaan terdesak mahu undi Cina

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Tatkala Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin hampir, kerajaan kelihatan terdesak menabur janji kepada pengundi Cina, hanya kerana semata-mata ingin mendapatkan undi kaum itu. Ini termasuk janji Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan lebih banyak sekolah Cina dibuka pasa masa depan jika Barisan Nasional (BN) memerintah, kata Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) – sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahya Beliau berkata, janji Perdana Menteri itu hanya akan membuatkan ketegangan kaum di negara ini terus berlarutan, sedangkan faktanya ialah sekolah vernakular adalah penghalang perpaduan antara pelbagai kaum. “Suara NGO tidak pernah diambil kira, meskipun ratusan kali didesak agar sekolah vernakular dihapuskan. Kerajaan menyeru perpaduan, tetapi pada masa sama kerajaan sendiri yang memisahkan sistem pendidikan. “Saya pasti, hubungan kaum akan terus renggang. Dalam isu ini sudah n

Bekas CEO didakwa pecah amanah lebih RM100,000

Imej
PETALING JAYA, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Seorang bekas ketua pegawai operasi(CEO) sebuah syarikat pembekal kosmetik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 27 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM103,000, 2 tahun lalu. Amandip Singh Bachittar Singh, 34, didakwa sebagai CEO Ortus Expert White Sdn Bhd yang diamanahkan dengan produk kecantikan yang diletakkan di dalam stor, melakukan pecah amanah ke atas beberapa produk kecantikan milik syarikat itu termasuk Royale Expert Whitening Cream dan Royal Expert Whitening Face Cleanser yang semuanya bernilai RM103,000. Lelaki itu dituduh melakukan semua kesalahan itu di premis syarikat di Jalan Nilam 2, Taman Perindustrian Subang Jaya antara Februari dan November 2016 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan namun, jika mahkamah membenarkan, beliau mencadangkan sejum

Tanah tak stabil punca kren tumbang di MRR2

Imej
KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (ProLintas) mengesahkan kejadian kren tumbang di MRR2 Ulu Klang-Ampang berpunca daripada permukaan tanah tidak stabil yang menempatkan kren berkenaaan. Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas) berkata, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kerosakan harta awam. “ProLintas mengesahkan laporan mengenai kren terbalik di KM25.2 berhampiran Dataran Ukay pada 10 pagi tadi. “Pasukan kecemasan dikerahkan ke kawasan kejadian untuk memberi bantuan dan kerja pembersihan kini giat dijalankan bagi menyuraikan kesesakan trafik dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan. Sehubungan itu, ProLintas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul berikutan kejadian itu dan memberi jaminan keselamatan serta keselesaan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) adalah menjadi keutamaan syarikat itu. Orang ramai juga diminta meny

Ular sawa 20 kaki gemparkan Kampung Sungai Penderam

Imej
JOHOR BAHRU, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin — “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor ular sawa sepanjang 20 kaki di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Penderam, Pasir Gudang, dekat sini, petang tadi. Mohd Noor Irfan Mohd Faizal, 15, berkata, dia dan ayahnya, Mohd Faizal Othman, 50, sedang  mengangkat kelapa sawit bersama ayahnya dan kemudiannya terdengar bunyi kocakan air di sebuah perigi lama berhampiran tempat mereka bekerja. “Masa tu dalam pukul 5 petang, saya tengah teman tolak kelapa dengan ayah sebelum terdengar bunyi air macam ada benda besar jatuh dalam perigi. Ingatkan batu jatuh tetapi bila tengok dekat, baru nampak ular besar tengah melingkar. “Mula tengok tu memang ada rasa takut, kemudian ayah pun panggil kawan-kawan dan penduduk kampung untuk angkat dan tarik ular tu keluar,” katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu.   Salah  seorang penduduk, Syahrul Karim, 22, berkata ular berkenaan berjaya dikeluarkan selepas dije

Enam cedera letupan di Leicester

Imej
LEICESTER (England), 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Enam cedera dalam letupan yang meranapkan sebuah kedai serbaneka dan sebuah rumah di pusat bandar di sini, semalam. “Kami mendengar letupan kuat. Ia sangat menakutkan. Kami menyaksikannya dari tingkap-tingkap di tingkat atas dan melihat banyak asap, dan kemudian beberapa saat kemudian api bertukar marak,” kata penduduk, yang tinggal berhampiran dengan kawasan kejadian. Polis British berkata, buat masa ini tidak ada petanda bahawa letupan itu dikaitkan dengan keganasan dan menegaskan letupan sedang disiasat oleh pihak bomba. “Pada peringkat ini tidak ada petunjuk bahawa ini adalah pengganas yang berkaitan,” kata polis Leicestershire. Sementara itu, Jabatan bomba di bandar itu berkata, ia telah menghantar enam jentera bomba selepas menerima panggilan selepas jam 7 malam. “Kami dalam perjalanan apabila polis menghubungi untuk memberitahu sebuah bangunan runtuh,” katanya. Hospital tempatan berkata, dua pesakit berada dalam keadaan

1,000 warga Gaza maut akibat sekatan rejim pengganas Israel

Imej
GAZA, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Lebih 1,000 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza meninggal dunia, kesan daripada sekatan dikenakan rejim pengganas Israel sejak 2007 lalu. Penyelaras pertubuhan amal Semenanjung Gaza, Ahmad al-Kurd turut mendedahkan kes di mana lima bayi pramatang meninggal dunia akibat kekurangan rawatan perubatan. “Daripada 1,000 mangsa sekatan itu, 450 meninggal dunia akibat daripada situasi perkhidmatan kesihatan yang buruk, seperti kekurangan bekalan ubat-ubatan dan krisis untuk merujuk pesakit bagi mendapatkan rawatan di luar,” katanya. Akibat sekatan itu, penduduk Gaza terus berdepan keadaan terdesak kekurangan bekalan air dan elektrik, serta ubat-ubatan, manakala doktor pula yang tidak dapat melakukan pembedahan. Beliau berkata, penggunaan bekalan bahan bakar lain, termasuk lilin, kayu api atau penjana kuasa sejak 2006 pula menyebabkan lebih 100 kematian apabila rumah penduduk terbakar. Selain itu, katanya, jumlah pekerja yang terbunuh di kawasan per

Nelayan Palestin ditembak mati

GAZA, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Seorang nelayan Palestin ditembak mati oleh tentera laut rejim pengganas Israel, manakala dua yang lain cedera, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke pelabuhan Gaza, selepas menangkap ikan, semalam. Ismael Abu Riyaleh, 18 tahun terbunuh, manakala Ahed Abu Ali dan Mahmoud Abu Riyaleh cedera dan ditangkap rejim Zionis, kata jurucakap Kesatuan Nelayan Palestin, Nizar Ayyash. Pusat Hak Asasi Manusia Palestin berkata, semua serangan rejim pengganas Israel ke atas nelayan Palestin berlaku dalam lingkungan enam batu nautika dari pantai. Jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pula berkata, pembunuhan nelayan Palestin oleh askar rejim pengganas Israel adalah jenayah kejam. Mengutuk kejadian itu, Abdulatif al-Qanoo berkata, pembunuhan nelayan berkenaan adalah satu lagi jenayah terhadap penduduk Palestin yang berada dalam kepungan rejim pengganas Israel sejak 11 tahun lalu. Di bawah Perjanjian Oslo, rakyat Palestin dibenar menangkap ik

VIDEO | Naib Presiden Isma kunjungi Yayasan Yabis Indonesia

Imej
Sebagai salah satu lembanga islam terbesar Di Kalimantan Timur yang bergerak di bidang Pendidikan, Da’wah, dan Muamalah, menjadi tujuan dari Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) yakni Dr. H. Muhammad Fauzi Asmuni untuk berkunjung ke Yayasan Yabis dalam rangka silahtuhrami dan kerjasama dalam program pendidikan dan sosial. Kredit Video: Yayasan YABIS Bontang (Youtube) The post VIDEO | Naib Presiden Isma kunjungi Yayasan Yabis Indonesia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

KRIM, Pemuda Isma pupuk asas kepimpinan pelajar Johor Bahru

VIDEO | Isu Kalimah Allah

Imej
Petikan ceramah dari Ahli Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman. Kredit Video: Audio Kuliah The post VIDEO | Isu Kalimah Allah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb . Sumber

Kertas siasatan kes Namewee diserah kepada Peguam Negara

Imej
KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Kertas siasatan ke atas penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee berhubung tindakannya memuat naik klip video terbaharu bertajuk ‘Like A Dog’, akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara hari ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan lanjut akan ditentukan oleh Timbalan Pendakwa Raya. “Kita akan hantar kertas siasatan kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya, mungkin ada arahan lanjut yang akan diberikan kepada kita,” katanya pada sidang media pada Perhimpunan Bulanan Bukit Aman di sini, hari ini. Beliau berkata, tempoh tahanan reman Namewee berakhir hari ini. Pada 11 Februari lalu, Namawee memuat naik klip video terbarunya sempena Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan individu memakai topeng anjing dengan tarian lucah berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Tindakan biadap itu bukan pertama kali dicetuskan Namawee, malah pernah