Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Vaping: An open letter to cabinet ministers

Imej
Dear Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob and the cabinet ministers, It is very disheartening to learn that you, as one of the cabinet members, had rejoiced in the reversal of the Majlis Fatwa’s verdict to ban vaping among Muslims, by none other than the cabinet of Malaysia. It is also a ‘tragedy’ that the government has taken the Fatwa lightly, just as they had taken the Fatwa on cigarettes, lightly. This, despite another ministry, Ministry of Health had advised against smoking and now vaping. As the minister of Rural and Regional Development, we as responsible community, parents and health professionals DO NOT THINK that the benefits to vape brewers and other vaping industries OUTWEIGH the social evil, vaping has on our youth. First of all, the liquid in vape still has nicotine although the content of tar is much lower as compared to cigarette. It’s too early to know the long term complications of vaping but to disregard what smoking had done to the lung, which also shares the same

Bajet 2016 Selangor ‘gula-gula’ PRU-14

Imej
BANGI, Sabtu – Belanjawan 2016 Selangor disifatkan tidak mengutamakan rakyat, sebaliknya sebagai gula-gula bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Naib Pengerusi Ketua Perhubungan Umno Selangor, Mad Nadzari Ahmad Dahalan. Ini kerana berdasarkan proses pelaksanaannya Kerajaan Selangor hanya menyenaraikan perancangan yang akan dibuat dalam masa dua tahun lagi iaitu pada 2017 – tahun paling hampir sebelum PRU-14 diadakan. Katanya, dalam belanjawan itu kerajaan PKR Selangor mahu rakyat melihat permulaan pelbagai projek dan pembaharuan dilakukan pada tahun paling hampir dengan tempoh PRU-14. “Kalau bagi janji yang tahun 2017 punya cerita, sama sahaja macam janji dengan girlfriend, ‘aku akan nikah dengan kau 7 tahun lagi’, tapi tidak ada jaminan benda tu betul-betul terlaksana atau tidak,” katanya hari ini dalam portal BNBBC. Mad Nadzari berkata, bajet Selangor itu tidak langsung seperti Bajet Kerajaan Pusat di mana setiap perincian perancangan tertentu dibuat lebih awal da

DAP tak peduli PKR, mahu ketepi Azmin Ali

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Sabtu – Kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bahawa parti itu mungkin bertanding di lapan kerusi Pas di Selangor membayangkan bahawa mereka tidak lagi kisah dengan PKR dan akan menyingkirkan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar, jika mereka menang. Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Haji Aminuddin Yahaya, berkata keyakinan tinggi DAP untuk menakluki Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi kepada DAP. “Ketiadaan Anwar meletakkan pimpinan DAP begitu selesa untuk bergerak. Kesempatan ini diambil penuh oleh DAP untuk mengawal pakatan harapan. Pimpinan pakatan harapan yang dibiayai DAP tidak mungkin berani bersuara menentang parti itu,” katanya kepada Ismaweb, hari ini. Haji Aminuddin berkata, tindakan DAP untuk merebut kerusi di Selangor bakal menguji kesediaan orang Melayu untuk meletakkan orang bukan Islam se

Pas pilih Ikatan hadapi Pilihan Raya Umum Ke-14

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Sabtu – Pas hari ini tidak menafikan kemungkinan akan bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) di bawah pimpinan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan, bagaimanapun berkata, Pas juga sedia bekerjasama dengan mana-mana parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengannya dalam usaha memperjuangkan syiar Islam di negara ini. “Pas sentiasa terbuka menerima mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti itu untuk terus membawa perjuangan Islam di negara ini. “Antara parti yang dekat dengan Pas ketika ini ialah Ikatan. “Namun, banyak juga NGO yang menjadi ‘third force’ dan veteran politik serta akademik yang akan bagi sokongan kepada Pas. “Apa yang penting ialah dasar Pas dalam memperjuangkan Islam sampai dan kita akan usahakan pilihan raya umum akan datang, kita masih mendapat sokongan daripada ra

Amah Indonesia: Majikan kena bayar RM900 sebulan, gaji mungkin naik ke RM1,000

Imej
BANGI, Sabtu – Kerajaan Indonesia menetapkan gaji bulanan pembantu rumah yang bekerja di Malaysia ialah RM900 dan kemungkinan dinaikkan lagi sehingga RM1,000, kata Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Hermono. Beliau berkata, gaji minimum RM900 itu berkuat kuasa 20 Oktober lalu dan membabitkan pembantu rumah yang baharu datang selepas tarikh berkenaan. “Ia mungkin dinaikkan lagi berdasarkan gaji minimum di Malaysia iaitu RM1,000,” katanya seperti dilaporkan The Star Online, hari ini. Tanpa menyatakan bila kenaikan itu bakal dilaksanakan, beliau bagaimanapun, mengesahkan agensi Kerajaan Indonesia menghantar surat kepada kedutaan memohon gaji dinaikkan sehingga RM1,000. The Star turut melaporkan mengenai surat daripada Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia bertarikh 15 Oktober lalu, meminta kedutaan melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,000. Surat itu turut meminta kedutaan tidak membenarkan majikan memotong gaji pembantu rumah Indonesia. Sekarang ini,

Pengunjung KLCC gempar beg berisi seluar disangka bom

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – Pengunjung di Menara 2, Suria KLCC hari ini digemparkan dengan penemuan empat beg yang dikhuatiri mengandungi bom. Beg berkenaan ditemui di bahagian tepi bangunan di antara pintu masuk utama Suria KLCC dan Menara 2 oleh polis bantuan KLCC pada kira-kira jam 10.30 pagi. Sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi lengkap berpakaian kalis letupan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan. Berikutan itu, anggota UPB melakukan prosedur meletupkan beg berkenaan pada jam 1.45 tengah hari di luar menara itu. Namun tiada letupan berlaku. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan beg itu hanya mengandungi pakaian lelaki. Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis bantuan pada jam  12.35 tengah hari. Sumber

Pesawat Russia bawa 224 penumpang terhempas di Semenanjung Sinai

Imej
KAHERAH, Sabtu – Sebuah pesawat Russia yang membawa 224 penumpang, termasuk 17 kanak-kanak dan anak kapal terhempas di Semenanjung Sinai, berdekatan kawasan di mana tentera Mesir sedang memerangi puak ISIL, semalam. Perkara tersebut disahkan oleh pejabat Perdana Menteri Mesir dalam satu kenyataan media. Pesawat Airbus A-321 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL-9268 baru sahaja berlepas dari Sharm el-Sheikh di Laut Merah ke bandar St Petersburg, Russia. Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Russia, Rosaviatia berkata, pesawat itu berlepas dari Sharm el-Sheikh pada jam 6.51 pagi waktu Moscow dan dijangka tiba di Lapangan Terbang St Petersburg, Pulkovo jam 12.10 tengah hari. Sumber keselamatan Mesir berkata, tiada sebarang petunjuk bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh militan Islam yang aktif di bahagian Sinai. FAKTA * Pesawat Russia hilang dari radar pada ketinggian 31,000 kaki; * Pasukan penyelamat mengesahkan pesaw

Elak pengusaha kawal jualan, harga minyak tidak diumum awal

Imej
LARUT, Sabtu – Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang ramai bagi mengelak pengusaha minyak mengawal penjualan bahan api itu kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin. Beliau berkata pengumuman berkaitan harga baharu petrol dan diesel setiap bulan hanya akan dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada tengah malam pada setiap hujung bulan. Katanya, kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Dis tahun lepas. “Alhamdulillah selama beberapa bulan dapat diterima baik oleh banyak pihak. Saya mahu rakyat memahami kerana bukan mudah untuk selaraskan harga minyak. Ini adalah sesuatu yang kita buat untuk selaraskan dari segi peniaga dan pengguna. “Sebagai contoh, jika semalam harga minyak dalam tangki RM2.05, esok harga minyak turun….ini tidak adil kerana mereka sudah bayar men

Vape: Kementerian Pendidikan rangka peraturan di sekolah

Imej
KUALA NERANG, Sabtu – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama sedang merangka peraturan tentang larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peraturan tentang larangan penggunaan vape di sekolah tidak banyak berbeza dengan larangan merokok di sekolah. “Kementerian berharap ibu bapa dapat mengawal anak-anak (tentang penggunaan vape), jika hanya bergantung kepada sekolah sahaja tidak boleh. Jika sekolah dan ibu bapa serta pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab, maka saya ingat tidak ada masalah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan memasak bubur Asyura dan majlis bacaan Yassin anjuran Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Padang Kerasak, Naka, di sini hari ini. Kabinet dalam mesyuarat mingguannya semalam memutuskan tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangannya tentang penggunaan rokok

1MDB: Perdebatan Arul, Tony Pua ganggu proses siasatan

Imej
BANGI, Sabtu – Perdebatan yang dirancang antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda disifatkan sebagai merumitkan proses siasatan kepada kemelut 1MDB. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan kedua-dua mereka sebagai kebudak-budakan apabila ingin perdebatan itu muncul secara langsung di kaca televisyen. “Apa sahaja yang diberitahu dan disiasat oleh PAC perlu disimpan dalam kalangan ahli jawatankuasa sebelum ia dibawa ke Parlimen. “Ahli PAC dipilih oleh Parlimen dan jika debat ini diadakan, jadi apa gunanya siasatan dilakukan,” katanya dipetik portal MStar Online. Sebelum ini, Arul Kanda Kandasamy berkata beliau bersedia bersemuka dengan Tony Pua secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat. Sumber

Kerajaan tetap peraturan kandungan nikotin, kimia dalam vape, kata Ismail Sabri

Imej
I POH, Sabtu – Kerajaan menimbang untuk menetapkan peraturan bagi memastikan kandungan nikotin dan bahan kimia yang terdapat dalam rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan pengguna. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menetapkan peraturan lebih baik daripada mengharamkan penggunaan rokok elektronik itu. “Apa yang penting bukan mengharamkan (penggunaan vape), lebih baik menetapkan peraturan misalnya dari segi nikotin … dihadkan berapa peratus. “Dari segi penggunaan bahan kimia perlu mengikut peraturan yang dibenarkan oleh kerajaan supaya tidak timbul soal risiko terhadap pengguna,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Perak di sini hari ini. Semalam Kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan sedang menjalankan

Arul Kanda sedia berdebat dengan Pua tanpa syarat

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata beliau bersedia bersemuka dengan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat. Beliau berharap ia akan akan diadakan secepat mungkin. “Saya dengan ini menarik balik syarat saya (sebelum ini). Saya akan berjumpa Tony Pua dalam debat atau bual bicara secara langsung di TV tanpa syarat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Khamis lepas, Arul Kanda dalam satu kenyataan berkata beliau bersedia berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota Parlimen daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Arul Kanda berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan.

Hayati kehidupan Mus’ab bin Umair sebagai pemangkin dakwah

Imej
ALOR SETAR, 31 Oktober – Umat Islam diseru untuk menghayati kisah Mus’ab bin Umair sebagai pemangkin dalam menggerakkan amal dakwah. Menurut Naib Yang Dipertua Isma Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa, Mus’ab bin Umair merupakan pilihan yang terbaik yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w. untuk memulakan dakwah Islamiah di Yathrib. “Rasulullah s.a.w. ada Abu Bakar r.a, Umar r.a, Hamzah r.a. dan ramai lagi, tapi dengan menyelami perjalanan dakwah Mus’ab sewaktu berada di Yathrib, kita boleh merasai ibrah dan hikmahnya. “Melalui Mus’ab, Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz memeluk Islam,” jelasnya. Ujarnya lagi, Mus’ab berjaya memainkan peranan besar dalam menjayakan hijrah Nabi dengan menyediakan masyarakat Yathrib untuk menerima Islam dan menjadi Darul Hijrah atau Madinah al-Munawwarah. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Usrah Umum Alor Setar di Dewan Seminar Isma Alor Setar, Rabu lalu. Selain itu, Ustaz Fisol menyeru umat Islam agar menyelami setiap babak dal

Vape bukan aspirasi anak muda, kata Pemuda Isma kepada menteri

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Sabtu – Pemuda Isma hari ini membidas pendirian Kabinet yang tidak mahu mengharamkan vape atau rokok elektronik. Timbalan Ketua Pemuda Isma, Mohd Zul Alwi Mat Adam turut menyelar kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub bahawa keputusan Kabinet adalah selari dengan aspirasi anak muda. “Bagi saya Datuk Seri Ismail tersilap. Vape bukan aspirasi anak muda, begitu juga rokok. Majoriti anak muda hari ini benci kepada vape dan rokok. “Jadi nak kata kerajaan memenuhi aspirasi anak muda adalah tidak betul,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini. Katanya, keputusan membenarkan penggunaan vape hanya sekadar meraikan kehendak orang muda tanpa mengendahkan agenda pembangunan umat. Mohd Zul Alwi juga mendesak pihak kerajaan meneliti semula keputusan tersebut supaya ia selari dengan fatwa. “Keputusan yang dikeluarkan menteri hari ini jelas bersikap populis, tidak endah dengan pembangunan umat. “Mereka hanya lihat da

Tiada lagi catuan bekalan air di Selangor: Azmin Ali

Imej
BANGI, Jumaat – Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa tiada lagi catuan bekalan air berlaku di negeri itu sekaligus kekal komited meneruskan komitmen program air percuma pada tahun 2016 dengan belanja RM1.06 bilion. Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menasihatkan rakyat Selangor membudayakan amalan konservasi air dalam kehidupan seharian. “Setelah berjaya merungkai kemelut panjang penswastaan industri perkhidmatan air, kini rakyat Selangor berjaya memiliki semula industri ini. “Kejayaan ini membolehkan industri perkhidmatan air disusun semula ke arah perkhidmatan yang holistik berteraskan ketelusan, kebertanggungjawaban, efisyen dan kos efektif. “Mulai 15 Oktober, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dengan rasminya mengambil alih pengurusan operasi Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd. Dengan kejayaan ini, InsyaALLAH, tidak akan berlaku lagi catuan bekalan air di Selangor,” katanya. Beliau berkata statistik mendapati kadar penggunaan domestik adalah sebanyak 236 liter per orang sehari. Kata

Kerajaan ajar rakyat tak hormati fatwa

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Jumaat – Keputusan kabinet yang memutuskan vape atau rokok elektronik tidak haram dalam kalangan pengguna dan penjual jelas menunjukkan kerajaan tidak hormat dengan fatwa. Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata walaupun fatwa telah mengharamkan rokok dan vape, namun bilangan penggunanya semakin bertambah termasuk dalam kalangan remaja dan golongan wanita. “Sekurangnya-kurangnya diharamkan ke atas umat Islam. “Kerajaan sendiri yang mengajar rakyat tidak menghormati fatwa,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook. Beliau turut menyifatkan kerajaan yang membiarkan rakyat merosakkan diri sendiri dengan rokok dan vape merupakan ‘dayus’. “Seperti bapa yang tidak bertanggungjawab,” katanya. Katanya lagi, lebih setengah abad negara menikmati kemerdekaan dan rakyat patut sudah bebas daripada unsur-unsur yang merosakkan. “Sepatutnya fatwa sudah didaulatkan dan rakyat bahagia dengan cara hidup Islam.

Anggota Umno boleh disiasat walaupun tanpa aduan

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Anggota UMNO boleh disiasat bagi sebarang kesalahan disiplin walaupun tanpa aduan dibuat mengenainya, dan Perlembagaan parti mempunyai peruntukan yang jelas untuk mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didapati melanggar peraturan parti.  Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata anggota yang membuat kenyataan terbuka di media sehingga menjejaskan parti, boleh disiasat dan dibawa kepada Lembaga Disiplin. “Anggota terbabit dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk siasatan dan tindakan akan diputuskan apabila anggota lembaga itu bersidang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Menurutnya berdasarkan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO, semua anggota parti hendaklah cintakan parti dan (a) Patuh kepada Perlembagaan parti dan tataetika anggota; (b) Mengikut perintah-perintah parti; (c) Menjalankan dasar-dasar parti; (d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti; (e) Menjaga rahsia-rahsia parti; (f) Memelihara nama baik dan maruah parti; (g) Sen

Banjir: 54 mangsa masih di pusat pemindahan banjir Pantai Remis

Imej
IPOH, Jumaat – Sejumlah 54 orang daripada 18 keluarga mangsa banjir masih ditempatkan di dua pusat pemindahan selepas kampung mereka dinaiki air setinggi 0.1 meter sejak dua hari lepas berikutan hujan lebat dan tanah runtuh di sekitar Pantai Remis. Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Batu dan Dewan Orang Ramai Kampung Nelayan Sungai Batu Pantai Tin. “Sebanyak 64 mangsa telah dibenarkan pulang sejak semalam selepas kawasan perumahan mereka selamat diduduki,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata mangsa yang berada di pusat pemindahan tersebut adalah dari Kampung Parit Merican (enam orang), Kampung Tebuk Yan (32) dan 16 orang dari Kampung Sungai Batu Pantai Remis. Dalam kejadian Rabu lepas, sebanyak 118 mangsa telah dipindahkan akibat hujan lebat selama tiga jam menyebabkan air sungai berhampiran melimpah ke kampung terbabit selain kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang

Musim tengkujuh dijangka mula awal bulan depan

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Angin monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh dijangka bermula awal minggu pertama bulan depan dan berakhir pada Mac tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail. Beliau berkata dengan bermula musim tengkujuh, negara dijangka mengalami sekitar empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga lima hari yang boleh mengakibatkan banjir. “Negeri pantai timur dijangka mengalami banjir pada bulan November ini hingga Januari tahun depan dan di barat Sarawak mulai Januari hingga Februari tahun depan. “Bagaimanapun risiko beberapa negeri mengalami bencana banjir besar ekstrem dan hujan lebat dijangka akan berkurang dengan kehadiran fenomena El Nino berintensiti kuat ketika ini,” katanya kepada Bernama. Che Gayah berkata fenomena El Nino dijangka akan dapat mengurangkan risiko hujan lebat dan banjir besar ekstrem seperti yang dialami semasa musim tengkujuh tahun lepas. Setakat hari ini, Jabatan

KPDNKK senarai 18 barangan skim kawalan harga sempena Deepavali

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Deepavali yang akan disambut 10 Nov ini. Menterinya Datuk Hamzah Zainuddin berkata skim kawalan harga itu berkuat kuasa selama 10 hari dari 5 hingga 14 Nov. “Antara barangannya adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, daging kambing tempatan bertulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, daging paha kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang. “Tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, ubi kentang (China) dan kacang dal (Australia),” katanya pada sidang media pengumuman senarai barangan itu, di sini hari ini. Beliau berkata harga yang ditetapkan berdasarkan pemantauan harga di semua daerah di seluruh negara sepanjang tahun 2014, pandangan pelbagai agensi kerajaan

Rancang gubal semula undang-undang tembakau, vape dan shisha: Kementerian Kesihatan

Imej
GEORGETOWN, Jumaat – Kementerian Kesihatan merancang menggubal undang-undang baharu berkaitan tembakau, rokok elektronik atau vape serta shisha, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata peruntukan undang-undang mengenai perkara itu belum kukuh pada masa ini kerana ia dikawal di bawah Akta Makanan 1983 (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011). Menurutnya dari segi kesihatan, menghisap vape adalah sama bahayanya dengan menghisap rokok atau shisha dan menghisap shisha selama sejam pula bersamaan menghisap 150 batang rokok. “Vape pun ada bahayanya. Rokok ada 87 bahan yang boleh menyebabkan kanser …vape ada ‘propelyn glycol’ dalam cecairnya yang bila dibakar menggunakan bateri, ia akan menjadi panas. Ini juga boleh menyebabkan kanser. Menghisap vape dan rokok sama bahayanya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan sedang berbincang dengan pihak berkaitan mengenai langkah-langkah mengawal p

Bencana datang jika tak laksana undang-undang syariah: MUIS

Imej
BANGI, Jumaat – “Kalaulah benar mereka ingin menolak bencana, maka yang patut ditentang bukannya gabungan undang-sivil dan syariah, sebaliknya mereka perlu tentang gerakan LGBT, syiah, kristianisasi, budaya hidonisme barat dan penyebaran Islam liberal,” kata Pegawai Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustaz Muhammad Firdaus Zalani. Beliau berkata demikian membidas tuduhan Pengasas Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa yang menganggap usaha mengharmonikan undang-undang sivil dan syariah di negara ini akan mendatangkan bencana. Ustaz Firdaus berkata, apa yang diperkatakan Farouk langsung tidak mempunyai asas sekaligus menunjukkan dia jahil akan sumbangan undang-undang dan mungkin juga dia tidak mengetahui intipati sebenar kepada undang-undang ini. Katanya, kalaulah mereka ingin menolak bencana maka yang patut ditentang adalah gerakan fahaman LGBT, fahaman syiah, kristianisasi, budaya hidonisme barat, penyebaran fahaman Islam liberal dan banyak perkara lagi yang secara jel

PAS pun boleh tanding di kawasan DAP

Imej
BANGI, Jumaat – Pas tidak rasa terancam sekiranya parti cauvinis dan rasis DAP bertanding di lapan kawasan parti itu di Selangor. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman berkata mereka yakin rakyat akan membuat pilihan bijak dalan Pilihanraya Umum (PRU) akan datang walaupun akan berdepan jalan sukar pertembungan tiga penjuru dengan BN. “Semua parti ada hak bertanding. Masuk pilihan raya untuk bertanding, bukan bersanding. “Mereka (DAP) yang mulakan. Jangan marah kalau lepas ini kita (PAS) bertanding di tempat mereka pula,” katanya memetik portal liberal hari ini. Meru antara kawasan yang berada dalam perkiraan DAP sekarang ini selain Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat. Mengulas lanjut, Rani mengibaratkan keyakinan DAP di kawasan mereka dengan pertandingan bola sepak. “Contohnya Selangor lawan Johor. Penyokong Selangor kata boleh menang 3-2, penyokong Johor kata boleh menang 1-0. Tunggulah masa permainan

Vape: Kerajaan ketepi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Imej
BANGI, Jumaat – Keputusan kerajaan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik dalam kalangan pengguna dan penjual bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini berikutan apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan vape. Kenyataan tersebut dikeluarkan Ismail menerusi akaun Facebooknya yang mengatakan kabinet telah sebulat suara tidak akan mengharamkan penggunaan vape selepas mengambil kira aspirasi anak muda. “Berita baik untuk vapers, vaper brewers dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape. “Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” kata Ismail. Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan bahawa rokok elektronik atau vape yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat telah difatwakan sebagai haram. Pengerusinya, Profesor Eme

MOSTI hantar angkasawan kedua hujung tahun depan

Imej
SEREMBAN, Jumaat – Kementerian Sains, Tekno­logi dan Inovasi (MOSTI) akan mengemukakan cadangan berkenaan program misi menghantar angkasawan kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan penyelidikan saintifik, kepada kerajaan pada penghujung tahun hadapan. Timbalan menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata MOSTI kini sedang merangka perinciannya menerusi perjumpaan, perbincangan dan perundingan bersama para saintis, ahli akademik dan mereka yang berkaitan dalam menentukan apakah jenis penyelidikan yang sesuai dilakukan dalam misi angkasawan negara kedua ini nanti. “Kami nak kena justifikasi apa program yang kedua ini berdasarkan kejayaan program angkasawan yang pertama, jadi maknanya misinya kena misi yang berlainan. “Kita kena kumpul maklumat baharu cadangan boleh dihantar kerana misi kedua ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan tidak offset dengan kerajaan Rusia seperti misi yang sebelum ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang m

VIDEO: Serangan bertalu-talu jet rejim Bashar di sebuah kampung di Syria

Imej
Sumber: http://ift.tt/1MwUW1h Sumber

VIDEO: Tentera Israel menembak seorang remaja Palestin di tengah jalan

Imej
Sumber: http://ift.tt/1M4pbum Sumber

China tamatkan dasar satu keluarga seorang anak

Imej
BEIJING, Jumaat – Setelah berdekad menyekat kebebasan rakyatnya untuk memiliki lebih dari seorang anak, China akhirnya memutuskan untuk melonggarkan undang-undang perancang keluarga dengan membenarkan pasangan berumahtangga memiliki dua orang anak. Parti Komunis China dalam satu kenyataan berkata keputusan membenarkan keluarga untuk mempunyai dua orang anak telah digubal untuk meningkatkan pembangunan penduduk yang seimbang selari dengan penduduk yang semakin tua. “China akan melaksanakan sepenuhnya satu dasar membenarkan setiap pasangan yang berkahwin mempunyai dua anak, sebagai reaksi positif kepada masalah penduduk yang semakin tua,” kata parti itu. Sebelum ini dasar memiliki hanya seorang anak ini telah diperkenalkan di peringkat kebangsaan negara itu pada tahun 1979 yang bertujuan untuk memperlahankan kadar pertumbuhan penduduk. Ia dianggarkan telah menghalang kira-kira 400 juta kelahiran. Lebih dari itu, pasangan yang melanggar dasar satu anak menghadapi pelbagai hukuman, m

Seorang remaja Palestin ditembak di kaki

Imej
Sumber: http://ift.tt/1ObKL2n Sumber

VIDEO: Tentera Israel serang hospital di Baitul Maqdis

Imej
Sekumpulan tentera Israel telah menyerang sebuah hospital di Baitul Maqdis dengan melepaskan peluru getah dan bom asap. Tentera-tentera yahudi zionis tersebut dikatakan telah menyerbu bangunan hospital itu untuk hari ketiga berturut-turut kerana mencari fail perubatan milik seorang remaja Palestin yang berusia 15 tahun yang disyaki mereka seorang ‘pengganas’. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=OxrJQFJmKeY Sumber

Tampar imam Masjid Negara, lelaki warga India didenda RM12,000

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Lelaki warga India, Shabir Ahmad Khan, 31, yang menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat September lalu didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, sebentar tadi. Keputusan dibuat Majistret Siti Radziah Kamarudin apabila Shabir mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39. Mahkamah turut memerintahkan Shabir dipenjara 3 bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.  Shabir juga diperintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Susulan itu mahkamah menetapkan 30 Oktober depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan mental tertuduh. Shabir sebelum ini dilaporkan menampar imam yang sedang membaca surah al-Fatihah kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam rakaat pertama solat Jumaat. Dia cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Mohd Zuhairee, namun gagal men

VIDEO: Sebuah kereta kebal musuh musnah di tangan mujahidin di Homs, Syria

Imej
Sumber: http://ift.tt/1NEa1e z Sumber

VIDEO: Sebuah helikopter menjatuhkan bom di bandar Daraya, Syria

Imej
Sumber: http://ift.tt/1M0zFaz Sumber

Pengasas IRF dakwa bencana menimpa jika undang-undang sivil, syariah diharmonikan

Imej
BANGI, Jumaat – Pengasas Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa menganggap usaha mengharmonikan undang-undang sivil dan syariah di negara ini akan mendatangkan bencana. Beliau mendakwa undang-undang syariah yang dilaksanakan di Malaysia sekarang ini tidak menyerlahkan keindahan. Sambil memberikan contoh kesukaran dihadapi wanita Islam dalam kes cerai atau tuntutan nafkah, beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu adalah langkah untuk menarik pengundi Melayu dan Islam. “Syariah, seperti diterjemahkan ramai ulama terkenal dunia, meliputi bukan sahaja hudud atau undang-undang keluarga, tetapi memelihara agama, harta, keturunan, akal dan nyawa. “Tetapi jika kita bercakap mengenai undang-undang syariah semasa di Malaysia, terdapat banyak perkara yang tidak menyerlahkan keindahan Islam. “Oleh itu, jika kita cuba ‘menyelaraskan’ undang-undang syariah yang kita ada, ia akan menjadi satu bencana. Ia hanya

Adakah Siyasah Syariyyah semuanya terbuka kepada ijtihad dan perubahan?

Imej
“Assalamualaikum Ustaz, betulkan Siyasah itu keseluruhannya adalah bergantung kepada ijtihad-ijtihad baru? Bermaksud ianya terbuka ruang untuk sebarang pandangan atau perubahan?” – Abdullah Waalaikumussalam wbt. Terima kasih saudara atas persoalan yang amat penting untuk difahami oleh masyarakat moden hari ini. Untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan jelas bagi persoalan tersebut, pertama sekali perlu untuk kita fahami apakah gambaran hakiki “siyasah” supaya hukum yang dikeluarkan berkenaannya adalah tepat. Jika gambarannya tidak tepat, maka tidak tepatlah hukumnya. Ini berdasarkan satu qaedah fiqhiyyah yang menyebut: “الحكم على شيء بالنفي والإثبات فرع عن تصوره” [1] “Hukum ke atas sesuatu perkara  sama ada penafian dan pengsabitannya adalah sebahagian daripada gambaran keseluruhannya” Menurut Abu Al-Wafa’ Ibnu ‘Aqil Al-Hanbali, siyasah adalah apa saja perbuatan yang mendekatkan manusia kepada kebaikan dan menjauhkannya dari kefasadan. [2] Apabila bincang tentang siyasah, apa ya

Jabatan Kesihatan rampas pau berintikan daging babi

Imej
KOTA BHARU, Jumaat – Kueh pau dipercayai berintikan daging babi adalah antara 235 jenis makanan yang dirampas Jabatan Kesihatan Kelantan merampas di pintu masuk Kompleks Kastam Kuarantin dan Imigresen (ICQ), Rantau Panjang, Pasir Mas, kelmarin. “Pulut dan pau yang mencurigakan itu ditemukan dalam tiga bungkusan plastik seberat dua kilogram. Disebabkan makanan itu tidak mempunyai sebarang label bahan-bahan digunakan bagi memastikan makanan tersebut halal atau tidak. “Rampasan itu dibuat mengikut Seksyen 11(C) Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menetapkan semua pengimport perlu mengisytiharkan makanan itu mengandungi daging babi atau tidak. “Mengikut peraturan tersebut, semua jenis makanan import yang dipasarkan di negara ini perlu ada label, selain perlu dinyatakan kandungan makanan bagi mengelak kekeliruan terutama dalam kalangan pengguna Islam,” kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher. Beliau berkata, operasi bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah

Ratusan ahli akademik UK boikot Israel demi Palestin

Imej
LONDON, Jumaat – Kekejaman dan keganasan rejim Zionis terhadap penduduk di Palestin membuka hati ratusan ahli akademik di Britain untuk memboikot universiti di Israel. Perkara itu diumumkan menerusi iklan satu muka penuh di akhbar The Guardian yang bertajuk ‘Komitmen oleh cendekiawan UK terhadap hak rakyat Palestin’. Seramai 343 ahli akdemik dari 72 seluruh Britain termasuk Oxford, Cambridge dan Sekolah Ekonomi London menegaskan bahawa mereka akan memulau universiti di Israel sebagai menunjukkan bantahan terhadap kekejaman Zionis. Mereka juga memutuskan untuk tidak melayani semua pelawaan melawat institusi akademi Israel, termasuk menyertai persidangan yang dibiayai, dianjur atau ditaja oleh institusi terbabit. “Ini bermakna kita tidak akan mengadakan kerjasama dengan mereka. Kami akan mengekalkan pendirian ini sehingga rejim Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati prinsip hak asasi universal. “Ini kerana kami terganggu dengan pendudukan haram Israel di bumi Pa

Najib saman Ling Liong Sik

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah ke atasnya. Saman itu difailkan Selasa lalu  melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini. Dalam kenyataan tuntutannya, Najib antara lain memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan mohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan oleh plaintif (Najib). Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Dr Ling, atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya. Beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Najib berkata, Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengel

Belum ada keputusan muktamad berhubung pengharaman vape

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik dan sehingga itu penjualan dan penggunaannya tidak dihalang, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata masih terlalu awal untuk memutuskan penjualan rokok elektronik adalah haram kerana setakat ini tiada undang-undang khusus mengenainya. “Setakat ini tak ada lagi undang-undang diputuskan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Bagaimanapun, Dr Hilmi berkata kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai penggunaan dan penjualan rokok elektronik itu sebelum merangka akta baharu berhubung perkara itu. Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya. Dr Hilmi berkata kementerian juga sedang meneliti aspek

Kementerian Kesihatan jamin vaksin di Malaysia halal

Imej
KLANG, Khamis – Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit di negara ini adalah halal serta selamat digunakan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata alasan sesetengah ibu bapa memilih menolak vaksin untuk anak mereka berdasarkan dakwaan bahawa suntikan yang diberi haram dan mengandungi Deoxyribonucleic Acid’ (DNA) babi, adalah tidak berasas. “Pihak kementerian tidak mewajibkan pemberian vaksin tetapi kami menggalakkan ibu bapa memberi vaksin ini kepada anak mereka kerana ia telah terbukti berjaya mengurangkan kadar kematian bayi,” katanya dalam sidang berita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hari Penyelidikan Selangor di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Kesihatan Selangor Dr S. Balachandran dan Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming. Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gerakan antivaksin yang semakin mendapat tempat da