Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Demokrasi tak matang, kata Syed Saddiq kepada Bung Moktar

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Khamis – Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kesal dan terkilan dengan cabaran Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin supaya bertanding menentangnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Menjawab cabaran itu, Syed Saddiq ketika dihubungi Ismaweb hari ini berkata, cabaran yang cuba dilakukan oleh Bung Moktar dianggap sebagai demokrasi tidak matang. Ini kerana katanya, seseorang yang mencabar ahli politik untuk bertanding pilihan raya adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi. “Hak demokrasi tidak terhenti apabila memilih wakil sahaja sebaliknya ia akan berterusan bagi memastikan pemimpin itu berkhidmat dan tidak tersasar daripada janjinya. “Saya percaya jika kita ikut prinsip YB Bung Moktar, pasti lebih daripada satu juta orang akan bertanding di kawasan Pekan sahaja,” katanya. Menerusi laporan satu portal liberal hari ini, Bung melahirkan rasa tidak puas hati beliau terhadap Syed Saddiq yang dianggap berlebihan menyer

Ringgit ditutup 3.897 berbanding dolar AS

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Ringgit berada pada kedudukan untuk meneruskan momentum kenaikan berbanding dolar AS, dan dijangka menguji paras tambatan 3.80 dalam tempoh terdekat. Unit tempatan mengekalkan aliran meningkatnya berbanding dolar AS untuk ditutup pada 3.897 hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan, berikutan sokongan berterusan daripada pelabur. Unit tempatan ditutup pada 3.8970/8070 berbanding dolar AS daripada 3.9385/9455 semalam. Naib Presiden Pembangunan Korporat dan Ketua Penganalisis Pasaran FXTM, Jameel Ahmad dilaporkan sebagai berkata, ringgit kini meningkat dan pulih daripada penurunan pada tahun lepas. Beliau berkata, antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan ringgit ialah peningkatan harga minyak yang kini melebihi AS$35 setong. Katanya, ia kelihatan harga minyak akan diniagakan antara AS$35 setong dan AS$44 setong, mewujudkan keyakinan dan lebih positif untuk Malaysia, yang merupakan negara pengeksport minyak. “Kelihatannya penurunan ring

“Hidup bebas tanpa hutang dan tidak bergantung kepada orang lain” – Timbalan Pemuda Isma

Imej
  Oleh: Nurul Hidayah Ismail JOHOR BAHRU, 31 Mac -Sejak tahun 2010 hingga april 2015, statistik menunjukkan sejumlah 107,000 individu telah diisytihar muflis. Daripada jumlah itu, seramai 23,484 orang merupakan belia yang berusia diantara 25 hingga 34 tahun. Statistik yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 25 Jun 2015 itu menyatakan  antara punca terjadinya masalah muflis adalah pengurusan kewangan yang lemah, tiada kawalan perbelanjaan kad kredit dan gagal membayar pelbagai jenis pinjaman. Menyedari permasalahan tersebut, Usahawan Muslim Nasional (USMAN) dan Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Johor Bahru telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan seminar pengurusan kewangan di sini baru-baru ini, bertujuan untuk berkongsi cara-cara menguruskan kewangan dengan betul. Menurut Ketua Perunding EZAZ Wealth Consultant, Encik Alwi Adam, langkah pertama yang perlu dilakukan untuk mengurus kewangan adalah menganalisa kewangan sedia ada. “Menganalisa kewangan adalah sangat pe

Banglo Guan Eng: Polis rekod kenyataan Phang Li Koon esok

Imej
GEORGETOWN, Khamis – Polis akan merekodkan keterangan Phang Li Koon esok bagi membantu siasatan berhubung kandungan akuan berkanun wanita itu berkaitan pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, di sini yang didakwa mempunyai maklumat palsu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata Phang dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini kira-kira jam 9.30 pagi bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. “Polis telah menghubungi wanita itu beberapa hari lepas dan sepatutnya dia memberi keterangan hari ini. Bagaimanapun beliau meminta untuk hadir di IPD esok (Jumaat) berikutan beberapa kekangan, jadi kami akan merekodkan keterangannya esok,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Phang, 39, dalam akuan berkanun itu yang mendakwa dirinya tidak mempuny

Speaker tak izin lagi RM2.6 bilion dibahas di Dewan Rakyat

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Isu RM2.6 bilion ‘derma’ yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi dibahaskan di Dewan Rakyat kerana dianggap subjudis. Dalam satu nota Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat yang diedar kepada Ahli Parlimen hari ini, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata keputusan yang dibuat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36 (2). “Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat diberi kuasa untuk menimbangkan sama ada sesuatu perkara yang dalam timbangan mahkamah boleh menjejaskan kepentingan-kepentingan pihak yang terlibat dalam prosiding mahkamah tersebut. “Kuasa yang diberikan adalah selaras dengan prinsip Sub Judice Convention (House of Common Procedure dan Practice, Second edition 2009 Canada),” katanya. Pandikar Amin berkata, keputusan itu dibuat berikutan wujud semakan kehakiman difailkan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi Kuala Lump

Tiada rancangan untuk tutup sekolah vernakular

Imej
BANGI, Khamis – Kementerian Pelajaran hari ini memberitahu bahawa pihaknya tidak ada sebarang perancangan untuk menutup sekolah vernakular bagi memberi laluan kepada sekolah kebangsaan. Menterinya,dalam satu jawapan bertulisnya di Parlimen berkata, Seksyen 28 Akta Pendidikan menetapkan peruntukan untuk membina dan mengekalkan sekolah vernakular. “Bagaimanapun, sekolah yang telah dilabel sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), dan tidak menunjukkan peningkatan dalam bilangan muridnya dalam tempoh dua tahun boleh ditutup oleh kementerian. “Kementerian mempunyai hak untuk menyerahkan operasinya ke sekolah lain yang mempunyai lebih banyak potensi dalam mendaftarkan murid-murid,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh berhubung pendirian kementerian itu mengenai sekolah vernakular. Sumber

Disenaraihitam jika salah guna bauchar buku, amaran Kementerian Pendidikan Tinggi

Imej
PUTRAJAYA, Khamis – Kementerian Pendidikan Tinggi memberi amaran akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyenaraihitam pelajar dan kedai buku yang didapati menyalahgunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Amaran itu diberikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh ketika diminta mengulas pendedahan media baru-baru ini, mengenai pelajar yang menukar bauchar BB1M dengan wang tunai di kedai buku tertentu. Beliau berkata, kementeriannya sudah menerima aduan mengenai dakwaan pelajar menjual BB1M kepada kedai buku untuk mendapatkan wang tunai. “Kita akan turun padang dalam tempoh terdekat mengenal pasti jumlah kedai buku yang mengambil kesempatan menyalahgunakan baucar itu,” katanyakepada pemberita selepas melancarkan Buku Rubrik Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA) di sini, hari ini. Media sebelum ini mendedahkan ada pelajar menjual BB1M bernilai RM250, yang bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku, kepada kedai buku dengan harga antara RM190 dan

Harga petrol, diesel naik tengah malam ini

Imej
BANGI, Khamis – Harga runcit petrol dan diesel bagi bulan April 2016, naik masing-masing 10 sen dan 20 sen mulai tengah malam ini, selarang peningkatan harga minyak dunia. Harga runcit RON95 dan RON97 naik 10 sen menjadi RM1.70 sen seliter dan RM2.05 seliter. Diesel pula menyaksikan peningkatan sebanyak 20 sen menjadi RM1.55 seliter. Sejak November tahun lalu, harga bahan api itu mengalami penurunan ketara kesan daripada penurunan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai ringgit. Sumber

Of bread makers and vacuum cleaners: Feminist, it’s all in your head!

I wonder where does the Antdaily get her columnist from? How was it that one feminist fretting over her insecurities passed off as an article? We’ve been reading the same babblings over and over again. They hardly make meaningful intellectual contributions. These grouses are common whenever Islamic scholars give advices concerning Muslim women, protesting that men are always spared the reminder (men are reminded as well, they just don’t look for it hard enough, or selectively ignore). Now even when advices are given to Muslim men, they still throw tantrums. This was the case when Mariam Mokhtar, as she glaringly displayed her shallowness in understanding Islam, complained when she referred to Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim’s article in Berita Harian on the responsibility of a man towards his family. She couldn’t in the first place, differentiate the sayings of Prophet Muhammad SAW from words of the Deputy Mufti. She stated that ” Zamri claimed that 3 groups of people would be s

Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar 11 April

Imej
KUCHING, Khamis – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), demikian diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Bercakap pada sidang media khas hari ini, beliau yang bakal mengetuai Barisan Nasional (BN) buat kali pertama menghadapi PRN, berkata, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bersetuju dengan pembubaran itu. Terdahulu, beliau menghadap Abdul Taib di Astana. Perisytiharan pembubaran itu yang ditandatangani Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian. Menurut Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri. Sumber

Tun Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Proton, Canselor UTP

Imej
BANGI, Khamis – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa semalam. Pejabat bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, surat perletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar, semalam. “Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa 30 Mac 2016. “Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), juga berkuat kuasa pada 30 Mac 2016. Keputusan beliau telah dimaklumkan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim,” kata kenyataan itu menerusi blog Dr Mahathir, chedet.cc Dr Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Tioman (Tida). Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai perletakan jawatan itu. Sebelum ini, Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mem

DLP: Kerajaan kena perkasakan bahasa Melayu dalam sains, teknologi

Imej
Noorzamri Ibrahim, Pengerusi I-Guru Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Khamis – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) meluahkan kebimbangan berhubung Program Dwibahasa (DLP) bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah dan menengah akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu. Presidennya, Cikgu Noorzamri Ibrahim berkata kelemahan bukan dilihat pada penguasaan bahasa Inggeris sebaliknya bahasa Melayu tidak diberi peluang untuk diperkasakan dalam bidang sains dan teknologi. Katanya, bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan negara sepatutnya menjadi bahasa ilmu pengetahuan sains teknologi supaya ia dapat dimartabatkan pada peringkat antarabangsa. “Kita patut beri usaha dan tenaga lebih melalui kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pihak yang bertanggungjawab bagi meningkatkan lagi kualiti bahasa Melayu sebagaimana ia pernah menjadi lingua franca ketika dahulu. “Bahasa kita pernah disegani di seluruh dunia yang digunakan sebagai bahasa keseniaan, per

Garis panduan baharu kes buli diedar minggu depan

Imej
GEORGE TOWN, Khamis – Kementerian Pendidikan bakal mengeluarkan satu garis panduan baharu bagi menambah baik pengendalian kes buli dalam kalangan pelajar mulai minggu depan. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata garis panduan itu akan diedarkan di semua sekolah di seluruh negara. Katanya, proses dan tempoh siasatan sesuatu kes bagi memastikan tindakan segera dapat diambil adalah antara penambahbaikan dalam garis panduan berkenaan. “Tindakan cepat perlu diambil dan dalam kes buli paling penting adalah siasatan, yang libatkan pelajar sama ada yang kena buli atau dibuli, oleh pengurusan sekolah…adakah melibatkan kes polis atau tidak. “Tidak boleh tunggu tubuh satu jawatan kuasa, baru nak ambil tindakan, akan jadi lambat,” katanya sewaktu sesi taklimat di Jabatan Pendidikan (JPN) Pulau Pinang semalam. Dalam pada itu, beliau berkata tindakan yang dikenakan terhadap pelajar yang terlibat dalam kesalahan buli adalah berperingkat iaitu amaran, gantung sekolah dan dipindahkan ke s

Noh minta DAP berhenti jadi hipokrit

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta DAP untuk berhenti bersikap ‘hipokrit’ dalam isu pembelian rumah banglo Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown, Pulau Pinang. Beliau berkata demikian apabila DAP mengambil tindakan untuk mengarahkan wakil rakyatnya ‘tutup mulut’ dan membenarkan beberapa jurucakap sahaja yang memberi kenyataan berhubung isu berkenaan. Arahan itu dinyatakan dalam pekeliling yang diedarkan oleh pegawai DAP Pulau Pinang yang meminta pemimpin parti untuk tidak mengadakan sebarang sidang media atau mengeluarkan kenyataan berhubung dua isu berkenaan. Menurut pekeliling itu, hanya tiga pemimpin dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan iaitu Guan Eng sendiri, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan penasihat undang-undang parti yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. “Hipokrit la (DAP), ini isu DAP atau isu peribadi? Kalau isu peribadi mengapa orang lain hendak tolong jawab

‘Putera misteri’ penderma AS$375 juta kepada Najib tidak wujud: Sarawak Report

Imej
BANGI, Khamis – Selepas Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) ‘mengesahkan’ bahawa Datuk Seri Najib Razak menerima derma daripada keluarga diraja Arab Saudi, portal kontroversi, Sarawak Report mempertikai surat yang kononnya daripada penderma berkenaan. Portal berkenaan dalam laporannya mendakwa tiada putera diraja Arab Saudi yang bernama Saud Abdulaziz al-Saud sebagaimana yang tertera pada kepala surat yang kononnya ‘bocor’ dan diperoleh Four Corners ABC. Malah, kata Sarawak Report, apa yang disiarkan oleh Four Corners mengenai ‘putera misteri’ memasukkan wang ke dalam akaun peribadi Najib, sebenarnya pernah mereka laporkan sebelum ini, tetapi jurucakap Perdana Menteri mengecamnya dengan mengatakan ia adalah laporan palsu yang berniat jahat. Portal berkenaan turut menganggap sekeping surat yang disiarkan ABC bagi menyokong dakwaan bahawa ‘derma’ berkenaan kononnya ditandatangani oleh Putera Saud Abdulaziz al-Saud, adalah ‘surat pelik’. Bagaimanapun, Sarawak R

Azmi tarik balik rayuan pindah perbicaraan kes hasutan

Imej
PUTRAJAYA, Khamis – Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan rayuan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom mengenai pemindahan perbicaraan kes hasutannya ke Mahkamah Tinggi selepas beliau menarik balik rayuan itu. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Abdul Rahman Sebli mengeluarkan perintah agar rayuan itu diketepikan. Rayuan Azmi kepada Mahkamah Rayuan itu adalah berkaitan keengganan Mahkamah Tinggi membenarkan usahanya untuk memindahkan perbicaraan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Peguam Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah tentang penarikan balik rayuan itu kerana anak guamnya (Azmi) telah dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Sesyen pada 19 Feb tahun ini daripada tuduhan menghasut. Pihak pendakwa menutup kesnya selepas memanggil empat saksi apabila Peguam Negara membuat keputusan menggugurkan tuduhan terhadap Azmi. Azmi, 46, dihadapkan ke mahkamah pada 2 Sept 2014

iPeguam mendukung aspirasi umat Islam Bangladesh

Imej
BEBERAPA hari yang lalu, umat Islam di Bangladesh dihidangkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Bangladesh yang menolak petisyen yang dibuat oleh aktivis-aktivis sekular di Negara tersebut untuk menggugurkan Islam sebagai agama rasmi Negara. Menyedari kepentingan dan intipati yang terkandung, iPeguam menyatakan pendirian menyokong keputusan mahkamah tersebut. iPeguam berpendapat bahawa ia adalah satu kemenangan bukan sahaja untuk umat Islam di Bangladesh, bahkan tempiasnya dapat dirasai oleh umat Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia. Dewasa kini, umat Islam di Malaysia sering juga berhadapan dengan ancaman dari puak-puak liberal, sekular serta pejuang hawa nafsu manusia yang semakin berani mencabar kedudukan Islam. Cabaran tersebut bukan sekadar dengan paparan artikel di media sosial dan laporan berita di media sekular dan liberal, bahkan mereka berkomplot dengan menggunakan prosiding mahkamah dalam kes-kes yang sensitif dan penafsiran undang-undang yang tidak terpandu. Ant

Tiada wang masuk ke dalam akaun Najib, kata 1MDB

Imej
BANGI, Khamis – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan sekerasnya bahawa syarikat itu telah memasukkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Berdasarkan siasatan yang menyeluruh, dan disokong oleh pelbagai pihak berkuasa yang telah mengesahkan bahawa dana itu datang daripada Arab Saudi. “Bagaimanapun, Wall Street Journal (WSJ) terus mengulangi dakwaan yang sama tanpa memberikan sebarang bukti yang kukuh untuk mewajarkan dakwaan itu,” kata 1MDB dalam satu kenyataan, hari ini. 1MDB turut mempersoalkan ‘serangan’ yang dilakukan oleh WSJ dalam laporannya itu, dibuat beberapa hari selepas syarikat berkenaan mengumumkan telah berjaya menamatkan penjualan saham dan perjanjian pembelian Edra Energy Berhad. Jelas kenyataan itu lagi, dana kerajaan negeri akan membayar semula hutang bernilai RM6 bilion pada minggu berikutnya dan akan menghapuskan semua hutang jangka pendek daripada lembaran imbangan syarikat. “Tindakan ini menggambarkan kejayaan yang

Isma bimbang keselamatan Laut China Selatan, gesa tindakan serius kerajaan

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, Khamis – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini, menyatakan kebimbangan beliau terhadap isu terkini yang berlaku di Laut China Selatan, termasuk laporan 100 bot China yang memasuki perairan negara sejak 24 Mac hingga 27 Mac yang lalu. Beliau yang khuatir dengan keadaan tersebut berkata, isu itu seolah-olah menggambarkan bahawa negara sedang mengalami krisis keselamatan. “Isma bimbang dengan perkembangan terkini di Laut China Selatan. “Negara ini seakan-akan sedang menuju krisis keselamatan yang mungkin mencetuskan peperangan,” katanya kepada Ismaweb. Pihak berkuasa maritim kelmarin berkeras menyatakan bahawa memang terdapat 100 bot China yang telah menceroboh perairan negara minggu lalu. Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menegaskan bahawa “bot nelayan asing China” itu telah belayar ke arah barat sejak dikesan, dan jumlah kapal yang dikesan berkurangan ke

VIDEO: Animasi kisah seorang budak lelaki Syria bernama Mustafa

Imej
Animasi pendek kisah seorang budak lelaki Syria bernama Mustafa terbitan UNICEF. Sumber: UNICEF Sumber

VIDEO: Tapak projek ‘Malaysian Quran School’ di Gaza

Imej
Tapak projek ‘Malaysian Quran School’ yang dibina di kawasan tengah Semenanjung Gaza dan dijangka siap pada awal 2017. Sumber: Aman Palestin Berhad Sumber

Syed Saddiq kecewa dengan Presiden PAS

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, Khamis – Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan rasa kecewa terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengambil pendirian untuk tidak berseteru dengan parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dalam tulisannya di laman Facebook, semalam, beliau turut mempersoalkan kenyataan PAS sebelum ini yang ingin menjadi penasihat kepada UMNO. “Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Presiden TG Haji Hadi Awang. “Selama ini, saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. “Pada masa kita memerlukan semua tangan di atas di pihak yang sama, PAS telah memilih untuk kekal di garisan tepi. “Dan yang lebih mengecewakan, Presiden PAS sendiri membuat kenyataan untuk menjadi Penasihat UMNO. Adakah PAS sekarang anak syarikat UMNO?,” katanya. Beliau turut mempertikaikan perjuangan PAS yang dakwanya hanya mementingkan soal

1MDB minta Rafizi henti campur tangan siasatan PAC

Imej
BANGI, Khamis – Syarikat milik kerajaan, 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya menghentikan campur tangannya dalam proses siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat itu. 1MDB dalam satu kenyataannya semalam berkata syarikat itu difahamkan bahawa Rafizi telah membuat laporan polis terhadap pengurusan kanan 1MDB. “1MDB mengesahkan bahawa pasukan pengurusan kanan akan bekerjsama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan yang difikirkan wajar oleh pihak polis. “Rafizi mendakwa bahawa beliau telah mendedahkan kepada umum maklumat sulit berkaitan dengan perkara tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA). “Sekiranya apa yang dilakukan oleh Rafizi adalah benar, maka ini secara jelas melanggar undang-undang…sekurang-kurangnya mengejutkan dan lebih teruk datang daripada seorang Ahli Parlimen,” menurut kenyataan itu. Ia menyebut: Dakwaan Rafizi untuk membuat pendedahan merupakan sebahagian daripada sias

RM89.2 juta bayaran balik khas GST sehingga 9 Mac 2016

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Sejumlah RM89.2 juta telah dibayar kepada 987 buah perniagaan yang memohon untuk bayaran balik khas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga 9 Mac ini. Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang diedarkan di persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata daripada 1,303 yang diproses untuk bayaran balik khas tersebut, 235 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan di bawah Seksyen 190 dan 191 Akta GST 2014. Bayaran balik khas GST kepada perniagaan yang berdaftar di bawah GST adalah bagi mengelakkan percukaian berganda dalam kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan GST. Malaysia mula melaksanakan GST pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus, menggantikan SST yang kadar keseluruhannya sebanyak 16 peratus. – Bernama Sumber

Of bread makers and vacuum cleaners: Feminist, it’s all in your head!

Imej
I wonder where does the Antdaily get her columnist from? How was it that one feminist fretting over her insecurities passed off as an article? We’ve been reading the same babblings over and over again. They hardly make meaningful intellectual contributions. These grouses are common whenever Islamic scholars give advices concerning Muslim women, protesting that men are always spared the reminder (men are reminded as well, they just don’t look for it hard enough, or selectively ignore). Now even when advices are given to Muslim men, they still throw tantrums. This was the case when Mariam Mokhtar, as she glaringly displayed her shallowness in understanding Islam, complained when she referred to Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim’s article in Berita Harian on the responsibility of a man towards his family. She couldn’t in the first place, differentiate the sayings of Prophet Muhammad SAW from words of the Deputy Mufti. She stated that ” Zamri claimed that 3 groups of people would be

PAS gesa tingkatkan perkhidmatan teksi

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Khamis – PAS menggesa pihak kerajaan supaya meningkatkan perkhidmatan teksi dengan mengurangkan bebanan birokrasi. Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata permit individu bagi individu perlu diberikan kepada pemandu teksi yang telah lama berkhidmat termasuk memperkasakan perkhidmatan kebajikan seperti caruman Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). “Tambahan lagi, kerajaan juga digesa mencari titik penyelesaian bagi menangani permasalahan berkenaan perkhidmatan GrabCar dan Uber. “Sekurang-kurangnya mencari jalan penyelesaian dengan menyediakan “padang yang sama rata” supaya persaingan yang sihat dapat berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Bagaimanapun katanya, apa yang lebih baik adalah kerajaan memansuhkan perkhidmatan GrabCar dan Uber ini sekaligus memperkukuhkan sistem perkhidmatan teksi. “Malangnya, GrabCar dan Uber lebih selesa memberikan servis tanpa ada peraturan lain yang dikenakan tidak seperti perkhidmat

Rafizi kena kemuka bukti hari ini: LTAT

Imej
BANGI, Khamis – Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli diberi tempoh sehingga hari ini untuk mengemukakan bukti dakwaan kononnya sebahagian pesara tentera tidak menerima pembayaran gratuiti daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berikutan kelewatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melunaskan pembayaran. Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dalam satu kenyataan berkata LTAT akan mengambil tindakan undang-undang jika Rafizi gagal berbuat demikian kerana cuba memfitnah untuk memusnahkan reputasi dan kredibiliti LTAT. “Oleh kerana Rafizi mendakwa melalui media kononnya sebilangan anggota tentera yang bersara tidak menerima pembayaran gratuiti, kami ingin meminta butiran anggota tentera ini daripada beliau. “Jika Rafizi gagal mengemukakan nama anggota tentera yang telah bersara seperti didakwa sebelum 31 Mac (esok), kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau,” katanya. Sumber

12 Ciri Aktivis ISMA

Imej
Saya telah menggariskan 12 ciri-ciri siap siaga yang mesti dihayati oleh setiap ahli ISMA pada setiap masa. Ini bagi memastikan setiap tindakan dakwah dapat membuahkan hasil yang maksima. Sebagai perajurit dakwah kita hendaklah sentiasa; BERILMU DAN BERKETERAMPILAN CEKAP DAN PROFESSIONAL GAGAH, BERANI DAN BIJAKSANA PINTAR DAN BIJAK BERBICARA CEKAL DAN BERDISIPLIN SOPAN SANTUN DAN BERBUDI BAHASA Saya percaya dengan memiliki ciri-ciri ini, anda akan bersedia menunaikan tanggungjawab dakwah dengan cara terbaik pada bila-bila masa dan di semua medan dalam apa sahaja urusan yang anda lakukan. Kemudian bacalah: Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam. (al-An’am: 162) Abdullah Zaik Abd Rahman Presiden ISMA Sumber

Tragedi Highland Towers: Mangsa mimpi dikelilingi kain putih

Imej
Umi Rasyidah (tiga dari kanan) tidak dapat menahan sebak ketika bertemu bekas majikan pertamanya Datin Hazlin Hashim (tiga dari kiri) dan bekas majikan keduanya Susan Tan (dua dari kiri), kelmarin. – Gambar Bernama PUTRAJAYA, Khamis – Mimpi dikelilingi kain putih sehari sebelum Blok 1 kondominium Highland Towers di Ulu Klang, Selangor, runtuh seolah-olah menjadi petanda tragedi buruk bakal berlaku pada keluarga Umi Rasyidah Khoiruman. Menyorot kembali detik tragis 23 tahun lalu, Umi Rasyidah, 43, yang bekerja sebagai pembantu rumah ketika itu berkata, pada hari kejadian 11 Disember 1993, dia baru selesai menyuapkan makanan kepada anaknya Nur Hamidah Nadjib yang baru berusia 18 bulan di tingkat tujuh kondominium mewah berkenaan. “Selepas selesai, saya biar anak saya di ruang tamu, manakala saya bersiap untuk solat zohor. Ketika nak ke bilik air, waktu itulah saya terdengar bunyi kuat dari luar. “Apa yang saya lihat di luar menakutkan saya. Saya lihat bukit berhampiran mulai runtuh

Jurutera ditahan komen hina Najib

Imej
BANGI, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang jurutera kerana memuat naik komen bersifat jelik dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook, baru-baru ini. SKMM dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook semalam berkata, jurutera berumur 26 tahun itu ditahan dalam operasi SKMM bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Berdasarkan aduan yang diterima, suspek telah memberikan komen sedemikian sebagai reaksi kepada artikel yang dimuat naik oleh sebuah portal berita liberal di laman Facebook portal itu pada 25 Mac 2016 lalu. Dalam siasatan yang dijalankan, rakaman kenyataan suspek telah diambil di pejabat SKMM di Cyberjaya, Isnin lalu. Telefon bimbit jenama Asus dan kad sim milik suspek juga disita untuk membantu siasatan. SKMM akan memanggil beberapa lagi individu yang dikenal pasti dalam waktu terdekat untuk membantu siasatan. Sumber

Pelajar Iran antara empat ditahan sebar ajaran bukan Islam

Imej
MELAKA, Khamis – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan empat individu, termasuk seorang wanita kerana disyaki cuba menyebarkan buku dan dakyah ajaran bukan Islam di Taman Kebaya, Paya Datok, Alor Gajah, di sini, kelmarin. Ketua Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, mereka yang ditahan jam 4.30 petang itu terdiri daripada dua lelaki tempatan berusia 26 tahun, seorang wanita tempatan berusia 43 tahun serta seorang penuntut kolej swasta warga Iran berusia 20 tahun. Berdasarkan siasatan awal, katanya, semua individu berkenaan direkrut sebagai mubaligh di sebuah pusat rawatan kesihatan di Tampin, Negeri Sembilan dan bergerak secara berkumpulan bagi menyebarkan ajaran bukan Islam. “Kita menjumpai 40 buku berkaitan dakyah ajaran bukan Islam dalam tiga bahasa termasuk bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah dalam kereta yang dinaiki keempat-empat individu itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Katanya, buku bertajuk ‘Pengharapan Agung’ itu dikhuatiri akan memeson

Wawancara Khas: Zainab Husna, genggam ijazah Sarjana seawal 23 tahun

Imej
Pada tarikh 12 Mac 2016 yang lalu, Zainab Husna Hussen, seorang ahli Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Gombak telah berjaya mendapatkan segulung Ijazah Sarjana dalam jurusan Usul Fiqh di usia seawal 23 tahun.  Kejayaan beliau telah mendapat perhatian ramai, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  sehingga diberi gelaran ‘Clever Girl’. Lebih menarik lagi, Zainab juga telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran seawal usia 13 tahun. Teruja dengan kejayaan beliau, pada Jumaat yang lalu, Ismaweb telah menemui Zainab dan berpeluang menemuramah beliau secara lebih mendalam bagi mengenali dan mencungkil rahsia kejayaan beliau.  Boleh ceritakan secara ringkas latar belakang Zainab? Saya dilahirkan di Taman Melawati, Selangor. Ibu saya orang Negeri Sembilan dan ayah pula orang Selangor. Saya adalah anak bongsu daripada enam adik beradik dan dalam adik beradik saya terdapat dua perempuan dan empat lelaki. Bagaimana pula dengan latar belakang pendidikan Zainab? Saya mendapat pend

First Quarter 2016 Special Report: Achieving a Balanced Approach

Isma continues its dakwah initiatives in 2016 with a balanced approach in ensuring the objectives and benefits reach all layers of society. Throughout January to March 2016, Isma has arranged a variety of programs and activities at its national and regional levels. Isma was also active in sharing its views and ideas to guide the public in response to various current issues. National unity The unity of Muslims in Malaysia remains as Isma’s top aspiration for this year. To support this agenda, Isma maintains its active participation at the national level through Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), under the auspices of Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).  The recent MAIM congress, held in February, saw the Deputy President of Isma, Hj Aminuddin Yahaya who is also the Chairman of Perpaduan Ummah dan Siasah Cluster of MAIM, giving a presentation that touched on the efforts to achieve unity and methods to resolve related issues. In the same event, President of Isma, Ustaz Abdullah Za