Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Bank Islam menang dua anugerah kewangan Islam global

Imej
JAKARTA, Jumaat – Bank Islam Malaysia Bhd memenangi dua anugerah daripada Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2016, termasuk Anugerah Perbankan Borong Terbaik. Ketua Pegawai Strateginya, Hizamuddin Jamalluddin dianugerahkan ‘Personaliti Dalam Kewangan Islam (Kepemimpinan) 2016’ untuk sumbangan luar biasa kepada bank itu. Bank Islam dan tiga lagi institusi penting telah dipertimbangkan untuk kategori berkenaan dan keputusan itu berdasarkan beberapa faktor, termasuk dalam Metodologi GIFA. Anugerah itu juga mengiktiraf usaha Pengarah Urusan bank berkenaan, Datuk Seri Zukri Samat, dalam merubah bank berkenaan menjadi sebuah daripada penggiat penting dalam industri kewangan Islam. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, anugerah itu adalah peristiwa penting untuk bank tersebut dan satu lagi langkah dalam arah yang betul untuk menjadi penggiat penting serantau dalam merubah landskap kewangan Islam untuk menjadi lebih baik. “Kami berbesar hati kerana kerja kami

KWSP tetapkan RM228,000 jumlah simpanan minimum ahli capai usia 55 tahun

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan yang jumlah simpanan asas akan disemak semula daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017. Jumlah itu akan ditetapkan sebagai sasaran minimum simpanan KWSP yang ahli perlu miliki apabila mereka mencapai usia 55 tahun, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Simpanan asas itu merujuk kepada jumlah yang dianggap cukup bagi menyokong keperluan persaraan asas ahli selama 20 tahun daripada umur 55 ke 75 seiring dengan jangka hayat rakyat Malaysia. Kuantum baharu itu ditanda aras terhadap pencen minimum untuk kakitangan sektor awam, yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan daripada usia 55hingga 75. “Kuantum simpanan asas KWSP itu disemak semula secara berkala mengikut pencen minimum kakitangan sektor awam, atau setiap tiga tahun, yang mana lebih awal, dengan semakan terakhir berkuat kuasa pada 2014,” kata Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat, Nurini Kassim. Berikutan kenaikan kos sara h

Demokrasi Najib jadi bahan ketawa, kata Tun Dr Mahathir

Imej
BANGI, Jumaat – “Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.” Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menambah salah satu daripada amalan demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara. Beliau memberi contoh Perdana Menteri Australia, Tony Abbot yang meletak jawatan kerana partinya memilih Presiden baru, manakala Perdana Menteri Britain, David Cameron pula berundur selepas kalah dalam pungutan suara berkaitan dengan Brexit. Katanya, di Brazil, Dewan Senat menggantung Presiden untuk menghindar kemungkinan dia menganggu siasatan terhadapnya, manakala Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon disingkir kerana skandal Watergate. Beliau berkata, penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak dem

Harga petrol naik 10 sen, diesel 5 sen mulai tengah malam ini

Imej
BANGI, Jumaat – Harga runcit petrol naik 10 sen seliter, manakala diesel meningkat kepada 5 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini. Kenaikan itu menjadikan harga runcit bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, manakala RON97 sebanyak RM2.15 seliter. Sementara, harga diesel meningkat daripada RM1.70 kepada RM1.75 seliter. Sebelum ini, harga runcit petrol bagi bulan September turun sebanyak 5 sen seliter, manakala harga diesel kekal RM1.70 seliter, selepas tiada kenaikan sejak Julai lalu. The post Harga petrol naik 10 sen, diesel 5 sen mulai tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

VIDEO |Pembuat keris zaman dulu ialah saintis. – Profesor Abdul Mua’ti.

Imej
Temasya Keris & Budaya Warisan Melayu Tarikh: 30/09/2016 – 02/10/2016. Tempat: Muzium Warisan Melayu, UPM.                           The post VIDEO |Pembuat keris zaman dulu ialah saintis. – Profesor Abdul Mua’ti. appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

AGE: 30 kes direkodkan di tiga negeri setakat semalam

Imej
IPOH, Jumaat – Sebanyak 30 kes Gastroentritis Akut (AGE) dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak setakat semalam dipercayai selepas mandi di Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort. Timbalan Pengarah Kesihatan Perak (Kesihatan Awam), Dr B.Venugopalan berkata 26 daripada kes tersebut direkodkan di Perak, manakala Kedah (11) dan Pulau Pinang (tiga). “Kumpulan umur yang dijangkiti adalah antara lapan bulan hingga 53 tahun tetapi kesemuanya berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dr Venugopalan berkata kerja-kerja pembersihan kolam di taman tema itu telah dimulakan hari ini dan dijangka mengambil masa beberapa hari bergantung kepada proses diperlukan. Semalam, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pihaknya telah mengarahkan taman tema air di resort tersebut ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 18 (1)(f), Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 198 (Akta 342). AGE merupakan sejenis penyakit bawaan air sering dikaitka

Rasuah: Inspektor polis dipenjara dua tahun, denda RM20,000

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Seorang pegawai polis wanita yang sarat mengandung menangis teresak-esak selepas dihukum penjara dua tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini akibat bersetuju menerima rasuah RM4,000. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran terhadap pembebasan Inspektor Suriati Mohd Shafie, 35, yang hamil sembilan bulan, daripada pertuduhan itu. Selepas mendengar keputusan itu Suriati menangis teresak-esak dan dia kemudiannya ditenangkan oleh rakan-rakan wanitanya. Ab Karim berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Nasir Nordin, telah terkhilaf semasa membuat keputusan di akhir kes pembelaan yang melepas dan membebaskan Suriati pada 23 Jan 2015. Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara dua tahun itu bermula hari ini. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguh

Dr Asma wanita pertama dilantik Naib Canselor USM

Imej
BANGI, Jumaat – Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail, dilantik sebagai Naib Canselor (NC) Universiti Sains Malaysia (USM) baharu. Pelantikan yang berkuat kuasa mulai 4 Oktober 2016 sehingga 3 Oktober 2019 itu diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini. Asma adalah NC wanita pertama dilantik bagi jawatan itu menggantikan Prof Datuk Dr Omar Osman yang tamat tempoh perkhidmatannya, Selasa lalu. “Kementerian amat yakin dengan keupayaan Dr. Asma untuk membawa USM ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat terus menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan negara. “Kementerian juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Omar Osman di atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Naib Canselor USM selama lima tahun bermula dari 27 September 2011 hingga 27 September 2016,” kata kenyataan itu. Sebelum ini, Asma merupakan NC wanita pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum dila

UKM, IUKL turut nafi beri PhD pada Azizan Osman

Imej
BANGI, Jumaat – Susulan penafian Universiti Malaya sebelum ini, dua lagi pusat pengajian tinggi tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (PhD) kepada individu bernama Azizan Osman. Jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, nama Azizan Osman tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti itu. Katanya, berdasarkan semakan yang dibuat mendapati tiada individu dengan nama tersebut memiliki PhD dalam jurusan psikologi dari universiti itu seperti yang didakwa. “Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,” katanya seperti dilapor akhbar Berita Harian, hari ini. Selain UKM, turut menafikan dakwaan itu adalah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan idak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman. “Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugera

Mualaf boleh isytihar, sembunyi keislaman, kata Zainul Rijal

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Jumaat – Statistik orang bukan Islam memeluk agama Islam (mualaf) meningkat setiap hari di seluruh dunia termasuk di Malaysia, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. Beliau berkata, banyak pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia membantu ke arah penghijrahan dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf. “Pemelukan seorang bukan Islam kepada agama Islam merupakan suatu penghijrahan yang amat besar kesannya kepada orang yang memeluk Islam itu sendiri dan keluarganya. “Ada kala keluarga yang bersikap terbuka akan reda dan menghormati keputusan orang yang memeluk Islam itu. Namun ada juga keluarga yang tidak dapat menerima hakikat bahawa saudara mereka telah mendapat nur hidayah daripada Allah SWT ini,” katanya hari ini. Merujuk beberapa contoh kisah zaman Rasulullah SAW, Zainul Rijal berkata, orang Islam diberi pilihan sama ada mahu mengisytiharkan atau menyembunyikan status keislamannya. “

JASTA: Arab Saudi beri amaran AS bakal terima kesan negatif

Imej
RIYADH, Jumaat – Arab Saudi memberi amaran bahawa Akta Keadilan Terhadap Penaja Keganasan (JASTA) Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan keluarga mangsa serangan 9/11 di New York menyaman negara itu, akan memberi kesan negatif kepada semua negara dan mengetepi kekebalan sebuah negara berdaulat. Sumber kerajaan Arab Saudi berkata, JASTA akan menyumbang kepada terhakisnya prinsip kekebalan berdaulat yang menjadi jambatan kepada hubungan antarabangsa sejak ratusan tahun lalu. Arab Saudi juga memberi amaran akan menjual sehingga AS$750 bilion (RM3 trilion) sekuriti AS dan aset lain di Amerika sebagai tindak balas jika enakmen baharu itu menjadi undang-undang. Beberapa hari lalu, Senat AS meluluskan rang undang-undang yang akan membolehkan keluarga mangsa serangan 11 September untuk menyaman kerajaan Arab Saudi dengan menuntut ganti rugi. Arab Saudi, menafikan bertanggungjawab ke atas serangan pada 2001. Arab Saudi boleh menggunakan pelbagai cara bagi menghalang rang undang-undang itu,

Keluarga beri pilihan kepada Nurshakinah, kekal di Perancis atau pulang

Imej
  SUNGAI PETANI, Jumaat – Keluarga Nur Shakinah Naim menyerahkan keputusan kepada pelajar itu sama ada mahu meneruskan pengajian di Perancis atau bertukar ke mana-mana universiti di negara ini. Ibunya, Nur Halizah Ahmad berkata, beliau bagi pihak keluarga tidak mahu terlalu mendesak dengan situasi yang berlaku. Katanya apa yang diharapkan anaknya dapat melepasi detik dilalui dengan tenang sebelum membuat keputusan. “Apa yang penting sekarang, dia perlu dibawa pulang ke Malaysia terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat mengenai masa depannya,” katanya. Sebelum ini Shakinah yang merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jurusan Kejuruteraan Kimia di Institute University of Technology (IUT) Roanne di Paris, sejak tahun lalu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. Bagaimanapun, semalam Shakinah dimaklumkan telah selamat dan pulang ke bilik kediamannya. The post Keluarga beri pilihan kepada Nurshakinah, kekal di Perancis atau pulang appeared first on Portal Islam dan Mel

Tujuh warga asing ditahan milik MyKad palsu

Imej
PASIR GUDANG, Jumaat – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan tujuh warga asing selepas dipercayai memiliki MyKad palsu dalam beberapa serbuan awal pagi tadi. Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Mohamad Yusri Hashim berkata, penahanan warga asing itu melibatkan lima lelaki dan dua perempuan berasal dari selatan Filipina dan Indonesia. “Siasatan mendapati enam daripada mereka menggunakan MyKad palsu, manakala seorang lagi ditahan kerana memiliki kad pengenalan orang lain. “Ada antara mereka mengaku membeli MyKad palsu dengan harga antara RM300 hingga RM1,000 daripada sindiket,” katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. The post Tujuh warga asing ditahan milik MyKad palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Bursa Malaysia terima ancaman bom

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Bursa Malaysia Bhd. telah mengesahkan bahawa Pengurusan Bangunan Bursa Malaysia telah menerima ancaman bom pada 12.01 tengah hari ini. Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa telah dimaklumkan. Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, semua penghuni dan kakitangan diminta mengosongkan bangunan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) diaktifkan. Ia dibuka kembali pada pukul dua dan urus niaga untuk sesi tengah hari dimulakan pada pukul 2.30 tengah hari. – Bernama The post Bursa Malaysia terima ancaman bom appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Akta kawal selia dana politik dibentang ke Kabinet

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk menjamin integriti dan tadbir urus parti politik akan dibentang ke Kabinet dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan. Beliau berkata, pihaknya memerlukan dua minggu untuk selesai membentangkan draf dicadangkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) sebelum satu agensi atau kementerian khusus diberi tanggungjawab untuk membuat penelitian lanjut. Difahamkan, draf akta itu merangkumi 32 cadangan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu proses pelaksanaan, keperluan undang-undang baharu dan jangkaan pelbagai isu berbangkit dalam tempoh panjang. “Kementerian atau agensi ini akan memperhalusi cadangan JKNMPP untuk merangka draf terakhir yang bakal dibentang ke Parlimen supaya akta baharu diwujudkan,” katanya dalam satu sidang media hari ini. Terdahulu, JKNMPP pernah mengesyorkan untuk setiap ahli dan parti politik mewujudkan akaun berasin

Calon Pilihan Raya Gabenor Aceh wajib lulus ujian Al-Quran

Imej
JAKARTA, Jumaat – Dua belas calon Gabenor dan Timbalan Gabenor di Aceh dikehendaki menjalani ujian mengaji Al-Quran sebagai satu syarat utama untuk bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor tahun depan. Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Pilihan Raya Suruhanjaya Bebas (KIP) Aceh, Ridwan Hadi berkata ujian berkenaan adalah salah satu syarat yang mesti dipenuhi calon. “Ujian ini dikenakan ke atas semua calon yang bertanding dalam pilihan raya wilayah Aceh. Selain pilihan raya gabenor, 20 ahli majlis perbandaran di Aceh juga akan menghadapi pilihan raya serantau serentak tahun depan. “Syarat lulus mengaji Al-Quran hanya terpakai di Aceh dan calon yang tidak boleh membaca al-Quran tidak akan lulus proses pencalonan sama sekali,” katanya dipetik Jakarta Post. Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya bukan sekadar menilai keupayaan membaca ayat Al-Quran calon tetapi bagaimana bakal pemimpin tempatan itu mampu melaksanakan nilai-nilai kepimpinan seperti yang dinyatakan dalam kitab suci Al-Qu

Tali Islam jihad menyatukan ummah: Khutbah Jumaat

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Jumaat – Persaudaraan atas tali Islam adalah elemen yang sangat penting dalam menyatukan ummah bagi memastikan keharmonian, kemerdekaan dan kedaulatan negara terus kekal. Menerusi khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, umat Islam diseru untuk terus berpegang teguh dengan tali persaudaraan Islam kerana diyakini menjadi penguat antara satu sama lain. “Persaudaraan itu akan semakin Kukuh umpama dalam satu binaan walaupun dirintangi pelbagai cabaran yang cuba menggagalkan usaha kemajuan serta membangkitkan isu-isu perpecahan di antara masyarakat Islam. “Hal ini telah dirakamkan melalui firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 10 yang membei maksud, ‘Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat’,” kata kenyataan khutbah itu. Dalam masa yang sama, khutbah Jumaat hari ini turut mengingatkan seti

Guru bebas pertuduhan miliki kertas soalan UPSR bocor

Imej
SEREMBAN, Jumaat – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Lenggeng, Nilai daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, dua tahun lepas. Hakim Datuk Kamaludin Md Said mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan guru berkenaan P. Murugan, 38, pada 16 April tahun lepas. Murugan didakwa memiliki kertas soalan Matematik 015/1 antara 8 Sept. dan 17 Sept. 2014 melalui seunit telefon pintar di sebuah rumah di Taman Sri Mawar, Mantin, dekat sini. Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azhan Hakim Nik Mahmood manakala Murugan diwakili peguam M. Haresh dan Ramzani Idris.- Bernama The post Guru bebas pertuduhan miliki kertas soalan UPSR boco

Kes rasuah Lim Guan Eng: 6 Disember bagi pengurusan kes

Imej
GEORGE TOWN, Jumaat – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Disember bagi pengurusan kes lanjutan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran. Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan dokumennya yang dalam jumlah banyak dan menyerahkan kepada pasukan pembelaan dan mahkamah. Hadhariah berkata beliau tidak mahu kes itu tertangguh. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud dan Mohd Dusuki Mokhtar. Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Phang. Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pula

Maqasid without Syariah

Imej
Boo Su-Lyn wrote an article titled “10 things about: Siti Kasim, lawyer and activist”, dated 25th September 2016. I Am not interested in talking about Siti this time around. I am particularly interested in her remark about the headscarf. According to her there is no word as “head” in Surah An-Nisa’ in the Qur’an and God mentioned breasts explicitly. Well okay, we are not so much interested in discussing Surah An-Nisa’ anyways. Let’s head to the verse in the Qur’an that mentions, or rather instructs women to cover their heads, And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, their brothers’ sons, their sisters’ sons, their women, that which their right hands

Rasuah adalah isu rakyat

Imej
Setelah 49 tahun penubuhan agensi pencegahan rasuah serta melalui transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada 2009, ia telah menampakkan perubahan ketara dalam usaha pencegahan rasuah di negara ini.  Berpegang kepada prinsip adil, amanah dan tegas dalam melaksanakan tugas berlandaskan undang-undang, SPRM terus komited untuk membasmi jenayah rasuah di negara ini.  Terbaharu,  Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad menegaskan untuk memberi tumpuan khusus pencegahan rasuah dalam kalangan penjawat awam bagi membendung isu ketirisan hasil kerajaan serta memastikan keadilan sentiasa ditegakkan.  Tumpuan telah diberikan kepada agensi penguatkuasaan, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan selaras dengan hasrat Program Tansformasi Kerajaan. Kejayaan pelbagai operasi SPRM dalam tempoh dua bulan ini membuktikan  SPRM  tidak mahu perkhidmatan awam dicemari dengan perbuatan rasuah dan ada pegawai ka

Liberalism in Multicultural Malaysia: Solution or Threat?

Imej
We proudly announce the next episode of View Point on the topic of “Liberalism in Multicultural Malaysia; Solution or Threat?” Date: 3 October 2016 (Monday) Time: 8.30 pm Venue: Seminar Hall, ISMA HQ, BBB The tak show will feature prominent speakers as follows: 1. Dr Hazlin Chong, ISMA activist 2. Ahmad Farami Abdul Karim, Fellow at Institute of Journalism Studies, UiTM 3. Akbar Abd Rahman (Moderator), CAPE Analyst Come and join us by registering @ http:/bit.ly/regviewpoints Brought to you by Arus Baru & Ismaweb.net The post Liberalism in Multicultural Malaysia: Solution or Threat? appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber
Imej
The post appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Kalimah Allah: MAIWP tak dibenar jadi pencelah dalam semakan SIB

Imej
  PUTRAJAYA, Jumaat – Mahkamah Rayuan hari ini tidak membenarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menjadi pencelah dalam semakan kehakiman gereja Sidang Injil Borneo(SIB) berkenaan hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan dan amalan keagamaan. Perkara itu diputuskan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer yang mendapati MAIWP gagal membuktikan mereka mempunyai kepentingan dalam perbicaraan itu. Bagaimanapun Hamid berkata, MAIWP masih boleh bertindak sebagai “amicus curiae” atau pihak yang berperanan memberikan pendapat undang-undang dalam prosiding mahkamah. Dalam permohonan mereka sebelum ini, Gereja SIB dan presiden gereja, Datuk Jerry W.A Dusing@ Jerry W. Patel memohon untuk mendapatkan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden. Mereka dilaporkan mencabar tindakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan

350 mahasiswa USM dipindah, bumbung asrama rosak

Imej
GEORGE TOWN, Jumaat – Seramai 350 mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di kolej kediaman Desasiswa Cahaya Gemilang terpaksa dipindahkan ekoran masalah kerosakan teruk pada bumbung bangunan berkenaan. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPPA), Prof Datuk Dr Adnan Hussein berkata, USM mengosongkan sebahagian bangunan berkenaan dan membina penyokong pada struktur yang rosak sebagai langkah keselamatan setelah mendapat laporan daripada pelajar. Oleh itu, pihak universiti mengambil keputusan untuk menutup dan mengosongkan sebahagian bangunan secara berperingkat bagi memudahkan kerja baik pulih dilakukan. Difahamkan, bumbung berkenaan tidak runtuh secara tiba-tiba seperti mana tersebar dalam media sosial dan kerja baik pulih dijangka mengambil masa selama tiga bulan. The post 350 mahasiswa USM dipindah, bumbung asrama rosak appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Ambil lah pengajaran hijrah Rasul wahai umat Islam di Malaysia

Imej
Yang Dipertua Isma Ipoh, Haji Zamri Hashim.   Tidak berapa hari lagi  kita akan menyambut awal tahun baru Islam iaitu Awal Muharram dan lebih mesra di kalangan masyarakat awam sebagai ma’al hijrah. Negara ini telah memberikan pengiktirafan rasmi kepada peristiwa penting ini dengan sambutan rasmi peringkat Negara dan diikuti peringkat negeri dan seterus sehingga ada yang menyambutnya sampai ke peringkat kampong. Sudah tentu sambutan-sambutan begini bukan sekadar amalan turun temurun dan kebiasaan sahaja namun apa yang diharapkan falsafah, roh, semangat dan pengajaran peristiwa besar dalam sejarah umat Islam itu dijadikan ubat penyelesaian kepada kemelut umat hari ini. Peristiwa hijrah Rasulillah SAW dari Mekah ke Madinah adalah bukti bahawa umat Islam wajib menyediakan sebuah negara yang membolehkan Islam dapat diamalkan sebagai cara hidup secara bebas dan harmoni samada cara hidup secara peribadi , bermasyarakat mahupun bernegara secara sebebas-bebasnya, kerana hakikatnya Islam

Shimon Peres: Realiti imej Israel di Barat dan mangsa yang dilupakan

Imej
BANGI, Jumaat – ShimonPeres, yang meninggal dunia Rabu lalu pada usia 93 selepas mengalami serangan angin ahmar pada 13 September, adalah lambang perbezaan antara imej Israel di Barat dan realiti serta dasar ‘penjajahan berdarah’ di Palestin serta rantau yang lebih luas. Peres dilahirkan di Belarus pada 1923, dan keluarganya berpindah ke Palestin pada 1930-an. Sebagai anak muda, Peres menyertai Haganah – kumpulan militan utama yang bertanggungjawab terhadap pertelingkahan dan pembersihan etnik serta perkampungan Palestin pada 1947 hingga 1949 – ketika tragedi Nakba. Nakba bermaksud ‘malapetaka’ yang merujuk kepada peristiwa pengusiran 750,000 rakyat Palestin dari rumah mereka pada 1948, iaitu tahun di mana negara haram Israel ditubuhkan, dan pemusnahan beratus-ratus perkampungan Palestin oleh tentera Yahudi. Walaupun, peristiwa itu menjadi sejarah yang tidak dilupakan, Peres, ketika penubuhan negara Israel, sentiasa menegaskan bahawa tentera Israel perlu kekal menggunakan sen

Kurang 10 peratus projek DBKL diberi kepada kontraktor Bumiputera

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat –  Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Wilayah Persekutuan menggesa supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lebih adil dan telus dalam pemilihan kontraktor.  Yang Dipertua persatuan itu, Ahmed Zaharani Yusof Omar berkata pihaknya mahu agar DBKL memberi keutamaan kepada kontraktor Bumiputera yang beralamat dan beroperasi di ibu negara untuk melaksanakan projek di bawah seliaan DBKL. “Di kebanyakan negeri, hanya kontraktor tempatan yang beralamat di negeri masing-masing sahaja diberikan peluang (mendapatkan projek),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. DBKL didakwa hanya memberi kurang 10 peratus daripada kira-kira RM900 juta nilai keseluruhan projek dalam setahun, kepada kontraktor Bumiputera. Dalam pada itu, Ahmed Zaharani menyokong penuh langkah DBKL menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan 44 syarikat kontraktor yang memperoleh tender DBKL bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lalu. Beliau ya

Ratusan cedera, tren rempuh stesen di New Jersey

Imej
Pekerja komuter dalam operasi menyelamat selepas insiden tren komuter di stesen Hoboken, New Jersey, semalam.   HOBOKEN, Jumaat – Sekurang-kuranya seorang terbunuh dan ratusan lagi cedera seelepas sebuah kereta api komuter merempuh stesen Hoboken di New Jersey awal pagi semalam. Kemalangan itu menyebabkan kerosakan besar terhadap bangunan stesen berkenaan dan menghentikan perkhidmatan kereta api ketika waktu puncak bermula hari ini. Pegawai Polis New Jersy (Transit), Jennifer Nelson berkata, mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal kerana mengalami pelbagai kecederaan, manakala terminal tren akan ditutup. Beberapa imej dimuat naik di media sosial, menunjukkan kerosakan struktur bangunan stesen transit utama dimana bahagian bumbungnya ranap. Sebuah stesen radio New York melaporkan, tren komuter itu melanggar dan merempuh penghadang tiket dan terus meluncur masuk ke kawasan lobi. Gabenor New Jersey, Chris Christie berkata, sebelum ini jumlah kematian adalah tiga orang tet

Erdogan cadang perintah darurat dilanjut setahun

Imej
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.     ANKARA, Jumaat -Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mencadangkan perintah darurat di negara itu dilanjutkan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun selepas cubaan rampasan kuasa Julai lalu. Meskipun sudah tiga bulan insiden itu berlaku, Erdogan berkata, situasi politik dan ekonomi Turki kini masih dalam keadaan tidak stabil. “Tempoh tiga bulan tidak mencukupi. Turki memilih untuk melanjutkan perintah darurat selama tiga bulan lagi. Mungkin 12 bulan (tempoh darurat) tidak mencukupi,” katanya. Saranan itu dikemukakan Erogan sehari selepas mempengerusikan mesyuarat badan keselamatan tertinggi kebangsaan, yang dipanggil untuk melanjutkan perintah darurat semasa yang bakal tamat Oktober ini. Susulan insiden rampasan kuasa yang berlaku, dilaporkan lebih 50,000 pengkhianat yang telah ditahan, digantung tugas dan dipecat. Mereka antaranya adalah anggota tentera, guru, dekan university, kakitangan awam dan pengamal media yang sebahagian besa

Khianat punca gangguan bekalan air, pekerja digantung tugas

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggantung tugas seorang pekerjanya kerana disyaki terbabit dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling, 1 September lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pekerja terbabit digantung tugas pada 6 September lalu, manakala laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 9 September. Katanya, laporan siasatan juga dikemukakan kepada Suruhjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), manakala bekalan pulih pada 2 September. “Gangguan itu menjejaskan lebih 39,000 akaun di 24 kawasan di Klang dan 29,000 akaun di 27 kawasan di Petaling, terutama di kawasan Sime UEP,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Suhaimi berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin atau memecat pekerja yang didapati terbabit dalam perbuatan khianat. Katanya, Air Selangor akan memastikan kejadian seperti ini tidak be