Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Adik maut, kakak cedera ditembak askar Zionis

Imej
Gambar fail RAMALLAH, 11 Safar 1439H, Selasa – Askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah dua beradik tidak jauh dari penempatan haram Yahudi di Halamish di barat laut Ramallah, menyebabkan seorang daripada mereka terbunuh dan seorang lagi cedera, hari ini. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, Mohammad Abdullah Mousa, 26, dari perkampungan Deir Ballout di barat Salfit, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Israel selepas askar menembak kereta mereka. Kakaknya, Latifa, 33, cedera di bahu dan keadaannya tidak membimbangkan. Israel mendakwa askarnya melepaskan tembakan kerana ‘mengesyaki’ kereta dinaiki adik beradik itu diguna untuk melanggar mereka. Kejadian itu berlaku sehari selepas tujuh anggota pejuang Palestin terbunuh akibat serangan roket rejim Israel ke atas sebuah terowong di Semenanjung Gaza. Gambar fail Sementara itu di JERUSALEM , rejim Zionis menangkap sekurang-kurangnya 17 warga Palestin dalam serbuan berterusan sejak malam tadi di Tebing Bara

Isu pengguna: Presiden PERKID pula dipanggil polis

Imej
BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis, berhubung kenyataannya berkaitan sindiket jenayah, baru-baru ini. Menurut notis arahan yang dikeluarkan polis hari ini, beliau dikehendaki hadir untuk siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 9 pagi Jumaat ini. Is susulan aduan yang dibuat di IPD Kajang pada 26 Oktober lalu, dua hari selepas Ismaweb.net menyiarkan kenyataan beliau berhubung isu sindiket jenayah itu. Ustaz Masridzi mengesahkan didatangi anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi menyerahkan notis arahan siasatan itu, hari ini. “Sama-sama doakan dan bagi sokongan untuk hadir beramai-ramai ke IPD Dang Wangi Jumaat ini…patah sayap bertongkat paruh..pejuangan tetap diteruskan jua… Allahuakbar!,” katanya kepada Ismaweb.net. Ustaz Masridzi sebelum ini membuat kenyataan men

Hadi Awang patut taubat, tarik balik amanat: Dr Mahathir

Imej
BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang mempertahankan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Sekaligus Hadi berusaha untuk memberi kemenangan kepada Najib dan UMNO walaupun di masa yang sama PAS akan kalah,” katanya menulis dalam blog beliau hari ini. Beliau juga berkata, parti itu telah menggugurkan tuntutan hudud PAS dan kini menjadikan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 (RUU355) sebagai modal politik untuk mendapat sokongan. “PAS akan terus peralatkan Islam. Tuntutan terhadap hudud PAS sudah digugur. Sekarang kononnya PAS akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguh. Tetapi PAS masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya. “Saya sedar ramai pengikut Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran Al Quran dan hadith yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja

Pejuang Palestin bersumpah balas serangan rejim Zionis

Imej
GAZA, 11 Safar 1439H, Selasa – Kumpulan pejuang Palestin bersumpah untuk bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas terowong di selatan Semenanjung Gaza, semalam, yang menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh mati dan 14 yang lain cedera. Pemimpin Pergerakan Jihad Islam, Daoud Shehab berkata, pihaknya akan mengambil langkah tindak balas kerana ia menjadi satu tanggungjawab. “Kami mempunyai hak yang sah untuk bertindak balas,” katanya mengulas serangan rejim Zionis menggunakan roket ke atas terowong di Khan Younis, malam tadi. Kementerian Kesihatan Palestin menjangkakan jumlah kematian meningkat kerana masih ada individu yang hilang di dalam runtuhan terowong. Laporan menyebut, Israel melancarkan lima peluru berpandu ke arah terowong yang digali di Khan Younis di mana rejim Tel Aviv mendakwa menuju ke arah mereka. Pihak perubatan di Gaza pula menyatakan sesetengah mangsa yang meninggal dunia kelihatan seperti terhidu gas beracun. Lima daripada yang terbunuh adalah anggota say

‘Malu lahir di Malaysia, tak pandai cakap Melayu’

Imej
KUALA LUMPUR, 11 Safar 1439H, Selasa –  Sektor korporat perlu memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata usaha memperkasa Bahasa Melayu perlu dilaksanakan pelbagai pihak, bukan sahaja di sekolah, institusi pengajian tinggi dan sektor awam, malah sektor korporat juga. Kerajaan sentiasa beriltizam memperkasa Bahasa Melayu meskipun berdepan pelbagai cabaran, katanya ketika merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai di sini hari ini. “Saya bersetuju Bahasa Melayu perlu dimantapkan dan usaha memperkasa bahasa ini perlu dibuat menerusi Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang menggabungkan kepakaran semua pihak,” katanya sambil menambah, amat penting untuk Bahasa Melayu mempunyai satu kerangka standard yang dapat dijadikan kayu pengukur bagi menilai tahap penguasaan bahasa itu. Kerangka Sta

Harga nasi campur RM100 berpatutan: KPDNKK

Imej
KUANTAN, 11 Safar 1439H, Selasa – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu, tidak melakukan kesalahan. Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata, siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai. “Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong. “Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan,” katanya semasa dihubungi di sini, Selasa. Sharuddin menambah, siasatan juga mendapati tiada tindakan boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan. Sehubungan i

Jabatan kimia periksa tiga kenderaan terlibat kemalangan

Imej
IPOH, 11 Safar 1439H, Selasa – Jabatan kimia akan menjalankan pemeriksaan ke atas tiga kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang meragut sembilan nyawa di Km45, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Di Awan, Kampar, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan, Som Sak Din Keliaw berkata, pemeriksaan dijalankan hari ini ke atas lori air batu, van dan Proton Saga Iswara itu bertujuan mengenal pasti punca sebenar kemalangan. “Dijangka keputusan pemeriksaan itu serta keputusan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan ujian darah akan keluar dalam tempoh dua minggu. “Selepas itu pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Ipoh, Batu Gajah dan Sungai Siput di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, sembilan termasuk lapan wanita pekerja lada

Najib nafi dakwaan 300,000 kaum India tiada status warganegara

Imej
KUALA LUMPUR, 11 Safar 1439H, Selasa – Dakwaan pembangkang yang menjaja kononnya terdapat kira-kira 300,000 kaum India di negara ini yang terabai dan teraniaya tanpa memiliki hak kewarganegaraan, terbukti tidak benar menerusi kempen Mydaftar Mega yang dilaksanakan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan tersebut hanyalah pembohongan semata-mata memandangkan hanya kira-kira 2,500 sahaja permohonan yang diterima daripada kaum India di negara ini yang tidak memiliki kewarganegaraan termasuk mereka yang lahir sebelum kemerdekaan negara serta kelahiran tidak didaftarkan. “Menerusi inisiatif MyDaftar yang masuk ke segenap pelosok, selongkar di segenap negeri dan cari di serata tempat, tidak ada 300,000 ‘stateless Indian’ sebagaimana yang diuar-uarkan, sampai ke Parlimen Westminister dijaja bahawa kita aniaya kaum India di negara ini. “Ini cerita dongeng, yang kita dapat hanya 2,500 permohonan sahaja… cerita tidak betul, sama macam cerita kita bawa masuk 40,000

SKMM minta henti spekulasi jualan data peribadi

Imej
BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung dakwaan kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini. Ketua Pegawai Operasinya, Dr Mazlan Ismail berkata, setakat ini siasatan menyeluruh sedang dijalankan. Jelas beliau, aspek keselamatan data peribadi sebenarnya tertakluk di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, iaitu agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia. “SKMM pula ada Kod Amalan Am Pengguna Untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai peruntukan supaya penyedia perkhidmatan hendaklah menjaga keselamatan data peribadi pelanggan. “Semua aspek masih dalam siasatan, jadi kita tidak mahu buat sebarang kesimpulan yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian. Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan, sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data pe

Lapor SPRM dakwaan Datuk Seri sogok anggota Rela RM10,000

Imej
BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid meminta anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan disogok wang RM10,000. Media semalam melaporkan, salah seorang mangsa (anggota Rela) yang dipukul lelaki berpangkat Datuk Seri, dihubungi seseorang yang didakwa menawarkan wang RM10,000 jika sanggup membatalkan laporan polis. Ia susulan insiden Jumaat lalu, apabila Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas dipukul dan ditendang Datuk Seri berkenaan. Kejadian bermula apabila mereka meminta Datuk Seri itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri hari ini menggesa anggota Rela terbabit membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan agensi itu membuat siasatan lanjut. Memetik Berita Harian, Zahid be

Gabenor Jakarta arah tutup hotel maksiat

Imej
JAKARTA, 11 Safar 1439H, Selasa – Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengarahkan hotel yang mempunyai unsur maksiat ditutup segera. Memetik Jakarta Post, permit operasi Hotel Alexis tidak dibenar diperbaharui, berikutan terdapat bukti permis itu menjalankan perniagaan perkhidmatan pelacuran. “Saya tidak mahu Jakarta menjadi kota yang membenarkan aktiviti pelacuran. Saya terima laporan dan aduan penduduk selain laporan media mengenai pelacuran di hotel itu,” kata Anies. Anies berkata, beliau akan menghantar pegawai untuk memantau hotel berkenaan bagi memastikan aktiviti maksiat dihentikan. Ketua Agensi Pelaburan Jakarta dan Perkhidmatan Integrasi Sehenti (PTSP) Edy Junaedi, mengesahkan permit hotel itu tidak diperbaharui. Dalam sepucuk surat, kerajaan bandar berkata, pihaknya membuat keputusan tidak melanjutkan permit selepas maklumat. Katanya, adalah sangat penting untuk mereka mencegah aktiviti tidak bermoral dan haram. – Agensi The post Gabenor Jakarta arah tutup hotel maksiat

Anak pejuang syahid baru lahir

Imej
Anak kepada salah seorang pejuang yang syahid, malam tadi. BANGI, 10 Safar 1439H, Selasa – Menyayat hati…tika anak dilahirkan, si ayah kembali menghadap Maha Pencipta, selepas syahid dalam letupan terowong di Semenanjung Gaza, malam tadi. Ahmed Abo Armana berusia 25 tahun, meninggal dunia selepas rejim Zionis melancarkan roket ke arah sebuah terowong, DI Der Al Balah, Timur Khan Younis. Beliau antara enam yang syahid, termasuk dua pemimpin pejuang Hamas dan sayap bersenjata mereka, Briged Al-Qassam. Memetik kenyataan Aman Palestin (AP), isteri Armana selamat melahirkan anak mereka pagi tadi. “Bayi ini telah dilahirkan hari ini, dan dalam masa yang sama menjadi anak yatim apabila ayahnya Ahmad Abu Armanah telah syahid dalam serangan yang telah dilancarkan tentera Israel. “Bayi ini telah diberi nama Ahmad oleh ibunya sepertimana nama ayahnya,” kata AP dalam satu kenyataan. Antara yang syahid dalam letupan terowong di Semenanjung Gaza, malam tadi. The post Anak pejuang syahi

Ustaz Haslin minta penjelasan Singapura

Imej
BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Penceramah bebas Malaysia, Ustaz Haslin Baharim meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan Singapura, selepas tidak dibenarkan memasuki negara itu. Beliau yang popoular dengan gelaran ustaz Bollywood, tidak lagi dibenarkan memasuki Singapura, berikutan pandangannya yang boleh menjejaskan keharmonian sosial. Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan semalam berkata, Ustaz Haslin dikatakan membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam, yang disifatkannya sebagai menyimpang. “Saya mahukan penjelasan, di mana rasionalnya mengatakan saya memecahbelahkan antara orang Islam dan bukan Islam. Saya pun tercari-cari ceramah yang mana mengatakan saya menggalakkan perpecahan antara rakyat negara itu. “Dalam dua hari ini, saya mahu bersemuka dengan pihak agama Islam Singapura untuk diberi penjelasan dan tunjukkan video ceramah saya serta di mana tempatnya. “Kalau ceramah di Malaysia, mereka (kerajaan Singap

Trak bawa makanan, ubat tiba di Ghouta Timur

Imej
DAMSYIK, 11 Safar 1439H, Selasa – Lebih sebulan, 40,000 penduduk di Ghouta Timur yang ditawan pemberontak, tidak mendapat bekalan makanan dan perubatan. Ghouta Timur adalah wilayah yang dibedil tentera rejim Presiden Bashar al-Assad sejak 2013. Menurut agensi bantuan, bekalan keperluan, terutama makanan amat jarang sampai ke wilayah itu, sehingga menyebabkan ribuan kanak-kanak mengalami kekurangan zat. Bagaimanapun semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bulan Sabit Merah Arab Syria (SARC), mengesahkan, 49 trak membawa bekalan tiba di wilayah itu. “Kami memasuki Ghouta Timur. Kami bercadang menyampaikan bekalan ke Kafr Batna dan Saqba hari ini untuk 40,000 penduduk,” kata jurucakap agensi penyelaras kemanusiaan PBB, Linda Tom. Konvoi trak itu membawa 8,000 bungkusan makanan termasuk tepung, ubat, bekalan perubatan dan bahan berzat lain. Hanya pada 23 September lalu, konvo pertama bantuan tiba di wilayah itu namun bekalan yang dibawa hanya cukup untuk 25,000 orang.

Israel letup terowong di Gaza, dua pemimpin pejuang antara 6 syahid

Imej
GAZA, 11 Safar 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya enam syahid, termasuk dua pemimpin pejuang Hamas dan sayap bersenjata mereka – Briged Al-Qassam – apabila rejim Zionis melancarkan roket ke arah sebuah terowong di Semenanjung Gaza, sebentar tadi. Kementerian Kesihatan Gaza turut mengesahkan 10 lagi cedera dalam serangan terbaru Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ke atas terowong yang sedang digali yang terletak di Deir Al-Balah, di timur bandar Khanyounis. Empat antara mangsa yang terbunuh dipercayai anggota kumpulan pejuang Hamas dan Briged Al-Quds. Senarai enam syahid seperti berikut: 1- Ahmed Abo Armana (25 tahun) 2- Omar Nassar Al-Faleet (27 tahun) 3- Mosbah Shbair (30 tahun) 4- Arafat Abo Marshood 5- Hassan Hasanain 6- Mohammed Al-Agha Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp berkata: “Keadaan sekarang amat serius, tolong doakan untuk para syuhada, doakan untuk Gaza.” The post Israel letup

Datuk Seri pukul anggota Rela sudah ditangkap

Imej
SHAH ALAM, 11 Safar 1439H, Selasa – Suspek bergelar Datuk Seri yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) Jumaat lalu di sebuah tokong di Jalan Ampang, Ampang ditahan petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan selepas dia hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang. “Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek esok di Mahkamah Majistret Ampang bagi membantu siasatan. “Kes ini siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu. Kejadian dikatakan bermula apabila me

Hujan lebat pembetung gagal tampung air, 2 pelajar dikhuatiri lemas

Imej
Air melimpahi Lebuhraya Persekutuan dari Petaling Jaya ke Klang, semalam. CYBERJAYA, 11 Safar 1439H, Selasa – Limpahan air yang teruk di Jalan Bangsar di ibu negara adalah berpunca daripada pembetung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat petang semalam. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa aliran balik telah menyebabkan mendapan sedimen daripada tapak pembinaan. “Saya meminta JPS menjalankan siasatan rapi dan menyerahkan laporan kepada saya secepat mungkin,” katanya kepada Bernama. Hujan lebat sejak tengah hari melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa jalan utama. Antara laluan yang dilapor terjejas ialah Lebuhraya Persekutuan berhampiran Bangsar South, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuhraya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang. Dalam perkembangan lain, Wan J

Mufti Ismail Menk, ustaz Bollywood dilarang berceramah di Singapura

Imej
BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Ulama terkenal yang juga Mufti Zimbabwe, Sheikh Ismail Menk dan penceramah bebas Malaysia, Ustaz Haslin Baharim, tidak lagi dibenar memasuki Singapura, kata Kementerian Dalam Negeri republik itu, hari ini. Mengikut laporan, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura. Menurut kenyataan kementerian itu, kedua-duanya dijadual berceramah di atas sebuah kapal yang belayar dari dan berakhir di Singapura pada 25 hingga 29 November ini. Kedua-duanya sebelum ini pernah memohon mendapatkan pas kerja pelbagai bagi mengadakan ceramah di Singapura, tetapi ditolak. Ismail Menk sebelum ini dituduh mengajar ajaran yang boleh menyebabkan perpecahan. Manakala, Ustaz Haslin pula menyifatkan bukan Islam sebagai ‘menyimpang’ dan memberi pandangan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian di antara orang Islam dan bukan Islam. “Mereka tidak diterima dal

Cari pembantu rumah warga asing lebih cepat, murah

Imej
  BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – “Rakyat kini mempunyai pilihan sama ada melalui ejen atau melakukannya sendiri,” ujar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali. Dasar berkenaan adalah untuk memastikan proses mencari pembantu rumah asing dibuat lebih mudah dan murah. Beliau berkata demikian setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu dasar bahawa majikan boleh mencari sendiri pembantu rumah di sembilan negara asing dan mendaftarkan mereka secara perkhidmatan atas talian. “Majikan boleh pergi ke negara berkenaan dan mencari pekerja sendiri, dan kemudian mendaftarkan pekerja dengan perkhidmatan dalam talian Imigresen, seperti yang diumumkan oleh perdana menteri. “Proses tetap seperti dahulu tetapi hanya tidak ada bayaran yang perlu dibuat kepada egensi pekerjaan sahaja. Namun, jika majikan mahu melalui ejen, terpulang kepada mereka,” katanya seperti dilapor New Straits Times. Mustafar berkata, walaupun bayaran levi dan pemprosesan

Kerajaan tak hasrat jual PLUS

Imej
BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Kerajaan tidak berhasrat untuk melupuskan pegangannya dalam PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kepada Maju Holdings. Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan mengetahui langkah penjualan PLUS hanya mendatang risiko dan ketidaktentuan. Katanya, kerajaan menyambut baik sebarang pengambilalihan, namun mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. “Sebarang pengambilalihan mesti praktikal supaya ia tidak seperti Perwaja,” kata kementerian itu. Sebelum ini, Pengerusi Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed mengumumkan hasratnya untuk memiliki kepentingan PLUS dengan jaminan tidak ada kenaikan tol bagi tempoh 20 tahun. Bagaimanapun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Berhad mengulangi pendirian tidak berniat untuk menjual kepentingan syarikat konsesi lebuh raya itu. The post Kerajaan tak hasrat jual PLUS appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Bajet 2018 bukan kurniaan kerajaan kepada rakyat

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu, telah disalah tafsir sehingga menampakkan ianya adalah pemberian kerajaan kepada rakyat. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, bajet tahunan negara tidak wajar dipersembahkan sebegitu. “Ia seolah-olah seperti anugerah, pemberian atau kurniaan kerajaan kepada rakyat. “Ia bukan sekadar salah maksud, tetapi membuka pintu penyelewengan, mendabik dada pada bukan yang hak, bahkan membawa keangkuhan beraksi seperti Tuhan. “Dia menganggap duit amanah itu seolah-olah sudah menjadi duit dia sendiri,” katanya ringkas dalam satu kenyataan, hari ini. Najib ketika pembentangan menganggap Bajet 2018 sebagai ‘Ibu Segala Bajet’. Beliau mengungkapkan Bajet 2018 adalah belanjawan paling inklusif yang pernah dipersembahkan dalam memenuhi tuntutan ‘Dharuriyyat’ (hidup dan mati), Hajjiyyat (fizikal dan rohani) dan Tahs

Najib kata tiada campur tangan politik beli pesawat

Imej
BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Keputusan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) membeli 58 buah kapal terbang Boeing dengan nilai AS$10 billion, tidak mempunyai sebarang campur tangan politik, dakwa Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, perkara itu telah dijelaskan sendiri oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maĺaysia Airlines, Peter Bellew baru-baru ini. “Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Malaysia Airlines dan Boeing dengan pembelian pesawat-pesawat baharu dan penyelenggaraan pesawat merupakan pelaburan jangka panjang malah sejajar dengan pelan transformasi MAB. “Malaysia Airlunes akan dapat memperkukuhkan kedudukan syarikat penerbangan nasional secara tidak langsung mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan industri penerbangan, pembuatan dan perkhidmatan,” katanya. Najib berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam siding Dewan Rakyat, hari ini. Terdahulu, King Sing meminta Najib menyatakan h

Akyol ditahan sebab tiada tauliah, jelas Jamil Khir

Imej
BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membela tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan ativis liberal Turki, Mustafar Akyol, bulan lalu. Jelas beliau, Akyol ditahan kerana tidak mempunyai tauliah dan kebenaran menyampaikan ceramah di negara ini. “Jawi menerima aduan awam berhubung ceramahnya bertajuk ‘Does freedom of concience open the floodgate to apostasy’, program itu dianjurkan di Kuala Lumpur dan terbuka untuk orang awam. “Menerusi semakan mendapati Akyol tidak mempunyai tauliah bahkan pihak penganjur atau beliau sendiri tidak membuat permohonan untuk tujuan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP, Teressa Kok berhubung tindakan Jawi menahan Akyol, dan perlukah semua ceramah dan syarahan menyentuh Islam di tempat awam dan universiti mesti mendapat kebenaran jabatan agama Islam. Jamil Khir berkata, m

Bajet 2018 tak tumpu modal insan, profesion perguruan

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik peruntukan Bajet 2018 dalam sektor pendidikan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu. Menerusi bajet itu, kerajaan memperuntuk RM550 juta bagi Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaran Sekolah untuk 2018. Daripada jumlah itu, RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan dan RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; RM50 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh (RM50 juta); Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta); Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM50 juta) dan Maktab Sains Rendah MARA (RM50 juta). Bagaimanapun Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya sedikit kesal apabila bajet tahun depan itu hanya tertumpu kepada aspek fizikal, tidak kepada modal insan. Katanya, kerajaan sepatutnya memikirkan juga cara untuk memperkasa profesion perguruan. “Kita melihat bajet untuk memperkasa profesion perguruan dan pembinaan

Polis kumpul bukti tangkap dalang judi haram

Imej
BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Polis sedang mengumpul bukti yang kukuh dan tepat bagi menangkap dalang perjudian haram di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya dalam proses mengumpul keterangan daripada empat saksi berhubung kegiatan itu. Katanya, meskipun polis telah mengenal pasti lebih 20 dalang kegiatan berkenaan, bukti yang kukuh perlu dikumpul. “Selepas mendapatkan maklumat daripada empat saksi tersebut, barulah kita akan buka kertas siasatan serta ke fasa seterusnya. Kita tidak boleh dedahkan siapa saksi yang diambil keterangan, ini demi keselamatan mereka. “Yang pasti selepas semua bukti mencukupi, dalang-dalang judi haram akan diberkas secepat mungkin,” katanya seperti dilapor Utusan Online. Semalam, polis berjanji akan menangkap dan mendakwa mereka yang terbabit, antaranya 10 dalang judi di Selangor dan 10 lagi di Kuala Lumpur serta beberapa lagi di negeri lain. Polis juga mengambil tindakan tegas berdasark

Pendatang Yahudi curi pokok zaitun petani Palestin

Imej
Gambar fail TEBING BARAT, 10 Safar 1439H, Isnin   – Pendatang Yahudi bertindak mencuri ratusan pokok zaitun milik petani Palestin di Nablus, Tebing Barat. Agensi berita Maan melaporkan, insiden itu berlaku semalam selepas sekumpulan penduduk Israel  menceroboh masuk kawasan pertanian penduduk Palestin. “Pendatang Yahudi mencuri hasil lebih daripada 700 pokok zaitun berhampiran dengan kampung-kampung Awarta dan Dir Al-Hatab di Timur. “Kami terkejut melihat tanaman zaitus habis dicuri. Selain itu kira-kira 300 pokok zaitun musnah kerana disembur bahan kimia,” kata Ghassan Deglus, individu yang bertanggungjawab menjaga ladang penduduk Palestin. Musim penuaian zaitun yang baru saja bermula merupakan sumber pendapatan utama bagi ribuan keluarga di wilayah Palestin yang diduduki. Hampir separuh daripada tanah pertanian Palestin ditanam dengan pokok zaitun. Petani lazimnya kebiasannya meninggalkan buah zaitun di kebun untuk dipungut serentak di akhir musim menuai. -Agensi The post

Aktivis British jalan kaki dari UK ke Palestin bantah Deklarasi Balfour

Imej
UNITED KINGDOM, 10 Safar 1439H, Isnin – Lebih 100 aktivis British berjalan kaki selama enam bulan, kira-kira 174 hari dari United Kingdom ke Palestin bagi membantah program sambutan 100 Tahun Deklarasi Balfour. Deklarasi Balfour ialah satu surat bertarikh 2 November 1917 dari Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild, pemimpin komuniti Yahudi Inggeris, untuk dikirimkan kepada Zionis. Surat itu menyatakan polisi yang dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet Inggeris pada 31 Oktober 1917, iaitu antara lain menyebut bahawa pemerintah Inggeris menyokong rancangan Zionis mewujudkan negara Yahudi di Palestin. Ia memberi makna, deklarasi itu memberi hak kepada Yahudi menduduki dan menjajahi bumi Palestin serta membentuk negara haram Israel. Sehubungan itu, 100 aktivis berkenaan cuba melancarkan kempen menolak pendudukan Israel, lapor portal berita Al-Arabiya. Mereka dikatakan sanggup berjalan beribu-ribu kilometer merentasi 11 negara bagi mengisytihar bantahan mere

Ampun Tuanku. Realiti Bahasa Melayu sekolah Cina

Imej
AMPUN Tuanku! Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Patik amat menjunjung kasih di atas titah ucapan Tuanku mengenai kewajipan sekolah Cina bagi memastikan murid-murid Cina dapat menguasai Bahasa Melayu (BM) dengan baik sehingga fasih, dan dapat mengatasi Sekolah Kebangsaan. Titah ucapan Tuanku dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet 2017 baru-baru ini, telah lama patik nanti-nantikan. Patik telah lama menitipkan tinta sebegini, tetapi menimbulkan kemarahan orang Cina. Patik dilabelkan sebagai lebih Melayu daripada Melayu, sedang hasrat patik begitu suci, untuk memastikan pembinaan perpaduan sebuah negara bangsa menjadi idaman kita semua. Sebelum ini, Perdana Menteri turut mengingatkan pemimpin Cina seperti MCA dan NGO Cina, memastikan penguasaan BM di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ditingkatkan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini. Perkara ini penting kerana BM adalah medium komunikasi yang mampu mempromosikan perp