Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Vape: Jangan tunggu kematian baru haramkan

Imej
JOHOR BAHRU, Isnin – Tidak perlu menunggu sehingga berlaku kematian tragik baru mahu melaksanakan larangan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mohd Khairi Yakub. Beliau berkata kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya melakukan larangan itu kerana sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara anggota termasuk Malaysia untuk menghentikan penjualan dan penggunaan vape. Menurutnya, WHO membuat saranan itu dibuat rentetan daripada laporan 3,000 kes keracunan yang dicatat berhubung vape yang mengandungi nikotin di Amerika Syarikat sejak tahun 2003. “Mereka mempunyai alasan untuk kita percaya bahawa vape itu berbahaya. Sebab itu mereka keluarkan saranan tersebut. “Kita sebagai anggota WHO perlu mengikutinya dan berdasarkan undang-undang, adalah logik untuk kita melindungi rakyat kita,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Sidang media itu diadakan bagi mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Tugas Pendakwah Bukan Sekadar Memindah Maklumat

Imej
SEREMBAN, Ahad – Pendakwah diseru supaya mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada masyarakat, bukan semata-mata memindahkan maklumat. Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata kemahiran tersebut adalah asas yang paling penting bagi seorang pendakwah. “Sebagai pendakwah dan pemimpin, penyampaian yang berkesan bukan semata-mata untuk memindahkan maklumat, tetapi yang lebih penting berperanan untuk mempengaruhi, mengubah cara fikir dan memberi inspirasi.” Katanya, mesej adalah elemen paling penting yang memainkan peranan tersebut. “Terdapat puluhan teknik dan petua untuk membuat penyampaian berkesan. Namun teknik dan petua yang banyak itu ibarat puluhan ranting dan daun.” “Dua tonggak utama bagi penyampaian yang berkesan ialah diri anda dan mesej yang anda ingin sampaikan.” “Anda adalah mesej, yang pertama sampai ke fikiran hadirin. Sebelum audiens mendengar kata-ka

Dakwah Harus Menjuarai Jiwa Pemuda

Imej
SEREMBAN, Ahad – Pemuda perlu diberikan tumpuan khusus oleh para pendakwah, dengan cara baru yang kreatif untuk menarik jiwa-jiwa mereka. Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Dr Muhammad Irfan Mohamad Salmi berkata peranan pemuda amat penting dalam kebangkitan Islam dan semangat mereka perlu dipandu. “Semangat dan kesungguhan ini harus terpandu agar tidak tersasar dan terbazir segala kudrat mereka kerana kita mahukan pemuda-pemuda inilah yang kembali membangkitkan agama ini untuk terus tersebar dan mencurahkan rahmat ke sekalian alam.” Dr Muhammad Irfan mengambil contoh pengalamannya ketika menziarahi Gaza, para pendakwah di sana menceritakan bagaimana mereka menarik para pemuda ke masjid. “Syeikh Ahmad Yassin berperanan dalam mengembalikan para pemuda kepada masjid selepas melihat pemuda-pemuda Gaza semakin menjauhi masjid. Beliau menyusun supaya masjid dijadikan medan pemuda berkumpul.” “Segala aktiviti dilakukan di kawasan masj

Kes curi telefon di Low Yat: Saksi nampak tertuduh ambil telefon bimbit

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa tertuduh kes curi sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat pada Julai lalu, telah mengambil telefon bimbit itu dan terus meninggalkan kedai telefon tersebut.   Bekas pekerja Techasia Boutique, See Ming Ho berkata tertuduh Shahrul Anuar Abdul Aziz, mengambil telefon itu selepas beliau (See) berpusing ke belakang untuk mengambil hadiah percuma bagi pembelian telefon bimbit jenis Lenovo.   See berkata selepas beliau bersetuju dengan harga diskaun yang ditawarkan tertuduh, beliau kemudian memusingkan badan untuk mengambil hadiah percuma itu, bagaimanapun ketika beliau berpusing semula, beliau melihat tertuduh telah meninggalkan kedai bersama telefon bimbit tersebut.   “Saya nampak dia ambil telefon dan meninggalkan kedai (di tingkat UG) dan saya lihat dia lari ke arah eskalator. Masa tu saya jerit pencuri! pencuri! pencuri! sebanyak tiga kali dan lihat dia terjatuh (sebaik menuruni eskalator ke

Tun Dr M sekali lagi gesa ahli, pemimpin UMNO akar umbi tolak Najib

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Isnin – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi secara terang-terangan menggesa ahli dan pemimpin UMNO di peringkat akar umbi supaya menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak. Sambil menyifatkan UMNO kini sudah menjadi milik peribadi Najib, beliau berkata, dengan menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu, namun apabila Barisan Nasional (BN) kalah, semua nikmat itu akan hilang. “Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. “Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat,” katanya dalam laman blog beliau bertajuk ‘Surat kepada ahli dan pemimpin UMNO akar umbi’, hari ini. Sehubungan itu, katanya, jika ingin selamat dan menang, ahli dan pemimpin UMNO akar umbi mesti menolak kepemimpinan Najib sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14. Tun Dr Mahathir berka

Tol: PLUS berhak naikkan 5 peratus setiap 3 tahun sehingga 2038

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Syarikat konsesi Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhak menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus bagi setiap tiga tahun bermula tahun depan sehingga akhir tempoh perjanjian pada 2038. Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata berdasarkan perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan PLUS pada November 2011, tidak akan ada kenaikan sehingga 2015 kecuali bagi Jambatan Pulau Pinang di mana kadar tol kekal sama sehingga 31 Disember 2038. “Perjanjian terkini juga menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun mulai 2016 sehingga akhir tempoh konsesi pada 31 Disember, 2038,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Penjelasan beliau menyusul selepas jawapan di Parlimen berhubung soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari mengenai kenaikan tol seterusnya sehingga ke tempoh akhir perjanjian konsesi dan kadarnya. Sumber

Banjir: Semua hospital dilengkapi keperluan bertahan dua minggu

Imej
PUTRAJAYA, Isnin – Semua hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan telah dilengkapi dengan pelbagai keperluan yang mampu bertahan lebih dua minggu sebagai persiapan menghadapi banjir pada musim tengkujuh ini.   Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kesemua keperluan itu sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi melindungi hospital ketika banjir.   “Sebagai contoh, janakuasa, bekalan air, ubat-ubatan dan apa sahaja keperluan yang diperlukan disediakan bagi membolehkan hospital berfungsi ketika banjir.   “Perancangan kami dibuat berdasarkan pengalaman dilanda banjir tahun lepas dengan kesemua hospital yang dilanda banjir dapat bertahan selama dua minggu,” katanya ketika ditanya tentang persediaan kementerian bagi menghadapi banjir.   Jumaat lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah dan jingga bagi negeri-negeri pantai timur dan Johor.   Amaran hujan lebat peringkat merah dikeluarkan bagi kawasan Kota Baharu, Pasir P

Siasatan terhadap Nurul Izzah, Tian Chua dirujuk kepada peguam negara

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Siasatan kes melibatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.   Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah selesai merakamkan percakapan Nurul Izzah, dan laporan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara setelah pihaknya mengambil keterangan Anggota Parlimen Batu Tian Chua.   “Dalam satu dua hari ini kita akan panggil Tian Chua untuk rakam percakapan…selepas itu polis akan kemaskan siasatan dan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas memakaikan pangkat kepada 21 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.   Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov lepas semasa berada di Filipina bersama Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pel

Banjir: 600 penduduk empat kampung di Rantau Panjang putus hubungan

Imej
PASIR MAS, Isnin – Kira-kira 600 penduduk di empat kampung di Rantau Panjang di sini, terputus hubungan berikutan limpahan air Sungai Golok sejak malam tadi.   Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Penolong Pegawai Bomba Rahmat Kamaruzzaman berkata empat kampung terbabit ialah Kampung Tersang, Kampung Bongor, Kampung Jawi dan Kampung Putat Tujuh.   “Kampung terbabit terputus hubungan selepas jalan kampung yang menghubungkan dengan jalan utama di Lubok Jong dinaiki air kira-kira satu meter.   “Bagaimanapun, tiada mangsa dipindahkan setakat ini dan keadaan masih terkawal,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang di sini, hari ini.   Beliau berkata seramai 45 anggota bomba termasuk anggota sukarelawan dan bomba bantuan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi banjir pada kali ini.   Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan terlibat mendapati penduduk mula membuat persiapan dengan memindahkan kereta ke tempat tinggi kerana bimbang air sema

KL Summit 2015 berjaya hurai kekusutan demokrasi, kebebasan

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Isnin – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) berjaya merumuskan kefahaman yang dipersetujui bersama mengenai kebebasan dan demokrasi mengikut perspektif Islam. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata persidangan selama tiga hari itu telah memberikan kefahaman mengenai keterbatasan sistem demokrasi dalam merealisasikan kestabilan dan kemajuan. “Demokrasi mengandungi peluang dan bahaya serta ia secara sendiri tidak membolehkan kita capai apa yang kita inginkan. “Bahkan sistem demokrasi itu perlu diperkasakan dengan urus tadbir yg baik,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini. Mengulas lanjut katanya, Barat telah menyempitkan pengertian urus tadbir yang baik berbanding dengan konsep yang terkandung dalam khazanah peninggalan Islam yang sangat luas merangkumi konsep khalifah, amanah dan istiqamah. “Saya amat tertarik dengan pembentangan oleh Presiden Gerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr Chandra

VIDEO: Tentera syiah rejim Bashar seru ‘Ya Ali’

Imej
Sekumpulan tentera syiah rejim Bashar Assad menyeru nama ‘Ya Ali’. Sumber: http://ift.tt/1TfN9U1 Sumber

Kedah minta pandangan jawatankuasa fatwa mengenai penjualan vape

Imej
ALOR SETAR, Isnin – Kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri sama ada mahu mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape), kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid. Beliau berkata walaupun Kedah telah mengharamkan vape, namun kerajaan negeri tidak akan tergesa-gesa mengharamkan penjualannya. Katanya langkah awal yang akan diambil ialah memberi amaran dan penerangan mengenai penjualan vape. “Mungkin kita terangkan dulu. Misalnya yang bercadang meniaga vape jangan meniaga, yang sudah cadang berniaga fikirlah mengenai cadangan lain, sementara yang sudah berniaga, jangan perkembangkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sebelum ini Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyarankan supaya kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape dan kayu shisha agar sejajar dengan keputusan mengharamkan menghisap vape dan kayu shisha. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum 

Ku Nan tak berani lulus Muhyiddin beri ucapan penggulungan

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin — Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan kepada presiden dan anggota Majlis Tertinggi parti itu untuk menentukan sama ada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat ucapan penggulungan pada perhimpunan agung kali ini. Bagaimanapun, beliau berkata tidak terdapat dalam perlembagaan parti bahawa timbalan presiden perlu membuat ucapan penggulungan seperti kelaziman sebelum ini. “Seorang (presiden) sahaja pun sudah memadai…tapi terserahlah pada presiden dan MT (Majlis Tertinggi)…saya hanya setiausaha agung sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: ‘Ke Arah Pengukuhan Agenda Berpaksikan Rakyat’ di sini hari ini. Secara tradisinya, sebelum presiden UMNO menggulung perbahasan pada hari terakhir perhimpunan agung, barisan ketua-ketua sayap, naib presiden dan timbalan presiden akan dibenarkan berucap pada sesi penggulungan itu. Mengulas lanjut, Tengku Adn

Polis minta hak jagaan dua anggota Abu Sayyaf ditangkap di Filipina

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Polis DiRaja Malaysia sedang meminta hak penjagaan dua lelaki termasuk anggota penting dalam Muktadir bersaudara yang ditahan oleh pihak berkuasa Filipina pada hari Sabtu kerana dikatakan telah terlibat dengan penculikan di Sabah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka telah menerima maklumat bahawa Kadafi Kamsa dan satu lagi pemberontak Abu Sayyaf, Saddam Jailani dipercayai terlibat dalam kes pancung kepala Bernard Ghen Ted Fen itu dan telah ditangkap secara berasingan. “Kami telah memberitahu pihak berkuasa Filipina hasrat kami untuk membawa mereka ke sini untuk disiasat dan kami sedang dalam proses menghantar permohonan rasmi,” katanya yang dipetik dari portal The Star. Bernard, seorang jurutera yang berumur 39 tahun diculik pada 11 Mei 2015 di Sandakan, Sabah dan dipancung pada 17 November di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina. Dia dibunuh selepas beberapa jam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila bagi menghadiri

Polis Malaysia mahu hak jagaan duo Abu Sayyaf yang ditangkap di Filipina

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Polis DiRaja Malaysia sedang meminta hak penjagaan dua lelaki termasuk anggota penting dalam Muktadir bersaudara yang ditahan oleh pihak berkuasa Filipina pada hari Sabtu kerana dikatakan telah terlibat dengan penculikan di Sabah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka telah menerima maklumat bahawa Kadafi Kamsa dan satu lagi pemberontak Abu Sayyaf, Saddam Jailani dipercayai terlibat dalam kes pancung kepala Bernard Ghen Ted Fen itu dan telah ditangkap secara berasingan. “Kami telah memberitahu pihak berkuasa Filipina hasrat kami untuk membawa mereka ke sini untuk disiasat dan kita sedang dalam proses menghantar permohonan rasmi,” katanya yang dipetik dari portal The Star. Bernard, seorang jurutera yang berumur 39 tahun diculik pada 11 Mei 2015 di Sandakan, Sabah dan dipancung pada 17 November di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina. Dia dibunuh selepas beberapa jam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila bagi menghadiri

Lebih ramai akan dihadap ke Lembaga Disiplin UMNO: Ku Nan

Imej
BANGI, Isnin – Lembaga Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin bukan sahaja terhadap tujuh pemimpin yang dikaitkan telah mengkritik kerajaan sebelum ini malah keatas lebih ramai individu lain. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia termasuk ketua-ketua cawangan yang dianggap tidak berdisiplin dalam mengeluarkan kenyataan. “Ada juga ketua-ketua cawangan akan turut dipanggil kerana tidak mempunyai disiplin dalam parti,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini. Mengulas berhubung tindakan beberapa ketua cawangan yang mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan, Tengku Adnan memaklumkan bahawa bahawa kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah merupakan suara individu dan tidak melibatkan cawangan. “Kalau ikut perlembagaan, keputusan untuk menolak presiden seharusnya melalui mesyuarat cawangan dan ianya mesti dihadiri oleh dua pertiga ahli jawatankuasa cawangan. “Sekiranya usul berkenaan diluluskan, ia akan dibawa bal

Skim Sewa Beli rumah pertama bermula tahun depan

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Skim Sewa Beli akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai tahun hadapan khusus bagi mereka yang mempunyai masalah dalam mendapatkan pinjaman daripada pihak bank. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata skim ini hanya layak dimohon oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. “Skim ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan akan membantu mereka untuk membeli rumah mampu milik yang pertama,” “Unit-unit rumah yang dijual setelah keputusan dibuat oleh kementerian, kementerian akan laksanakan skim untuk memberi kemudahan kepada mereka yang tidak mampu untuk membuat pinjaman dan pada mereka yang mempunyai masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada bank,” katanya yang dipetik dari portal BNBBC hari ini. Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menjual rumah mampu milik yang disewakan. “Dasar kementerian memang tidak akan menjual mana-mana rum

VIDEO: Wanita & kanak-kanak terus jadi mangsa kekejaman Rusia

Imej
Keadaan selepas pesawat Rusia melancarkan tiga serangan udara di lebuhraya Izaz berhampiran pintu keselamatan yang menghala ke sempadan Turki yang telah menyebabkan beberapa orang awam terbunuh dan cedera. Sumber: http://ift.tt/1PmCMQB Sumber

Cara berdakwah harus menjuarai jiwa pemuda

Imej
SEREMBAN, Isnin – Pendakwah disaran menggunakan pelbagai cara yang kreatif bagi memikat hati golongan muda, kata aktivis Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Dr Muhammad Irfan Mohamad Salmi. Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Dr Muhammad Irfan Mohamad Salmi, berkata peranan pemuda amat penting dalam kebangkitan Islam dan semangat mereka perlu dipandu. “Semangat dan kesungguhan ini harus terpandu agar tidak tersasar dan terbazir segala kudrat mereka kerana kita mahukan pemuda-pemuda inilah yang kembali membangkitkan agama ini untuk terus tersebar dan mencurahkan rahmat ke sekalian alam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada para perserta Persidangan Pendakwah Nasional dalam sesi ‘Dialog Pendakwah Nasional’, di sini, semalam. Dr Muhammad Irfan mengambil contoh pengalamannya ketika menziarahi Gaza, di mana pendakwah di sana menceritakan bagaimana mereka menarik pemuda untuk ke masjid. “Syeikh A

Tugas pendakwah bukan sekadar memindah maklumat

Imej
SEREMBAN, Isnin – Pendakwah mesti mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada masyarakat, bukan semata-mata memindahkan maklumat. Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman, berkata kemahiran itu adalah asas yang paling penting bagi seorang pendakwah. “Sebagai pendakwah dan pemimpin, penyampaian yang berkesan bukan semata-mata untuk memindahkan maklumat, tetapi yang lebih penting berperanan untuk mempengaruhi, mengubah cara fikir dan memberi inspirasi. Katanya, mesej adalah elemen paling penting yang memainkan peranan berkenaan. “Terdapat puluhan teknik dan petua untuk membuat penyampaian berkesan. Namun, teknik dan petua yang banyak itu ibarat puluhan ranting dan daun. “Dua tonggak utama bagi penyampaian yang berkesan ialah diri anda dan mesej yang anda ingin sampaikan. “Anda adalah mesej, yang pertama sampai ke fikiran hadirin. Sebelum audiens mendengar kata-kata anda, mer

VIDEO: Kesesatan Syiah, sembahyang atas bara api

Imej
Syiah bukan Islam. Video menunjukkan aktiviti sesat puak syiah yang bersembahyang di atas bara api sambil yang lain melaungkan ‘Labbaik Ya Hussein’. Sumber: http://ift.tt/1Q7ulqQ Sumber

Putin, Rusia sekutu atau seteru Israel?

Imej
  Umum mengetahui permusuhan di antara Rusia dan Amerika Syarikat sejak sekian lama, terutamanya sejak Perang Dingin (1985-1991) yang berakhir dengan kejatuhan USSR. Amerika Syarikat dikatakan telah membekal senjata kepada para mujahidin Afghanistan dalam memerangi tentera USSR. Amerika Syarikat sehingga kini terus menjalankan perang propaganda terhadap Rusia melalui media mereka. Namun, yang menjadi persoalan adalah bagaimana pula hubungan di antara Rusia dan Israel? Menurut Paul Johnson (A History of the Jews, 1987), Joseph Stalin telah mengamalkan dasar luar pro-Zionis. Pada 1947, sebelum tertubuhnya negara Israel, Rusia dan semua negara-negara di bawah naungan USSR telah menyokong Plan Pembahagian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mengiktiraf negara baru bagi bangsa Yahudi. Hubungan Rusia-Israel menjadi keruh apabila Rusia dan sekutu-sekutunya telah membekalkan senjata kepada negara-negara Arab iaitu Mesir, Syria, Libya, Yaman, Algeria dan Iraq terutamanya dalam

Tiada tempoh akhir untuk siasat 1MDB

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk Pasukan Petugas Khas menyiapkan laporan siasatan berhubung kes syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ini berikutan katanya, siasatan itu melibatkan ramai saksi dari dalam dan luar negara. Bagaimanapun Nancy berkata, Pasukan Petugas Khas masih lagi dalam proses melengkapkan siasatan dan perkara itu hanya akan selesai setelah keterengan kesemua saksi dirakamkan serta dokumen berkaitan diperolehi. “Memandangkan kes ini melibatkan ramai saksi dan dokumen yang banyak, termasuk berada di luar negara, maka tiada jangka masa ditetapkan untuk penyelesaian kes itu,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen BN-Jelebu, Datuk Zainudin Ismail mengenai status terkini siasatan Pasukan Petugas Khas dan samada laporan itu akan dibentangkan di Parlimen. Nancy berkata, perka

Serangan bertubi-tubi Rusia di Qahira, Hama

Imej
Sumber: http://ift.tt/1ItLnJe Sumber

VIDEO: Keadaan pelarian Syria di kem Othman

Imej
Mengikut kata pemberita ini, terdapat lebih dari 500 keluarga yang berada di kem ini yang rata-rata datang dari selatan Aleppo dan utara Hama. Pemberita menemuramah beberapa wanita yang tinggal di kem ini dan bertanya kepada mereka bagaimana kehidupan mereka menghadapi musim sejuk yang akan datang. Rata-rata menceritakan kesulitan mereka untuk mendapatkan makanan mahupun bahan untuk menghangatkan badan. Tiada diesel mahupun minyak tanah. Dan apabila hujan turun ada khemah-khemah yang bocor. Mereka menceritakan bagaimana mereka terpaksa melarikan diri akibat serangan pihak tentera Bashaar saban hari. Sumber: http://ift.tt/1lTm7aw Sumber

Peguam dakwa Sultan tiada kuasa haramkan vape

Imej
Gambar: TMI KUALA LUMPUR, Isnin – Seorang peguam, Syahredzan Johan mendakwa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape kerana bidang kuasa itu di bawah kerajaan negeri. Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk melaksanakan larangan berkenaan mengikut titah Sultan Ibrahim, namun kerajaan negeri juga boleh memilih untuk tidak melaksanakan larangan itu. “Jika larangan itu dilaksanakan, ia hanya melibatkan pengharaman menjual produk vape di peringkat majlis tempatan. “Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan perbuatan menghisap vape kerana bidang kuasa itu terletak di bawah Kerajaan Persekutuan,” kata Syahredzan melalui status yang dimuat naik di Facebooknya. Status berkenaan merupakan respon kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu bermula Januari depan. “Saya mahu premi

Melayu sekali lagi digesa bangkit sekat ultra kiasu sebelum terlambat

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sekali menyeru umat Islam untuk bangkit bersatu menyekat kemaraan puak ultra kiasu yang lantang bersuara tanpa menghiraukan kedudukan Islam, Raja Melayu, bangsa dan bahasa Melayu serta hak keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Tidak menolak kemungkinan Malaysia bakal kehilangan identiti negara Melayu, beliau berkata, psywar dan psyop ultra kiasu menggunakan ruang dan peluang yang ada secara strategik dan terancang untuk melakukan perkara tersebut. “Apakah tidak perlu ada langsung identiti? Malang sungguh negara ini yang asal-usul berasaskan sistem kenegaraan Melayu, identiti hilang begitu sahaja, disebabkan oleh tangan-tangan jahat. Akhirnya, kita rugi, ultra kiasu untung besar dan menjadi semakin bongkak. “Wakil-wakil mereka berada merata tempat, dalam kerajaan, luar kerajaan. Lihatlah bagaimana mereka memanipulasikan isu Jakim, BM vs bahasa Inggeris (BI), sehinggakan negar

Resolusi KL Summit 2015

Imej
Resolusi KL Summit 2015 Untuk mengimplementasikan demokrasi dan kebebasan untuk mewujudkan tadbir urus yang baik sebagai keutamaan dalam membuat peralihan yang kukuh ke arah kestabilan dan pembangunan. Untuk mencapai keberhasilan perkara ini, maka pengorbanan dari semua pihak yang terlibat adalah sangat diperlukan. Ini kerana waktu diperlukan untuk mencapai perubahan demokratik kerana beban untuk mengimplementasikan kebebasan dan prinsip demokrasi untuk tadbir urus yang baik adalah lebih sukar daripada apa yang dibayangkan. Untuk memastikan kejayaan, mesti ada kefahaman mengenai had kebebasan, kebersediaan untuk menerima keputusan demokrasi dalam rangka kerja Islam dan menyebarkan idea-idea ini kepada umat melalui media seperti pendidikan asas, media massa, nilai budaya dan Fiqhiyyah. Jika kita beri pemahaman yang kurang atau sempit mengenai isu kebebasan kepada rakyat, maka demokrasi ini tidak akan berjaya. Perpaduan dan kerjasama antara masyarakat Islam sebagaimana yang d

Kementerian Kesihatan junjung titah Sultan haramkan vape di Johor

Imej
KUALA LUMPUR, Isnin – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar apabila mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu bermula Januari depan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam berkata pihaknya menyambut baik titah berkenaan kerana sekaligus dapat membantu mengawal ketat isu e-rokok atau vape ini. “Titah baginda Sultan Johor selari dengan hasrat kementerian untuk mencapai ‘Generasi Malaysia Bebas Rokok’ menjelang 2045,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, baginda menitahkan untuk memberikan tempoh sebulan kepada vape untuk menamatkan operasi. “Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan. “Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman. “Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape,” titah baginda. Susulan itu Subramaniam berkat

Muhyiddin tak mahu jadi Timbalan Presiden bisu

Imej
MUAR, Isnin – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO yang bisu dalam menegakkan kebenaran demi agama, bangsa dan negara. Katanya, beliau akan terus bersuara kerana mahu menegakkan kebenaran biarpun dituduh melanggar disiplin parti. “Adakah negara ini sudah tidak mempunyai hak bersuara, adakah hanya saya memberikan pandangan dan nasihat sebelum ini, ianya tindakan yang salah? “Saya percaya jika saya tidak bersuara, rakyat sendiri akan bersuara dan sebab itulah saya bersuara dahulu, demi rakyat… “Bukan nak menentang atau sekadar menentang tetapi untuk kebajikan kita dan anak cucu kita nanti,” katanya pada program perhimpunan sokongan kepada beliau di Kompleks Sri Pekembar, semalam. Muhyiddin berkata, beliau tetap tidak berdiam diri jika berlakunya perkara yang salah, walaupun dipecat daripada UMNO dan bersedia menjadi Ahli Parlimen bebas. “Disebabkan pandangan dan juga nasihat berkenaan juga telah menyebabkan na

KL Summit 2015 tetapkan 9 perkara untuk panduan negara Islam

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin KUALA LUMPUR, Ahad – Kuala Lumpur Summit 2015 yang berakhir hari ini menjadikan pengalaman Malaysia dan Turki bagi melaksanakan projek kebangkitan Islam di seluruh dunia pada masa depan. Serentak itu, peserta persidangan yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersetuju terhadap sembilan perkara bagi dilaksanakan. Pada sidang media mengumumkan keputusan perbincangan berkenaan, Tun Dr Mahathir berkata, sembilan perkara yang dipersetujui itu ialah: Untuk mengiplementasikan demokrasi dan kebebasan untuk mewujudkan tadbir urus yang baik sebagai keutamaan dalam membuat peralihan yang kukuh ke arah kestabilan dan pembangunan. Untuk mencapai keberhasilan perkara ini, maka pengorbanan dari semua pihak yang terlibat adalah sangat diperlukan. Ini kerana waktu diperlukan untuk mencapai perubahan demokratik kerana beban untuk mengiplementasikan kebebasan dan prinsip demokrasi untuk tadbir urus yang baik adalah lebih sukar daripa

Masyarakat Dahagakan Sentuhan Pendakwah Sebenar

Imej
Oleh Ahmad Nu’man Mazlan SEREMBAN, Ahad – Para pendakwah khususnya graduan pengajian Islam diseru supaya lebih proaktif mengambil peranan mendekati masyarakat dalam menyampaikan seruan-seruan dakwah. “Masyarakat sememangnya menanti-nanti kehadiran para pendakwah kerana sikap mereka yang suka kepada kefahaman terhadap Islam.” Demikian kata Ust Hj Mohd Fauzi Asmuni ketika merasmikan penutupan Persidangan Pendakwah Nasional yang menghimpunkan pendakwah-pendakwah ISMA. “Masyarakat hari ini ingin mendengar penceramah yang menyampaikan mesej yang jelas, berilmiah, sahih dan membasahi jiwa-jiwa mereka. Mereka sudah muak dan telah mula menolak penceramah yang datang tidak bersedia serta menjadikankan masjid hanya sebagai pentas lawak jenaka.” Justeru pendakwah ISMA harus terus mengambil kesempatan yang ada kerana masjid merupakan pintu masuk utama untuk berada bersama masyarakat. Mana-mana gerakan Islam yang meninggalkan masjid dan surau, maka mereka akan ketinggalan, ulas beliau. “Pend

Barat Berurusan dengan Sesebuah Kerajaan untuk Kuasai Umat Islam

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin KUALA LUMPUR, Jumaat – Setiausaha Agung KL Summit, Dr Abdul Razzaq Maqri berkata, kuasa Barat kini berurusan dengan kerajaan sesebuah negara Islam untuk menguasai umatnya. “Demokrasi Barat… kita dapat lihat kesannya sekarang. Salah satu bencana yang paling besar masa kini adalah pihak yang berkuasa ke atas segala-galanya sekarang adalah penindas dan penceroboh,” katanya berucap pada perasmian KL Summit, hari ini. Katanya, kuasa dunia sudah bersetuju bahawa tidak ada mana-mana model yang boleh menjadi tamadun kerana mereka gentar ia akan menjadi contoh kepada manusia. Oleh itu, katanya, dapat dilihat bahawa Barat menubuhkan rejim yang tidak telus di negara-negara Arab bagi memusnahkan ideologi Islam dengan mewujudkan keganasan dan ekstremisme. “’Tangan-tangan mereka yang ‘berdosa’ membunuh mimpi kita,” kata Abdul Razzaq. Beliau berkata, permasalahan umat Islam ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya mengadu, melatah atau sebagainya. Beliau menye

Pentingnya Peranan Ayah Dalam Pendidikan Anak

Imej
Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, didapati bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku (tantrum sebagai contoh) adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Bahkan dalam banyak lagi kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak (0-5 tahun) adalah antara penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Baik peranan ayahnya, baiklah anak itu, buruk peranan ayahnya, maka buruklah anak itu. Dengan kata lain, ayah yang tidak berperanan seperti yang sepatutnya terhadap anak-anak sejak kecil, akan merosakkan tingkah laku anak-anak tersebut. Begitulah besarnya peranan seorang ayah seperti yang dibuktikan oleh kajian sains. Ini sebenarnya telah ditegaskan lebih awal di dalam Al Quran, di mana kisah pendidikan anak-anak antara ayah dan anaknya lebih banyak berbanding kisah di antara ibu dan anak. Antaranya adalah kisah Nabi Ibrahim berdoa untuk anaknya sele

UMNO jadi parti Najib, kata Tun M

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe KUALA LUMPUR, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO tidak lagi menjadi parti untuk orang Melayu sebaliknya ia berubah kepada parti Datuk Seri Najib Razak. Katanya, ini berikutan salah guna kuasa yang diamalkan presiden parti yang bertindak membuang sesiapa sahaja ahli UMNO yang menegur beliau. “Siapa saja yang tegur Perdana Menteri atau Presiden parti, dia dibuang. “Seolah-olah ini bukan parti UMNO tetapi menjadi Datuk Seri Najib. Saya tidak menegur parti tetapi saya tegur Datuk Seri Najib,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini. [BERITA LANJUT MENYUSUL] Sumber

Sultan Johor haramkan vape, perintah tutup premis mulai 1 Januari

Imej
JOHOR BAHRU, Ahad – Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis e-rokok berkenaan untuk menamatkan operasi. “Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan. “Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman. “Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape,” titah baginda menerusi temubual khas bersama MStar, baru-baru ini. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape. Mengikut laporan itu, baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan bagi memudahkan proses itu. Titah baginda, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang ter

Masyarakat dahagakan sentuhan pendakwah sebenar

Imej
Oleh Nukman Mazlan SEREMBAN, Ahad – Pendakwah khususnya graduan pengajian Islam diseru supaya lebih proaktif mengambil peranan mendekati masyarakat dalam menyampaikan seruan dakwah. Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) _ sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, berkata masyarakat sememangnya menantikan kehadiran pendakwah kerana sikap mereka yang suka kepada kefahaman terhadap Islam. “Masyarakat hari ini ingin mendengar penceramah yang menyampaikan mesej yang jelas, berilmiah, sahih dan membasahi jiwa mereka. “Mereka sudah muak dan telah mula menolak penceramah yang datang tidak bersedia serta menjadikan masjid hanya sebagai pentas lawak jenaka,” katanya ketika merasmikan penutupan Persidangan Pendakwah Nasional yang menghimpunkan pendakwah-pendakwah Isma. Katanya, pendakwah Isma harus terus mengambil kesempatan yang ada kerana masjid adalah pintu masuk utama untuk berada bersama masyarakat. “Mana-mana gerakan Islam yang meninggalkan ma

Tun M persoal 1MDB jual aset ketika kejatuhan nilai ringgit

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal tindakan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila menjual stesen kuasa Edra Global Energy Bhd atas alasan mahu mengurangkan hutang mereka. Menolak alasan itu katanya, mana mungkin 1MDB dapat mengurangkan hutang mereka di kala kejatuhan nilai ringgit yang sedang melanda. “Setelah Edra dijual dengan RM9.83 bilion, bagaimana ia boleh mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16-RM18 bilion? “Sekali lagi mengambil kira kejatuhan nilai ringgit, bagaimana hutang dalam dolar AS dapat dikurangkan?” soal Tun M melalui tulisannya bertajuk 1MDB Exits Power Business di blognya hari ini. Minggu lalu Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu bahawa pihaknya akan menjual stesen kuasa Edra hutang 1MDB bagi mengurangkan hutang sebanyak RM16-18 bilion. Katanya, 1MDB telah memuktamadkan perjanjian jual beli 13 loji janakuasa tenaga milik

Kerajaan diminta tegas muktamadkan isu bahasa di sekolah

Imej
PETALING JAYA, Sabtu – Kerajaan diminta bertegas dalam memuktamadkan sebarang keputusan berhubung pertukaran dasar dalam sistem pendidikan negara, termasuk isu bahasa di sekolah. Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pertukaran dasar tidak boleh berubah mengikut musim selain ia dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. “Sudah sampai masanya kerajaan menunjukkan ketegasan, sama ada nak meneruskan dasar lama atau dasar baharu. Kita tidak harus menukar dasar setiap kali musim berubah. “Soal bahasa, tidak boleh ditukar terumbang ambing…bagi saya mudah, bahasa ilmu mesti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. “Bahasa perantaraan adalah bahasa kebangsaan, bahasa komersial pula adalah Bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya selepas melancarkan buku ‘George Yeo On Bonsai, Banyan and Tao’ di auditorium Sin Chew Daily di sini, hari ini. Rais mengulas desakan lebih dua juta aktivis dari 34 badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang mendesak penangguhan at