Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Pindaan Akta Mahkamah Syariah perkasa Islam agama persekutuan

Imej
  KOTA BAHARU, Selasa –  Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) patut dipinda untuk memperkasa Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang dihasratkan Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata pindaan itu tidak kena mengena dengan hudud sebaliknya hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah. “Hukuman denda RM5,000, penjara tiga tahun dan rotan enam kali sudah tidak lagi relevan untuk masa ini. “Sebab itulah kita ingin pertingkat dan memperkasa Mahkamah Syariah seiring dengan apa yang dihasratkan oleh Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan dan paling penting ia tidak boleh melangkaui kuasa yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai cadangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di sini, hari ini. Sesi taklimat itu dihadiri para pemimpin Barisan Nasional (BN) Kelantan termasuk MCA da

Harga petrol, diesel kekal

Imej
BANGI, Selasa – Kementerian Kewangan mengumumkan harga minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel bagi bulan Jun 2016, tidak  berubah. Pengumuman harga rasmi bagi ketiga-tiga bahan api itu dimaklumkan menerusi pekeliling yang diedar di stesen minyak selepas jam 8 malam tadi. Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada harga RM1.70 seliter dan RON97 berharga RM2.05 seliter, manakala bagi diesel pada harga RM1.55 seliter. Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api. Sumber

MAIPs terus komited wujudkan peluang pembangunan sosioekonomi asnaf

Imej
KUALA PERLIS, Selasa – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus komited dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf di negeri ini melalui 45 skim bantuan zakat meliputi pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah skim tersebut dibahagikan kepada enam kategori utama iaitu dari aspek keperluan semasa (sara hidup), perubatan, pendidikan, keusahawanan atau modal perniagaan, keagamaan dan kecemasan. “Bantuan menerusi skim berkenaan diberi sejajar dengan peranan MAIPs sebagai institusi yang mendorong kemajuan dan kesejahteraan ekonomi serta sosial masyarakat Islam di negeri ini selaras dengan kehendak syara,” titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Pusat Penghasilan Keropok Lekor Perlis usahasama MAIPs dan Kolej Komuniti Arau di Kuala Sungai Baru di sini hari ini. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Kha

MCA, MIC patut ugut letak jawatan dalam isu 1MDB: PAS

Imej
KOTA BHARU, Selasa – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemimpin komponen BN sewajarnya memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah rakyat sebelum mencampuri urusan umat Islam. “Masalah rakyat yang perlu diberi perhatian bukan menyekat hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran dan agama mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Pemuda Pas ke-57 di sini, hari ini. Beliau berkata demikian membidas tindakan beberapa pemimpin MIC dan MCA yang mengungut untuk meletakkan jawatan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 diluluskan. “Komponen BN, MCA, MIC ugut nak letak jawatan kalau diterima enakmen tersebut. Sepatutnya mereka ugut letak jawatan ketika negara berdepan isu 1MDB. “Sepatutnya mereka berani memberi amaran kepada kerajaan untuk meletakkan jawatan dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat. “Ke mana mereka ketika negara sedang bergelut dengan kemelut 1MDB yang tak selesai, derma

Malaysia nombor dua dalam aktiviti cetak rompak di Asia Tenggara

Imej
SINGAPURA, Selasa – Malaysia berada di tempat kedua selepas Filiphina dalam aktiviti cetak rompak di Asia Tenggara iaitu pada 17 peratus bagi suku pertama tahun 2016, kata Irdeto, sebuah peneraju terkemuka dalam keselamatan digital global. “Aktiviti pelanunan ini tidak mengambil kira had geografi tradisional dan sempadan. Malah di negara-negara yang memiliki sistem perundangan yang kukuh juga, ia masih belum berupaya melindungi pembekal kandungan,” kata Pengurus Besar & Naib Presiden Irdeto, Asia Tenggara, Jerry Park kepada Bernama dalam satu temu bual di sini hari ini. Pasaran muda seperti Malaysia biasanya mempunyai aktiviti pelanunan cetak rompak yang tinggi khususnya dalam bentuk cakera video digital (DVD), rangkaian persendirian maya (VPN) serta rangkaian rakan ke rakan (P2P). “Pasaran ini juga memiliki tahap pembayaran yang rendah untuk kandungan,” katanya. Park berkata penyedia perkhidmatan “over the top” (OTT) terpaksa bersaing dengan laman sesawang dan pembekal yang

RUU Persendirian: PAS sedia berdialog

Imej
KOTA BHARU, Selasa – PAS telah menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak bagi meningkatkan kefahaman mereka berhubung usul Rang Undang-undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak tergopoh gapah hendak melaksanakannya, sebaliknya bersedia memberi ruang untuk usul pindaan itu dikaji dan didalami serta dibahaskan di Parlimen. “Kita bawa usul ini dan kita bersedia memberi ruang untuk membahaskannya,” katanya semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 di sini hari ini. Katanya usul pindaan itu yang dibentangkan anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, pada Khamis lepas yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah merupakan hak orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Katanya PAS juga berjanji bahawa sebarang perubahan yang dibawa parti itu tidak akan membawa pencerobohan ke

Tiga remaja Palestin ditahan disyaki terlibat serangan

Imej
BETHLEHEM, Selasa – Tiga remaja Palestin telah ditahan oleh tentera Israel setelah disyaki terlibat dalam serangan menikam awal bulan ini di Timur Baitulmuqaddis. Jurucakap polis Israel, Luba al-Samri berkata dalam satu kenyataan bahawa remaja berusia antara 16 hingga 17 tahun itu ditahan pada 19 Mei lalu setelah dilaporkan menikam dua orang wanita warga Israel pada 10 Mei. Kedua-dua wanita warga Israel itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan. Menurut laporan, remaja ketiga yang ditahan tidak berada di tempat kejadian ketika serangan berlaku. Luba berkata, tentera Israel turut mengesyaki ibu kepada salah seorang remaja itu terlibat dalam merancang serangan. Beberapa bulan ini, Israel telah menuduh ramai rakyat Palestin terlibat dalam hasutan dan serangan serta beberapa cubaan serangan terhadap tentera dan peneroka Israel. Kebanyakan rakyat Palestin yang disyaki terlibat dalam serangan ditembak mati di tempat kejadian. Lebih daripada 200 rakyat Palestin dibunuh oleh tente

Laporan audit 1MDB dalam blog Mohd Rafizi disahkan sama dengan laporan asal: Saksi

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Seksyen di sini bahawa Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan, laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimuat naik dalam blog Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli, adalah sama dengan salinan laporan akhir 1MDB yang dimiliki Ketua Audit Negara itu. Timbalan Pengarah Audit di Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad@Mat, 49, berkata pengesahan itu dibuat olehnya bersama Ambrin pada 4 April lepas iaitu selepas beliau melihat ada perkongsian paparan sebahagian laporan itu dalam laman Facebook miliknya pada 28 Mac lepas. “Sebaik sahaja melihat perkongsian di ‘news feed’ Facebook milik saya, saya membuka link URL blog yang tertera nama Rafizi Ramli, dan saya mengesyaki ‘posting’ dalam blog tersebut adalah berkaitan dengan laporan akhir 1MDB. “Setelah membaca keseluruhan ‘posting’ dalam blog itu, saya dapati isu yang dibangkitkan dan dipaparkan adalah mengenai sebahagian Laporan Akhir Pengauditan 1MDB termasuk

20,000 mati setiap tahun akibat merokok: Menteri Kesihatan

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Selasa – Dianggarkan 20,000 rakyat Malaysia mati pada setiap tahun akibat komplikasi merokok, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S Subramaniam. Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan setiap kawalan tembakau yang telah digariskan di bawah World Health Organization (WHO) Framework Convention on Tobacco Control (FTCT) dilaksanakan dengan sebaik mungkin. “KKM telah mensasarkan penurunan prevalen merokok kepada 30 peratus pada tahun 2025 dan seterusnya menuju ke penghujung permainan atau ‘End Game of Tobacco’ iaitu prevalen kurang dari 5 peratus pada tahun 2045. “Matlamat ini akan dicapai melalui program-program yang telah diaturkan menerusi aktiviti-aktiviti Generasi Bebas Amalan Merokok atau Smoke Free Generation yang mensasarkan kanak-kanak yang lahir tahun 2009 dan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Malah katanya, KKM juga mengambil langkah perkukuhkan perkhidmatan berhenti

Najib dakwa ramai terima GST sebagai penyelamat negara

Imej
BANGI, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa kebanyakan rakyat sudah mula menerima kenyataan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai penyelamat negara daripada mengalami krisis kewangan yang serius. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, hasil kutipan GST yang dijangka mencecah RM39 bilion akan dikembalikan semula kepada rakyat. Malah kata Najib, kerajaan tidak pernah dan tidak akan melupakan tanggungjawab untuk melindungi ekonomi dan kebajikan rakyat di Malaysia. “Ini menunjukkan bahawa kita adalah kerajaan yang tidak lupa pada tanggungjawab demi rakyat dan negara,” katanya kepada pemberita hari ini. GST merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST. Sumber

Pindaan Akta 355: Apa lagi bukan Islam mahu?

Imej
Baru-baru ini terdapat banyak “ancaman” atau “ugutan” daripada ahli-ahli parlimen yang bukan beragama Islam sebagai bantahan terhadap usul persendirian yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi. Ahli parlimen Marang telah membentangkan usul itu dan pada hari yang sama telah menangguhkan usul itu untuk didebatkan pada mesyuarat akan datang pada bulan Oktober nanti. Usul ini adalah untuk meningkatkan hukuman-hukuman yang boleh dilaksanakan oleh mahkamah syariah. Sepertimana yang kita tahu, mahkamah syariah hanya untuk hal ehwal yang melibatkan umat Islam di negara ini. Mahkamah syariah tidak ada apa-apa kena mengena dengan mana-mana individu yang bukan beragama Islam. Apabila sesuatu sistem undang-undang itu tidak mempunyai kaitan dengan peribadi anda, hak anda untuk berbicara, berdebat, masuk campur dan menentang perkara itu tidak wujud sama sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk masuk-campur urusan umat Islam, sepertimana umat Islam tidak campur tangan dan menentukan cara ora

MPK rampas 239 botol minuman keras di dua premis di Klang

Imej
KLANG, Selasa – Majlis Perbandaran Klang (MPK) merampas sebanyak 239 botol minuman keras pelbagai jenis dalam serbuan di dua premis di daerah ini pada Jumaat dan Sabtu lepas. Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata serbuan dilakukan anggota penguatkuasa di sebuah premis serbaneka di Bukit Tinggi pada Jumaat dan sebuah kedai mempunyai lesen Pasar Mini daripada MPK di Jalan Pekan Baru, Meru, pada Sabtu, yang sememangnya menjadi lokasi tumpuan ‘kaki botol’ di sekitar kawasan itu. “Bagi serbuan pertama di kedai di Bukit Tinggi, kami merampas 159 botol minuman keras manakala serbuan di kedai di Meru, kami rampas 80 botol minuman keras. Rampasan di kedua-dua premis ini dibuat dalam usaha mengekang aktiviti penjualan barangan itu secara haram di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mohamad Yasid berkata, kedua-dua kedai berkenaan diberikan kompaun dan tempoh sebulan untuk menuntut balik barang rampasan daripada MPK dengan syarat mereka mempunyai lesen serta d

Usah sempitkan undang-undang Islam: Hadi Awang

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe KUALA LUMPUR, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak menyempitkan undang-undang Islam dengan menumpukan pada hukum hudud semata-mata. Sedangkan katanya, usul rang undang-undang persendirian itu lebih bersifat menyempurnakan prasarana Sistem Kehakiman Islam, sekaligus menaik taraf Mahkamah Syariah termasuk undang-undang keluarga, pusaka dan wakaf. “Adapun hukuman jenayah yang disebut di bawah pindaan ini, lebih banyak dalam perkara takzir yang terlalu ringan bersifat mendidik masyarakat Islam dan menjadi contoh kepada bukan Islam tanpa paksaan. “Hukuman jenayah berat dalam perkara hudud dan qisas seperti hukuman bunuh, memotong tangan pencuri yang amat ditakuti DAP dan sepertinya tidak terlibat. “Sepatutnya mereka tidak perlu takut kalau tidak mencuri atau merompak, kerana pindaan undang-undang ini memerlukan majoriti 2/3, di mana mereka boleh menghalang kerana sudah pasti mereka tidak menyokong, bahkan

Kementerian Kewangan umum ahli lembaga pengarah baharu bagi 1MDB

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa — Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menggantikan lembaga pengarah sebelum ini yang meletakkan jawatan secara rasmi hari ini. Lembaga Pengarah baharu yang dianggotai tiga orang itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan bagi Ketua Setiausaha Kerajaan Datuk Norazman Ayob dan  Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd Datuk Kamal Mohd Ali.  Bagaimanapun, Arul Kanda akan kekal sebagai Presiden 1MDB, kata Kementerian Kewangan. “Perubahan ahli lembaga pengarah itu mencerminkan hala tuju baharu 1MDB sebagai sebuah syarikat bukan operasi, menumpukan kepada menyelesaikan pelan rasionalisasi dengan jayanya dan melaksanakan pembayaran hutang pada masa depan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. Menteri Kewangan (Diperbadankan) melahirkan penghargaan dan terima kasihnya kepada ahli lembaga pengarah

Majlis Dakwah Negara tubuh Sekretariat Perpaduan Ummah

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa – Majlis Dakwah Negara (MDN) menubuhkan Sekretariat Perpaduan Ummah, yang dianggotai tokoh-tokoh berwibawa dalam pelbagai bidang, bagi memperkukuhkan agenda perpaduan ummah. Pengerusi MDN, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, selaras dengan penubuhan sekretariat berkenaan, MDN melantik 70 anggota Panel Perunding Perpaduan Ummah. Katanya, panel itu berperanan sebagai pengantara antara rakyat di akar umbi dengan pemimpin atasan negara serta parti-parti politik dalam mengemukakan kaedah ke arah mewujudkan iklim perpaduan ummah negara. “Mereka juga akan menyusun dan merancang siri-siri kunjungan hormat dengan pihak berkepentingan bagi menyatakan kebimbangan terhadap masalah perpecahan masyarakat Islam Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. Antara yang dilantik sebagai anggota panel itu ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan d

VIDEO: Mohamed Badie dipenjara seumur hidup

Imej
Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Pemimpin Kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 35 anggota pertubuhan itu. Mereka didapati bersalah menghasut sehingga menimbulkan keganasan, yang mengakibatkan tiga orang terbunuh pada tahun 2013. Kes membabitkan rusuhan jalanan besar-besaran yang mengorbankan ribuan rakyat Mesir. Rusuhan tercetus selepas bekas Presiden Mohamed Morsi digulingkan oleh tentera pada Julai 2013. Dua hari lalu, Badie dikenakan hukuman mati dalam satu lagi kes, serta hukuman penjara seumur hidup dalam beberapa kes lain. Ia adalah satu daripada siri perbicaraan membabitkan penyokong Ikhwanul Muslimin. Kumpulan hak asasi manusia mengecam kerajaan mesir kerana menjalankan perbicaraan beramai-ramai dan tindakan menjatuhkan hukuman, secara berkumpulan. Sumber: Berita TV9 Sumber

Israel berkomplot singkirkan Presiden Palestin

Imej
TEL AVIV, Selasa – Israel dilapor berkomplot dengan sekutunya, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Mesir untuk melancarkan kempen menggulingkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Komplot itu dipercayai untuk manaikkan bekas pemimpin pergerakan Fatah, Mohammed Dahlan. Berdasarkan sumber kerajaan Palestin dan Jordan, UAE telah mengadakan perbincangan dengan Tel Aviv untuk menjadikan Mohammed Dahlan sebagai Presiden. Ketiga-tiga negara Arab tersebut dilapor akan memaklumkan kepada Arab Saudi sebaik sahaja persetujuan dicapai. “Pihak yang terlibat dalam komplot ini percaya karier politik Mahmoud telah tamat dan mereka akan memastikan segala usaha beliau dikekang sepanjang memegang tampuk kepemimpinan Fatah sehingga pilihan raya diadakan. “Antara perancangan ter­­sebut, mereka akan menghalang Mahmoud daripada melantik timbalan presiden,” kata sumber itu. Mohammed Dahlan yang dianggap sebagai musuh politik Abbas telah dibuang daripada pergerakan Fatah pada 2011 dan menetap di UAE se

Jabatan Imigresen pecat 15 pegawai sabotaj myIMMS

Imej
SEPANG, Selasa – 15 pegawai Jabatan Imigresen dipecat susulan tindakan mereka mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs). Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, 14 lagi pegawai telah digantung tugas, manakala lapan pegawai tertakluk kepada pembekuan gaji sementara menunggu siasatan selesai. “Mereka yang ditamatkan perkhidmatannya itu telah berkhidmat selama antara enam bulan dan 15 tahun. “Kami juga telah mengambil tindakan drastik dengan memindahkan 63 pegawai dari ibu pejabat kami di Putrajaya dan kami juga telah menyediakan senarai nama baharu bagi mereka yang akan berpangkalan di lapangan terbang. “20 lagi kakitangan yang dipercayai terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mensabotaj sistem Imigresen sedang dipantau oleh bahagian risikan jabatan,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, risikan PRDM dan Jabatan Imigresen mendapati sindiket itu menjalankan ak

Forum Sudut Pandang bincang isu RUU Mahkamah Syariah 4 Jun ini

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Selasa – Forum Sudut Pandang Siri Keempat akan dianjurkan pada Jumaat ini dengan tajuk perbincangan RUU 355: Memperkasa Mahkamah Syariah, Realiti Dan Cabaran. Forum kali ini dianjurkan oleh Portal Islam dan Melayu www.ismaweb.net dan Arus Baru. Wakil penganjur, Rasyidah Arsyad berkata, isu Rang Undang-Undang Akta 355 ini dipilih sebagai tajuk adalah kerana ramai pihak keliru dalam memahami usul persendirian PAS. “Oleh itu, kita mahu isu ini dikupas menurut perspektif yang betul berdasarkan panduan Perlembagaan dan syariat Islam,” katanya. Forum ini akan diadakan di Dewan Seminar Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Bangi bermula jam 8.30 malam. Forum Sudut Pandang dengan slogan Suara Baru Ummah kali ini akan menampilkan Aktivis I-Peguam, Aidil Khalid, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dan Dr Muhammad Irfan Mohd Salmi sebagai moderator. Sebelum ini pada 23 Mei, Forum Sudut Pandang telah membincangkan

RUU: Presiden Gerakan tetap bantah, mahu jumpa Najib

Imej
MELAKA, Selasa – Presiden Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Datuk Seri Mah Siew Keong kekal dengan pendirian untuk menolak Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. RUU itu dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, Khamis lalu. Ia dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan. Abdul Hadi berkata, ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati. Namun begitu, Siew Keong tetap tidak bersetuju dengan RUU berkenaan dan akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membin

Lebih 10 juta penduduk Fallujah perlukan bantuan segera

Imej
BAGHDAD, Selasa – Krisis kemanusiaan di Iraq bertambah buruk berikutan lebih 10 juta penduduk atau hampir satu pertiga populasinya memerlukan bantuan segera, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Wakil PBB ke Iraq, Jan Kubis berkata, angka tersebut dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu. Katanya, angka tersebut akan meningkat dan dijangka kira-kira dua juta lagi penduduk Iraq bakal kehilangan tempat tinggal dalam tempoh beberapa bulan lagi. “Kita sangat bimbang dengan situasi kemanusiaan di Fallujah yang kini berdepan dengan ancaman peperangan dalam usaha untuk merebut semula bandar tersebut daripada IS. “Kumpulan pemantau mewakili Program Makanan Sedunia (WFP) mendakwa harga makanan dilaporkan semakin melambung tinggi dan kebanyakan bekalan di kedai serta rumah penduduk juga semakin berkurangan,” katanya. Susulan itu, beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk di Fallujah dengan segera. Fallujah kini berada di ba

KTMB jual 333,000 tiket ETS dan Intercity sempena Aidilfitri mulai Jumaat ini

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 333,000 tiket sempena Aidilfitri untuk perkhidmatan keretapi elektrik ETS dan KTM Intercity. Tiket adalah untuk perjalanan bermula 24 Jun hingga 17 Julai yang akan dijual mulai 8.30 pagi Jumaat ini, kata KTMB dalam satu kenyataan.  KTMB berkata, langkah menjual tiket ETS dan Intercity dua bulan lebih awal dari tarikh perjalanan adalah bagi memudahkan orang ramai membuat perancangan perjalanan mereka. Tiket boleh diperoleh di kaunter KTMB atau menerusi khidmat atas talian di laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my. Pertanyaan lanjut mengenai status tiket, jadual tren dan tambang boleh didapati di stesen KTMB berhampiran, Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau laman rasmi KTMB. – Bernama Sumber

Tiga kerabat diraja Kuwait dipenjara kerana hina Raja

Imej
KUWAIT, Selasa – Tiga ahli keluarga pemerintah Al-Sabah dan empat yang lain dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah kerana menghina Raja dan badan kehakiman menerusi internet. Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas tiga kerabat diraja dan dua yang lain manakala seorang lelaki yang lainnya selama setahun dan 10 tahun kepada pesalah seterusnya yang telah dibicarakan semasa ketiadaannya. Mereka didakwa menggunakan Whatsapp dan Twitter untuk menghina Raja itu dan menyiarkan berita palsu menuduh hakim menerima rasuah. Kerabat Diraja yang disabit kesalahan termasuk Sheikh Athbi Al Fahad Al Sabah adalah merupakan anak saudara Raja dan bekas ketua polis perkhidmatan rahsia. Beliau juga adalah adik kepada ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Sheikh Ahmad Al Fahad Al Sabah. Turut disabitkan kesalahan adalah Sheikh Khalifa Ali Al Sabah, yang merupakan seorang editor Al Watannewspaper dan televisyen yang ditutup oleh kerajaan kerana melanggar peraturan kewangan korporat

Waspada berkomunikasi dengan ‘orang asing’

Imej
KUALA TERENGGANU, 31 Mei – “Waspada bila berkomunikasi dengan orang asing. Kita tak tahu dengan siapa sebenarnya kita sedang berhubung,”kata Sarah Najihah binti Jaafar, pelajar tingkatan lima SMK Chendering, Kuala Terengganu apabila ditemuramah selepas kempen ‘Say No To Zina’ anjuran bersama Kelab Remaja Isma (KRIM) dan Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) baru-baru ini. “Selain menerangkan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan, kita juga mendedahkan kepada para pelajar dan guru berkenaan bahaya penggunaan telefon pintar yang tidak terkawal,” ujar Ustaz Ramadhan Awang, pengarah KRIM Kuala Terengganu yang merupakan salah seorang penceramah untuk kempen tersebut. “Ada aplikasi yang membolehkan pengguna bersembang dengan sesiapa sahaja dalam radius lima kilometer, walaupun tanpa mengetahui nombor telefon orang tersebut. Aplikasi ini mendedahkan remaja kepada bahaya kerana sememangnya sifat remaja suka mencuba dan mereka juga mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

Ramadhan Adalah Hadiah Allah Buat Umat Muhammad SAW

Imej
Oleh Adli Adnan Kuala Pilah, 28 Mei – Ramadhan adalah hadiah yang paling bermakna buat umat Nabi Muhammad SAW kerana pada bulan yang mulia ini, kita akan memprogramkan diri kita dan juga keluarga dengan aktiviti yang bermanfaat. Itu adalah antara intipati yang telah disampaikan dalam forum Ramadhan: Sahaja Aku Menantimu anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuala Pilah baru-baru ini. Program yang telah menampilkan pasangan suami isteri, Ustaz Salman Al-Farisi Selamat dan juga Dr. Fatimah Zaharah Rosli telah mengupas segala persoalan berkaitan Ramadhan dari sudut syarak dan juga kesihatan. Menurut Ustaz Salman, masyarakat Islam di Malaysia perlu mengubah paradigma sambutan Ramadhan. Sambutan Ramadhan sepatutnya diraikan dengan penuh meriah kerana Ramadhan adalah pesta ibadah berbanding dengan  sambutan Syawal. Selain itu, umat Islam juga digesa untuk mengambil peluang pada bulan Ramadhan untuk memperbaiki tahap kesihatan dan sebagai batu loncatan untuk kekal cergas ba

Korea Selatan negara kedua kadar tertinggi bunuh diri. Apa pengajarannya?

Imej
Baru-baru ini, Korea Selatan telah dikejutkan dengan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang lelaki berumur 30-an ke atas seorang wanita di sebuah tandas awam. Motif pembunuhan tersebut adalah kerana lelaki tersebut telah dilayan buruk berkali-kali oleh ramai wanita sebelum ini. Mangsa dan pembunuh tersebut bukanlah saling mengenali malah tidak pernah berjumpa melainkan ketika kejadian tersebut. Setelah disoal siasat, pembunuh disahkan menghidap schizophrenia dan pernah dimasukkan ke hospital sebanyak enam kali sejak tahun 2008. Sehingga hari ini, demontrasi aman masih berjalan di Gangnam Station Exit 10 dengan melekatkan nota-nota untuk menunjukkan rasa simpati ke atas mangsa di samping menggesa kerajaan meningkatkan keselamatan ke atas wanita di negara ini. Berikutan peristiwa ini, beberapa pengajaran boleh kita pelajari. Dapatlah kita fahami bahawa kemajuan dari segi fizikal sesebuah negara bukanlah kayu pengukurnya walaupun terkenal dengan pengangkutan awam yang sangat efis

Calon boleh tidak hadir pada hari penamaan: SPR

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan bahawa pencalonan akan menjadi tidak sah sekiranya calon tidak hadir pada hari penamaan calon, adalah tidak tepat. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, di bawah Peraturan 6 (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, borang pencalonan boleh dikemukakan oleh calon dan pencadang dan penyokongnya, atau oleh mana-mana dua, atau mana-mana seorang daripada mereka. “Berdasarkan peraturan ini amat jelas tiada halangan dari segi undang-undang sekiranya borang penamaan calon tidak dikemukakan sendiri oleh calon tersebut tetapi boleh juga dikemukakan oleh salah seorang, sama ada pencadang atau penyokong beliau,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, di bawah peraturan itu, kertas penamaan calon mesti diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di tempat penamaan antara 9 hingga 10 pagi pada hari tersebut. “Sama ada sah atau tidak borang penamaan tersebut bagi

Institusi Islam disaran beri penerangan mengenai RUU: MPM

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa  — Semua institusi Islam berkaitan disaran memberi penerangan secara bersepadu dan berterusan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 kepada golongan sasar. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata kempen seumpama itu boleh dilakukan institusi seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menggunakan bahasa mudah bagi membolehkan orang ramai memahami RUU itu. “Gambarkan kepada mereka Islam adalah universal, tidak mendiskriminasi mana-mana kaum atau penganut mana-mana agama… Misalnya pembabitan bukan Islam dalam industri halal tidak pernah pun menafikan hak bukan Islam untuk terlibat sama. “Begitu juga dalam perbankan Islam, malah dalam memberikan peluang kepada pelajar bukan Islam menuntut di institusi pengajian Islam seperti U

Biar Hadi beri penjelasan dahulu mengenai RUU: Ikatan

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa — Rang Undang-undang Persendirian PAS berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat tidak bercanggah dengan Perlembagaan, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) itu berkata, Rang undang-undang tersebut cuma usul yang mudah, semata-mata untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah untuk mengenakan hukuman ke atas orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan sendiri Rang Undang-undang itu telah membuat begitu banyak kenyataan untuk menjelaskannya. “Malangnya ada pihak tertentu yang bertegas semata-mata “untuk menarik perhatian ramai” kerana mereka fikir mereka boleh menjadi popular pada pandangan bukan Islam. “Saya berdoa semoga semua ini dihentikan kerana jika tidak, ia akan mewujudkan jurang yang berbahaya antara masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya. A

RUU: Orang Islam ada hak, bukan Islam tak perlu polemikkan isu

Imej
PUTRAJAYA, Selasa – Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan PAS di Dewan Rakyat tidak sedikit pun mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil sebaliknya ia adalah untuk memperkasa institusi mahkamah syariah. Justeru, Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, cadangan rang undang-udang pindaan berkenaan tidak sepatutnya dipolemikkan. Apatah lagi katanya, orang Islam diberikan kebebasan hak beragama sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan konsep perlembagaan memberikan hak kepada orang Islam untuk kebebasan beragama selagi ia tidak bercanggah dengannya. “Maka, tentangan dalam kalangan ahli politik bukan Islam haruslah ditangani dengan meningkatkan kefahaman mereka mengenai konsep meraikan kepelbagaian sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja

Pemimpin Ikhwan Muslimin dipenjara seumur hidup

Imej
KAHERAH, Selasa – Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemimpin Ikhwan Muslimin dan 35 yang lain atas dakwaan protes ketika penyingkiran Presiden Mohammed pada tahun 2013. Pegawai Kehakiman Mesir mendakwa Pemimpin Agung Ikhwan Muslimin, Mohamed Badie dan 35 yang lain itu bersalah menyertai pertempuran di bandar Suez sehingga menyebabkan tiga orang terbunuh pada Julai tahun yang sama. Sebelum ini, Mohamed Badie sudah pun dijatuhi hukuman mati dan penjara dalam beberapa perbicaraan lain. Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara antara tiga dan 15 tahun ke atas 48 defendan dan membebaskan 20 yang lain. Bagaimanapun, ratusan orang telah dijatuhkan hukuman mati walaupun ramai yang memfailkan rayuan dan menang dalam perbicaraan semula. Sejak penyingkiran Morsi, beribu-ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan yang kebanyakannya adalah penyokong Ikhwan telah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah awam dan tentera. Ikhwan kemudiannya disenarai hitam se