KLIK GAMBAR UNTUK MENONTON SUMPAH NAJIB MENGENAI KES ALTANTUYA. Oleh Azri El PADA 2008, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah melafaz sumpah laknat, bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali model Mongolia, Altantuya Shaaribuu, yang mati dibunuh secara kejam. “Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya,” kata Najib. Jemaah Masjid Guar Perahu di Bukit Mertajam menjadi saksi detik bersejarah itu. Najib bertindak demikian selepas hampir dua tahun didesak pelbagai pihak, termasuk pembangkang supaya beliau menyatakan pendiriannya setelah wanita itu dikaitkan dengannya. Sekalipun ia tidak mengendurkan serangan pembangkang, keberaniannya bersumpah dengan nama Allah itu sekurang-kurangnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, khususnya orang Melayu Islam. Sumpah laknat dengan nama Allah, sangat ironi dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah politik negara, beberapa kali kaedah sumpah ini ...