VIDEO kes buli: Mangsa ditumbuk, dijerut dengan getah paip
Remaja dibuli dan dijerut dengan getah paip. Tonton video di bawah. BANGI, Selasa – Ditumbuk, diterajang dan ditampar. Itulah yang berlaku kepada seorang budak lelaki apabila menjadi mangsa buli sekumpulan remaja lain. Selain diperlakukan dengan kejam tanpa belas kasihan, budak lelaki itu juga dijerut dengan getah paip. Kejadian buli itu dipercayai dirakam oleh seorang lagi remaja yang terbabit dalam kes itu. Mengikut maklumat yang dimuat naik dalam laman facebook, kejadian dipercayai berlaku di Tongkang Pechah, Johor. Kejadian itu dikatakan berlaku awal bulan ini dan laporan polis sudah dibuat. Bagaimanapun, polis dikatakan belum dapat mengesan kumpulan remaja terbabit. Sumber