Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

RON95, RON97 turun 5 sen mulai tengah malam ini

Imej
BANGI, Rabu – Harga petrol RON95 dan ROM97 turun 5 sen seliter mulai tengah malam ini, manakala harga diesel pula tidak berubah. Harga baharu petrol RON95 ialah RM1.70, manakala RON97 (RM2.05). Harga diesel kekal pada RM1.70 seliter. Harga baru ini disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti. The post RON95, RON97 turun 5 sen mulai tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Rasuah bank: Ramai lagi saksi akan dipanggil untuk siasatan SPRM

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan lebih ramai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa bank, kata Pengarah Siasatannya Datuk Azam Baki. Azam berkata SPRM mengesan mereka hasil rakaman percakapan orang yang telah ditahan. “Kami telah merakam percakapan lebih 10 orang, termasuk pengarah urusan bank, kontraktor dan pihak swasta yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Azam berkata saksi lain yang dikesan meliputi mereka yang memegang pelbagai jawatan dari seluruh negara. Bagaimanapun, katanya, jumlah saksi berhubung kesalahan rasuah itu belum dipastikan. Pada 29 Ogos lepas, SPRM menahan pengerusi bank bergelar ‘Tan Sri’ bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa. Tan Sri terbabit adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu. – Bernam

Jurucakap rasmi Daesh, Abu Mohamed Al-Adnani terbunuh

Imej
ALEPPO, Rabu – Jurucakap rasmi kumpulan militan Daesh, Abu Mohamed Al-Adnani dilaporkan terbunuh dalam satu serangan di Aleppo hari ini. Portal berita kepunyaan Daesh, Amaq melaporkan Al-Adnani terbunuh ketika sedang melakukan pemantauan operasi ketenteraan. Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengetuai serangan yang menyasarkan pemimpin kanan Daesh semalam, namun nama pemimpin itu tidak disebut. “Pasukan tentera bersekutu telah melancarkan serangan di kawasan al-Bab, Syria yang menjadikan pemimpin kanan Daesh sebagai sasaran utama. “Kami masih meneliti hasil kejayaan serangan,” kata kenyataan itu, lapor agensi berita AFP. Al-Adnani adalah pemimpin Daesh yang paling kanan yang paling lama berkhidmat sebagai jurucakap rasmi. Butiran kematiannya masih belum dapat dipastikan. Sementara itu, wartawan Al-Jazeera di Washington melaporkan bahawa belum ada apa-apa pengesahan daripada pihak berautoriti AS. – Agensi KLIK POSTER UNTUK PEN

Rasuah: DAP Pulau Pinang tidak akan siasat isu bapa Siew Khim

Imej
GEORGE TOWN, Rabu – DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang Lim Siew Khim berhubung dakwaan mengaitkan bapanya dengan amalan rasuah dalam satu kes mendapatkan rumah kos rendah oleh seorang pembeli. Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata perkara ini tidak melibatkan Siew Khim, jadi tiada keperluan untuk membuka siasatan terhadapnya dan DAP tidak akan membuat sebarang siasatan dalaman yang tidak melibatkan anggota parti. “Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang ADUN namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Padang Kota Lama sini hari ini. Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban telah mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan dikenali sebagai ‘rasuah untuk rumah’ bagi m

Perutusan Hari Kebangsaan Presiden Isma

Imej
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-59 kepada seluruh rakyat Malaysia Perjuangan kemerdekaan harus sentiasa mekar dan segar dalam ingatan kita khususnya bagi orang Melayu dan Bumiputera. Perjuangan kemerdekaan adalah sebahagian daripada agenda kita untuk mengembalikan peradaban Islam di atas bumi warisan ini. 59 tahun berlalu, kita masih diselubungi persoalan adakah kita sudah benar-benar merdeka? Merdeka iradah dan kehendak, merdeka jiwa, merdeka dalam menentukan acuan dan masa depan mengikut citra kita yang hakiki? Bangsaku, Tanyalah diri, sejauhmana kita telah melangsaikan tanggungjawab perjuangan yang diwariskan oleh generasi silam? Perjuangan suci demi mengembalikan peradaban yang telah hilang dan demi martabat bangsa, kedaulatan agama dan kemerdekaan tanah air. Orang Melayu! Genggam kemudi bahtera perjuangan ini, kembangkan layarnya dan arahkan ia menuju haluan yang sebenar. Haluan yang telah ditetapkan generasi terdahulu. Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman Presiden Is

Kandungan ‘pendrive’ TMJ diumum Jumaat ini: Khairy

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Kandungan pemacu pena atau pendrive yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin masih dalam pemelitian. Khairy berkata, banyak kandungan pendrive itu adalah tentang dokumen laporan teknikal bola sepak negara termasuk program pembangunan. “Saya masih menelitinya, kalau ada dokumen berhubung penyelewengan sudah tentu saya akan serahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Apapun saya akan membuat pengumuman berhubung pendrive tersebut pada Jumaat ini,” katanya dalam sidang akhbar Persidangan UMNO Bahagaian Bandar Tun Razak, di sini hari ini. Jumaat lalu, TMJ dilaporkan menyerahkan pendrive berkenaan selepas menerima kunjungan Khairy di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru. Ia berikutan bulan lalu, TMJ mendakwa baginda memiliki maklumat, disimpan dalam pendrive – terima kasih kepada “rakan berpangkat tinggi’ – yang menurutnya dapat memberikan maklumat salah laku F

Kualiti udara bertambah baik

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana hari ini berbanding 16 kawasan semalam. Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat 12 tengah hari, kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana adalah Pasir Gudang, Johor (58); Bakar Arang, Kedah dan Kampung Air Putih, Perak masing-masing merekodkan bacaan 55. Nilai, Negeri Sembilan dan Seberang Jaya 2, Pulau Pinang pula masing-masing merekodkan bacaan 54 manakala Samarahan, Sarawak (52); Pelabuhan Klang dan Larkin Lama, Johor dengan bacaan sama iaitu 51. Ia berbeza dengan semalam dengan 16 kawasan mencatatkan IPU sederhana setakat 11 malam dengan bacaan paling tinggi 72 di Nilai. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, bahaya. Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my. – Bern

Bangkok buka hotel halal pertama

Imej
BANGKOK, Sabtu – Thailand yang didominasi penduduk Buddha dilaporkan telah membuka sebuah hotel halal pertama November tahun lalu. Hotel empat bintang, Al Meroz itu dibuka bertujuan untuk menarik pelancong Islam ke negara itu. Al Meroz direka khas mengikut konsep masjid, dilengkapi dengan dua surau dan tiga restoran halal. Pengurus hotel berkenaan, Sanya Saengboon berkata, Al Meroz dibuka dengan harapan dapat memberi tarikan kepada pelancong Islam termasuk dari aspek makanan halal. “Ada sekitar 1.6 milion umat Islam di dunia. Hanya 1 peratus dari jumlah itu sudah cukup bagi hotel Al Meroz untuk berkembang,” katanya. Salah seorang pelancong hotel itu mengakui Al Meroz memberi kemudahan kepada mereka ketika berada di negara itu. Katanya, di Thailand makanan tidak halal terlalu banyak diperolehi, sedangkan makanan halal sukar untuk untuk dicari. “Makanan halal tidak mudah didapat. Hotel ini sangat mudah dan menyenangkan. Ini adalah hotel halal pertama dan saya merasa ini luar bias

RUU 355 is not hudud

Imej
There is a lot of debate with regards to the private member’s bill proposed by Datuk Seri Abdul Hadi on the 26th of May 2016. Another contentious issue is the deliberate association of hudud with the private member’s bill. Where in fact it is not related to hudud. Hudud carries capital punishments that are absent in the bill. The bill merely seeks to enhance the current punishments and/or penalties under the Syariah Courts to suit today’s society. All capital punishments are carried out under the Federal Courts and not the Syariah Courts. Syariah courts as we know only cater to Muslims. One reason Muslims want the bill to be passed is because of the concept of repentance that exists in Islam. We will not indulge ourselves with repentance, that we leave to another day. As for keeping religion out of politics and state, that has to be seen in reference to the Constitution of a given country.  For us who live Malaysia, the Federal Constitution is the country’s highest law. Hence whateve

Polis gagalkan serangan Daesh pada Ambang Merdeka

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Pihak polis menggagalkan cubaan melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka dengan penahanan tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota Daesh. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 27 tahun ditahan di ibu negara, Selangor dan Pahang menerusi operasi yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas pada Sabtu dan Isnin lepas. “Ketiga-tiga suspek merupakan warga negara Malaysia yang menganggotai sel yang sama. “Mereka menerima arahan daripada Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di Kuala Lumpur, Kuil Hindu di Batu Caves, Selangor serta balai polis atau mana-mana anggota polis dengan menggunakan bom tangan atau senjata api pada malam Ambang Merdeka 2016,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata berkata pihak polis turut merampas sebutir bom tangan jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ 2075 RAMI serta 24 butir peluru berukuran 9mm daripada s

Pemansuhan diskaun 10 peratus Bumiputera: PAS ingatkan kerajaan Selangor tidak ikut telunjuk bukan Islam

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – PAS mengingatkan kerajaan PKR Selangor untuk tidak terikut-ikut dengan telunjuk orang bukan Islam berhubung isu pemansuhan diskaun 10 peratus untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri di negeri itu. Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, pemansuhan yang dimaklumkan adalah tidak wajar kerana orang Melayu masih belum mempunyai kedudukan ekonomi yang setaraf dengan kaum lain khususnya di kawasan bandar. “Sepatutnya kerajaan PKR Selangor jangan cepat mengikut telunjuk orang bukan Islam kerana kebanyakan mereka mampu memiliki rumah meskipun tanpa ada diskaun. “Walaupun tujuan mereka (kerajaan negeri) baik untuk memberi keadilan kepada semua rak­yat tetapi kita bimbang perkara tersebut tidak mampu tercapai selagi ekonomi orang Melayu belum setaraf dengan bangsa lain,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini. Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan diskaun 10 peratus untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri

Lagi cubaan halang pembinaan masjid di Berlin

Imej
B ERLIN, Sabtu – Lagi cubaan menghalang pembinaan masjid di Berlin apabila beberapa individu menutup pintu masjid menggunakan bata selain menampal pelekat berunsur perkauman. Dilaporkan beberapa risalah menghina turut dilekatkan pada dinding masjid berkenaan di sebuah pekan di timur laut Jerman sebagai tanda protes. Polis di pekan Parchim, Mecklenburg-Western Pomerania memaklumkan siasatan akan dilakukan selepas terdapat laporan mengatakan  pintu masuk masjid yang sedang dalam pembinaan ditutup dengan tembok bata setinggi satu meter. Menurut laporan, tembok itu diruntuhkan sebelum polis sampai ke situ, namun aktivis pusat propelarian tempatan, Network for Refugees in Parchim (NRP), sempat merakam gambar dan memuat naik ke Facebook. Dalam laman Facebooknya, NRP berkata, kejadian itu kali kedua masjid terbabit menjadi sasaran jenayah perkauman. – Agensi The post Lagi cubaan halang pembinaan masjid di Berlin appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Sambutan merdeka meriah dengan semangat kesatuan rakyat Malaysia

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – Ribuan rakyat Malaysia hari ini mengambil peluang memeriahkan perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka. Mereka mula berhimpun seawal jam 7 pagi bagi menunjukkan semangat kesatuan meskipun pelbagai kaum demi menghayati sambutan ‘Sehati Sejiwa’ sempena hari kemerdekaan. Pelbagai persembahan dan perbarisan dipersembahkan oleh hampir 14,500 peserta pelbagai kontinjen, termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan. Berangkat pada acara perbarisan dan perarakan sambutan di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Ketika berangkat tiba, Seri Paduka menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi diketuai Mejar Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi. Ia diik

Contohi semangat patriotik ulama terdahulu isi kemerdekaan: Hadi Awang

Imej
BANGI, Rabu – PAS mengajak rakyat Malaysia memperbaharui semula semangat patriotik dengan mencontohi perjuangan tokoh ulama terdahulu untuk mengisi kemerdekaan negara dengan acuan Islam. Perjuangan tokoh ulama seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Dr Zulkifli Mohamad dan ramai lagi, hebat mewarnai perjuangan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Marilah kita bugarkan kembali semangat perjuangan mereka untuk mengisi kemerdekaan negara dengan acuan Islam yang menyelamatkan. 59 tahun adalah satu tempoh kemerdekaan yang panjang dan cukup untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan disegani. “Namun realitinya hari ini, negara dihambat dengan pelbagai masalah yang mencengkam rakyat seperti kos sara hidup yang membebankan, ekonomi yang lemah, keselamatan, perpaduan kaum yang semakin rapuh dan berbagai masalah lain,” katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan, hari ini. Sehubu

Thailand akan mula proses ekstradisi 10 suspek ke Malaysia

Imej
BANGKOK, Sabtu – Polis Diraja Thailand dan Biro Imigresen telah diarahkan untuk memulakan proses ekstradisi 10 suspek yang menjadi dalang sindiket pemerdagangan manusia ke Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan kata Thailand akan mengekstradisi suspek-suspek itu ke malaysia jika tiada halangan undang-undang untuk berbuat demikian. “Jika kami dapat mengekstradisi, maka kami akan mengekstradisi mereka,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan rakan sejawatan beliau dari Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai persetujuan Thailand untuk mengekstradisi 10 suspek tersebut. Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal Keselamatan, ditemui media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini Selasa. Pada Isnin, Ahmad Zahid berkata, Bangkok bersetuju terhadap permintaan Malaysia untuk mengekstradisi 10 suspek, dipercayai perancang kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand. Be

PBB gesa umat Islam Rohingya diberi kewarganegaraan

Imej
NAYPYIDAW, Sabtu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa penduduk Islam Rohingya di Myanmar yang tidak mempunyai kerakyatan Myanmar perlu diberi hak kewarganegaraan. Setiausaha Agungnya, Ban Ki-moon berkata, ketika ini ribuan umat Islam Rohingya hidup menjadi pelarian. Katanya, bertahun-tahun mereka di kem-kem di Rakhine kerana melarikan diri daripada keganasan puak majoriti Buddha. “Ini bukan sekadar soal hak masyarakat Rohingya untuk mempunyai identiti diri. Mereka yang sejak beberapa generasi lalu menetap di negara ini juga perlu menikmati status undang-undang dan kewarganegaraan yang sama seperti orang lain,” katanya.  Selain itu, Ban  juga menggesa kepimpinan baharu Myanmar untuk memberi sepenuh penghormatan terhadap hak asasi manusia.  Beliau berkata, kepimpinan baharu perlu mengatasi diskriminasi, memastikan kesaksamaan dan menggalakkan pembangunan inklusif untuk semua, dengan menghormati sepenuhnya hak asasi manusia.  Minggu lalu, kerajaan Myanmar yang

Jerebu: Indonesia isytihar darurat

Imej
JAKARTA, Sabtu – Indonesia mengisytiharkan perintah darurat di seluruh negara berikutan keadaan je­rebu yang semakin teruk berpunca daripada pembakaran hutan dan tanah yang berleluasa di beberapa wilayah. Agensi Berita Vietnam (VNA) yang memetik kenyataan Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar, Siti Nurbaya Bakar berhubung perintah itu berkata, pengumuman itu dibuat selepas beliau tersebut melawat Tanah Laut di Kalimantan Selatan kelmarin. Menurut Siti Nurbaya, pemantauan berkala dan maklum balas yang cepat berjaya mengurangkan jumlah kebakaran di Jambi dan Kalimantan Barat kepada 70 hingga 90 peratus awal tahun ini. Bagaimanapun katanya, jumlah kawasan yang terbakar bertambah antara bulan Julai hingga bulan ini khususnya di wilayah Riau dan Kalimantan Barat. Agensi Klimatologi, Geofizik dan Meteorologi Indonesia pula memberitahu, pertambahan kawasan kebakaran itu berpunca daripada musim panas dan ke­ring yang panjang di Sumatera dan kawasan sekitarnya. Bagaimanapun, agensi itu m

Husam Musa sertai PAN

Imej
CYBERJAYA, Sabtu – Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN). “Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri,” katanya berucap mengumumkan perkara itu pada majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama YB Datuk Husam Musa di Cyberjaya di sini, malam tadi. Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO. Parti baharu itu bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan harapan. – Bernama The post Husam Musa sertai PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-59 kepada seluruh rakyat Malaysia

Imej
  Perjuangan kemerdekaan harus sentiasa mekar dan segar dalam ingatan kita khususnya bagi orang Melayu dan Bumiputera. Perjuangan kemerdekaan adalah sebahagian daripada agenda kita untuk mengembalikan peradaban Islam di atas bumi warisan ini. 59 tahun berlalu, kita masih diselubungi persoalan adakah kita sudah benar-benar merdeka? Merdeka iradah dan kehendak, merdeka jiwa, merdeka dalam menentukan acuan dan masa depan mengikut citra kita yang hakiki? Bangsaku, Tanyalah diri, sejauhmana kita telah melangsaikan tanggungjawab perjuangan yang diwariskan oleh generasi silam? Perjuangan suci demi mengembalikan peradaban yang telah hilang dan demi martabat bangsa, kedaulatan agama dan kemerdekaan tanah air. Orang Melayu! Genggam kemudi bahtera perjuangan ini, kembangkan layarnya dan arahkan ia menuju haluan yang sebenar. Haluan yang telah ditetapkan generasi terdahulu. Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman Presiden Isma Sumber

Akaun Najib disiasat komprehensif, tiada pelanggaran undang-undang: Pegawai Khas

Imej
Sumber foto: REUTERS/Olivia Harris KUALA LUMPUR, Selasa – Dana dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah disiasat secara komprehensif, dan pelbagai pihak berkuasa telah memutuskan bahawa tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, menurut seorang pegawai khas. Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata dalam kenyataan hari ini bahawa menteri luar Arab Saudi telah mengesahkan dana dalam akaun perdana menteri adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi. “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malahan telah pergi di Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen perundangan dan telah menemu bual wakil-wakil penyumbang tersebut,” katanya. Kenyataan itu sebagai respons kepada dakwaan terbaru dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap perdana menteri. Tengku Sariffuddin selanjutnya berkata Muhyiddin merupakan individu yang kecewa selepas dipergunakan sebagai boneka bekas Perdana Menteri Tun D

Seimbangkan pengajian al-Quran dan akademik pelajar tahfiz: Raja Muda Perlis

Imej
ARAU, Selasa – Pusat pengajian tahfiz perlu seimbangkan pengajian Al-Quran dan akademik para pelajarnya, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah, semua pusat tahfiz di negeri juga harus berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi memudahkan urusan pentabiran. Dalam masa yang sama, ia juga dapat meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap aspek pengurusan pusat tahfiz berkenaan. “Penubuhan pusat tahfiz itu sudah tentu untuk memberi manfaat kepada para pelajar mendalami bidang hafazan al-Quran namun dalam masa yang sama pelajar juga harus didedahkan pengetahuan akademik yang seragam. “Jika sukatan pengajian Al-Quran dan akademik dapat diseimbangkan, nescaya negeri ini mampu melahirkan generasi pemimpin atau ketua yang memiliki pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang tahfiz,” titah baginda semasa merasmikan ‎Program Titian Kasih Mega Khas Bersama Maahad-Maahad Tahfiz Seluruh Negeri Perlis 2016 di

Polis kerjasama dengan IPT tangani penularan IS

Imej
SHAH ALAM, Selasa – Polis bekerjasama dengan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk dalam menangani penularan fahaman kumpulan militan IS. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latif berkata, pihak berkuasa memandang serius penularan fahaman itu dalam kalangan penuntut IPT. “Kami bukan saja mengawal dan mengambil tindakan sewajarnya, malah memberi kesedaran kepada penuntut bahawa ancaman pengganas seumpamanya adalah benar. “Ia dibuktikan melalui pengamatan, intipan dan penguatkuasaan menerusi operasi tangkapan yang menunjukkan kecenderungan kepada kumpulan itu. “Memang ada kes di Selangor namun biar kita menjalankan siasatan terlebih dulu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usaha polis Selangor membanteras penularan ideologi IS dalam kalangan penuntut terutama pelajar baharu yang baharu mendaftar di universiti awam sejak minggu lalu. Justeru, beliau berkata, pihaknya mengambil tindakan sewajarn

Menu hidangan baharu penumpang ETS mulai esok

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa – Penumpang-penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini berpeluang menikmati tujuh variasi menu baharu bermula esok. Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan berkata, menu itu bercirikan makanan Cina, India, Barat dan ‘vegetarian’ dan mampu menepati citarasa semua lapisan masyarakat. “Tujuh menu yang ditawarkan ialah ‘Assorted Dim Sum with Housin Sauce’, ‘Mee Goreng Mamak’, ‘Mini Idli with Dhall Curry’,’Fish Sweet Sour with rice’, ‘Yee Mee with Black Pepper Chicken’, ‘Stuffed Paratha with Dhall Curry and Tomato Chutney’ dan ‘Pasta Spaghetti Seafood Bolognaise’. “Menu itu ditawarkan kepada penumpang dengan harga berpatutan dalam lebih 40 tren ETS bermula esok,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran variasi menu baharu KTMB ETS di sini, hari ini. Beliau berkata koc bufet perkhidmatan tren ETS KTMB juga menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas. “KTMB kini menjadi operator pe

Perak akan bina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat: Menteri Besar

Imej
TELUK INTAN, Selasa — Perak akan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk memastikan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata, ini akan direalisasikan menerusi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak yang telah diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan kunci rumah Pangsapuri Laksamana Amanjaya Daerah Hilir Perak di perumahan itu di sini hari ini. Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim. Majlis berkenaan menyaksikan pemberian kunci kepada 93 penyewa untuk fasa pertama rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) berkenaan. Setiap unit pangsapuri berkeluasan 825

Prasekolah perlu ambil guru berkelulusan diploma tahun depan: Menteri Pendidikan

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa – Semua agensi pelaksana pendidikan prasekolah perlu mengambil guru prasekolah baharu yang berkelulusan sekurang-kurangnya diploma mulai tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata penetapan kelayakan akademik itu akan dikuat kuasa sepenuhnya pada tahun 2020. “Guru prasekolah yang sedang berkhidmat di bawah agensi kerajaan dan swasta boleh mengikuti pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang menawarkan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan menggunakan kelayakan masuk khas iaitu Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. “Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan pihak institusi pendidikan tinggi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mahdzir berkata semua agensi pelaksana perlu memberi perhatian terhadap kebajikan guru prasekolah sedia ada yang tidak memiliki kelayakan untuk melanjutkan pengajian pada tahap diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kan

Balai Polis Lanang terpaksa tutup pintu waktu malam demi keselamatan

Imej
SIBU, Selasa – Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, pintu pagar Balai Polis Lanang di Sarawak terpaksa ditutup menjelang waktu malam demi keselamatan anggota dan balai berkenaan. Beliau berkata demikian selepas terdapat aduan orang awam yang mengatakan bahawa Balai Polis Lanang tidak dibuka 24 jam sehari. Adun Bukit Assek, Irene Chang meminta polis meneliti aduan itu selepas seorang orang awam tidak dapat membuat laporan polis berkaitan kecurian motosikalnya pada jam 5.30 pagi, baru-baru ini, kerana balai itu dianggap tutup berdasarkan keadaannya yang gelap dan hanya lampu di pintu pagar bernyala. Saiful Bahari berkata, sebelum ini ada pemandu kereta mabuk melanggar pintu pagar balai polis itu dan penjenayah yang berdiri di luar pintu pagar melontar batu ke arah balai polis. Selain itu, ada juga individu yang membaling mercun ke kawasan lapang balai berkenaan. “Bagaimanapun, masih ada anggota yang bertugas di dalam balai dan jika ada orang mahu membuat ad

Wan Junaidi saran GiatMara buat kajian pasaran kerja

Imej
KUCHING, Selasa — Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggesa GiatMara membuat kajian menyeluruh berkaitan prestasi pelatih, kursus ditawarkan serta penerimaan pasaran kerja terhadap pelatihnya. Beliau berkata, selepas 20 tahun penubuhannya, pusat latihan kemahiran itu wajar membuat penilaian itu bagi membolehkannya memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan semua itu memenuhi keperluan industri. Ini penting bagi memudahkan lulusan GiatMara mendapat tempat dalam pasaran kerja, katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi GiatMara Sarawak, di sini hari ini. Sebanyak 274 graduan dalam bidang seperti penyelengaraan industri, kimpalan, penyejukbekuan dan penyaman udara, elektrikal, jahitan pakaian, masakan, kecantikan dan rangkaian computer daripada 10 pusat GiatMara di Kuching, Samarahan dan Serian menerima sijil masing-masing pada majlis itu. Wan Junaidi berkata, GiatMara juga perlu melahirkan pelatih yang memiliki ciri-ciri yang m

Jerebu bertambah baik, tiada kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat

Imej
KUALA LUMPUR, Selasa – Kualiti udara di seluruh negara semakin bertambah baik apabila tiada kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks PencemaranUdara (IPU) tidak sihat setakat pukul 4 petang hari ini. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 23 kawasan merekodkan IPU sederhana dengan bacaan tertinggi direkodkan di Nilai iaitu 97 berbanding 101 pada pukul 3 petang tadi. Kawasan yang lain mencatatkan IPU sederhana adalah Banting, Selangor (88), Putrajaya (86), Shah Alam, Selangor (84), Tanjung Malim, Perak (81), Batu Muda dan Cheras di Wilayah Persekutuan masing-masing mencatatkan 77. Pelabuhan Klang, Selangor pula merekodkan bacaan IPU 76, diikuti Petaling Jaya (72), Miri, Sarawak (58) manakala Paka, Terengganu dan Jerantut, Pahang masing-masing merekodkan bacaan 57. Ia berbeza jika dibandingkan pada pagi ini apabila empat kawasan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pada pukul 9 pagi tadi. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebaga

Sindiket punca 177 bakal jemaah haji Indonesia ditahan di Filipina

Imej
Sumber foto: Bureau of Immigration via AP JAKARTA, Selasa – Gara-gara terpengaruh dengan tawaran satu sindiket untuk menunaikan ibadah menggunakan kuota haji Filipina, seramai 177 rakyat Indonesia kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen negara itu. Media-media tempatan melaporkan, kesemua warga Indonesia itu terpedaya dengan sindiket ejen haji sebuah syarikat tempatan yang ‘menawarkan’ perkhidmatan membawa jemaah negara itu menerusi penerbangan dari Manila, Filipina. Sindiket itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga USD10,000 (RM40,000) bagi setiap bakal haji dan mereka berlepas dari Sulawesi Selatan ke Manila pada 19 Ogos lepas. Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika mengulas kejadian itu berkata, sebanyak 177 bakal jemaah haji itu ditahan pihak berkuasa Filipina kerana kesalahan menggunakan pasport Filipina. Beliau berkata, kerajaan Indonesia sedang berusaha membantu mereka supaya tidak dikenakan hukuman. Menurutnya, mereka adalah mangsa penipuan dan kerajaan Indonesia

Fenomena badut Guan Eng ‘serang’ Pulau Pinang

Imej
GEORGE TOWN, Selasa – Selepas karikatur badut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebar dahulu, kini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula menghadapi nasib yang sama. Menurut portal Umno Online, beberapa kawasan di Pulau Pinang kini ‘diserang’ dengan poster karikatur badut wajah Setiausaha Agung DAP itu. Ia dilihat ditampal di tiang lampu dan bangunan premis perniagaan termasuk di persimpangan jalan. Poster berkenaan turut diletakkan di perhentian bas dengan tulisan: “BERSIH 5.0. CLEAN PENANG UP FROM BUNGALOW CLOWN (BERSIH 5.0. BERSIHKAN PENANG DARIPADA BADUT BANGLO)”. Menerusi temubual bersama penduduk sekitar, poster itu dikatakan sudah ditampal di tempat-tempat awam kira-kira hampir sebulan yang lalu. Yusri Ramli dari Kampung Sungai Burong berkata,: “Ini mungkin luahan perasaan rakyat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu rasuah banglo yang sedang dihadapinya. Mungkin gambar badut ini bermaksud sinis tentang jawapan berbelit-belit yang diberikan

Sekat penganjur anugerah hina Islam

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Selasa – Kerajaan perlu menyekat sebarang penganjuran anugerah atau program yang menghina institusi ulama dan agama Islam, kata Timbalan Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norzila Baharin. Beliau yang mengulas anugerah anjuran gabungan NGO feminis berkata, sudah tiba masanya kerajaan memandang serius perkara itu yang disifatkan sebagai penghinaan kepada Islam. Ini berikutan tindakan melampau pertubuhan liberal melibatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria dalam anugerah ‘Aiyoh Wat Lah!’ sebagai salah seorang pemenang bagi kategori ‘menghina intelektual’. “Mungkin pada mereka, perkara yang dilakukan itu tidak salah sebab ia just for joking, tetapi pada kita, apa-apa yang berkaitan Islam, mufti tidak boleh dibuat jenaka. “Zaman Rasulullah SAW, pendapat dan kata-kata golongan ulama ini sangat dihormati serta dipandang tinggi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini. Klik poster untuk pendaftaran Mengulas lanjut Dr Norzila ber

Anak kontraktor ditahan kes rasuah RM7 juta

Imej
PUTRAJAYA, Selasa – Anak seorang kontraktor ditahan bagi membantu siasatan berhubung tender projek laluan paip minyak di selatan tanah air yang diaaggarkan bernilai RM76 juta. Menurut satu sumber dipetik Sinar Harian sebagai berkata, penahanan dibuat ketika lelaki berusia 27 tahun itu hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan Lelaki itu kemudiannya direman lima hari bermula hari ini selepas permohonan reman SPRM dibenarkan oleh Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan A Wahab. “Nilai rasuah yang terlibat dianggarkan RM7 juta. “Dia akan disiasat mengikut Seksyen 6 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA),” kata sumber berkenaan. Dilaporkan ketika penahanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas barangan kemas bernilai jutaan ringgit bersama tiga kereta mewah daripada lelaki itu. Ini adalah susulan kes pada 25 Ogos lalu, dua pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan enam kontr

Husam dijangka masuk PAN malam ini

Imej
BANGI, Selasa – Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dijangka akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN), malam ini. Menurut sebuah portal liberal, hari ini beberapa pemimpin PAN telah mengesahkan perkara itu. Ianya akan diumumkan dalam satu acara di Cyberjaya malam ini. Bagaimanapun, mereka enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi mereka yakin Husam mampu memperkasakan parti baru itu. Pada 6 Mei lalu, Husam dipecat daripada PAS selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga Timbalan Mursyidul Sm. Selepas empat bulan berlalu, Husam malam tadi berkata akan mengumumkan menyarung ‘jersi’ kerana “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan”. Husam antara sekumpulan besar kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015, yang kemudian membentuk PAN. The post Husam dijangka masuk PAN malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Dewan Pemuda PAS Perak kecam tindakan hina mufti

Imej
IPOH, Selasa – Dewan Pemuda PAS Perak mengecam tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) kerana menghina Mufti negeri itu, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dalam sebuah majlis anugerah ‘Aiyoh Wat Lah’ di Petaling Jaya, dua hari lepas. Ketuanya, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, tindakan pertubuhan berkenaan yang menamakan Harussani sebagai pemenang anugerah kategori ‘menghina intelektual’ adalah perbuatan biadab dan menghina keilmuan serta keintelektualan beliau yang dilantik Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai mufti. “Tan Sri Harussani berhujah atas dasar ilmu dan kebenaran. Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Katanya, sebagai contoh, pada April tahun lalu, Harussani berdasarkan sebuah hadis menjelaskan konsep rogol dalam perkahwinan tidak wujud

Aidiladha: Kelantan umum 11 September cuti peristiwa

Imej
KOTA BHARU, Selasa – Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 bersamaan 9 Zulhijjah iaitu sehari sebelum sambutan Aidiladha sebagai cuti peristiwa. Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini. Katanya, Oleh kerana Aidiladha akan disambut pada Isnin dan Selasa, maka hari Ahad dijadikan cuti peristiwa. “Pada masa yang sama hari Ahad adalah hari wukuf di Padang Arafah, jadi sama-samalah kita berpuasa pada hari berkenaan,” katanya. The post Aidiladha: Kelantan umum 11 September cuti peristiwa appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Pemilik restoran di Perancis mohon maaf halau wanita bertudung

Imej
PARIS, Selasa – Pemilik restoran Le Cenacle Tremblay-en-France di pinggir ibu kota Paris yang menghalau dua wanita Islam dari memasuki restorannya dilaporkan memohon maaf atas kebiadabannya. Pemilik berkenaan juga meminta maaf susulan kenyataannya mengatakan umat Islam pengganas. Dia juga menyatakan rasa kesal selain menyalahkan kontroversi larangan perdebatan pemakaian burkini di Perancis yang menyebabkan dirinya terikut-ikut sehingga bertindak luar batasan Insiden bermula apabila pemilik restoran itu bertindak menghalau kedua-dua wanita kerana mereka memakai tudung. Sebuah video berdurasi kurang seminit turut dirakam oleh salah seorang pengunjung restoran sebelum dimuat naik dalam laman sosial. Daily Mail melaporkan, orang ramai melahirkan kemarahan apabila pemilik restoran itu mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam adalah pengganas, sebelum menghalau dua wanita terbabit. Susulan kejadian itu, Menteri Keluarga, Kanak-kanak dan Hak-hak Wanita Perancis, Laurence Rossignol berk

SPRM siasat bapa Adun DAP

Imej
GEORGE TOWN, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik. Menurut laporan yang dipetik daripada The Star, hari ini beberapa individu yang terlibat di dalam klip video di mana bapa Siew Khim iaitu Lim Keat Seong sedang menjelaskan langkah untuk “memotong barisan” di kawasan perumahan di negeri ini akan dipanggil oleh SPRM. Dalam klip video itu, Keat Seong menceritakan kepada individu tertentu mengenai langkah pembayaran sebanyak RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk “Uncle Lim”. Suruhanjaya itu difahamkan telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan. Pada Isnin, Lim menegaskan bahawa dia atau bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempeng