Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

PAS masih optimis RUU355 dapat dibentang

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H, Isnin – PAS masih optimis dan menaruh harapan bahawa Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) yang dikemukakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, usul berkenaan perlu dibentangkan kerana ia sudah tersenarai dalam kertas perintah dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat. “Saya masih optimis, masih menaruh harapan, itu perkara biasa, kita tunggulah. Terpulang kepada mereka (kerajaan) tetapi kami masih berharap agar usul itu dibentangkan pada sidang kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen, di sini hari ini. Beliau bagaimanapun berkata, PAS masih mampu bertoleransi jika usul mengenai RUU Akta 355 yang dibawa Abdul Hadi itu ditunda ke sidang Dewan Rakyat akan datang. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berpendapat bahawa usul berkenaan mungkin tidak dapat dibentangkan

Harga minyak naik 15 sen berkuatkuasa tengah malam ini

Imej
BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Harga runcit petrol dan diesel akan naik sebanyak 15 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini. RON95 akan dijual pada harga RM1.95 seliter, RON97 RM2.30 seliter dan diesel di RM2 seliter, lapor laman web berita automotif, Paultan.org. Ianya adalah lebih tinggi daripada harga pada Januari iaitu RM1.85 (RON95), RM2.25 (RON97) dan RM1.60 (diesel). Kerajaan menentukan harga bahan api melalui sistem apungan terurus. Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya. The post Harga minyak naik 15 sen berkuatkuasa tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

PM Israel akan lawat Singapura

Imej
SINGAPURA, 30 Muharram 1438H, Isnin – Media Israel, Jerusalem Post melaporkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu akan melawat Singapura tiga bulan lagi. Ia sebagai membalas lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Israel pada April lalu. Netanyahu juga mengumumkan akan melawat Australia, Kazakhstan dan Azerbaijan, katanya ketika mesyuarat Kabinet semalam. Bagaimanapun, tarikh lawatan tidak didedahkan. Terdahulu, Netanyahu dilaporkan berkata lawatannya membuktikan hubungan antarabangsa Israel berkembang walaupun kehilangan dua undi dalam Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Jerusalem, pada awal bulan ini. “Ini tidak bermakna kami tidak dicabar dalam forum antarabangsa seperti yang kita dapat lihat dalam keputusan skandal UNESCO. “Namun, tidak dapat disangkal lagi bahawa organisasi antarabangsa dan juga undian seperti itu akan berlaku perubahan,” katanya. The post PM Israel akan lawat Singapura appeared first

KDN umum Lajnah Tahqiq Hadith sebagai pusat rujukan kesahihan hadis

Imej
PUTRAJAYA, 30 Muharram 1438H, Isnin – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadith atau Lajnah Tahqiq Hadith sebagai pusat rujukan bagi menentukan kesahihan sumber hadis. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan jawatankuasa itu bertujuan menyediakan pandu arah mengekang penyebaran hadis palsu oleh kumpulan tertentu kepada masyarakat. Beliau berkata, sebanyak tujuh ahli panel jawatankuasa itu telah dilantik dan bakal diketuai oleh Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor sebagai Pengerusi Jawatankuasa. “Penyebaran hadis palsu dalam masyarakat khusus dalam penerbitan boleh membawa kepada penyelewengan akidah, menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam serta perpaduan negara,” katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan sijil pelantikan jawatankuasa berkenaan di sini hari ini. Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid berkata, masyarakat perlu dididik supaya merujuk kitab-kitab syarah hadis yang

KPDNKK rampas minyak masak bernilai RM150,000 untuk diseludup ke Thailand

Imej
TUMPAT, 30 Muharram 1438H, Isnin – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan hari ini merampas minyak masak bernilai RM150,000 termasuk mesin memproses di sebuah kilang pembungkusan di Simpang Tiga Kampung Getting. Pengarah KPDNKK negeri itu, Datuk Ab Ghani Harun berkata, pihaknya merampas 765 kilogram minyak masak yang siap dibungkus, manakala 20,650 kilogram lagi minyak masak yang berada di dalam tangki. “Kami dapati mereka tidak dapat menyatakan dengan jelas aktiviti keluar masuk minyak masak di dalam buku stok jualan untuk mengaburi mata pihak berkuasa. “Tindakan ini mengelirukan pihak kami sama ada minyak masak di sini dijual kepada orang ramai atau penyeludup. Pihak kami mengambil tindakan merampas minyak masak dan menyita kilang untuk tujuan siasatan. Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan 13(3) Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, perkara ini berlaku antaranya disebabk

Geng Minyak aktif samun stesen minyak di Kelantan tumpas

Imej
KOTA BAHRU, 30 Muharram 1438H, Isnin – Geng Minyak yang sebelum ini aktif melakukan kegiatan samun stesen minyak, tumpas dengan penahanan seorang anggota polis berpangkat Koperal serta enam lagi ahlinya. Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, dalam tujuh serbuan berbeza di Bachok dan Kota Bharu, polis menahan kesemua suspek berusia antara 18 dan 50 tahun. “Serbuan pertama yang dilakukan di Bachok menemui dua lelaki dalam keadaan tergesa-gesa ke sebuah kereta di Kampung Tengah, Perupok pada pukul 4.30 petang dan hasil soal siasat membawa kepada penahanan lima suspek lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini. Selain itu, Ab Rahman berkata pihaknya turut merampas 34 barangan seperti sepucuk pistol jenis Walther P99 dan satu magazin Walther P99 berisi 10 butir peluru hidup 9mm, sepucuk pistol jenis Walther CP88, silinder magazin yang mempunyai lapan lubang, sepasang gari, enam bilah pedang serta pelbagai perala

Tren lewat: Pengguna LRT, Monorel, MRT boleh tuntut ganti rugi

Imej
BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel boleh menuntut bayaran balik tambang sekiranya perkhidmatan pengangkutan awam itu mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri berkata, penumpang yang berdepan dengan kelewatan pengangkutan itu juga mempunyai pilihan untuk menuntut kupon, yang boleh digunakan sebagai tiket ganti pada hari berikutnya. “Dasar yang sama juga akan dikenakan kepada MRT (Mass Rapid Transit), yang dijangka beroperasi menjelang akhir 2016 ini,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Alor Gajah, Koh Nai Kwong, hari ini. Koh bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan sistem pampasan bagi penumpang LRT dan KL Monorel yang terjejas ekoran mengalami kelewatan. Koh berkata, pengguna pengangkutan awam di United Kingdom dan Jepun sebagai contoh, berhak mendapat semula ganti rugi mereka jika mengalami kelewatan perkhidmatan. Malah katanya, di London pengg

Bajet 2017 Pulau Pinang dibentang 15 November

Imej
GEORGE TOWN, 30 Muharram 1438H, Isnin – Bajet 2017 Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 15 November ini, kata Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang. Beliau berkata bajet itu akan dibentang Ketua Menteri Lim Guan Eng dan diikuti sesi persidangan dewan dari 17 hingga 25 November. Ditanya mengenai usul-usul yang akan dibahas pada sidang dewan kali ini, beliau berkata perkara itu belum diterima dan semua wakil rakyat masih mempunyai masa untuk mengemukakan usul yang ingin dibentang. Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan DUN di sini hari ini mengenai Sidang Muda Pulau Pinang 2016 yang akan diadakan pada 6 November ini. Law berkata sebanyak 20 individu berpotensi dipilih untuk menyertai Sidang Muda itu yang akan bersidang selama sehari yang akan turut termasuk sesi Ahli Sidang Muda bersama Pejabat Speaker DUN. Beliau berkata pihaknya berharap akan mendapat cadangan-cadangan usul yang menarik dan

Negara Mat Saleh Lebih “Islamik”?

Imej
Tidak kisahlah melanjutkan pelajaran, melancong, bekerja dan sebagainya di luar negara, pasti terdetik pernyataan diatas. Saya pun begitu. Ya, saya pun. Terutama apabila ada kisah seorang mat saleh menemani saya dari belakang sewaktu  pulang dari kampus dan kebetulan semasa itu melewati lorong orang mabuk dan malam ‘Friday Night’, saya mula rasa “awwww… baiknya lelaki ni”. Saya selalu disapa ‘hi/good morning’ paling kurang 5 kali setiap hari. Saya pernah dapat ‘child fare’ sewaktu hendak menaiki bas. (hehe) Tetapi saya bayar semula selepas itu. Saya pernah dipelawa menaiki kereta untuk ditumpang kerana barang banyak yang dibawa. (dan semestinya saya menolak.) Kalau tertinggal barang di kampus, 98% kemungkinan akan jumpa semula di tempat yang sama atau di tempat  security guard . “Tengok negara New Zealand ni, dah lah cantik, bersih dan orangnya peramah pula tu.. Negara kita pula.. Bukan setakat sampah, bayi pun bersepah-sepah.” “Tengok negara Jepun pula, orangnya sangat tepa

Pasukan khas siasat kaitan Bersih dengan George Soros bakal diwujudkan

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H, Isnin – Sebuah pasukan khas bagi menyiasat dakwaan gerakan Bersih dibiayai oleh Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF) milik George Soros bakal ditubuhkan. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kesahihan pembongkaran laman web DC Leaks itu perlu diteliti secara terperinci. Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa membuat kesimpulan kerana banyak berita mengenai kerajaan disiarkan dan perlu ditangani secara tertib. “Kita perlu melihat dengan teliti sama ada ia melanggar peruntukan undang-undang negara kita. “Jika perkara itu disabitkan dengan undang-undang, barulah kita mengambil langkah selanjutnya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Beliau mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, yang mahu pasukan khas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diwujudkan bagi menyiasat dakwaan itu. The post Pasukan khas siasat kaitan Bersih deng

Kerajaan yang rugi bila tak bahas RUU 355, kata PAS

Imej
KUANTAN, 30 Muharram 1438H Isnin – Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang akan rugi bila tidak membahaskan Rang Undang-Undang pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) di Parlimen pada sesi ini. Beliau berkata, PAS tidak rugi sekiranya ‘dikencing’ lagi oleh UMNO kali ini, tapi UMNO lah yang rugi. Ini kerana katanya, ramai ahli dan penyokong UMNO termasuk imam-imam masjid sudah menyokong agar RUU 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. “Jadi jika UMNO tipu dengan tidak sokong pindaan ini, UMNO yang rugi bukan PAS,” katanya dalam satu ceramah di Kuantan, malam tadi. Ini berikutan ketika ini dilaporkan berkemungkinan RUU 355 tidak dapat dibahaskan ekoran usul kerajaan perlu didahulukan. Mengulas lanjut Ustaz Idris berkata, PAS tidak pernah kisah sekiranya ditipu lagi oleh UMNO dalam isu RUU ini “Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu. “Jadi kalau k

Bekas penuntut kolej di Mesir sertai Al-Qaeda dipenjara 12 tahun

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H Isnin – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang bekas penuntut kolej di Kaherah, Mesir atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas al-Qaeda. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, memutuskan demikian berikutan Mohamad Hidayat Azman, 20, yang merupakan individu pertama didakwa terbabit dengan kegiatan al-Qaeda di Malaysia. Tertuduh didakwa menyertai kumpulan berkenaan antara 5 September 2014 dan 1 September 2015 dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Syria. Shariff berkata, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 130J kanun sama iaitu dipenjara seumur hidup atau kurang 30 tahun atau denda, hartanya turut boleh dirampas jika disabit bersalah. The post Bekas penuntut kolej di Mesir sertai Al-Qaeda dipenjara 12 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Cabaran Kinabalu 2016: Pemuda Isma terima bendera daripada Presiden

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe SEPANG, 30 Muharram 1438H, Isnin – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini menyerahkan bendera kepada pasukan pendaki Gunung Kinabalu yang disertai oleh 15 anggota Pemuda Isma. Penyerahan bendera Isma itu dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum pasukan pendaki berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara itu. Ketua Pemuda Isma, Muhammad Lukman yang turut serta dalam misi itu berkata, pendakian ke Gunung Kinabalu adalah cabaran baru kepada pasukan pendaki selepas berjaya menawan Gunung Irau dan Gunung Ledang sebelum ini. “Ekspedisi yang dipanggil Cabaran Kinabalu 2016 ini akan diketuai oleh wakil dari I-Fitness, Farhan Nasri. Objektif kita mahu kibarkan bendera Isma di puncak Kinabalu. “Pendakian kita akan bermula pada pagi esok, 1 November dan kita jangka sampai di puncak Kinabalu, sebelum Subuh pada 2 November,” katanya kepa

Penjawat awam Selangor bakal terima dua bulan gaji

Imej
SHAH ALAM, 30 Muharram 1438H, Isnin – Penjawat awam di seluruh negeri bakal menikmati bantuan khas kewangan dua bulan gaji dengan peruntukan kewangan sebanyak RM57.52 juta. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian itu dibuat sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. “Kerajaan Negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam sebagai menghargai sumbangan mereka,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, pembayaran gaji sebanyak satu setengah bulan telah dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu. “Bagi melengkapkan lagi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak,” katanya lagi. Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran bantuan k

Jangkaan hayat penduduk Malaysia meningkat

Imej
PUTRAJAYA, 30 Muharram 1438H, Isnin – Jangkaan hayat ketika lahir bagi penduduk Malaysia terus meningkat berbanding sedekad lalu iaitu mencecah 74.7 tahun pada 2016 berbanding 72.2 tahun pada 2000. Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya hari ini berkata pada 2016, seorang bayi lelaki yang baru lahir dijangka boleh hidup selama 72.6 tahun, meningkat 0.7 tahun berbanding 71.9 tahun pada 2010. Bayi perempuan yang baru lahir pula dijangka boleh hidup selama 77.2 tahun, meningkat 0.6 tahun berbanding 76.6 tahun bagi tempoh yang sama. “Perbezaan jangkaan hayat ketika lahir antara jantina berada dalam selang 4.6 hingga 4.7 tahun sepanjang tempoh 2010 hingga 2016,” kata Jabatan Perangkaan. Menurut jabatan itu, pada 2016, seorang lelaki yang berumur 65 tahun dijangka akan hidup selama 14.9 tahun lagi dan perempuan pula selama 16.9 tahun lagi. Jabatan Perangkaan berkata ini bermakna, lelaki yang berumur 65 tahun dijangka boleh hidup sehingga umur 79.9 tahun dan perempuan sehingga umur 81.9

Johor mohon ATM lanjutkan operasi Hospital Medan

Imej
JOHOR BAHRU, 30 Muharram 1438H, Isnin – Kerajaan Johor memohon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya melanjutkan operasi Hospital Medan yang ditempatkan di perkarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ketika ini, hospital berkenaan boleh digunakan selama dua minggu dan pihaknya berhasrat melanjutkan tempoh itu. “Doktor dan kakitangan HSA turut ditugaskan secara bergilir membantu operasi Hospital Medan atau Bas Bergerak Perubatan Tentera yang mula digunakan esok. “ATM akan membuat pertimbangan kerana hospital ini akan digunakan untuk misi bencana alam seperti banjir. “Kesudian ATM membantu keperluan di HSA amat kita hargai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Kelmarin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Abdul Razak Md Yusoff berkata, perkhidmatan yang beroperasi 24 jam itu akan menjalankan rawatan kecemasan dan pembedahan awal. “Lima kontena

Caj Perkhidmatan Penumpang bakal diumum tidak lagi

Imej
BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dijangka akan mengumumkan kadar baharu caj perkhidmatan penumpang (PSC) tidak lama lagi. Dilaporkan, struktur baru PSC ditetapkan sebanyak RM11 untuk penerbangan dalam negeri (domestik), RM35 bagi destinasi di Asia, manakala destinasi antarabangsa pula sebanyak RM73 dan RM50, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Caj semasa yang ditetapkan di KLIA bagi destinasi antarabangsa adalah sebanyak RM65 dan perjalanan domestik RM9. Sementara di KLIA2, caj yang dikenakan ke atas perjalanan domestik adalah RM6, manakala destinasi antarabangsa sebanyak RM32. Memetik portal New Straits Times berkata, satu mesyuarat akan diadakan hari ini bagi membincangkan perkara tersebut, termasuk mesyuarat dalaman sebelum sebarang keputusan dicapai. Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Malaysia Airlines Bhd dan 51 syarikat penerbangan asing

SPRM tahan lebih 1,000 pegawai kerajaan, GLC setakat September

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 1,037 pegawai kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berikutan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram antara tahun 2014 sehingga September lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, mereka terdiri daripada 225 penjawat awam dan dua dari GLC yang ditahan pada 2014; 398 penjawat awam dan tujuh pegawai GLC (2015) serta 388 penjawat awam dan 17 pegawai GLC ditahan bagi tempoh Januari sehingga September lepas. “Jumlah nilai suapan yang dirampas dan dibekukan pada 2014 adalah sebanyak RM113,436,354.80; 2015 (RM30,782,280.29) dan sehingga September 2016 jumlah yang telah dirampas dan dibekukan adalah RM27,554,652.31,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Low menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai bilangan pegawai kerajaan daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta GLC yang

Lebih 300 juta kanak-kanak hirup udara toksik melampau

Imej
WASHINGTON, 30 Muharram 1438H, Isnin – Dianggarkan lebih 300 juta kanak-kanak seluruh dunia hidup dalam udara toksik yang sangat tercemar sehingga boleh menyebabkan kerosakan fizikal dan perkembangan otak, Menurut kajian terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), hampir satu daripada tujuh kanak-kanak ini menghirup udara luar yang mana dilaporkan enam kali lebih tercemar daripada garis panduan antarabangsa. Situasi ini sekali gus meletakkan pencemaran udara sebagai faktor utama kematian kanak-kanak. Kajian itu diterbitkan seminggu sebelum menjelangnya persidangan tahunan perubahan iklim PBB yang akan dihoskan Maghribi pada 7 hingga 18 November ini. Susulan itu, pihak yang mempromosi hak dan kesejahteraan hidup kanak-kanak menggesa pemimpin dunia mengambil langkah segera bagi mengurangkan pencemaran udara di negara mereka. – Agensi The post Lebih 300 juta kanak-kanak hirup udara toksik melampau appeared first on Portal Islam dan Me

1MDB: Soalan Husni patut dijawab, bukan disoal siasat

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Soalan yang dibangkitkan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah di Parlimen berhubung isu 1MDB perlu dijawab oleh polis dan Peguam Negara, bukan sebaliknya menyoal siasat beliau, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat pada Selasa lalu, wajar diberikan kepujian. “Jika seorang Menteri Kewangan kedua seperti Husni yang bekerjasama dengan Menteri Kewangan pertama yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai hak untuk bertanya di Parlimen, apakah lagi rakyat biasa yang inginkan kebenaran mengenai isu 1MDB didedah? “Jika Husni perlu disoalsiasat, seluruh kabinet juga perlu disoalsiasat – apakah mereka dengan sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB,” katanya. Serentak itu, beliau menasihatkan polis supaya tidak membazir tenaga dan ma

Hubungan Malaysia-China masuk fasa istimewa: Najib

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H, Isnin – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan hubungan diplomatik Malaysia dengan China memasuki fasa istimewa. Beliau juga menyatakan komitmennya untuk membina hubungan yang kuat dan stabil dengan negara itu di samping akan meneruskan pengukuhan dan pencapaian-pencapaian baharu. Dalam satu temu bual eksklusif mengenai lawatan rasminya ke China bermula hari ini, Najib menyifatkan negara itu sebagai kawan sebenar dan rakan strategik dan hubungan antara kedua negara bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah membawa kepada kestabilan dan keharmonian serantau. “Hubungan ini saya turut komited secara peribadi, bukan hanya sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi juga sebagai anak Tun Razak, bekas Perdana Menteri kita yang mula-mula membina hubungan diplomatik dengan China sejak 42 tahun lalu,” katanya lapor China Daily hari ini. Najib juga bersetuju dengan kenyataan Presiden China Xi Ping yang menyifa

Turki pecat 10,000 kakitangan awam, media ditutup

Imej
ISTANBUL, 30 Muharram 1438H, Isnin – Turki memecat 10,000 kakitangan awam dan menutup 15 lagi cawangan media berikutan dipercayai mempunyai hubungan dengan organisasi pengganas dan dalang kepada rampasan kuasa, Fethullah Gulen. Dalam tindakan itu, lebih 100,000 orang telah dipecat dan digantung tugas, manakala 37,000 lagi ditangkap sejak cubaan rampasan kuasa di Turki pada Julai lalu. Kerajaan sebelum ini menegaskan supaya membanteras keseluruhan penyokong atau pihak yang terlibat dalam rampasan kuasa dari sistem pentadbiran yang diperintah Presiden Recep Tayyip Erdogan. Ribuan ahli akademik, guru, pekerja kesihatan, pengawal penjara dan pakar forensik antara yang terbaru diberhentikan daripada jawatan mereka pada Sabtu lepas. Sementara itu, 15 belas agensi berita akhbar, atas talian dan majalah yang dikaitkan dengan kumpulan Kurdish telah ditutup, menjadikan bilangan organisasi media ditutup kepada 160. Erdogan ketika ditemui pemberita pada Sabtu berkata, beliau mahu mengembali

Polis panggil Husni ke Bukit Aman petang ini

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H, Isnin – Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini berikutan ucapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini yang dianggap membocor rahsia kerajaan. Memetik portal liberal, pembantu Husni memaklumkan yang Husni dipanggil untuk disoal siasat pada jam 2.30 petang hari ini. Ini kerana Husni dalam ucapannya dilaporkan meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sekiranya terdapat sebarang tindakan diambil kerana menyalurkan dana syarikat ke tempat yang salah. Husni juga turut mempertikaikan wang AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC. Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, bekas menteri Kabinet itu mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan Kabinet ketika berucap di dalam Dewan. Begitu juga dengan bekas menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, katanya mereka berdua turu

Parlimen mungkin tidak sempat bahas RUU Hadi, kata Azalina

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H Isnin – Parlimen berkemungkinan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang. Bercakap perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam wawancaranya bersama Sin Chew Daily berkata, urusan kerajaan perlu didahulukan, lebih-lebih lagi Dewan Rakyat hanya berbaki dua hari selepas perbahasan Bajet 2017. “Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai. “Kita hanya ada dua hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa melainkan kita semua bermalam di Parlimen,” katanya. Difahamkan, sidang Dewan Rakyat ini akan berakhir pada sesi ketiga 24 November ini, Terdahulu, pada hari pertama persidangan bermula 17 Oktober, usul yang sepatutnya dibentangkan Abdul Hadi berada pada nombor empat dalam kedudukan kertas perin

VIDEO | Pemuda Isma bakal tawan Gunung Kinabalu

Imej
” Dan inilah salah satu formula atau ramuan terbaik untuk menghasilkan generasi harapan yang akan menguatkan dan mengembalikan Islam ke kedudukan yang terbaik. ” – Ketua Pemuda Isma.             The post VIDEO | Pemuda Isma bakal tawan Gunung Kinabalu appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

22 maut banjir, 72 cedera akibat banjir di Mesir

Imej
KAHERAH, 30 Muharram 1438H Isnin – Sekurang-kurangnya 22 maut manakala 72 lagi cedera akibat banjir yang melanda Mesir sejak Khamis lalu. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed berkata, berkemungkinan mangsa maut mungkin meningkat berikutan masih ada keluarga yang belum melaporkan rekod kematian. “Ada keluarga tidak melaporkan kehilangan saudara mara yang sudah pun dikebumikan sejak banjir bermula Khamis lalu,” katanya. Semalam, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak AS$5.6 juta (RM23.53 juta) untuk kawasan dilanda banjir termasuk wilayah selatan Sohaq, Sinai Selatan dan sepanjang pantai Laut Merah. Media melaporkan penduduk di Ras Ghaib berang dengan tindakan kerajaan sehingga menghalang konvoi membawa Perdana Menteri Sharif Ismail. Ras Gharib yang terletak di Teluk Suez adalah kawasan yang paling terjejas teruk dengan sembilan orang maut di kawasan itu. –Agensi The post 22 maut banjir, 72 cedera akibat banjir di Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumb

Penang Bridge ‘Suicide’ Prelude To Malaysia’s Arab Spring?

Imej
Only in the warped psychotic minds of the DAP-led opposition! Brushing aside any police conclusion about the cause of death of Mohd Shukri Saad who “jumped” (or was pushed) off Penang Bridge on 28th October 2016, the Opposition wasted no time in describing the incident as similar to that of Mohamed Bouazizi, a Tunisian street vendor who set himself on fire in front of the town hall of Oued in 17 December 2010. ( http://ift.tt/RyPrD9 ) The only similarity between the Penang Bridge incident and the Tunisian’s self-immolution was that both resulted in the death of a man. However the Opposition spinmasters simply refused to acknowledge that fact, but instead went into an overdrive simply because of a “suicide” note allegedly written by Mohd Shukri moments before his tragic death. The “suicide note” was the Opposition’s only weapon to instigate the rakyat (Malays) into perhaps participate in the upcoming mass selfie event in the country’s capital on 15th November now infamously called

Piala Malaysia: Cuti peristiwa di Kedah hari ini

Imej
BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Kedah cuti hari ini. Ia adalah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat yang memberi sokongan padu kepada skuad Lang Merah yang mencatat kemenangan menjuarai Piala Malaysia, malam tadi. Ia adalah cuti peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951. Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari itu, mereka perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan. Majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan. Selain cuti itu, pemain Kedah bakal membawa pulang RM25,000 tiap seorang, selain bonus mengadakan perlawanan di luar negara. BERITA BERKAITAN Kedah julang Piala Malaysia 2016 The post Piala Malaysia: Cuti peristiwa di Kedah hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Kedah julang Piala Malaysia 2016

Imej
Gambar: Bernama SHAH ALAM, 30 Muharram 1438H Isnin – Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir di Stadium Shah sebentar tadi. Mohd Rizal Mohd Ghazali menjadi wira Helang Merah malam ini apabila menyumbat masuk penalti keenam, sekali gus menjadi gol kemenangan buat pasukannya. Beliau juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringannya pada minit ke-51. Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia. The post Kedah julang Piala Malaysia 2016 appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Petronas gantung jualan NGV di tiga negeri buat sementara waktu

Imej
BANGI, 29 Muharram 1438H Ahad – Penjualan gas asli untuk kenderaan (NGV) di 67 stesen minyak Petronas bagi tiga negeri digantung buat sementara waktu. Perkara itu dimaklumkan syarikat Petronas dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Pihaknya berkata, operasi penjualan NGV terpaksa dihentikan di stesen-stesen sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor. Bagaimanapun untuk perkhidmatan lain seperti penjualan petrol dan diesel selain Kedai Mesra di semua stesen itu akan beroperasi seperti biasa. “Petronas Dagangan Berhad (PDB) sedang mengambil langkah-langkah keselamatan di semua stesennya terhadap kemudahan NGV. “PDB bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dalam operasinya untuk memastikan standard keselamatan yang tinggi di permis kami,” kata kenyataan itu. Tindakan itu dibuat berikutan Rabu lalu, seorang lelaki dilaporkan maut selepas tangki mengandungi bahan api NGV meletup di sebuah stesen minyak di Johor Baru. Lelaki terbabit yang juga seorang kontraktor dilapor

Bersatu yakin Ahmad Husni akan dipecat daripada UMNO

Imej
BANGI, 29 Muharram 1438H, Ahad – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak yakin mantan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bakal dipecat daripada UMNO berikutan kenyataan yang ditimbulkan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusinya, Datuk Hamidah Osman berkata, ia dapat dibuktikan dengan pelbagai kritikan yang dibuat segelintir pimpinan tertinggi UMNO selepas persoalan itu ditimbulkan. “Melihat keadaan hari ini, boleh saya katakan UMNO telah hilang pertimbangan. Sesiapa yang menentang arus pasti akan jadi mangsa. “Saya tak terkejut kalau beliau dipecat sebab kita dapat lihat sudah ada kritikan dibuat selepas persoalan itu ditimbulkan. Perkara lain mungkin menyusul,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak akan ada pimpinan UMNO lain yang akan mempersoalkan tentang 1MDB sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan lembaga disiplin parti terhadap Ahmad Husni. “Sebabnya, kalau diam (tindakan disiplin) maknanya

Mayat wanita ditemui tersangkut pada jambatan besi Sungai Kinta

Imej
BATU GAJAH, 29 Muharram 1438H, Ahad – Mayat seorang wanita ditemui tersangkut berhampiran jambatan besi di Sungai Kinta, Jalan Gopeng, di sini, semalam. Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian baju-T lengan panjang berwarna hitam dengan tulisan Umbro, berseluar dalam dan kain batik tergulung di pinggang. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Mustaza Shafri berkata, mereka dimaklumkan pertemuan mayat wanita itu kira-kira jam 6 petang semalam. Katanya, wanita itu dipercayai mati kira-kira empat hari lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat The post Mayat wanita ditemui tersangkut pada jambatan besi Sungai Kinta appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Pengusaha makanan tak boleh guna minyak masak bersubsidi untuk berniaga

Imej
LANGKAWI 29 Muharram 1438H, Ahad – Pengusaha premis menjual makanan di Langkawi boleh dikenakan tindakan jika didapati menggunakan minyak masak bersubsidi dalam perniagaan mereka. Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Langkawi, Shamnaziman Mohamed Taulan hari ini berkata, minyak masak bersubsidi ini hanya terhad untuk penggunaan persendirian dan bukannya untuk kegunaan berniaga. “Ini yang menjadi isunya yang menjadikan pembelian panik dan bekalan di rak kedai berkurangan sebab peniaga membeli dalam kuantiti yang banyak,” katanya di sini. Walaupun belum ada aduan kekurangan bekalan diterima setakat ini di sini, beliau berkata pemantauan menyeluruh akan diteruskan yang bukan hanya melibatkan premis perniagaan menjual minyak masak, malah premis menjual makanan dan barangan pengguna. “(Penggunaan domestik minyak masak) biasanya di antara 1 kilogram (kg) ke 5kg sahaja dalam sebulan tapi kalau sudah sampai 100 kg atau satu tan (sebulan) tentulah

Anak tempatan mahu jadi jutawan digalak ceburi perusahaan nanas

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin PONTIAN, 29 Muharram 1438H, Ahad – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menggalakkan orang ramai untuk menanam nanas secara komited bagi memenuhi pasaran komersial. Ketua Pengarahnya, Haji Sahdan Salin berkata, ianya bagi tujuan menangani isu kekurangan bekalan pasaran luar negara yang saban hari permintaannya makin meningkat. “Kami nak galakkan orang luar untuk sama menanam, yang berminat untuk keluarkan nanas secara komersial kerana kami tak mampu nak memenuhi semua pasaran luar, tak cukup tangan. “Sesiapa yang tanam di bawah lima ekar, dia tak dapat nak sustain, tak dapat untung. Jadi kami cadangkan untuk menanam di tanah seluas 10 ekar, dengan bermodalkan RM50,000 hingga RM60,000. “Bermula 10 ekar, keuntungan bersih setiap bulan boleh mencapai sehingga RM20,000. Ada juga yang betul-betul komited mengusahakan dah dapat RM800,000 dalam masa setahun. “Orang takkan percaya, dengan tanam nanas, boleh jadi jutawan, tapi di sini lah peluang t