SPRM tak cukup bukti nak dakwa Annuar Musa

PUTRAJAYA, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihak pendakwa raya memutuskan untuk tidak mendakwa bekas pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihak pendakwa raya membuat keputusan tersebut selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh pihaknya.

“Setelah diteliti, pihak pendakwa raya memutuskan alasan keterangan-keterangan yang diambil serta bukti-bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Annuar Musa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Januari lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendakwa penyaluran wang Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan TRW.

Tersentap dengan dakwaan TMJ itu, Annuar, yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menafikan tuduhan kononnya beliau menggunakan wang Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan UniKL untuk menaja pasukan TRW.

Justeru, pada 3 Februari lalu, Annuar, yang juga Ketua Penerangan UMNO, hadir di pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa. – Bernama

The post SPRM tak cukup bukti nak dakwa Annuar Musa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian