Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Polis tak tolak kemungkinan wujud pembunuh upahan di Malaysia

Imej
KUALA LUMPUR, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan wujud kumpulan kecil pembunuh upahan berikutan beberapa kejadian tembak yang berlaku kebelakangan ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka kebiasaannya bergerak dalam kumpulan kecil dan antaranya adalah anggota kumpulan kongsi gelap. “Ya, saya tidak menafikan beberapa individu tertentu yang mengambil upah menembak orang yang kebanyakannya dilakukan oleh warga tempatan sendiri,” katanya kepada pemberita, hari ini. Noor Rashid berkata, pihaknya ketika ini sedang mengumpul maklumat untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kegiatan seperti itu. Mengenai kes terbaharu melibatkan seorang lelaki maut ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibukota di Setapak, Rabu lalu, beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki suspek. “PDRM telah melancarkan satu siasatan yang rapi dan merancang satu tindakan khas berhubung kes berkenaan.

Peguam dakwa tindakan DoJ terhadap 1MDB cacat

Imej
KUALA LUMPUR, Ahad – Langkah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat merampas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai kecacatan dari segi undang-undang, kata seorang peguam kanan Australia kelahiran Malaysia. Quintin Rozario, seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane, berkata dengan membuat kenyataan terbuka mengenai individu Malaysia yang didakwa melakukan pengubahan wang haram ke Amerika Syarikat, Peguam Negara Loretta Lynch sendiri telah ‘keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”. Rozario yang dihubungi dari Brisbane memberitahu Bernama, Lynch sudah melampaui batas kuasanya dengan merumuskan bahawa satu kesalahan atau beberapa kesalahan telah dilakukan oleh Malaysia atau ejennya. “Beliau seterusnya membayangkan mereka telah melakukan kesalahan itu menerusi kenyataan tanpa disertai bukti kukuh atau keputusan mahkamah yang sah yang boleh menyokong dakwaannya. “Untuk perkara itu berlaku, defendan rakyat Malaysia itu harus diadili

Harga petrol kekal, diesel naik 10 sen

Imej
BANGI, Ahad – Harga petrol RON95 dan RON97 bagi Ogos kekal pada RM1.75 dan RM2.10 seliter, tetapi diesel naik 10 sen. Harga diesel naik daripada RM1.60 sen kepada RM1.70 sen seliter, mulai tengah malam ini. The post Harga petrol kekal, diesel naik 10 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Sekat kerakusan Najib elak cucu cicit tanggung hutang: Mukhriz

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Ahad – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindak tanduk Datuk Seri Najib Razak perlu disekat segera jika tidak mahu cucu cicit kita kelak menanggung hutang. Katanya, atas perlakuan menyalahguna wang dengan hutang berbillion ringgit, generasi kita akan datang terpaksa menanggung beban. “Kita tak sanggup tengok negara musnah hanya disebabkan kerakusan seorang pemimpin. Kita harap sangat agar Najib paham dan letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini. Untuk itu Mukhriz berkata, beliau bersama bapanya, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yang lain sedang berusaha untuk menjayakan parti baharu ini. “Niat kami, mahu menjaga hak rakyat. Jika anda mahu masa depan cerah, marilah bersama-sama kami. “Jika anda rasa kerajaan sekarang tidak berintegriti, marilah bersama-sama ka

Rasuah di Malaysia tahap ‘gaban’, dakwa Mukhriz

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Ahad – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menggambarkan Malaysia sekarang berada dalam keadaan kritikal apabila dianggap sebagai negara nombor dua terkenal dengan rasuah. Beliau berkata, tidak dinafikan di Malaysia sejak sekian lama telah berlaku rasuah tetapi dalam skala kecil, sebab itu negara maju dengan cepat. “Namun sekarang, rasuah tersangat mudarat. Boleh kata isu rasuah dah melampau tahap ‘gaban’. Lebih melampau bila kesannya terkena dekat orang yang tidak bersalah. “Ada orang kita pergi luar negara terpaksa tanggung malu jadi rakyat Malaysia. Ada yang tanya ‘What happen to your country? ‘Apa sebab sampai tak boleh selesaikan masalah pemimpin korup,” katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini. Mengulas lanjut beliau berkata, bapanya Tun Mahathir sering mengingatkan bahawa jika salah laku rasuah ini tidak ditangani, akibatnya ia akan menja

DAP batal hasrat PRN mengejut di Pulau Pinang

Imej
PULAU PINANG, Ahad – Kerajaan parti cauvinis DAP Pulau Pinang memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut di negeri itu. Keputusan berkenaan diambil setelah PKR menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan PRN selepas beberapa pertemuan dengan parti rasis itu sebelum ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam memaklumkan keputusan pucuk pimpinan parti itu. “Selepas makluman daripada beliau, saya mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin negeri dan juga nasional dan mereka setuju DAP tidak akan meneruskan cadangan tersebut “Mereka menyatakan kebimbangan akan kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP sekiranya PRN diadakan,”katanya. Baru-baru ini Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy ada mengatakan DAP telah menyenaraikan dua pilihan sebagai respons terhadap dua tuduhan rasuah yang dihadapi Lim. Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat di negeri it

Peguam Negara tak patut pegang dua jawatan, kata Ketua Hakim Negara

Imej
KUALA LUMPUR, Ahad – Peguam Negara tidak sepatutnya memegang jawatan Ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) bagi memastikan badan kehakiman itu dapat dilihat sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata konflik kepentingan akan berlaku jika Peguam Negara juga mengetuai suruhanjaya itu yang mana selain beliau adalah ahli eksekutif, pegawai kehakiman juga berada di bawah badan kehakiman. Menurut sistem demokrasi di negara ini, ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman mesti kekal bebas antara satu sama lain. “Jika AG terus menerajui kedua-dua perkhidmatan, saya bimbang ia akan mewujudkan persepsi negatif terhadap kebebasan badan kehakiman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kehakiman Tahun 2016 di sini, semalam. Tun Arifin berkata, pihaknya telah menyerahkan kertas kerja berhubung pengasingan kuasa pentadbir hakim mahkamah rendah seluruh negara kepada

Syria gesa PBB ambil tindakan ke atas tentera dikuasai AS

Imej
DAMSYIK, Ahad – Syria menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera ke atas tentera perikatan diketuai Amerika Syarikat (AS) apabila serangan yang dilakukan meragut nyawa lebih 40 orang awam di negara itu. Surat itu ditulis selepas jet AS melancarkan serangan di bandar Ghandour iaitu 23 kilometer dari bandar Manbij, wilayah Aleppo. Dalam dua surat berasingan dihantar kepada Setiausaha Agung badan dunia itu, Ban Ki-moon dan Presiden Majlis Ke­selamatan PBB, Koro Besso, Kementerian Luar Syria mengecam serangan AS yang disifatkan sebagai kejam’ke atas orang awam. Surat itu juga menyatakan tuntutan agar pihak yang bertanggungjawab atas kematian rakyat Syria didakwa dan menggesa Majlis Keselamatan PBB menguatkuasakan resolusi antikeganasan terhadap negara yang menyokong keganasan. Susulan itu, Kementerian Luar Syria menegaskan bahawa mereka tidak akan berhenti memerangi keganasan ketika meneruskan usaha penyelesaian politik bagi menamatkan konflik di Syria t

Erdogan ampun kumpulan terbabit cubaan rampasan kuasa

Imej
ANKARA, Ahad – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam, menggugurkan semua tuduhan dan memberi pengampunan kepada kumpulan yang ditangkap kerana didakwa terbabit dalam cubaan rampasan kuasa yang digagalkan 15 Julai lalu. Menyifatkan cubaan menggulingkan kerajaan sebagai peristiwa penting dalam sejarah Turki, beliau bagaimanapun menegaskan bahawa negara itu tidak berkompromi terhadap undang-undang sedia ada. “Sebagai peristiwa penting, saya dengan ini menarik balik semua tuduhan yang dikenakan kerana menghina saya dan mengampunkan semua tertuduh,” katanya pada majlis memperingati mereka yang terbunuh ketika menggagalkan rampasan kuasa itu di sini. Dalam tindakan selepas cubaan rampasan kuasa itu digagalkan, beribu-ribu anggota tentera, hakim, pendakwa raya dan penjawat awam ditangkap. Katanya, ketika proses rampasan kuasa itu berlaku, kerajaan tidak mengetepikan undang-undang dan mengambil langkah serta tindakan yang tidak membelakangkan Perlembagaan Negara. “Jika kita tidak

Parti baharu berteraskan Islam, kata Muhyiddin

Imej
Oleh RZ KULIM, Sabtu – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti politik baharu yang bakal ditubuhkan akan berteraskan Islam, namun tetap memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat. Beliau memberi jaminan parti baharu itu akan mempertahankan hak Melayu, Perlembagaan Negara, hak Raja-Raja, bahasa dan dalam masa sama turut menjaga kepentingan serta hak kaum lain. Berucap pada majlis penerangan isu-isu semasa di sini malam semalam, beliau berkata, imej dan maruah negara di mata dunia sudah tercemar gara-gara perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “Malaysia kini dikenali sebagai sebuah negara yang paling korap di dunia.. Malaysia Boleh, tetapi kita tak mahu kata ‘Malaysia Boleh Korap’. “Malangnya pelakuan ini bukan dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia… tapi dilakukan oleh seorang pemimpin iaitu Najib Razak,” katanya. Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah melihat terdapat seorang Perdana Menteri yang berterusan membohongi rakyat. Katanya, pelb

Mahkamah perlu tingkat kecekapan kendali kes

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menggesa pihak pengurusan mahkamah meningkatkan kecekapan dalam memastikan kes diselesaikan dalam tempoh ditetapkan. Arifin berkata, sehingga Mei lalu, Perlis mencatat kadar kes tertunggak tertinggi iaitu 22.8 peratus dan hanya dapat menyelesaikan 54 peratus kes sivil dalam tempoh enam bulan selepas kes didaftarkan. Manakala Mahkamah Majistret Perlis dan Pulau Pinang, masing-masing mencatatkan kadar pelupusan terendah bagi kes sivil dan jenayah di negara ini. Bagi kes jenayah pula, katanya, Mahkamah Majistret Pulau Pinang mencatat kadar pelupusan 75.7 peratus, manakala Kuala Lumpur merekodkan penyelesaian kes jenayah terbaik pada kadar 95.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan. “Berdasarkan statistik, Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur dan Sarawak mencatat peratusan tertinggi dalam pelupusan kes, masing-masing 95.5 peratus dan 95.1 peratus penyelesaian kes dalam tempoh sembilan bulan. “Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lu

Kadar baharu tempat letak kereta DBKL berkuatkuasa Isnin

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyelaras semula kadar harga tempat letak kereta selepas menerima pelbagai kritikan berhubung kenaikannya. Kadar baharu itu susulan pengumuman Kementerian Wilayah Persekutuan mahu meneliti semula keputusan kenaikan caj parkir sebanyak 150 peratus yang diperkenalkan dan dikuatkuasakan DBKL pada 16 Julai lepas. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kadar baharu itu akan berkuat kuasa pada Isnin depan. “Bagi pengguna di kawasan pusat bandar yang membuat bayaran secara tunai, caj RM1.50 dikenakan pada jam pertama dan RM2.50 pada jam kedua dengan tempoh parkir maksimum dua jam. “Bagi kawasan luar pusat bandar beraktiviti tinggi antaranya Sentul, Bangsar dan Brickfields, bayaran tunai dikenakan bagi jam pertama dan seterusnya hanya RM1. “Sementara bayaran caj tunai bagi kawasan luar pusat bandar seperti Segambut, Taman Tun Dr Ismail, Setiawangsa, Sungai Besi dan Bandar Tun Razak pada jam per

Kerajaan Kedah tidak teragak-agak rampas tanah yang disalah guna untuk tanaman ketum

Imej
JITRA, Sabtu – Kerajaan Kedah tidak teragak-agak merampas tanah pertanian milik kerajaan negeri yang disalah guna untuk tanaman ketum, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf tanaman pokok ketum kerana terdapat banyak tanaman pertanian lain yang boleh menyumbang pendapatan lebih lumayan kepada pengusahanya. “Jika ada pengusaha yang gunakan tanah kerajaan negeri untuk tanaman ketum, yang bukan tanaman yang diiktiraf, kita tidak teragak-agak untuk merampasnya. Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang tertentu untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Kedah di Dataran Darul Aman di sini, hari ini. Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diminta mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penanaman ketum di negeri ini. Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah menyeru semua anggota UMNO di negeri ini kekal bersama parti i

Mahasiswa main peranan penting kekang ancaman militan IS

Imej
KUALA NERUS, Sabtu – Mahasiswa perlu memainkan peranan penting bagi mengekang penularan ancaman militan IS daripada tersebar di universiti. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau tidak mahu ada mahasiswa yang terlibat dalam kumpulan militan itu. Selain di kampus, beliau berkata, mahasiswa juga harus mengambil pendekatan dan inisiatif tersendiri dengan menyebarkan kepada masyarakat termasuk golongan bukan Islam mengenai ajaran Islam sebenar. “Ancaman Daesh (IS) ini adalah benar dan ianya baru bermula. “Jangan anggap ia perkara yang kecil. Mahasiswa harus membetulkan persepsi orang ramai mengenai Islam sebenar yang cintakan keamanan, kebenaran, kedamaian dan Islam bencikan keganasan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016 peringkat kebangsaan di sini, malam tadi. Sehubungan itu, Idris menyeru mahasiswa ambil tanggungjawab untuk menyampaikan dan menyebarkan kepada orang ramai termasuk menggun

Jangan jual kuasa di tangan anda, kata Shafie Apdal kepada pengundi

Imej
Oleh RZ KULIM, Sabtu – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mengingatkan rakyat supaya tidak lagi menjual kuasa yang ada pada tangan mereka hanya kerana diberi RM1,000 setahun atau RM300 setiap kali hedak membuang undi pada pilihan raya. Serentak itu, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan baru-baru ini mengumumkan keluar daripada parti itu, yakin Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan kalah di Kedah dan Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau berkata, kuasa yang ada pada tangan rakyat iaitu untuk memilih kerajaan yang bagus dan bertanggungjawab adalah demi masa depan anak bangsa dan negara. “Kuasa yang ada pada tuan-tuan digeruni dan ditakuti oleh pemimpin politik, termasuk Datuk Seri Najib Razak. Kuasa yang ada ini tidak perlu dibayar atau dibeli, kerana ia adalah hak kita. “Jangan jual undi… jangan jual kuasa tuan-tuan. Yang ini tidak perlu dibayar, tak perlu dijual. Ini untuk masa depan anak generasi akan datang,”

rum ilmiah, maklumat pendidikan dan cerama

Imej
  KUALA TERENGGANU, Sabtu – Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menyokong usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menjayakan program imunisasi dan menangani penentang vaksin. “Kami menyokong penuh usaha KKM mencadangkan penguatkuasaan supaya setiap murid yang akan memasuki sekolah rendah melengkapkan Jadual Program Imunisasi sebelum diterima belajar. “Langkah ini wajar diberi perhatian oleh kerajaan dan KKM. Pada masa sama, forum ilmiah, maklumat pendidikan dan ceramah terus dijalankan untuk rujukan umum,” kata Yang Dipertua PERDIM, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail kepada media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERDIM kedua di sini, malam tadi. Beliau berkata, belum ada kaedah saintifik lain yang berkesan sebagai pencegah penyakit berjangkit selain pengambilan vaksin. Justeru, menurutnya, tindakan golongan antivaksin meruntuhkan kekebalan populasi terhadap serangan kuman adalah berbahaya terutama dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan warga emas hingga membawa kepa

Kerajaan tidak bercadang lanjut usia persaraan

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan usia persaraan penjawat awam kepada 62 tahun dari 60 tahun masa ini. Baru-baru ini, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda telah membuat cadangan itu kerana berpandangan ia satu kesesuaian seiring dengan wawasan negara menuju ke arah status negara maju. Bagaimanapun, Ali Hamsa menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung perkara itu sebagai masih pramatang. “Kita mengambil maklum cadangan Cuepacs tapi mungkin masih pramatang lagi nak bercakap tentang penambahan umur persaraan. “Jadi kita biarkan dulu (umur persaraan) 60 tahun dilaksanakan untuk beberapa tahun lagi,” katanya pada satu sesi temubual bersama Bernama dan RTM di Angkasapuri di sini, hari ini. Katanya, langkah itu juga mampu mengurangkan perbelanjaan bayaran pencen kepada pesara. Sebelum ini, umur persaraan wajib telah dinaikkan daripada 58 tahun kepada

UMNO sukar cari PM sebab pemimpin sekarang bodoh, kata Tun Dr Mahathir

Imej
Oleh RZ KULIM, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO sekarang ini sukar mencari Perdana Menteri yang benar-benar boleh mentadbir negara kerana kepemimpinan yang ada sekarang bukan terdiri daripada cerdik pandai. Beliau menceritakan kisah bagaimana anaknya, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz pada awalnya ditolak daripada menjadi ahli UMNO Kubang Pasu yang pernah diterajuinya suatu ketika dulu. “Ceritanya macam ini.. dia orang dah pegang jawatan.. dah jadi ketua bahagian.. dia tak suka orang yang lebih pandai daripada dia masuk. “Orang yang lebih bodoh boleh masuk… orang yang lebih pandai tak boleh.. jadi bila dia mati.. pengganti dia bodoh daripada dia. “Lepas orang yang bodoh ni naik menjadi ketua.. dia pun macam tu juga.. dia pilih yang lagi bodoh untuk masuk dan bila dia mati.. si bodoh ni la yang ganti dia. “Sbab tu hari ini bila UMNO nak cari siapa patut jadi Perdana Menteri susah nak dapat sebab yang ada bodoh-bodoh belaka.. say

Tun Dr Mahathir seru ahli UMNO tinggalkan parti

Imej
Oleh RZ KULIM, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli UMNO supaya meninggalkan parti itu dan bersiap sedia menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi bagi memastikan kelangsungan survival, khususnya orang Melayu, rakyat dan negara. Beliau berkata, parti baharu ini akan meletakkan calon yang menggabungkan muka baru dan lama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi berdepan Barisan Nasional (BN) serta membersihkan amalan tidak baik yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Kita telah menyenaraikan kesalahan Najib melalui Deklarasi Rakyat dan saya ucap terima kasih kepada mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat dan sekarang ini kita nak supaya tandatangan borang untuk jadi ahli parti baru ini. “Saya harap semua… jangan seorang pun tertinggal. Kalau ada ahli UMNO pun.. keluarlah daripada UMNO… UMNO tak wujud lagi.. saya sayang pada UMNO… saya masuk UMNO tahun 1946. “Kita tak boleh nafi UMNO berjasa kepada negara.. Tetapi bila Najib ambil

Alat pengehad kelajuan alternatif kurangkan kemalangan babitkan bas

Imej
IPOH, Sabtu – Pemasangan alat pengehad kelajuan pada bas ekspres merupakan altenatif terbaik dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya selain mengenakan tindakan saman. Penasihat Menteri Pengangkutan, Tan Sri M. Kayveas berkata, kedegilan sesetengah pemandu bas mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya menyebabkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencari jalan lain untuk mengurangkan kemalangan. “Kita dapati sukar untuk kerajaan mengawal kenderan berat seperti bas untuk mematuhi undang-undang, oleh itu JPJ cuba cari alternatif bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. “Untuk menjayakan sifar kemalangan memang sukar tetapi saya percaya cara ini dapat menurunkan kadar kemalangan di dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Aidilfitri MyPPP Bahagian Ipoh Timur di sini, semalam. Mengulas lanjut, Kayveas yang juga Presiden MyPPP berkata, sekiranya kerajaan menaikkan kadar sama untuk mengurangkan kemalangan, langkah itu pastinya menimbul

Tingkat kawalan keselamatan sempadan negara kekang penyeludupan senjata api

Imej
KUANTAN, Sabtu — Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara ini dalam usaha mengekang sebarang aktiviti penyeludupan termasuk senjata api. Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, bagi tujuan itu beliau telah mengarahkan Panglima Medan supaya semua anggota bertugas di sempadan melakukan eksesais secara berkala untuk menentukan keselamatan kawasan berkenaan. “Warga tentera yang berkhidmat di situ (sempadan negara) akan terus memantau keselamatan dan kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelak benda ini (penyeludupan senjata api) berlaku. “Penyeludupan ini berbagai-bagai bentuk dan cara,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat di Kem Darlockwood di sini, malam tadi. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah saluran televisyen yang mengatakan antara punca utama dikenal pasti kes jenayah tembak semakin berleluasa sejak kebelakangan

Erdogan dakwa komander tentera AS sokong komplot rampasan kuasa

Imej
ANKARA, Sabtu – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa seorang komander di Pusat Arahan Utama Amerika Syarikat (AS), Jeneral Joseph Votel menyokong komplot rampasan kuasa tentera di Turki. Terdahulu, Votel berkata, cubaan rampasan kuasa berkenaan dan penahanan berpuluh-puluh jeneral Turki ekoran rampasan kuasa itu boleh menjejaskan kerjasama tentera antara Amerika dan Turki. Terutama sekali apabila AS kehilangan tokoh-tokoh utama tentera Turki yang kini ditahan di penjara dan didakwa terlibat dalam rampasan kuasa itu. Erdogan, bagaimanapun menempelak kenyataan Votel itu dengan berkata: “Sedar di mana kamu!” “Komplot yang merancang rampasan kuasa itu berada di negara kamu, kamu sedang melindunginya,” katanya, merujuk kepada ulama Fethullah Gulen yang kini berlindung di AS, yang didakwa Ankara menjadi dalang rampasan kuasa itu. “Kamu memihak kepada komplot yang melancarkan rampasan kuasa dan bukan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turki kerana berjaya menumpaskan ramp

Polis Pulau Pinang akan perangi judi dalam talian habis-habisan

Imej
GEORGE TOWN, Sabtu – Polis Pulau Pinang akan berusaha habis-habisan untuk mengekang aktiviti judi dalam talian tanpa lesen di negeri ini, walaupun tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh dua bulan lepas. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, semua ketua polis daerah membuat pemantauan teliti tentang kegiatan itu. Katanya, polis akan memantau dari semasa ke semasa lebih 159 pusat hiburan keluarga di negeri ini untuk memastikan tiada aktiviti berjudi secara dalam talian dijalankan di situ. “Kami hendak pastikan pengendalinya tidak menyalah guna lesen mereka dan menjalankan aktiviti haram seperti itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, sejak 2014, 244 pusat judi secara dalam talian diserbu dan 166 komputer serta modem Internet dirampas. Menurut Abdul Ghafar, dua daripada pengendali judi haram dihadapkan ke mahkamah, manakala enam lagi dalam proses dikenakan pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959. – Bernama The post Polis Pulau

Kementerian Kesihatan tidak sokong cadangan Risda tanam ketum untuk eksport

Imej
SEGAMAT, Sabtu – Kementerian Kesihatan tidak bersetuju dengan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) supaya kerajaan membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan mereka. Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, kementerian itu ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif. “Kita tidak sokong apa yang dicadangkan oleh Risda agar ketum ditanam untuk tujuan perubatan walaupun mendapat permintaan tinggi dari beberapa syarikat farmasi dari Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi. Beliau berkata demikian pada program penyerahan uniform Pakaian Operasi Digital (P.O.V) Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan sambutan Hari Raya Rela daerah Segamat. Risda sebelum ini memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan golongan berkenaan. “Kita risau jika penanaman ketum d

IS konon perjuangkan Islam, hakikatnya tidak faham Islam sebenar

Imej
PASIR PUTEH, Jumaat – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar dan tidak terlalu taasub atau menyalah tafsir pengertian jihad seperti dilakukan militan IS. Jelasnya, Islam mengharamkan umatnya melakukan pembunuhan atau pertumpahan darah sesuka hati. “Mana mungkin Islam membenarkan umatnya membunuh sewenang-wenangnya atau menghalalkan segala-galanya seperti dilakukan militan IS. “IS adalah kumpulan kononnya berjuang menegakkan Islam yang menghalalkan segala-galanya tetapi hakikatnya mereka tidak memahami Islam sebenar,” katanya pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam RTM anjuran Bank Muamalat, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Yayasan Dahwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh, di sini, malam tadi. Terdahulu, dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Isnin atas sembilan pertuduhan berkait

1MDB bakal umum juruaudit baharu

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengumumkan juruaudit baharunya tidak lama lagi, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah. Ketika ditanya mengenai pengumuman 1MDB bahawa penyata kewangan 2013 dan 2014 tidak lagi boleh dipercayai, beliau hanya berkata: “Tiada komen”. Bagaimanapun, beliau berkata bahawa syarikat itu akan mengumumkan juruaudit baharu tidak lama lagi selepas khidmat juruaudit sekarang, Deloitte Malaysia dihentikan. Dengan notis Deloitte untuk menarik diri, ia menjadikannya firma audit ketiga yang menamatkan khidmat dengan 1MDB sejak penubuhannya pada 2009. Pada Selasa lalu, 1MDB berkata, penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunapakai sehingga dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) ditentukan di mahkamah. Ini kemudian diulangi oleh Deloitte yang berkata bahawa audit 1MDB bagi tahun itu akan memberi kesan dalam tindakan undan

Polis akan panggil Namewee untuk siasatan

Imej
GEORGE TOWN, Jumaat – Polis Pulau Pinang akan memanggil penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee, 33, untuk memberi kenyataan berhubung rakaman video terbarunya yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghaffar Rajab berkata, satu laporan telah dibuat oleh Pengerusi Masjid Terapung, Tanjung Bungah, semalam berikutan rakaman itu dibuat di dalam masjid berkenaan. “Kita akan panggil Namewee untuk tampil memberikan keterangan mengenai rakaman videonya yang dikatakan menghina agama sehingga menaikkan kemarahan masyarakat. “Tiga lagi rakannya yang terbabit melakukan rakaman juga akan dipanggil bagi memberi keterangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, petang tadi. Klip muzik video empat minit yang diarah dan dihasilkan dengan penampilan khas pemuzik Taiwan yang dikenali sebagai Nine-One-One itu dimulai dengan laungan azan, koir gereja, pukulan gong meditasi Buddha dan loceng kui

Rujuk ibu bapa terlebih dahulu sebelum ambil tindakan displin: Kamalanathan

Imej
ALOR SETAR, Jumaat — Para pendidik perlu merujuk ibu bapa dan penjaga terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar bermasalah, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan. Beliau berkata, pihaknya telah banyak kali menyatakan bahawa seorang guru yang baik perlu mempunyai gaya mengawal emosi yang baik dan bukannya bertindak melulu. “Walau apa pun keadaan kalau ada masalah dengan pelajar yang kita pilih rujukan pertama ialah ibu bapa. Kalau tidak ini bermakna pendidik telah gagal dan saya kecewa serta sedih perkara ini berlaku,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah dan Penerangan Dasar-Dasar Utama Kementerian Pendidikan di sini hari ini, bagi mengulas isu tiga pelajar tahfiz dipukul hingga cedera di sebuah madrasah di Sungai Petani baru-baru ini. Gambar pelajar tahfiz dengan kesan rotan di badan dan kepala menjadi viral di laman sosial apabila dikatakan dipukul seperti penjenayah. Jelasnya, walaupun madrasah t

CEO Malaysia Airlines baharu yakin syarikat bakal catat untung menjelang 2018

Imej
PUTRAJAYA, Jumaat – Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd diyakini akan mencatatkan keuntungan menjelang 2018, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Peter Bellew. Peter berkata, beliau turut menyasarkan syarikat itu untuk disenaraikan semula di bursa saham tempatan pada Mac 2019. Bagaimanapun, rancangan penyenaraian semula itu akan bergantung kepada keadaan pasaran. “Kami mempunyai banyak perkara yang akan dilaksanakan dalam beberapa tahun ini bagi memastikan matlamat dicapai untuk pulang modal menjelang 2018. “Pelan perniagaan syarikat akan kekal sama seperti yang ditetapkan sebelum ini dan kami tidak bercadang untuk mengurangkan lagi jumlah pekerja buat masa ini,” katanya pada sidang media selepas memeterai janji niaga dengan Boeing untuk membeli 50 pesawat Boeing 737 MAX di sini, hari ini. Selain itu, beliau berkata, hanya sedikit perubahan akan dibuat syarikat penerbangan itu dalam beberapa bulan akan datang membabitkan aspek pemasaran dan jualan. “Dala

PRN Pulau Pinang hanya sandiwara politik Guan Eng

Imej
DUNGUN, Jumaat – Kesungguhan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengadakan pilihan raya negeri disifatkan sebagai sandiwara politik, kata Parti Gerakan Malaysia. Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong tidak yakin pilihan raya akan diadakan di negeri itu berdasarkan sikap parti rasis dan cauvinis DAP itu yang tidak tetap dengan pendirian. “Sekali cakap jadi, sekali cakap tak jadi. Sekali cakap perlu mendengar keputusan rakan pakatan dan ini saya anggap sebagai sandiwara,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Terengganu di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, hari ini. Bagaimanapun, Siew Keong berkata, Gerakan tidak gentar jika pilihan raya negeri diadakan di Pulau Pinang. “Kita sedia menghadapi pilihan raya itu dan Gerakan sudah mengenal pasti 13 calon yang akan bertanding “Setakat ini, 90 peratus calon yang dikemukakan Gerakan Pulau Pinang dipersetujui di peringkat pusat,” katanya. The post PRN Pulau Pinang hanya sandiwara politik Guan Eng appeared first on Portal Islam

Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar selepas solat Jumaat

Imej
SHAH ALAM, Jumaat – Jemaah yang baru selesai menunaikan solat Jumaat dikejutkan dengan insiden kebakaran di sebuah bilik kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sebentar tadi. Penolong Penguat Kuasa Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan pada jam 2.21 petang tadi. Sementara itu, akaun Twitter Jabatan Bomba, @bombaJBPM memaklumkan kebakaran itu mengakibatkan tingkat bawahnya 100 peratus terbakar. “Seramai 18 anggota dari Balai Bomba Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian. “Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.47 petang tadi, sehingga kini punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan” katanya Beliau turut memberitahu bahawa tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu. The post Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar selepas solat Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Tingkatkan pensijilan pekerja pengalaman untuk lahirkan tenaga kerja mahir

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat — Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menggesa Kementerian Sumber Manusia supaya meningkatkan usaha untuk lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi mendapat pensijilan berdasarkan pengalaman dan tahap kecekapan mereka. Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsudin Bardan berkata, walaupun ada usaha kementerian itu menerusi Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (PPT) sejak 2009 bagi individu yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang tetapi tidak mempunyai sijil, ia tidak memberikan banyak kesan dan tidak memberikan kelebihan kepada ramai pekerja. Katanya, ketika ini sambutan untuk skim PPT daripada majikan dan pekerja tidak begitu baik, selain pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum lagi mencapai matlamat yang diingini. Beliau berkata, jika skim itu dilaksanakan dengan baik, ia akan membantu meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran, sekaligus menjadi tarikan untuk negara-negara lain melabur di Malaysia dan membawa masuk teknologi baharu. ” Skim ini (PPT) tidak begi

Dzulkifli Ahmad dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Imej
PUTRAJAYA, Jumaat – Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. Dzulkifli, yang merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed. Ali berkata, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu. Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pada 23 Jun lepas, Ali mengumumkan Abu Kassim, 55, tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini, seperti dipohonnya. Katanya, selaras dengan subseksyen 5(3) Akta

VIDEO| Adakah Kudeta Turki Sudah Tamat?

Imej
Pembentangan Asyraf Faqrique Pembentangan Penganalisis IRIS, Asyraf Farique berkaitan Kudeta Turki.   Forum Perkongsian pengalaman dua pengkaji muda, Luqman Abd Hamid dan Asyraf Farique, semasa cubaan rampasan kuasa di Istanbul, Turki. The post VIDEO| Adakah Kudeta Turki Sudah Tamat? appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Pastikan sempadan Malaysia-Thai tidak ditembusi pengganas Daesh

Imej
BANGKOK, Jumaat – Semua pihak terlibat dalam pengurusan sempadan Malaysia-Thai perlu sentiasa berwaspada dan siap siaga bagi memastikan sempadan bersama kedua-dua negara itu tidak ditembusi anasir pengganas Daesh. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata jawatankuasa tertinggi pengurusan sempadan kedua-dua negara telah menekankan kebimbangannya terhadap ancaman terbabit. “Kami (Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thai) tekankan kebimbangan kami pada ancaman IS (Islamic State atau Daesh), kemasukan anasir-anasir yang boleh memudaratkan keselamatan Malaysia dan Thailand di sempadan bersama.” “Semua yang terlibat dalam pengurusan sempadan bersama Malaysia-Thai perlu tingkatkan kewaspadaan dan kesiapsiagaan untuk elak anasir-anasir (Daesh) daripada tembusi sempadan kita,” katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thai ke-33 bersama rakan sejawatannya dari Thailand Jen Sommai Kaotira di

Abdul Wahid Omar dilantik Pengerusi PNB berkuat kuasa 1 Ogos ini

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2016. Abdul Wahid, seorang akauntan bertauliah, pernah mengetuai Maybank, selepas menerajui transformasi Telekom Malaysia. Beliau juga telah mengetuai proses pemulihan UEM Group. Semasa di Jabatan Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab menyelia agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perangkaan, Ekuinas, Talent Corporation, TERAJU dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera. Perdana Menteri dalam kenyataan yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di atas sumbangan besar beliau mengemudi PNB sejak 1996 sehingga menjadi salah sebuah institusi pelaburan terkemuka di negara ini. “Di bawah kempimpinan beliau, PNB telah mencapai pelbagai kejayaan dalam melaksanakan mandat Kerajaan bagi m

Jemaah haji perlu beri maklumat tepat mengenai kesihatan

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Jemaah haji perlu memberi maklumat yang betul semasa pemeriksaan kesihatan bagi memudahkan doktor membuat diagnosis yang tepat semasa di Tanah Suci. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan adanya maklumat yang tepat mengenai kesihatan jemaah haji, doktor juga dapat menentukan sama ada mereka memerlukan rawatan lanjut di hospital untuk menstabilkan penyakit kronik yang dihidapi. “Bagi jemaah haji yang penyakit kroniknya tidak stabil dan tidak terkawal sehingga hampir waktu untuk bertolak ke Tanah Suci adalah disarankan untuk menangguhkan pemergian mereka ke Tanah Suci ke tahun hadapan bila keadaan penyakit kroniknya telah stabil, dan maklumkan kepada pihak Lembaga Tabung Haji mengenai perkara itu,” katanya kepada Bernama di sini. Dr Noor Hisham berkata ibadah haji adalah ibadah fizikal dan jemaah haji perlu melakukan senaman berjalan kaki secara perlahan-lahan sejauh satu kilometer, dan ditingkatkan sehingga mereka dapat berjalan