Wanita ISMA lancar buku dedah ideologi musuh Islam


Timbalan Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya menerima buku ‘Wanita dan Globalisasi’ daripada Timbalan Ketua Wanita ISMA, Ustazah Suriani Sudi selepas melancarkannya sempena Mesyuarat Agung Tahunan ISMA kali ke-14 di Kelana Jaya, Selangor, hari ini.
Oleh Siti Fatimah Ishak

KELANA JAYA, 21 Mac – Ancaman secara bertubi-tubi dari pelbagai ideologi yang bertentangan dengan Islam sejak akhir-akhir ini memberikan idea untuk Wanita ISMA tampil menerbitkan buku ‘Wanita dan Globalisasi’.

Salah seorang penulis buku, Ustazah Suriani Sudi, berkata buku ini dihasilkan bagi memperjelaskan kepada masyarakat terdapat musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik nama hak asasi.

“Kita bongkarkan perancangan demi perancangan pihak musuh yang bertujuan untuk menjauhkan masyarakat daripada Islam sebenar.

“Kita dedahkan beberapa pihak yang menggelarkan diri mereka penyelamat wanita, tetapi hakikatnya telah mengeksploitasi wanita di pelbagai saluran.

“Justeru, kita tampil untuk membetulkan fakta itu dan dan menyatakan bahawa Islam sudah cukup sempurna untuk segala aspek,” ujar Ustazah Suriani.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku ‘Wanita dan Globalisasi’ di Dewan Angkasa, Kelana Jaya sempena Mesyuarat Agung Tahunan ISMA kali ke-14, hari ini.

Beliau berkata, buku ini menghimpunkan kertas kerja yang telah dibentang di dalam seminar dan konfrens di Malaysia mahupun luar negara.

Seramai lima penulis telah memberikan idea untuk menghasilkan buku ini.

Antaranya Ketua Jabatan Ususluddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustazah Dr Norsaleha Mohd Salleh; Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar; dan Pensyarah Hadis di Jabatan Al-Quran dan Sunnah KUIS, Ustazah Suriani Sudi.

Selain itu, Ustazah Wan Noradibah Wan Ahmad, Guru Pengajian Islam di SMA IRsyadiah dan Ustazah Wan Zaimah Wan Ibrahim yang merupakan Guru Pengajian Islam Islam di SMAP, Labu Negeri Sembilan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian