Lebih 80,000 kanak-kanak Rohingya kurang zat makanan

YANGON, 14 Syawal 1438H, Sabtu – Lebih 80,000 kanak-kanak Islam Rohingya di bahagian barat Myanmar memerlukan rawatan akibat kekurangan zat makanan.

Berdasarkan penilaian terperinci pertama melibatkan masyarakat yang terjejas keganasan sejak Oktober, Program Makanan Sedunia (WFP) menemu bual 450 keluarga di 45 kampung di daerah Maungdaw pada Mac dan April.

Laporan kaji selidik mengesahkan keadaan keselamatan makanan semakin buruk di kawasan yang terdedah, sejak insiden pada Oktober.

“Kira-kira satu pertiga daripada mereka melaporkan kelaparan yang melampau seperti tidak makan siang dan malam.

“Tiada seorang pun daripada kanak-kanak dalam temu bual itu mendapat diet minimum yang mencukupi. Anggaran 80,500 budak di bawah usia lima tahun sangat memerlukan rawatan untuk kekurangan zat makanan untuk tahun depan,” menurut laporan tersebut.

Oktober lalu, tentera melancarkan serangan balas di bahagian utara negeri Rakhine selepas kumpulan pemberontak menyerang pos pemeriksaan dan membunuh sembilan anggota polis sempadan.

Kejadian itu telah menyebabkan lebih 75,000 Rohingya melarikan diri ke sempadan berhampiran Bangladesh. – Agensi

The post Lebih 80,000 kanak-kanak Rohingya kurang zat makanan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian