Rohingya: Keengganan Guan Eng bukti sikap rasis Cina DAP bila berkuasa

rohingya-3

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Keengganan Lim Guan Eng menerima pelarian Muslim Rohingya untuk ditempatkan sementara di Pulau Pinang jelas menunjukkan sikap rasis Cina DAP apabila mereka sudah mempunyai kuasa, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mat Dali, hari ini.

Sambil menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau berkata, Guan Eng jelas seorang yang hipokrit dan tidak berperikemanusiaan.

“Kalau tidak ada kepentingan untuk mereka, jangan harap mereka akan membantu.

“Sebelum ini mereka selalu berpura-pura berbuat baik. Hakikatnya mereka tidak akan peduli masalah orang lain jika tidak memberi keuntungan kepada mereka,” katanya mengulas kenyataan Guan Eng mengenai beribu-ribu pelarian Muslim Rohingya yang kini terdampar di perairan sempadan Malaysia.

Kelmarin, ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Guan Eng berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mahu menggunakan tanah negeri itu bagi pembinaan penempatan sementara pelarian Muslim Rohingya.isma-slv-front-50

Setiausaha Agung DAP itu menegaskan pembinaan penempatan sementara bagi pelarian itu perlu ditempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan.

Khalid sebelum ini mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi terbaik bagi dijadikan penempatan sementara 7,000 pelarian Rohingya yang masih terdampar di perairan antarabangsa, berhampiran sempadan Malaysia. 

Mengulas lanjut, Abd Rahman berkata:

“Kita tahu, jika tiada kepentingan politik diri, Cina dan agamanya, memang dia (Guan Eng) tak akan layan.

“Mungkin dia fikir penempatan Rohingya yang dalam dalam keadaan daif, miskin tak berharta akan menyusahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Atau sebenarnya Guan Eng bimbang yang Rohingya ini jika dilayan dengan baik akan tinggal lama di situ dan kemudian anak cucu mereka suatu masa nanti akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?.”

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian