KKM, KPDNKK, MBJB dan KPN disaman kerana rampas, halang penjualan vape

851322584_30592_13522208358041037615

KUALA LUMPUR, Isnin – Susulan serbuan ke atas premis perniagaan vape baru-baru ini, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini memfailkan tuntutan saman terhadap Ketua Pengarah Kesihatan dan tiga yang lain dengan tuntutan rugi RM1 juta.

Tuntutan itu turut dibuat kepada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Ketua Polis Negara.

Dalam writ saman enam muka surat itu, Ikhlas memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk menghentikan defendan daripada merampas atau mengeluarkan kompaun terhadap plaintif berkaitan perniagaan vape.

Writ itu juga menyatakan tindakan defendan merampas perasa vape daladah salah dan tindakan MBJB menyekat penjualan vape adalah berniat jahat dan bertentangan dengan undang-undang.

Peguam Ikhlas, Zulhasni Zakaria berkata usahawan vape memfailkan saman itu kerana mereka keliru dengan undang-undang membabitkan penjualan vape.

“Rampasan vape (di Johor) dibuat kerana peniaga tidak memiliki lesen, namun hingga kini tiada keputusan muktamad berhubung Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah memberitahu bahawa kumpulan itu kini mempunyai 1,000 peniaga vape berdaftar seluruh negara.

Katanya, tindakan MBJB menyerbu dan merampas barangan vape walaupun usahawan di negeri ini sedia untuk memindahkan perniagaan mereka ke negeri lain boleh disiftkan sebagai tindakan yang terburu-buru.

Minggu lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan penggunaan vape ini adalah haram. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sambil berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian