Ketawa, boleh tidur lena jawapan Assad kepada soalan kanak-kanak Syria dibunuh

photo_2016-11-07_12-41-02

 

ALEPPO, 7 Safar 1438H, Isnin – Ketawa dan memberitahu bahawa dia dapat tidur dengan lena. Demikian reaksi pemimpin rejim Syria, Bashar al-Asad ketika ditanya bagaimana dia melalui hari-harinya apabila saban hari berlaku pembunuhan kanak-kanak di negaranya yang bergolak itu.

Dalam temu bual dengan The Sunday Times, Assad ditanya jika dia mampu tidur pada waktu malam berikutan ramai kanak-kanak yang dibunuh dalam serangan rejim dibantu Russia di Aleppo dan bahagian lain di Syria.

Assad dilaporkan ketawa dan menjawab tanpa rasa bersalah: “Saya tahu maksud soalan itu. Saya tidur biasa, saya tidur dan kerja dan makan secara normal dan melakukan sukan.”

Dia juga mengangkat bahu ketika ditanya mengenai semua pembunuhan itu.

“Ia adalah kesalahan ‘pengganas’ dan kita bercakap mengenai perang, bukan aktiviti amal,” katanya.

Dalam temu bual itu, Assad juga mendakwa mengulangi tuntutannya bahawa pihak White Helmets yang tercalon dalam Nobel Peace Prize memanipulasi dan mencipta gambar kanak-kanak mati.

Katanya, gambar kanak-kanak berusia lima tahun yang cedera selepas kejadian serangan udara juga telah dipalsukan.

Sebelum ini, gambar Omran Daqneesh telah menjadi suatu peringatan yang menggambarkan penderitaan awam di Aleppo. – Agensi

The post Ketawa, boleh tidur lena jawapan Assad kepada soalan kanak-kanak Syria dibunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian