Islam miliki banyak hujah untuk hadapi golongan feminisme

Majlis Ramah Mesra bersama Zara Faris 2 Mei 2015
Oleh Suzaimi Johari

Bangi, 3 Mei – Islam memiliki hujah dan jawapan kepada silap faham dan kekeliruan yang diangkat oleh golongan feminisme.

Namun ia perlu dikuasai dan disampaikan dengan cara terbaik bagi memastikan masyarakat wanita Islam tidak terpengaruh dengan slogan dan seruan mereka.

Timbalan Ketua Wanita ISMA Ustazah Suriani Sudi berkata, kumpulan feminisme cuba mengaburkan kefahaman asas Islam sebenar dengan menolak Al Quran dan hadis.

“Sekiranya kita tidak memberikan hujah yang betul, ia akan mengelirukan masyarakat yang tiada asas Islam yang kuat,” katanya ketika ditemui dalam majlis ramah mesra bersama tokoh debat isu feminisme dari United Kingdom, Zara Huda Faris.

“Kita cuma perlu menggilap bakat-bakat tertentu seperti pandai berhujah, pandai menulis dan kebolehan berbahasa Inggeris kerana kebanyakan serangan feminisme didatangkan oleh mereka yang fasih berbahasa Inggeris.

“Selain itu, dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa, kita berjuang bukan mengharap pujian manusia tetapi semuanya kerana Allah dan sayangkan Islam,” katanya lagi.

Majlis ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan di kalangan pimpinan Wanita ISMA di peringkat nasional dan cawangan bersama tokoh jemputan itu.

Zara Faris dijadualkan menyampaikan beberapa pembentangan dalam isu feminisme sepanjang seminggu beliau berada di Malaysia.

Kemuncaknya pada 9 Mei nanti, beliau akan berucap dalam International Muslimah Empowerment Conference (IMEC 2015) anjuran Wanita ISMA di Hotel De Palma Ampang.

Turut hadir dalam majlis ramah mesra ini ialah Ketua Penerangan Wanita ISMA Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Timbalan Pengarah IMEC 2015 Nor Hidayah Ismail dan pimpinan Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dari seluruh negara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian