Universiti China larang pelajar Islam pakai tudung, baca al-Quran

Uyghur-muslim-student

BEIJING, Rabu – Sebuah universiti di pusat bandar Xian di China mengenakan peraturan baru berpakaian dengan melarang pelajar Islam memakai tudung atau hijab ketika berada di dalam kawasan kampus.

“Larangan tudung telah dimaklumkan kepada semua pelajar Islam pelbagai kumpulan etnik, termasuk Uyghur, Kazak dan orang Hui.

“Pihak berkuasa mendakwa bahawa larangan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran,” kata seorang pelajar dalam satu temu bual dengan UCA News, akhbar yang dikendalikan Global Times.

Pengharaman hijab di Universiti Shaanxi Normal di Xian, pertama kali dikuatkuasakan pada bulan April lalu apabila sembilan wanita Islam dilaporkan diarah menanggalkan tudung mereka.

Laporan menyebut universiti itu mengeluarkan notis pengharaman pemakaian tudung di kalangan pelajar Islam awal bulan ini.

Seorang pelajar lelaki juga dilaporkan dituduh ‘mengikuti ceramah haram’ selepas dia ditangkap membaca al-Quran di sebuah kafeteria di universiti sama bulan lepas.

“Kami menerima adat resam mereka. Tetapi asas peraturan kita adalah tidak membenarkan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan, ” kata Li Chenzi, seorang pegawai universiti.

Xian merupakan sebuah bandar padat penduduk dengan 50,000 masyarakat di situ dari etnik Islam Hui.

Kebanyakannya mereka tinggal di jalan-jalan sempit di sekitar Masjid Besar di bandar ini, yang tertua di China.

Pihak berkuasa di Xinjiang mengharamkan pemakaian tudung di semua tempat awam sejak awal tahun ini.

Ketegangan tercetus di Kashgar Mac lalu apabila pihak berkuasa dengan keras menangkap dan mendakwa beberapa wanita yang memakai burqa, dengan melabel mereka sebagai ‘pelampau agama’.

Sejak April 2014, pihak berkuasa Xinjiang mula menawarkan ganjaran tunai kepada pemberi maklumat yang melaporkan jiran mereka menyimpan janggut. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian