Dua skandal kewangan terbesar libatkan Najib: Muhyiddin

najib2.6

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, Selasa – Skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak merupakan skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, oleh kerana skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi belum selesai, Barisan Nasional tidak mustahil akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

“Bila saya tanya siapa akan menang? Tiada siapa yang kata BN akan menang.

“Undi populariti kita telah merosot,” katanya dalam nada kecewa.

Katanya, demokrasi dalam parti UMNO pula kini dilihat hanya untuk menyokong pemimpin tertentu kerana bila sahaja ada yang bersuara mengkritik pemimpin pasti individu tersebut akan dihalang dengan pelbagai cara.

“Sejak bila pula pemimpin UMNO kebal daripada kritikan?

“Setiap ahli ada hak bersuara dan hak itu tersenarai dalam Perlembagaan UMNO.

“Jadi, apakah hak orang tertentu untuk menafikan hak seorang ahli untuk bersuara?,” soalnya dalam perhimpunan di Kelab Sultan Ismail malam tadi.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku salah tanpa rasa gentar atau belas kasihan.

“Saya tidak mahu krisis kepimpinan ini berlanjutan, kita akan kalah dalam PRU akan datang jika berterusan begini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian